Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular akibat dipukul sekumpulan individu di pasar pagi di Padang Astaka Chukai baru-baru ini, selamat tiba di Makkah untuk menunaikan umrah.
Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, atau lebih dikenali sebagai Paijang, bersama dua anaknya, Nurul Farhana dan Ahmad Faris, tiba di tanah suci pada Selasa.
Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi hantaran video di laman Facebook syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Bapa kepada lima anak itu meluahkan keterujaannya dalam menunaikan ibadah umrah buat kali pertama yang ditaja oleh Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Ads
Paijang turut berharap agar kesihatannya bertambah baik setelah pulang ke tanah air.
“Ini kali pertama saya berpeluang untuk menunaikan umrah dan kali pertama juga melalui pengalaman menjejak kaki ke luar negara.
“Saya harap dapat diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah. Saya juga mahu berdoa di tanah suci agar ALLAH kurniakan kesihatan yang bertambah baik kepada saya dan ahli keluarga saya.
Ads
“Semoga saya dan anak-anak dikurniakan umrah yang mabrur dan semoga ALLAH SWT kabulkan segala doa saya,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, anak perempuannya turut berkongsi kegembiraannya dapat bersama bapanya menunaikan umrah.
Ads
“Alhamdulillah, di sebalik rezeki abah yang dapat tajaan, turut terselit rezeki saya.
“Saya tak sangka dapat tunaikan ibadah umrah pada usia yang masih muda dan ia ditaja pihak yang baik hati,” ujar Nurul Farhana.
Dengan kesempatan yang diberikan ini, mereka berharap agar ibadah umrah yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan doa-doa mereka dimakbulkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kejadian jam 9.07 pagi pada Ahad, pesawat Jeju Air 7C2216 yang membawa 181 orang penumpang dan kru teribat dalam nahas tergelincir dari landasan lalu merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.
Pihak berkuasa di sana melaporkan 179 penumpang dan kru yang rata-rata merupakan warga Korea serta dua orang penumpang warganegara Thailand dianggap sudah terkorban setakat jam ini.
Manakala hanya dua orang mangsa yang terselamat. Kedua-dua mangsa wanita itu kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo.
Beberapa jam selepas nahas dilaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul petang tadi mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam pesawat Jeju Air berkenaan. Namun, pihak kedutaan akan terus memantau rapat insiden berkenaan.
“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yangg berada di dalam pesawat tesebut.
“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Republik Korea,” catat kenyataan rasmi itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Begitupun, rakaman awal yang disiarkan oleh stesen TV tempatan menunjukkan pesawat Jeju Air tersebut cuba mendarat tanpa menggunakan gear pendaratan. Gear berkenaan dipercayai pihak berkuasa mengalami kerosakan disebabkan pelanggaran burung.
Ia kemudia tergelincir di atas tanah, merempuh tembok konkrit sebelum meletup dan terbakar. Akibat letupan tersebut, keseluruhan pesawat hampir musnah.
Kapal terakhir gelombang pertama misi Global Sumud Flotilla (GSF), Marinette, akhirnya dipintas tentera Israel ketika sedang berada di perairan antarabangsa menuju ke Gaza. Perkembangan ini menandakan semua kapal dalam gelombang pertama flotilla telah berjaya disekat daripada tiba ke destinasi asal mereka.
Menerusi siaran langsung akaun rasmi Sumud Nusantara, visual terakhir yang dipancarkan dari kamera di atas kapal memaparkan bot tentera Israel menghampiri Marinette sebelum memintasnya. Paparan itu turut disaksikan di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), namun sehingga kini belum ada pengumuman rasmi mengenai keadaan sukarelawan di dalam kapal tersebut.
Setakat ini, difahamkan tiada aktivis Malaysia berada di atas Marinette. Walau bagaimanapun, status kesemua sukarelawan antarabangsa yang menaikinya masih belum jelas. Situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana berdasarkan pengalaman kapal flotilla lain, mereka biasanya dibawa ke pelabuhan Ashdod di Israel untuk proses tahanan dan soal siasat.
Marinette sebelum ini nekad untuk meneruskan pelayaran walaupun 42 kapal lain dalam flotilla telah dipintas lebih awal. Keberaniannya dianggap simbol kekuatan dan keteguhan misi kemanusiaan, biarpun berdepan risiko tinggi di tengah laut.
Menurut laporan, Marinette tiba agak lewat dalam konvoi kerana mengalami kerosakan teknikal sebelum berlayar semula, menyebabkan ia terpisah daripada kapal lain. Namun, semangat yang dibawa kapal ini tetap mendapat perhatian dunia kerana enggan berpatah balik walau tahu ancaman semakin hampir.
Di media sosial, tanda pagar seperti #FreeGSF dan #SolidarityForGaza terus trending dengan ribuan ciapan daripada masyarakat global. Ramai warganet meluahkan rasa marah terhadap tindakan Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan, malah ada juga selebriti serta aktivis tempatan yang tampil menitip doa agar semua sukarelawan selamat.
Walaupun gelombang pertama flotilla kini telah berakhir dengan semua kapal dipintas, semangat perjuangan mereka diyakini akan diteruskan. Generasi muda khususnya melihat keberanian ini sebagai simbol solidariti global yang tidak pernah padam untuk Gaza.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz.
Istiadat kurniaan ini berlangsung setelah beliau sempurna diijabkabulkan dengan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada 2 Oktober 2025 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Dalam kenyataan rasmi oleh akaun Selangor Royal Office, ia memaklumkan bahawa gelaran rasmi konsort kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor adalah Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz.
Menerusi kenyataan rasmi ini juga, rakyat telah melihat busana yang digayakan oleh Datin Paduka Seri Afzaa Fadini hari ini rekaan Adila Long.
FOTO: Instagram // Selangor Royal Office
Terdahulu seawal jam 7 pagi hari ini, rakyat Selangor terutamanya mula membanjiri pekarangan bagi menyaksikan perarakan sempena istiadat pernikahan Diraja.
Setelah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah diarak menaiki kenderaan Rolls Royce sejauh 1.2 kilometer, Istiadat Pernikahan Diraja telah disempurnakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang yang diketuai oleh Mufti Selangor Dato’ Setia Dr Anhar Opir.
Tidak lama lagi, istiadat persandingan diraja dan majlis santapan diraja bagi memuliakan perkahwinan Raja Muda Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.