Terbaru, jaguh e-sukan negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira meraih perhatian selepas berjaya menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya menerusi acara perlumbaan Gran Turismo 7. Kejayaan itu dilakar selepas beliau mengungguli saingan akhir yang berlangsung di Aichi Sky Expo Hall D, Jepun, pada Selasa.
Difahamkan, pelumba yang kini berusia 27 tahun itu menamatkan saingan dengan kutipan mata keseluruhan tertinggi selepas mengharungi tiga perlumbaan final. Keputusan tersebut menyaksikan Taj Izrin mengatasi pencabar dari Arab Saudi dan Korea Selatan untuk dinobatkan sebagai juara.
Lebih membanggakan, pencapaian berkenaan turut mencipta sejarah apabila menjadi pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan di Sukan Asia. Acara Gran Turismo 7 itu sendiri juga merupakan antara disiplin baharu yang julung kali dipertandingkan pada temasya kali ini.
Ads
Dalam aksi final, Taj Izrin memulakan perlumbaan dengan rentak konsisten apabila masing-masing menamatkan dua perlumbaan pertama di tempat kedua. Dua keputusan tersebut membolehkannya mengumpul 18 mata sebelum memasuki perlumbaan penentuan.
Walau bagaimanapun, pelumba kelahiran negara itu tidak mensia-siakan peluang pada perlumbaan ketiga apabila tampil lebih agresif dan berjaya mendominasi saingan. Persembahan tersebut akhirnya memastikan kutipan mata keseluruhannya kekal di kedudukan teratas untuk membawa pulang pingat emas.
Kejayaan berkenaan turut menjadi detik istimewa buat Taj Izrin yang merupakan anak didik legenda permotoran negara, Alex Yoong. Gabungan pengalaman dalam dunia perlumbaan dan persaingan e-sukan nyata membantu beliau menghasilkan persembahan konsisten sepanjang saingan.
Sementara itu, sebagai penghargaan terhadap pencapaian tersebut, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) sebelum ini turut menawarkan imbuhan RM20,000 kepada setiap pasukan e-sukan kebangsaan yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya.
Untuk rekod, emas pertama Malaysia pada temasya berkenaan hadir menerusi atlet karate, Adeola Fay Robert dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg). Beliau menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi dengan keputusan 6-4 pada aksi final sehari sebelum kejayaan Taj Izrin melengkapkan koleksi emas kedua negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat keunikan cahaya aurora dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam. Khabarnya, musim sejuk tahun ini antara musim Aurora paling meriah dan hampir setiap dua ke tiga hari sang cahaya ini akan muncul di langit.
Jika korang masih tercari-cari dimana lokasi untuk melihat aurora, berikut kami kongsikan beberapa tip yang dikongsi oleh Detektif Kembara untuk berpeluang melihat keindahan aurora ini.
So guys, korang dah bolehlah buat perancangan bersama kawan-kawan untuk menikmati keindahan aurora di lokasi-lokasi yang kami kongsikan ini. Paling penting, dah boleh mula menabung. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bulan Ramadan menjadi bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Masing-masing berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan juga mengejar pahala dalam bulan yang mulia ini.
Ada yang tidak tinggal bertarawikh di masjid, ada yang kerap bersedekah dan tidak kurang juga ramai yang berazam untuk khatam Al-Quran.
Namun begitu bukan semua yang dihajatkan tercapai. Sama seperti yang dikongsikan oleh selebriti popular Nora Danish, 39, dia berasa ralat tahun ini kerana tidak dapat khatam Al-Quran dek kesibukan urusan pindah ke rumah baharu keluarganya.
Menjadikan amalan khatam kitab suci al-Quran sebagai satu aktiviti Ramadan selama dua tahun berturut-turut. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkongsi kepada rakan media di Harian Metro tentang perkara ini.
Ujarnya, “Urusan pindah rumah menyebabkan jadual harian saya pada Ramadan kali ini agak kelam-kabut dan tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti mengaji sehingga khatam seperti dibuat sebelum ini.
“Saya sibuk sampai tak sempat nak kejar macam-macam benda. Jadi, memang agak terkilan juga apabila tak dapat khatam al-Quran untuk tahun ini. Semoga masih ada rezeki (khatam al-Quran) pada tahun depan.”
Selain itu dalam perkembangan terbaharu, isteri kepada Nedim Nazri ini bakal muncul dengan buah tangan terbaharu sempena hari raya nanti iaitu Puteri Reunion yang bakal ditayangkan di TV3.
Drama Sitkom Puteri merupakan sebuah karya popular suatu ketika dahulu yang menaikkan nama pelakon ini. Selain Nora, pelakon asal seperti Kenchana Devi, Beego, Siti Fazurina dan Intan Ladyana juga turut memeriahkan naskah ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Nora Danish
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang minggu ini, kita semua tidak boleh move on daripada momen bersejarah dalam kehidupan penyanyi terkenal, Taylor Swift yang baru-baru ini diberikan penghormatan oleh New York University untuk menerima Ijazah Kedoktoran Terhormat.
Dalam ucapan Taylor – ahem – Dr. Taylor, banyak quotes menarik yang dapat kita petik dan pelajari. Jom lihat 5 quotes pilihan REMAJA yang amat bertepatan dengan korang yang baru saja bergelar graduan dan seterusnya bakal melangkah ke alam pekerjaan.
Lets face it, life is not a stroll in the garden..
*
“Anda tidak selalu akan mendapat semua benda yang anda telah piliih daripada ‘servis delivery’, itulah hidup. Anda akan dapat apa yang telah ditentukan dan anda patut berbangga dengan apa yang anda telah lakukan untuk mendapatkannya.”
“Hidup boleh menjadi terbeban jika anda cuba memikul semua benda sekaligus. Ketahuilah apa yang perlu disimpan dan apa yang perlu dibuang. Tentukan apa yang sepatutnya menjadi hak milik anda dan biarkanlah yang selebihnya ‘pergi’,
“Jangan pernah malu untuk mencuba. ‘Effortless’ itu adalah satu mitos. Teruskan mencuba dalam hidup.”
“Ingat, anda ada kuasa untuk memilih perkara yang wajar diberikan masa dan ruang dalam kehidupan anda. (Sebagai contoh, masa untuk keluarga, ruang untuk rehatkan minda). Jadilah arif dalam menentukannya.”
“Kita mempunyai budaya ‘unbothered ambivalence’ (Umpamanya, tidak kisah apa yang berlaku dalam hidup kita. Tanpa misi, ramai yang memilih untuk ‘go with the flow’ sahaja.) Ini menimbulkan stigma salah terhadap mereka yang ada misi, mereka yang ingin mencapai kejayaan. Ibaratnya, mereka ini tidak ‘cool’. That is wrong, make eagerness to succeed cool again.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!