Baru-baru ini, duo anggota K-Pop terkenal daripada kumpulan SEVENTEEN, Jeonghan dan Joshua meraih perhatian peminat apabila bakal tampil sebagai unit baharu kumpulan tersebut menerusi projek istimewa mereka yang diberi nama JxJ.

Menerusi sebuah pengumuman rasmi PLEDIS Entertainment, JxJ dijadualkan membuat debut pada 19 Oktober ini, sekaligus memperkenalkan mini album pertama mereka yang berjudul ‘DREAMSCAPE’. Album berkenaan bakal dilancarkan pada jam 6 petang waktu Korea.

Menurut agensi tersebut, ‘DREAMSCAPE’ mengetengahkan konsep berkaitan dunia mimpi yang menggabungkan dua bentuk impian berbeza, iaitu fantasi bawah sedar yang hadir ketika seseorang tidur serta cita-cita yang ingin direalisasikan dalam kehidupan sebenar.

Jeonghan & Joshua SEVENTEEN Debut Sebagai JxJ, Bakal Lancar Mini Album ‘DREAMSCAPE’ Oktober Ini

Ads

“‘DREAMSCAPE’, yang bermaksud landskap mimpi, mengeksplorasi dua dimensi mimpi: fantasi bawah sedar dan cita-cita yang ingin kita wujudkan. Melalui muzik, album ini menelusuri kitaran tanpa akhir dan pertembungan antara kedua-dua jenis mimpi ini apabila batas antara realiti dan fantasi semakin kabur,” kata PLEDIS Entertainment.

Difahamkan, konsep tersebut turut menggambarkan Jeonghan dan Joshua sebagai dua pemimpi yang bergerak antara realiti dan fantasi, sambil meneroka ruang baharu yang terbentuk apabila kedua-dua dunia berkenaan mula bertindih.

“Sebagai para pemimpi yang bergerak di antara realiti dan fantasi, Jeonghan dan Joshua akan menghadirkan pengalaman audio-visual yang memikat, dengan memanfaatkan ketegangan estetik yang tercipta apabila batas antara kedua-duanya mula kabur,” jelas agensi itu lagi.

Ads

Jeonghan & Joshua SEVENTEEN Debut Sebagai JxJ, Bakal Lancar Mini Album ‘DREAMSCAPE’ Oktober Ini

Dalam pada itu, PLEDIS Entertainment menyifatkan projek ini sebagai sebuah pengalaman audio-visual yang menggabungkan keindahan luar biasa dengan suasana misteri ketika sempadan antara dua bentuk mimpi tersebut semakin hilang.

Ads

Sementara itu, kemunculan JxJ bakal menjadi antara projek baharu yang menampilkan Jeonghan dan Joshua bersama sebagai sebuah unit, dengan ‘DREAMSCAPE’ menjadi permulaan kepada gandingan mereka di bawah nama tersebut.

BACA: Mingyu, Seungkwan & Dino Seventeen Bakal Jalani Khidmat Ketenteraan Mulai September

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads