Baru-baru ini, atlet wushu wanita Hong Kong, Lydia Sham (Shen Xiaoyu) berjaya mencuri perhatian apabila bukan sahaja mencipta kejayaan di pentas Sukan Asia, malah menunaikan janji yang pernah dibuat kepada anggota kumpulan kegemaran beliau iaitu Kai EXO.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Lydia berkata, kejayaan tersebut menjadi lebih bermakna apabila beliau sebelum ini pernah bertemu KAI dalam sebuah sesi ‘fan sign’ dan menerima cabaran untuk memenangi pingat emas. Kata-kata tersebut kemudiannya dijadikan sebagai pembakar semangat untuk dirinya terus berusaha dalam karier sebagai atlet.
“Saya benar-benar berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia! Saya telah berusaha keras demi menunaikan janji ini!,” tulis Lydia.
Selepas berjaya merealisasikan impian itu, Lydia turut menyampaikan harapannya agar pencapaiannya dapat diketahui oleh EXO. “Akhirnya saya berjaya! Harap EXO dapat melihatnya!” katanya.
Ads
Untuk pengetahuan, Lydia yang kini berusia 26 tahun, merupakan sebahagian daripada pasukan wushu Hong Kong membuktikan bahawa sokongan dan inspirasi boleh hadir daripada pelbagai sumber, termasuk daripada insan atau perkara yang dekat dengan hati seseorang.
Lebih menarik, minatnya terhadap EXO turut dizahirkan menerusi beberapa perkongsian berkaitan persiapannya sebagai atlet. Kumpulan tersebut dilihat menjadi antara sumber motivasi yang membantu Lydia kekal bersemangat sepanjang perjalanan menuju kejayaan.
Ads
Pingat emas yang diraih itu sekaligus menjadi bukti kepada usaha, disiplin dan kesungguhan Lydia dalam mengharungi latihan serta persaingan di peringkat antarabangsa. Pada masa sama, kisahnya memperlihatkan bagaimana sebuah janji kecil mampu menjadi dorongan besar untuk seseorang terus mengejar impian.
Kisah Lydia Sham menjadi inspirasi bahawa kejayaan bukan hadir dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan komitmen, pengorbanan dan keazaman yang berterusan. Apa yang bermula sebagai sebuah pertemuan bersama idola akhirnya bertukar menjadi kenangan manis apabila janji tersebut berjaya dibuktikan dengan pingat emas di pentas Sukan Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang lapan tahun yang lalu, anak kelahiran Ipoh, Catherine Chin Wan Ping Coombes telah mengukir kejayaan di luar negara apabila dinobatkan sebagai pemenang MasterChef United Kingdom (UK) 2014.
Ping juga sering menyediakan hidangan tempatan masyarakat Malaysia yang menarik perhatian juri dan kemenangannya itu hasil dua juadah istimewa yang disediakan iaitu ‘Vanilla and Coconut Pannacotta with Charred Pineapple’, “Freeze-Dried Mango’ dan ‘Pineapple and Lime Air’.
Anak kelahiran Perak ini turut muncul dalam rancangan MasterChef’s Champion of Champions, dimana kesemua juara terdahulu rancangan realiti ini dikumpulkan semula dan bersaing antara mereka.
Dia kembali untuk program malam tahun baharu dan bersaing bersama juara tahun 2011 Tim Anderson, Saliha Mahmood Ahmed (2017), Kenny Tutt (2018) dan Irini Tzortzoglou (2019).
Apabila diumumkan memenangi rancangan realiti memasak itu buat kali kedua, Pin menjelaskan bahawa pencapainnya itu adalah satu ‘impian’.
‘I can’t really believe it all… it’s like a dream. I’m really, really happy.’
Menampilkan hidangan ayam Guinea yang disumbat dengan sosej dan nasi cendawan shittake yang ditaburi dengan limau, halia dan cili, serta ais kacang yang diinovasi bersama meringue berperisa rose dan mousse jagung salted sweet dan dihiasi dengan taburan coconut ice flakes.
Kemenangan ini membuktikan bahawa hidangan tempatan Malaysia juga mampu diangkat ke peringkat antarabangsa dan digemari oleh juri-juri luar negara.
Rata-rata warganet Malaysia meninggalkan komen ucapan tahniah buat Ping Coombees di laman rasmi instagram @masterchefuk.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Ping Coombes atas kejayaannya meraih pengiktirafan di luar negara. Untuk makluman, Ping sudah berhijrah dan menetap di sana, namun dia masih tidak melupakan makanan signature tempatan dan sering menyediakannya ketika cabaran di dalam program realiti tersebut.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pandemik Covid-19 merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia dan memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Manakan tidak, ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup. Malah, kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
foto via UCF
Adat orang berniaga, mesti pandai grab peluang yang ada, kemelut wabak ini menjadikan sesetengah pemilik syarikat dari serata dunia berjaya meraih kekayaan dengan mengambil peluang situasi ini bagi menjana pendapatan lumayan.
Ini 10 orang yang bertuah mengaut keuntungan daripada pandemik pembawa maut inidan berjaya memasuki carta Forbes pada tahun ini.
1. Li Jianquan dan keluarga (Hong Kong)
Foto via supchina.com
Nilai kekayaan : AS$ 6.8 bilion (RM 28 bilion)
Merupakan orang ke-17 yang terkaya di Hong Kong, Li Jianquan memiliki syarikat Winner Medical, iaitu antara pengeluar terbesar bagi pelitup muka dan PPE yang berjaya menembusi pasaran seluruh dunia dalam melawan wabak Covid-19 ketika ini.
2. Stephane Bancel (Perancis)
Foto via www.ft.com
Nilai kekayaan : AS$4.3 bilion (RM 17.8 bilion)
Stephane Bancel memegang jawatan CEO bagi syarikat bioteknologi Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts. Pada 18 Disember 2020, vaksin keluaran syarikatnya telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Stephane juga memegang tiga gulung ijazah sarjana dalam bidang perniagaan (MBA) dan kejuruteraan dari universiti berprestij di Perancis dan Amerika Syarikat.
3. Liu Fangyi (China)
Foto via intcorecycling.com
Nilai kekayaan: AS$4.2 bilion (RM17.4 bilion)
Liu Fangyi merupakan pengasas dan CEO bagi Intco Medical Technology, iaitu syarikat yang mengeluarkan kelengkapan PPE seperti sarung tangan perubatan, pelitup muka serta peralatan hospital lain seperti cecair pembasmi kuman, kerusi roda dan kain gauze kasa.
4. Ugur Sahin (Jerman)
Foto via lifescienceleader.com
Nilai kekayaan: AS$4 bilion (RM16.6 bilion)
Bagi yang mendapat suntikan Pfizer, inilah individu yang berjaya menghasilkannya. Ugur Sahin yang juga merupakan CEO bagi syarikat BioNtech berjaya menghasilkan vaksin Pfizer bersama isterinya dengan kerjasama syarikat gergasi farmasi di Amerika Syarikat.
Dengan keberkesanan sehingga 90%, pasangan ini merupakan satu-satunya saintis muslim yang berjaya menghasilkan vaksin bagi membendung penularan wabak Covid-19.
5. Yuan Liping (Kanada)
Nilai kekayaan: AS$3.6 bilion (RM14.9 bilion)
Setelah bercerai dengan pengerusi firma Shenzen Kangtai Biological Products. Du Weimin, Yuan Liping kini memegang sebanyak 24 % daripada jumlah saham syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Dengan termeterainya perjanjian bersama syarikat farmaseutikal di Britain, Astrazaneca pada Ogos lalu, syarikat ini bermatlamat untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 100 juta dos vaksin Covid-19 bagi melawan penularan Covid-19.
6) Hu Kun (China)
Foto via bloombergquint.com
Nilai kekayaan: AS$2.5 bilion (RM10.3 bilion)
Hu Kun berperanan sebagai pengerusi Contec Medical Systems, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai produk dalam bidang perubatan termasuklah pulse oximeter dan peranti khas bagi memeriksa kesihatan paru-paru.
7) Chen Xiao Ying (China)
Foto via min.news
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion).
Wanita ini merupakan pelabur bagi Alibaba Health Information Technology. Syarikat ini telah mengadakan perjanjian dengan penghasil vaksin Sinovac pada September lalu bagi menghasilkan platform digital sebagai usaha mengedarkan vaksin Covid-19 ini.
8) Dai Lizhong (China)
Foto via xinhuanet.com
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)
Pada Mei 2020, syarikat yang diterajui Dai Lizhong, Sansure Biotech telah berjaya mendapatkan kelulusan FDA bagi memasarkan kit ujian Covid-19 kepada pasaran seluruh dunia.
9) Karin Sartorius-Herbst (Jerman)
Foto via faktor-magazin.de
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)
Beliau merupakan seorang pemegang saham bagi syarikat biofarmaseutikal, Sartiorus AS, iaitu pengeluar bagi peralatan ujian Covid-19.
10) Prof. Timothy Springer (AS)
Foto via bloomberg.com
Nilai kekayaan: AS$2.2 bilion (RM9.1 bilion)
Prof Springer meraih kekayaan sebagai pelabur bagi syarikat Moderna sejak tahun 2010. Beliau juga merupakan seorang pakar immunologi dan profesor dalam bidang kimia biologikal dan farmakologi molekular di Harvard Medical School.
Majoriti orang Asia mempunyai mata berwarna gelap atau coklat. Warna coklat adalah hasil daripada kepekatan melanin yang tinggi di iris menyebabkan lebih banyak cahaya dapat diserap dan kurang cahaya yang dapat dipantulkan.
Foto Via wolipop
Dengan kecanggihan zaman sekarang, kita boleh je mempunyai warna mata yang berwarna-warni seperti biru atau hijau dengan mengenakan kanta mata untuk menjadikan mata kita lebih cantik.
Namun, baru-baru ini tular keunikan model Filipina Julia Ostan menjadi perhatian ramai kerana miliki warna mata yang berbeza. Julia Ostan popular kerana mempunyai warna mata yang berbeza, di sebelah kanan coklat dan biru di sebelah kiri.
Foto Via wolipopFoto Via wolipop
Julia Ostan tiba-tiba popular selepas terpalit dengan satu kontroversi melibatkan video peribadi dia yang dinilai tidak bermoral oleh netizen. Video tersebut dilaporkan tersebar di forum Twitter dan Reddit. Sehingga kini tidak diketahui kesahihan video tersebut.
Walaubagaimanapun, dalam dunia perubatan, kes yang dialami remaja 17 tahun ini disebut sebagai heterochromia. Heterochromia adalah keadaan di mana seseorang mempunyai mata yang berbeza warna yang mempunyai lebih daripada satu warna. Selalunya, ia tidak menyebabkan sebarang masalah.
Menurut US Department of Health & Human Services’ Genetic and Rare Diseases Information Center, keadaan ini disebut heterochromia iridis segmental. Seperti heterokromia lengkap, heterokromia sektoral boleh diwarisi dari ibu bapa atau melalui kecederaan atau penyakit.
Heterochromia adalah keadaan di mana seseorang mempunyai mata yang berbeza warna yang mempunyai lebih daripada satu warna. Selalunya, ia tidak menyebabkan sebarang masalah. Heterochromia adalah perkara biasa pada sesetengah haiwan tetapi jarang berlaku pada manusia.
7 Fakta Tentang Heterochromia
Heterochromia berkaitan dengan melanin
Untuk lebih memahami mengapa heterochromia terjadi, pertama-tama kita harus memahami sedikit tentang warna mata. Ada dua gen yang mengawal warna mata. Satu di kromosom 15 untuk mata coklat, dan satu di kromosom 19 untuk mata hijau atau biru.
Ada tiga jenis Heterochromia
Terdapat tiga jenis Heterochromia, heterochromia lengkap, orang mempunyai mata yang sebelah lain warna. Heterochromia sektoral, juga dikenali sebagai heterochromia separa, satu bahagian iris mata berbeza daripada yang lain. Walau bagaimanapun, keseluruhan mata tidak terjejas, sebahagian daripadanya mungkin mempunyai tompok warna yang berbeza.
Sama seperti yang berlaku kepada bintang ‘Superman’ Henry Cavill.
Satu dari seratus orang Amerika mengidap Heterochromia
Walau bagaimanapun, kira-kira satu daripada seratus orang di Amerika Syarikat mempunyai beberapa bentuk keadaan daripada heterochromia. Malah, heterochromia sering ditemui dalam kaum Kaukasia (kebanyakannya untuk penduduk Eropah, Afrika Utara, Timur Tengah, Pakistan, dan India Utara).
Genetik
Untuk sebahagian besar, heterochromia diwarisi dari ibu bapa secara genetik. Mata pelbagai warna sebenarnya dominan, jadi jika salah satu ibu bapa mempunyai keadaan terdapat 50 peratus kemungkinan bahawa anak akan mengalami keadaan tersebut.
Perubahan genetik tertentu boleh menyebabkan heterochromia
Heterochromia juga boleh berlaku kerana mozek genetik. Perubahan genetik ini berlaku apabila seseorang mempunyai lebih daripada satu populasi sel yang berbeza secara genetik. Orang yang mempunyai mozek mempunyai sel genetik yang berbeza daripada satu zigot atau telur yang disenyawakan. Pada asasnya, badan mempunyai arah genetik untuk dua versi berbeza. Jadi, anda akan mendapat warna yang berbeza pada setiap mata apabila perbezaan DNA itu berlaku dalam gen yang mempengaruhi warna mata.
Tidak akan berlaku secara tiba-tiba, dapatkan nasihat doktor dengan segera
Terdapat kes yang jarang berlaku apabila heterochromia muncul secara tiba-tiba, dalam kehidupan seseorang. Dalam kes ini, keadaan boleh menjadi sangat berbahaya.
Heterochromia secara tiba-tiba ini mungkin boleh berlaku disebabkan terdapat tumor berhampiran mata. Jika seseorang menghidap diabetes mellitus, atau jika orang itu mempunyai sindrom Posner-Schlossman. Ubat glaukoma juga boleh menyebabkan perubahan warna mata. Jika merasakan warna mata anda telah berubah, dapatkan nasihat doktor dengan segera.
Biasa bagi haiwan mengidap heterochromia
Heterochromia adalah perkara biasa pada sesetengah haiwan tetapi jarang berlaku pada manusia. Ia lebih biasa berlaku pada haiwan tertentu, seperti anjing huskies atau kucing Turki atau Angora. Kebanyakan haiwan dengan heterochromia tidak mengalami keadaan perubatan yang serius.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.