Pelakon dan model, Natasha Hudson menasihati golongan selebriti dan pempengaruh media sosial untuk berhati-hati ketika menerima sebarang tawaran sebagai duta dengan mana-mana jenama.
Kata pelakon berusia 41 tahun itu, mereka perlu menolak tawaran tersebut sekiranya bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan komitmen kerja, selain setiap individu mempunyai nilai diri yang tinggi dan jangan sesekali mudah ‘dipijak’ atau dipergunakan.
“Kepada pengaruh, selebriti dan personaliti. Jika anda merasakan bahawa bayaran yang diberikan kurang atau tidak berbaloi atau kedua-duanya dalam apa jua pekerjaan yang ditawarkan kepada anda oleh jenama besar, syarikat dan agensi media sosial. Jangan terima tawaran kerja ini.
“Belajar untuk menolak, menuntut, berikan terma dan syarat (t&c) anda dan pertahankan hak dan anda. Anda tidak layak untuk dilayan seperti orang bodoh apabila kebanyakan mereka berbohong kepada kita.
Ads
“Bagi pekerja bebas seperti kami (freelancer), kami bergantung pada pembayaran pantas bukan 14-60 hari tempoh pembayaran. Itu cara lama. Kami tahu realiti mereka (agensi) mempunyai wang atau sudah dibayar oleh jenama. Tidak berbaloi masa kita menunggu.
“Kenapa? Kerana kadang kerja telah selesai, mereka menuntut begitu banyak komitmen dan bayar sangat lambat. Jadi apa yang kita makan? Pasir?. Mengajar mereka semua itu satu pelajaran besar tentang nilai kita, masa, minyak, tol yang perlu kita belanjakan, bangun awal pagi, pakaian, makanan dan barangan solek yang perlu kita laburkan,” kataya menerusi hantaran di Instastory.
Menerusi hantaran yang sama, Natasha memaklumkan dirinya turut memahami nasib golongan selebriti dan pempengaruh yang berkerja sebagai ‘freelancer’ perlu melakukan pelbagai perkara untuk menyara kehidupan.
“Berhenti dibuli oleh ‘penipu’ ini. Mereka sesuka hati memilih dan memilih siapa yang mereka mahu bayar lebih tinggi dan bayar rendah. Dan juga percuma. Tidak lupa siapa yang mendapat gaji dahulu dan kemudian.
“Nilai diri anda lebih besar daripada memenuhi keperluan mereka. Jangan berundur dan jangan bersimpati dengan mereka yang tidak mahu cemerlang dalam industri atau tidak membuat perubahan yang membantu industri.
“Ingat siapa yang akan meletakkan makanan di atas meja. Ia adalah anda sendiri dan anda perlu dibayar dengan adil dan tepat pada masanya mengikut apa yang anda mahukan. Anda tahu kualiti kerja anda.
“Dan bagi jenama yang tidak membayar dan mahu kerja percuma bersabar dan jangan menjadi keldai atau mendesak sebaik sahaja anda memberikan ‘hadiah’. Kita semua mempunyai 1001 perkara dan komitmen untuk dilakukan dan untuk terus hidup,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita yang menggemparkan peminat Kpop apabila dua orang ahli iKON iaitu Jinhwan dan Junhoe dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan pada awal pagi tadi.
Menurut laporan eksklusif daripada Kyungnam Domin, pada jam 3.40 pagi waktu Korea, sebuah van yang dinaiki Junhoe dan Jinwhan tergelincir di jalan yang lincin menyebabkan kenderaan tersebut merempuh tembok. Kedua-dua anggota iKON dan pemandu van dilaporkan cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pemandu van tersebut kini dalam siasatan kerana dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol. Polis percaya bahawa kemalangan itu disebabkan oleh pemanduan dalam keadaan dan sedang menyiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, agensi mereka iaitu YG Entertainment masih belum lagi memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.
Di laman sosial, rata-rata peminat kumpulan iKON bimbang tentang kondisi Jinwhan dan Junhoe dan mereka berasa lega apabila mengetahui idola mereka hanya cedera ringan.
Malah, ada yang terlebih concern dan menyalahkan YG Entertainment serta mahu pemandu tersebut diberhentikan kerana bimbang keadaan yang sama berlaku lagi.
Sudah tentu peminat setia kumpulan iKON risau tentang keselamatan ikon mereka. Diharap Jinwhan dan Junhoe lebih berhati-hati selepas ini.
Baru-baru ini, penyanyi dan guru vokal tersohor negara, Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) kini memegang gelaran baharu apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di mana pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Md Amin Md Taff menyifatkan pelantikan ini sebagai satu penghormatan besar dan tepat pada masanya. Selain itu, beliau menyifatkan kehadiran Tok Naz juga akan membuka ruang pertukaran idea, memperkenalkan inovasi pembelajaran, dan menghasilkan karya seni yang berkualiti tinggi.
“Beliau (Syafinaz) adalah figura seni yang mempunyai reputasi tinggi bukan sahaja sebagai penyanyi dan penggiat seni, tetapi juga pendidik berpengalaman luas,” katanya.
“Pelantikan ini diharap menjadi pemangkin kepada penghasilan bakat baharu yang lebih kompetitif di peringkat global,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Instagram @datuksyafinazofficialKredit foto: Instagram @datuksyafinazofficial
Dalam pada itu, langkah ini dilihat sebagai satu usaha strategik UPSI untuk memperkukuh hubungan antara dunia akademik dan industri muzik tempatan serta antarabangsa.
Pada masa yang sama, Tok Naz dijangka memainkan peranan penting dalam memperkaya kurikulum fakulti melalui bengkel vokal, sesi bimbingan dan projek kolaborasi bersama pelajar.
Sementara itu, Dekan FMSP, Prof Madya Muhammad Fazli Taib Saearani berkata, beliau optimis dengan potensi yang dibawa Tok Naz dan kolaborasi ini diyakini mampu memperkukuh hubungan strategik antara fakulti dan industri muzik.
“Kami melihat pelantikan ini sebagai peluang besar membina jambatan antara dunia akademik dan industri muzik profesional,” jelasnya sambil menambah bahawa ia akan memberi impak positif terhadap aktiviti akademik, penyelidikan dan seni persembahan.
Kredit foto: Instagram @datuksyafinazofficialKredit foto: Instagram @datuksyafinazofficial
Tambahnya, Tok Naz akan terlibat secara langsung dalam perkongsian pengalaman, penganjuran bengkel vokal dan projek kolaborasi pelajar. Kehadiran beliau diharap dapat memberi inspirasi dan bimbingan terus kepada generasi baharu.
Sehubungan itu, dengan jaringan profesional yang dimiliki, FMSP yakin pelantikan ini akan membuka peluang kolaborasi antarabangsa sekaligus mengangkat jenama UPSI di persada seni global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan lalu, peminat filem Gol & Gincu (2005) dan siri televisyen 2 musim Gol & Gincu dikhabarkan dengan berita paling mereka nanti-nantikan.
Filem kegemaran mereka itu akan kembali dijadualkan untuk penggambaran sequel, Gol & Gincu 2!
Bagi korang yang baru je lahir selepas tahun 2000, mungkin tak berapa nak tahu tentang fenomena filem dan drama arahan Bernard Chauly ini. Tapi YouTube kan ada…ada je ‘insan terpilih’ yang sudah memuat naik drama musim kedua itu di sana. So tengok tau!
Bagi fans tegar Gol & Gincu, mesti korang dah tahu tentang beberapa fakta menarik ini.
Namun bagi yang terlepas pandang, hey, we have got you covered !
01
Berita tentang sequel ini mula dihidu peminat selepas produksi Red Films memuat naik poster casting call kepada “All shapes and faces” di luar sana di akaun Twitter mereka.
02
Ada beberapa nama pelakon baru yang akan menyertai senarai pelakon asal Gol & Gincu. Antaranya, Ummi Nazeera, kak Ziana Zain, Nadiya Nisaa, Syafiq Kyle dan Aedy Asyraf. Kali ni juga menampilkan pengarah baru iaitu Umi Salwana Omar.
Penat Ummi kena touch up selalu hehe..
03
Walaupun beberapa karakter yang korang sayangi seperti Dayang (Zarina Zainuddin), Ratu (Diana Danielle), Jijie (Sharifah Amani) dan Shasha (Sazzy Falak) bakal kembali menghiburkan semua orang dalam filem sequel ini, karakter utama Gol & Gincu iaitu Putri Farhana lakonan Fazura tidak akan membuat kemunculan pada kali ini.
Ramai yang sedih dengan perkara itu memandangkan itulah filem yang memperkenalkan Fazura kepada peminatnya. Atas sebab terma tertentu yang tak dapat dipersetujui di antara Fazura dan pihak produksi Red Films, kita tak dapat mendengar gelak tawa Putri. Apapun, Fazura telah mengucapkan “All the best” kepada semua yang terlibat untuk Gol & Gincu 2.
04
Kata Sazzy kepada rakan media di NST, dia sememangnya “Rindu, rindu” untuk kembali memegang watak Shasha di dalam Gol & Gincu 2. Watak tersebut jugalah yang membawa tuah kepada Sazzy apabila dia memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 19.
“Gol & Gincu merupakan sebuah filem yang saya percaya akan membuahkan hasil dan ia mempunyai mesej yang cukup kuat.”
05
Hari ini merupakan hari ke-21 sesi penggambaran Gol & Gincu 2!
06
Antara lokasi penggambaran yang dipilih pada kali ini ialah di stesen radio Im4U Sentral Puchong, Jalan Tun Razak (yes tengah-tengah jalan!) dan futsal court Im4U.
07
Gol & Gincu Vol. 2 akan ditayangkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Berapa hari bulan agak-agaknya, sabar okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...