Home Blog Page 21

“How To Live Without You? Anak-Anak Keep Cari, Tanya…” –Isteri Kapten Zainol

“Selasa lepas 8 Sep 2026, adalah hari di mana seluruh jiwa ku hancur berderai.”

Begitulah luahan hati Izzati Syamimi selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Kapten Zainol Afiq dalam nahas helikopter yang berlaku di kawasan pedalaman Sarawak, baru-baru ini.

“How To Live Without You? Anak-Anak Keep Cari, Tanya…” –Isteri Kapten Zainol

Menerusi coretan yang dikongsikan platform Facebook miliknya, Izzati mengakui masih sukar menerima hakikat apabila perkara yang sebelum ini hanya didengarinya mengenai orang lain, kini menjadi kenyataan yang terpaksa dilalui sendiri.

“Selasa lepas 8 sep 2026, adalah hari di mana seluruh jiwa ku hancur berderai. Tak sangka berita yang selama ni i dengar pasal orang lain sekarang i yang kena hadap. Tak mudah, susah dan sangat sakit.

“Tell me, how to life without you Zainol Afiq? Anak anak keep cari, anak anak tanya, every single question sangat susah untuk di jawab,” coretnya.

“How To Live Without You? Anak-Anak Keep Cari, Tanya…” –Isteri Kapten Zainol

7 Tahun Penuh Kenangan Bersama

Dalam perkongsian sama, Izzati turut mengenang tujuh tahun perjalanan hidup yang dilaluinya bersama Allahyarham Kapten Zainol.

Biar banyak perkara yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, dia tetap menghargai setiap pengorbanan, doa dan usaha yang dicurahkan suaminya sepanjang mereka bersama.

“Terima kasih untuk 7 tahun yang sangat bahagia. Terima kasih untuk setiap satu doa dan usaha. Terima kasih sanggup berjuang hingga hujung nyawa.

“Terlalu banyak untuk di tulis. Terlalu banyak untuk di ungkap. Tapi biarlah semuanya hanya Allah yang tahu. I percaya dan i terima semuanya walaupun susah dan sakit. Time will heal.. tapi sampai bila hanya Allah yang tahu,” katanya.

“How To Live Without You? Anak-Anak Keep Cari, Tanya…” –Isteri Kapten Zainol

“Tunggu I Dengan Anak-Anak Di Syurga”

Izzati turut menitipkan doa agar mereka sekeluarga dapat dipertemukan kembali di syurga kelak.

Dalam masa sama, dia menganggap Allahyarham sebagai insan yang tidak akan pernah dapat digantikan dalam hidupnya.

“Semoga kita berjumpa lagi, tunggu i dengan anak anak di syurga ya. Tak kan terganti….suami syurga saya. Semoga tenang di sisi sang pencipta.

“Selamat pulang buat selamanya. Selamat berehat Captain Zainol Afiq Bin Bee Sham. Sayang selamanya, Mimi, Sofia & Ian,” tulisnya panjang.

“How To Live Without You? Anak-Anak Keep Cari, Tanya…” –Isteri Kapten Zainol

Lima Individu Terkorban Dalam Nahas

Terdahulu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran landasan STOLport Long Lellang di Ulu Baram, Sarawak.

Helikopter berkenaan ketika itu sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan Doktor Udara (FDS) ke kawasan pedalaman Sarawak.

Dalam kejadian tersebut, lima individu disahkan meninggal dunia iaitu pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin; juruterbang, Kapten Zainol; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya diteruskan dengan penglibatan lebih 20 anggota daripada pelbagai agensi, termasuk 12 anggota bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Penolong Penguasa Bomba Jessbent Jenus, pasukan berkenaan dijadualkan berlepas kira-kira jam 9 pagi menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jenis Mi-171.

“How To Live Without You? Anak-Anak Keep Cari, Tanya…” –Isteri Kapten Zainol

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Shahmalarani Muncul Juara Karate, Malaysia Raih Emas Ketiga Di Sukan Asia, Tahniah!

0

Terbaru, jaguh karate wanita negara, C. Shahmalarani pula mencuri perhatian apabila berjaya menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg).

Difahamkan, atlet kelahiran Selangor yang kini berusia 28 tahun itu menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting, menerusi keputusan juri selepas kedua-dua karateka terikat 0-0 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Toyohashi.

Pertarungan tersebut berlangsung dalam tempo cukup berhati-hati apabila kedua-dua atlet dilihat tidak terlalu mengambil risiko untuk melakukan serangan. Keadaan itu menyaksikan mereka menerima amaran daripada pengadil sebelum aksi memasuki fasa penentuan.

Shahmalarani Muncul Juara Karate, Malaysia Raih Emas Ketiga Di Sukan Asia, Tahniah!

Shahmalarani Muncul Juara Karate, Malaysia Raih Emas Ketiga Di Sukan Asia, Tahniah!

Menuju penghujung pertarungan, Shahmalarani mula meningkatkan tekanan dengan cuba memburu mata menerusi serangan yang mampu menghasilkan Ippon, manakala Yee Ting turut berusaha mencari peluang untuk mendapatkan mata. Bagaimanapun, keputusan akhir masih kekal 0-0 sehingga tamat perlawanan.

Situasi berkenaan menyebabkan keputusan pemenang terpaksa ditentukan menerusi semakan video sebelum empat juri akhirnya sebulat suara memilih Shahmalarani berdasarkan percubaan serangan yang dilakukannya pada penghujung pertarungan.

Sebelum melangkah ke pentas final, Shahmalarani terlebih dahulu menewaskan wakil Uzbekistan, Gulshan Alimardanova dengan keputusan 3-2 pada aksi separuh akhir. Kejayaan itu pastinya cukup bermakna buat atlet negara berkenaan selepas beliau pernah tewas kepada lawan sama pada final Kejohanan Dunia di Cairo, Mesir pada 2025.

Shahmalarani Muncul Juara Karate, Malaysia Raih Emas Ketiga Di Sukan Asia, Tahniah!

Dalam perjalanan menuju separuh akhir, Shahmalarani membuka kempen dengan kemenangan bergaya 8-0 ke atas Fong Man Wai dari Macau pada pusingan pertama sebelum meneruskan momentum menerusi kemenangan tipis 5-4 terhadap wakil Bangladesh, Saiama Jaman di suku akhir.

BACA: Taj Izrin Aiman Hadiahkan Emas Kedua Malaysia, Cipta Sejarah Dalam E-Sukan Di Sukan Asia! Tahniah!

Untuk rekod, Malaysia terlebih dahulu meraih emas menerusi Adeola Fay Robert dalam acara kumite wanita bawah 55kg sebelum Taj Izrin Taj Madira menambah pingat emas kedua negara dalam perlumbaan Gran Turismo 7. Kejayaan Shahmalarani selepas itu melengkapkan koleksi tiga emas buat kontinjen Malaysia di Aichi-Nagoya 2026.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Taj Izrin Aiman Hadiahkan Emas Kedua Malaysia, Cipta Sejarah Dalam E-Sukan Di Sukan Asia! Tahniah!

0

Terbaru, jaguh e-sukan negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira meraih perhatian selepas berjaya menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya menerusi acara perlumbaan Gran Turismo 7. Kejayaan itu dilakar selepas beliau mengungguli saingan akhir yang berlangsung di Aichi Sky Expo Hall D, Jepun, pada Selasa.

Difahamkan, pelumba yang kini berusia 27 tahun itu menamatkan saingan dengan kutipan mata keseluruhan tertinggi selepas mengharungi tiga perlumbaan final. Keputusan tersebut menyaksikan Taj Izrin mengatasi pencabar dari Arab Saudi dan Korea Selatan untuk dinobatkan sebagai juara.

Lebih membanggakan, pencapaian berkenaan turut mencipta sejarah apabila menjadi pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan di Sukan Asia. Acara Gran Turismo 7 itu sendiri juga merupakan antara disiplin baharu yang julung kali dipertandingkan pada temasya kali ini.

Taj Izrin Aiman Hadiahkan Emas Kedua Malaysia, Cipta Sejarah Dalam E-Sukan Di Sukan Asia! Tahniah! Taj Izrin Aiman Hadiahkan Emas Kedua Malaysia, Cipta Sejarah Dalam E-Sukan Di Sukan Asia! Tahniah!

Dalam aksi final, Taj Izrin memulakan perlumbaan dengan rentak konsisten apabila masing-masing menamatkan dua perlumbaan pertama di tempat kedua. Dua keputusan tersebut membolehkannya mengumpul 18 mata sebelum memasuki perlumbaan penentuan.

Walau bagaimanapun, pelumba kelahiran negara itu tidak mensia-siakan peluang pada perlumbaan ketiga apabila tampil lebih agresif dan berjaya mendominasi saingan. Persembahan tersebut akhirnya memastikan kutipan mata keseluruhannya kekal di kedudukan teratas untuk membawa pulang pingat emas.

BACA: Adeola Fay Robert Gemilang! Hadiahkan Emas Pertama Malaysia Di Sukan Asia 2026 Pada Usia 20 Tahun

Kejayaan berkenaan turut menjadi detik istimewa buat Taj Izrin yang merupakan anak didik legenda permotoran negara, Alex Yoong. Gabungan pengalaman dalam dunia perlumbaan dan persaingan e-sukan nyata membantu beliau menghasilkan persembahan konsisten sepanjang saingan.

Taj Izrin Aiman Hadiahkan Emas Kedua Malaysia, Cipta Sejarah Dalam E-Sukan Di Sukan Asia! Tahniah!

Sementara itu, sebagai penghargaan terhadap pencapaian tersebut, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) sebelum ini turut menawarkan imbuhan RM20,000 kepada setiap pasukan e-sukan kebangsaan yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Untuk rekod, emas pertama Malaysia pada temasya berkenaan hadir menerusi atlet karate, Adeola Fay Robert dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg). Beliau menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi dengan keputusan 6-4 pada aksi final sehari sebelum kejayaan Taj Izrin melengkapkan koleksi emas kedua negara.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

5 Fakta Menarik Taj Izrin Aiman, Wira Emas e-Sukan Malaysia Yang Berkaki Ayam Di Sukan Asia 2026

Lagu Negaraku kembali berkumandang di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila sejarah tercipta menerusi pingat emas acara e-Sukan yang dimenangi Taj Izrin Aiman Taj Madira.

Bertempat di Aichi Sky Expo Hall D pada Selasa, Taj Izrin muncul juara acara perlumbaan Gran Turismo 7 dalam acara yang julung kali dipertandingkan pada peringkat Sukan Asia.

Ia sekaligus menyumbangkan pingat emas kedua kepada kontinjen Malaysia yang dilihat sedang berada pada momentum terbaik untuk menyamai sasaran 6 pingat emas pada Sukan Asia edisi terdahulu.

5 Fakta Menarik Taj Izrin Aiman, Wira Emas e-Sukan Malaysia Yang Berkaki Ayam Di Sukan Asia 2026

BACA: Adeola Fay Robert Gemilang! Hadiahkan Emas Pertama Malaysia Di Sukan Asia 2026 Pada Usia 20 Tahun

Jom lihat lima fakta menarik mengenai kemenangan bersejarah ini dan siapakah Taj Izrin Aiman yang menjadi wira negara kali ini.

Kejayaan Sulung e-Sukan Malaysia

Kilauan pingat emas kedua negara oleh Taj Izrin ini cukup istimewa memandangkan ia merupakan pingat emas pertama Malaysia dalam sejarah e-Sukan yang baru sahaja dipertandingkan di temasya Sukan Asia mulai edisi kali ini.

5 Fakta Menarik Taj Izrin Aiman, Wira Emas e-Sukan Malaysia Yang Berkaki Ayam Di Sukan Asia 2026

Ekori Rapat Sehingga Muncul Juara

Kata orang, momentum seseorang atlet haruslah konsisten sepanjang acara untuk melayakkan diri dikalungkan pingat emas. Begitulah yang dilakukan oleh Taj Izrin .

Pada peringkat awal, beliau menamatkan dua perlumbaan pertama di kedudukan kedua dengan mengumpul 18 mata.

Hanya pada perlumbaan ketiga, beliau meningkat momentum dan mengenepikan semua saingan tersengitnya termasuklah pencabar terdekat dari Arab Saudi dan Korea Selatan demi memastikan Malaysia menaiki podium sebagai juara untuk kali kedua di bumi Jepun.

Aksi Kaki Ayam Curi Tumpuan

Untuk beraksi cemerlang di peringkat antarabangsa, seseorang atlet tentulah akan memastikan dirinya selesa sewaktu beraksi di arena dan itulah yang dilakukan oleh Taj Izrin.

Siapa sangka, aksi emas ini diraihnya tanpa memakai kasut sewaktu menekan pedal. Memang rare!

5 Fakta Menarik Taj Izrin Aiman, Wira Emas e-Sukan Malaysia Yang Berkaki Ayam Di Sukan Asia 2026

Anak Didik Alex Yoong

Pastinya, salah seorang individu yang meraikan kejayaan Taj Izrin pada kali ini tidak lain tidak bukan ialah legenda permotoran negara, Alex Yoong. Ini memandangkan Taj merupakan anak didik kepada bekas pelumba Formula 1 (F1) itu di bawah kelab Axle Sports.

Imbuhan Lumayan Menanti

Menerusi kemenangan pada hari Rabu, Taj Izrin layak untuk menerima imbuhan berjumlah RM20,000 oleh Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) yang telah dijanjikan kepada setiap pasukan e-sukan kebangsaan yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya.

BACA: Shahmalarani Muncul Juara Karate, Malaysia Raih Emas Ketiga Di Sukan Asia! Tahniah!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Taj Izrin Aiman Taj Madira!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Taanusiya Chetty Sedia Terjun Dunia Lakonan, Tak Tolak Tawaran Drama

mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih tempat ketiga Miss World Asia 2026, Taanusiya Chetty kini bersedia membuka langkah baharu dalam dunia hiburan.

Pemilik nama penuh Taanusiya Chetty, 26, atau lebih mesra disapa Taanu itu mengakui mempunyai minat terhadap bidang lakonan dan menyimpan impian untuk bergelar pelakon.

Menurutnya, dia tidak akan menolak sekiranya menerima peluang daripada mana-mana penerbit yang yakin dengan bakat serta kebolehannya.

Taanusiya Chetty Sedia Terjun Dunia Lakonan, Tak Tolak Tawaran Drama

Pernah Ditawarkan Berlakon Drama

Bukan sekadar menyimpan impian, Taanusiya mendedahkan dia sebenarnya pernah menerima tawaran daripada sebuah syarikat produksi untuk membintangi drama sebelum menyertai Miss World Asia 2026.

Bagaimanapun, tawaran tersebut terpaksa ditolak dengan baik kerana dia bimbang komitmen terhadap kontrak berkenaan akan mengehadkan ruangnya untuk memberikan komitmen seperti yang diharapkan.

Kini, selepas selesai menyertai pertandingan berkenaan, Taanusiya mengakui dirinya lebih terbuka untuk mencuba peluang dalam industri hiburan tempatan.

“Selepas ini kalau ada peluang (berlakon) saya tidak akan cakap tak kerana nak cuba masuk dalam industri hiburan Melayu dahulu dan berlakon dalam drama tempatan.

“Kalau ada tawaran berlakon muzik video (MV) pun saya okay. Ayah pun tak ada halangan dan okay saja walaupun dulu tidak.

“Emak pula bila okay (izinkan), ayah tak okay tapi saya pun ada degilnya juga jika mahukan sesuatu,” katanya.

Taanusiya Chetty Sedia Terjun Dunia Lakonan, Tak Tolak Tawaran Drama

Terima Jika Disamakan Dengan Sharifah Haneesya

Dalam perkembangan sama, Taanusiya turut mengulas mengenai pandangan segelintir warganet yang menyifatkan wajahnya mempunyai persamaan dengan pelakon dan model, Sharifah Haneesya.

Tidak melihat perbandingan itu sebagai sesuatu yang negatif, Taanusiya menerimanya dengan hati terbuka malah menganggap persamaan tersebut sebagai satu pujian.

“Tak mengapa (disamakan) dan saya pun tahu mengenainya kerana ada terbaca komen di media sosial.

“Pernah satu hari, ada seorang individu datang tegur saya kemudian kata dia jumpa saya semalam sedangkan tidak.

“Saya rasa mungkin kami ada iras sedikit pada bahagian mata tapi saya okay saja (disamakan) dan anggap ia satu pujian kerana Haneesya gadis yang cantik,” katanya.

Taanusiya Chetty Sedia Terjun Dunia Lakonan, Tak Tolak Tawaran Drama

Raih Tempat Ketiga Miss World Asia 2026

Terdahulu, Taanusiya melakar kejayaan membanggakan apabila meraih tempat ketiga pada pertandingan akhir Miss World Asia 2026 yang berlangsung di Nha Trang, Vietnam pada 6 September lalu.

Pencapaian tersebut sekali gus menyaksikan Taanusiya mengulangi kejayaan negara yang dicatatkan 28 tahun lalu.

Selepas berada di Vietnam selama enam minggu, Taanusiya akhirnya tiba di tanah air pada petang Sabtu lalu.

Kepulangannya turut disambut meriah oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa, rakan-rakan serta ratusan penyokong.

Lebih manis, mereka hadir dengan membawa pelbagai hadiah dan jambangan bunga sebagai tanda sokongan serta meraikan kejayaan Taanusiya di pentas antarabangsa.

Taanusiya Chetty Sedia Terjun Dunia Lakonan, Tak Tolak Tawaran Drama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: BH Online

Tiket BIGBANG Di KL ‘Sold Out’ Dalam 25 Minit! Penganjur Pertimbang Tambah Hari

0

Terbaru, tiket konsert kumpulan K-Pop popular, BIGBANG yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur dilaporkan habis terjual dalam tempoh hanya 25 minit 31 saat. Kejayaan jualan tersebut sekaligus memperlihatkan sambutan luar biasa peminat terhadap kemunculan semula kumpulan berkenaan di Malaysia.

Difahamkan, konsert yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari 2027 itu merupakan sebahagian daripada jelajah ‘BIGBANG 2026–2027 World Tour’ sempena sambutan ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut. Jelajah berkenaan hadir selepas BIGBANG melancarkan single kemunculan semula mereka berjudul ‘BiiiG’, pada 19 Ogos lalu.

Menurut penganjur, iMe Malaysia, sambutan terhadap konsert itu sebenarnya sudah dapat dilihat sejak jualan pra-tempahan tiket VIP dibuka pada 17 September lalu apabila kesemua tiket kategori berkenaan habis dalam masa kira-kira 90 minit.

Tiket BIGBANG Di KL 'Sold Out' Dalam 25 Minit! Penganjur Pertimbang Tambah Hari Tiket BIGBANG Di KL 'Sold Out' Dalam 25 Minit! Penganjur Pertimbang Tambah Hari

Situasi sama berulang ketika jualan tiket kepada umum dibuka pada 22 September apabila peminat pantas mendapatkan tiket sehingga keseluruhan kapasiti yang diperuntukkan habis dalam masa kurang setengah jam.

Susulan permintaan yang begitu tinggi, pihak penganjur turut memaklumkan bahawa mereka kini sedang mengadakan perbincangan bagi mempertimbangkan kemungkinan menambah satu lagi hari persembahan buat peminat di Malaysia.

BACA: BIGBANG Kembali Gegar Kuala Lumpur Selepas Hampir Sedekad, Bakal Temui VIP Januari Ini!

Dalam pada itu, iMe Malaysia menzahirkan penghargaan kepada semua peminat atas sokongan yang diberikan terhadap konsert BigBang, selain menyifatkan sambutan tersebut sebagai sesuatu yang amat menggalakkan.

Tiket BIGBANG Di KL 'Sold Out' Dalam 25 Minit! Penganjur Pertimbang Tambah Hari

Untuk rekod, BIGBANG kini dianggotai tiga anggota iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung. Kumpulan tersebut pada asalnya mempunyai lima anggota sebelum Seungri meninggalkan industri hiburan pada Mac 2019, manakala T.O.P mengumumkan pemergiannya daripada kumpulan itu pada Mei 2023.

Sepanjang perjalanan karier, BIGBANG dikenali sebagai antara kumpulan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan ‘Hallyu’ di peringkat global, termasuk menerusi pendekatan muzik yang eksperimental, penglibatan dalam penghasilan karya serta persembahan pentas yang menjadi identiti mereka. Tidak hairanlah, kumpulan berkenaan terus mempunyai pengaruh besar dalam kalangan peminat K-Pop meskipun sudah dua dekad berada dalam industri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dah Pandai Rap Pada Usia Dua Tahun, MK K-Clique Tak Halang Aya Rayana Ceburi Dunia Seni

Penyanyi rap, MK K-Clique terbuka sekiranya anak perempuannya, Aya Rayana, mempunyai minat untuk menceburi bidang seni apabila dewasa kelak.

Bagaimanapun, MK berkata dia tidak mahu memaksa puteri kesayangannya untuk terlalu awal terlibat dalam industri hiburan memandangkan usia Aya kini baru menginjak dua tahun.

“Tak ada tawaran apa-apa sebab anak saya pun masih kecil lagi. Jadi saya tak nak desak sangat kehidupan dia.

“Saya nak dia membesar secara normal seperti kanak-kanak biasa. Tapi sekiranya ada tawaran, saya akan tanya isteri.

“Kalau tawaran komersial kanak-kanak, InsyaAllah tak ada masalah. Tengok pada rezeki,” katanya kepada Remaja.

Dah Pandai Rap Pada Usia Dua Tahun, MK K-Clique Tak Halang Aya Rayana Ceburi Dunia Seni

Aya Sudah Mula Hafal Lagu Ayah

Dalam pada itu, MK berkongsi perkembangan terbaru Aya yang kini semakin menunjukkan minat terhadap muzik.

Menurutnya, anak sulung hasil perkahwinannya bersama Hajar itu sudah mula menghafal beberapa lagu nyanyiannya, termasuk Pulang, Risiko dan Mimpi.

“Anak saya tu menyanyi lagu dan menari lagi. Sebelum ni memang dia selalu ikut saya ke show tapi hanya duduk dalam kereta, tengok dari tingkap je.

“Jadi dia tahu bapa dia pergi buat show, RAP. Tapi sekarang ni dia duduk tepi pentas dan tengok saya buat persembahan,” katanya.

Tak Halang Jika Aya Pilih Rap

Bercerita mengenai kemungkinan Aya meneruskan legasi bapanya dalam muzik rap, MK menegaskan dia tidak akan menghalang sekiranya perkara tersebut benar-benar menjadi pilihan dan minat anaknya.

Malah, penyanyi berkenaan bersedia memberikan sokongan serta membimbing Aya sekiranya dia memilih untuk mengikuti jejak langkahnya dalam dunia seni.

Dah Pandai Rap Pada Usia Dua Tahun, MK K-Clique Tak Halang Aya Rayana Ceburi Dunia Seni

“Kalau anak saya berminat untuk jadi rapper, tak ada masalah dan terpulang pada dia. Saya terbuka dan mahu yang terbaik untuk dia.

“Saya tak ada halangan dan tak mahu menghadkan pergerakan dia tapi saya nak besarkan dia dalam ajaran agama yang cukup dan berguna untuk masyarakat.

“Saya tak tahu ke depan tu macam mana, saya ada untuk bimbing dia. Yang penting dia tahu apa yang patut dan tak patut buat, tahu baik dan tak baik serta halal dan haram,” ujarnya lagi.

Utamakan Fasa Membesar

Sementara itu, MK memberitahu dia dan isterinya juga belum pernah mengadakan perbincangan khusus mengenai kemungkinan Aya terlibat dalam industri hiburan.

Buat masa ini, pasangan tersebut memilih untuk menikmati setiap fasa tumbesaran anak mereka tanpa terlalu memikirkan soal kerjaya Aya pada masa akan datang.

“Sejujurnya saya dan isteri tak pernah berbincang tentang hal ini (penglibatan anak dalam industri) sebab kami sibuk tengok progress dia membesar.

“Saya nak anak saya enjoy dengan kehidupan kanak-kanak dia dan saya enjoy sebagai seorang bapa,” tambahnya.

Dah Pandai Rap Pada Usia Dua Tahun, MK K-Clique Tak Halang Aya Rayana Ceburi Dunia Seni

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Tepati Janji Kepada Kai EXO, Atlet Wushu Hong Kong, Lydia Sham Berjaya Bawa Pulang Pingat Emas Sukan Asia

Baru-baru ini, atlet wushu wanita Hong Kong, Lydia Sham (Shen Xiaoyu) berjaya mencuri perhatian apabila bukan sahaja mencipta kejayaan di pentas Sukan Asia, malah menunaikan janji yang pernah dibuat kepada anggota kumpulan kegemaran beliau iaitu Kai EXO.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Lydia berkata, kejayaan tersebut menjadi lebih bermakna apabila beliau sebelum ini pernah bertemu KAI dalam sebuah sesi ‘fan sign’ dan menerima cabaran untuk memenangi pingat emas. Kata-kata tersebut kemudiannya dijadikan sebagai pembakar semangat untuk dirinya terus berusaha dalam karier sebagai atlet.

“Saya benar-benar berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia! Saya telah berusaha keras demi menunaikan janji ini!,” tulis Lydia.

Tepati Janji Kepada Kai EXO, Atlet Wushu Hong Kong, Lydia Sham Berjaya Bawa Pulang Pingat Emas Sukan Asia Tepati Janji Kepada Kai EXO, Atlet Wushu Hong Kong, Lydia Sham Berjaya Bawa Pulang Pingat Emas Sukan Asia

Selepas berjaya merealisasikan impian itu, Lydia turut menyampaikan harapannya agar pencapaiannya dapat diketahui oleh EXO. “Akhirnya saya berjaya! Harap EXO dapat melihatnya!” katanya.

Untuk pengetahuan, Lydia yang kini berusia 26 tahun, merupakan sebahagian daripada pasukan wushu Hong Kong membuktikan bahawa sokongan dan inspirasi boleh hadir daripada pelbagai sumber, termasuk daripada insan atau perkara yang dekat dengan hati seseorang.

Lebih menarik, minatnya terhadap EXO turut dizahirkan menerusi beberapa perkongsian berkaitan persiapannya sebagai atlet. Kumpulan tersebut dilihat menjadi antara sumber motivasi yang membantu Lydia kekal bersemangat sepanjang perjalanan menuju kejayaan.

Tepati Janji Kepada Kai EXO, Atlet Wushu Hong Kong, Lydia Sham Berjaya Bawa Pulang Pingat Emas Sukan Asia

Tepati Janji Kepada Kai EXO, Atlet Wushu Hong Kong, Lydia Sham Berjaya Bawa Pulang Pingat Emas Sukan Asia

Pingat emas yang diraih itu sekaligus menjadi bukti kepada usaha, disiplin dan kesungguhan Lydia dalam mengharungi latihan serta persaingan di peringkat antarabangsa. Pada masa sama, kisahnya memperlihatkan bagaimana sebuah janji kecil mampu menjadi dorongan besar untuk seseorang terus mengejar impian.

Kisah Lydia Sham menjadi inspirasi bahawa kejayaan bukan hadir dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan komitmen, pengorbanan dan keazaman yang berterusan. Apa yang bermula sebagai sebuah pertemuan bersama idola akhirnya bertukar menjadi kenangan manis apabila janji tersebut berjaya dibuktikan dengan pingat emas di pentas Sukan Asia.

Sumber: Instagram Lydia Sham

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

‘Bercinta’ Selama 8 Bulan Dengan Lee Dong-wook, Wanita Rugi RM100,000 Rupanya Terpedaya Scammer

0

Seorang wanita berusia lewat 30-an menjadi mangsa penipuan cinta atau love scam selepas terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong-wook.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan percaya dirinya menjalinkan hubungan romantik bersama bintang drama Goblin itu selama kira-kira lapan bulan sebelum mengalami kerugian sebanyak 35 juta won (sekitar RM100,000).

Menerusi kemunculannya dalam program SBS, News Hunters, wanita tersebut mendedahkan bahawa segala-galanya bermula menerusi media sosial apabila dia menerima mesej peribadi daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai Lee Dong-wook.

Sepanjang lapan bulan berhubung, scammer berkenaan dikatakan berjaya meyakinkannya bahawa hubungan mereka bukan sekadar antara selebriti dan peminat, malah sudah berkembang menjadi hubungan cinta.

Menurut mangsa, mereka turut berbincang mengenai perancangan untuk bertemu ibu bapanya dan mengatur pertemuan antara kedua-dua keluarga.

Malah, dia memanggil individu berkenaan sebagai ‘oppa’, manakala scammer itu pula memanggilnya dengan panggilan mesra ‘honey’ serta mendakwa telah memilih wanita tersebut sebagai pasangan hidup.

Lapan Bulan ‘Bercinta’ Dengan ‘Lee Dong-wook’, Tapi Tak Pernah Berjumpa

‘Bercinta’ Selama 8 Bulan Dengan Lee Dong-wook, Wanita Rugi RM100,000 Rupanya Terpedaya Scammer

Apa yang menimbulkan persoalan, sepanjang lapan bulan ‘hubungan’ tersebut berlangsung, mereka tidak pernah bertemu secara bersemuka mahupun bercakap menerusi panggilan telefon.

Situasi mula bertukar menjadi lebih serius apabila individu terbabit mendakwa dirinya sedang menjalani penggambaran di luar negara dan telah menghantar sebuah bungkusan hadiah kepada mangsa.

Bungkusan berkenaan kononnya mengandungi hadiah bernilai kira-kira 700 juta won.

Bagaimanapun, scammer tersebut kemudian mendakwa bungkusan itu berdepan masalah untuk melepasi kastam dan meminta mangsa membuat beberapa pembayaran bagi urusan dokumentasi pelepasan kastam serta caj penyimpanan.

Disebabkan mempercayai individu berkenaan sebagai Lee Dong-wook, mangsa melakukan beberapa transaksi sehingga jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan mencecah kira-kira 35 juta won.

Malangnya, wang tersebut gagal diperoleh semula selepas dia menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan.

Agensi Lee Dong-wook Beri Amaran

‘Bercinta’ Selama 8 Bulan Dengan Lee Dong-wook, Wanita Rugi RM100,000 Rupanya Terpedaya Scammer

Susulan kejadian tersebut, agensi yang menaungi Lee Dong-wook tampil memberi peringatan kepada peminat selepas menerima laporan mengenai individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai artis mereka menerusi platform media sosial dan aplikasi mesej peribadi.

Agensi itu menegaskan bahawa artis di bawah pengurusan mereka tidak akan meminta wang, barangan berharga mahupun maklumat peribadi daripada peminat melalui saluran peribadi.

Mereka juga tidak akan menghubungi peminat secara peribadi untuk meminta sebarang bayaran atas alasan menghadiri acara seperti VIP fan meeting.

Kes tersebut sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan love scam menggunakan identiti selebriti, lebih-lebih lagi apabila perkembangan teknologi digital dan artificial intelligence (AI) membolehkan penyamaran dilakukan dengan lebih meyakinkan.

Malah, Lee Dong-wook bukan satu-satunya selebriti Korea Selatan yang identitinya pernah dieksploitasi.

Identiti Selebriti Korea Turut Dieksploitasi Scammer

Pada Oktober lalu, sindiket love scam yang menyamar sebagai pelakon Squid Game, Lee Jung-jae dilaporkan memperdaya seorang wanita berusia lingkungan 50-an sehingga mengalami kerugian kira-kira 500 juta won.

Susulan kejadian itu, agensi Lee Jung-jae, Artist Company turut memberi amaran kepada orang ramai serta memaklumkan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan identiti artis mereka.

Kes seperti ini menunjukkan bahawa identiti selebriti terkenal boleh digunakan oleh scammer untuk membina keyakinan mangsa. Komunikasi yang berpanjangan juga boleh menyebabkan seseorang semakin mempercayai hubungan yang diwujudkan meskipun mereka tidak pernah bertemu atau bercakap secara langsung dengan individu terbabit.

Sumber : The Korean Times

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Jeonghan & Joshua SEVENTEEN Debut Sebagai JxJ, Bakal Lancar Mini Album ‘DREAMSCAPE’ Oktober Ini

0

Baru-baru ini, duo anggota K-Pop terkenal daripada kumpulan SEVENTEEN, Jeonghan dan Joshua meraih perhatian peminat apabila bakal tampil sebagai unit baharu kumpulan tersebut menerusi projek istimewa mereka yang diberi nama JxJ.

Menerusi sebuah pengumuman rasmi PLEDIS Entertainment, JxJ dijadualkan membuat debut pada 19 Oktober ini, sekaligus memperkenalkan mini album pertama mereka yang berjudul ‘DREAMSCAPE’. Album berkenaan bakal dilancarkan pada jam 6 petang waktu Korea.

Menurut agensi tersebut, ‘DREAMSCAPE’ mengetengahkan konsep berkaitan dunia mimpi yang menggabungkan dua bentuk impian berbeza, iaitu fantasi bawah sedar yang hadir ketika seseorang tidur serta cita-cita yang ingin direalisasikan dalam kehidupan sebenar.

Jeonghan & Joshua SEVENTEEN Debut Sebagai JxJ, Bakal Lancar Mini Album ‘DREAMSCAPE’ Oktober Ini

“‘DREAMSCAPE’, yang bermaksud landskap mimpi, mengeksplorasi dua dimensi mimpi: fantasi bawah sedar dan cita-cita yang ingin kita wujudkan. Melalui muzik, album ini menelusuri kitaran tanpa akhir dan pertembungan antara kedua-dua jenis mimpi ini apabila batas antara realiti dan fantasi semakin kabur,” kata PLEDIS Entertainment.

Difahamkan, konsep tersebut turut menggambarkan Jeonghan dan Joshua sebagai dua pemimpi yang bergerak antara realiti dan fantasi, sambil meneroka ruang baharu yang terbentuk apabila kedua-dua dunia berkenaan mula bertindih.

“Sebagai para pemimpi yang bergerak di antara realiti dan fantasi, Jeonghan dan Joshua akan menghadirkan pengalaman audio-visual yang memikat, dengan memanfaatkan ketegangan estetik yang tercipta apabila batas antara kedua-duanya mula kabur,” jelas agensi itu lagi.

Jeonghan & Joshua SEVENTEEN Debut Sebagai JxJ, Bakal Lancar Mini Album ‘DREAMSCAPE’ Oktober Ini

Dalam pada itu, PLEDIS Entertainment menyifatkan projek ini sebagai sebuah pengalaman audio-visual yang menggabungkan keindahan luar biasa dengan suasana misteri ketika sempadan antara dua bentuk mimpi tersebut semakin hilang.

Sementara itu, kemunculan JxJ bakal menjadi antara projek baharu yang menampilkan Jeonghan dan Joshua bersama sebagai sebuah unit, dengan ‘DREAMSCAPE’ menjadi permulaan kepada gandingan mereka di bawah nama tersebut.

BACA: Mingyu, Seungkwan & Dino Seventeen Bakal Jalani Khidmat Ketenteraan Mulai September

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.