Home Blog Page 1904

Main Handphone Ketika Di Rumah Anak Yatim, Ikmal Amry Dan Nabil Aqil Mohon Maaf

Panas juga episod lima Pencarian Hero Remaja baru-baru ni apabila Ikmal Amry dan Nabil Aqil ditegur juri, Scha Al Yahya kerana dikatakan tidak melayan anak-anak yatim sewaktu diberikan task pada episod lalu.

Bagi mereka yang mengikuti Hero Remaja, mesti ada yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku dan betul ke Ikmal dan Nabil ni tak mahu melayan anak-anak kecil itu?

Nah, jangan buat spekulasi dulu. Remaja dah pun dapatkan penjelasan daripada dua finalis akhir Pencarian Hero Remaja ini.

Main Handphone Ketika Di Rumah Anak Yatim, Ikmal Amry Dan Nabil Aqil Mohon Maaf

Main Handphone Ketika Di Rumah Anak Yatim, Ikmal Amry Dan Nabil Aqil Mohon Maaf

Mengaku salah

Tatkala finalis-finalis lain sibuk melayan karenah penghuni di Rumah Bakti Al-Kausar, Ikmal dan Nabil dilihat seperti janggal berada di sana.

Kenapa eh?

“Am mengaku yang Am agak rasa kekok bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Bukan ingin bersikap sombong tapi memang kalau jumpa orang untuk pertama kalinya, Am lebih banyak mendiamkan diri,”

Main Handphone Ketika Di Rumah Anak Yatim, Ikmal Amry Dan Nabil Aqil Mohon Maaf

“Bukanlah tidak langsung melayan mereka. Sebaliknya, sewaktu Am dikatakan hilang sebenarnya Am keluar menjawab panggilan. Ya, memang salah Am kerana tidak memaklumkan pada pihak produksi dan kerana itu mereka menganggap Am meninggalkan adik-adik tu. Seikhlasnya di sini Am ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati,” jelas Ikmal Amry.

Bagi Nabil pula, dia mengakui tindakannya bermain telefon semasa di rumah anak yatim itu adalah tidak patut dan memang perlu ditegur.

“Nabil mintak maaf kepada semua adik-adik di Rumah Bakti Al-Kausar sekiranya ada yang merasakan perbuatan main telefon pada malam itu sesuatu yang kurang baik. Nabil sebenarnya bukan main telefon sepanjang masa, cuma biasalah sesekali kita check handphone kerana sudah terbiasa,” jawab Nabil.

Main Handphone Ketika Di Rumah Anak Yatim, Ikmal Amry Dan Nabil Aqil Mohon Maaf

Ambil iktibar

Kejadian ini telah membuka mata Ikmal dan Nabil untuk lebih peka dan sensitif pada keadaan sekeliling. Bukan kata mereka tidak mahu melayan kanak-kanak tersebut, tetapi mungkin kerana tidak biasa dan sedikit kekok melayan kanak-kanak membuatkan mereka jadi seperti itu.

“ Saya ambil iktibar tentang semua yang sudah berlaku ini dan akan menjadi lebih peka. Saya sedar bahawa handphone tu tak sepenting adik-adik yang berada bersama-sama saya pada waktu itu,” jelas Nabil mengakhiri perbualan.

Main Handphone Ketika Di Rumah Anak Yatim, Ikmal Amry Dan Nabil Aqil Mohon Maaf
Ada je ni ha tengah teman adik makan. Hehe – Ikmal Amry

Setiap manusia memang melakukan kesilapan. Cuma, harapnya kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi la ya. Biasalah, nak jadi artis memang banyak cabarannya. Ini baru sikit, dekat luar sana lagi macam-macam yang korang kena tempuh.

So, good luck on your final guys. Jangan lupa saksikan episod akhir Hero Remaja 19 Oktober ini Jam 9 malam di Astro Ria.

 

Dari Kurus Kering Hingga Jadi Abang Sado, Farhan Asri Jawab Persoalan ‘High Maintenance’

0

Pernah ketika penulis bertandang ke rumah finalis Pencarian Hero Remaja 2017, Farhan Asri di Seremban sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Penulis terpandang hiasan bingkai gambar yang cantik disusun oleh ibunya. Farhan tiga beradik rata-rata memenuhi ruang dinding tersebut dengan senyuman ketika masih kecil sehinggalah foto ketika di sekolah menengah.

Daripada ketiga-tiga adik beradik tersebut; Farra, Farhan dan Farees, yang paling sukar untuk penulis cam pada masa itu adalah Farhan. Iyalah, Farhan yang sado seperti yang korang lihat di TV tak sama dengan Farhan yang kurus dulu!

Dari Kurus Kering Hingga Jadi Abang Sado, Farhan Asri Jawab Persoalan ‘High Maintenance’
HR2017: Backstage untuk cabaran episod pertama di Maju Junction, Kuala Lumpur. FOTO: Akmar Azimi

“Keluarga saya memang sejak azali lagi berasal dari rangka badan yang kurus. Mak dan ayah pun sama, itu yang menurun kepada anak tu. Dulu apabila sesiapa datang berjumpa dengan saya, macam-macamlah gelaran yang diorang bagi. Macam kapal layar, boleh terbanglah.

Macam-macam.

“Saya rimas dengan panggilan seperti itu. Jadi selepas saya tengok trend aktor Hollywood yang berubah daripada bentuk badan kurus kepada shape yang cantik, saya mula tanam hasrat untuk menambah berat badan sejak Tingkatan Dua. Contohnya seperti Taylor Lautner dari movie Twilight,” jelas Farhan. Maksudnya, buat badanlah tu?

“Eh tak juga. Mula-mula, saya perlu tambah berat badan. Macam-macam makanan yang saya ‘tibai’ pada waktu itu. Yang berminyak ke, tak berminyak, saya redah saja untuk menaikkan berat. Nampak macam tak sihat tetapi untuk rangka badan kurus seperti saya, itu wajib.”

Dari Kurus Kering Hingga Jadi Abang Sado, Farhan Asri Jawab Persoalan ‘High Maintenance’
HR2017: Farhan juga merupakan pemenang ketika cabaran bersama Habib Jewels, Ogos lalu. FOTO: Nurul Niza

“Makan tanpa bersenam pun tak ada gunanya juga. Pada masa itu, saya rajinkan diri untuk mengangkat berat agar otot pada badan saya akan mengembang. Bila ia mengembang dan tisu ‘terkoyak’ akibat senaman yang saya lakukan itu, mudah untuk zat daripada makanan seperti telur dan susu untuk diserap masuk ke dalam otot,” kata Farhan lagi

Tak hairanlah penulis melihat, jika seorang yang sado itu mulai malas untuk bersenam, otot mereka mudah kendur atau lebih teruk lagi, badan mereka bertukar gemuk. Ini kerana zat tadi sudah terkandung dalam otot mereka dan ia memerlukan ‘maintenance’ yakni senaman agar otot kekal padu dan sado.

Tak Terus Ambil Suplemen, Farhan Tunggu Sehingga Umur 18 Tahun

Hasrat Farhan untuk bertukar menjadi sado itu sebenarnya tidak berapa digemari oleh ibu bapanya. Kata mereka, selain membazir masa, susah untuk seorang yang kurus seperti Farhan boleh mengubah bentuk badan.

“Saya ignore saja teguran mereka itu kerana saya sedar, untuk menambah berat badan dan otot bukanlah kerja semalaman. Saya ambil masa sehingga lima tahun sebelum saya mula melihat hasilnya.”

Dari Kurus Kering Hingga Jadi Abang Sado, Farhan Asri Jawab Persoalan ‘High Maintenance’

“Sebelum ini, saya tak ambil suplemen seperti protein kerana saya dinasihati untuk tunggu sehingga badan saya proportionate dengan usia dan hormon badan. Hanya selepas berumur 18 tahun, hormon badan saya sudah mula untuk bertindak balas secara positif terhadap suplemen.”

Sebab itulah kalau korang tengok kepada budak sekolah menengah yang gigih workout sambil mengambil suplemen pada usia muda, badan mereka akan berhenti membesar. Sado tu memang sado, tapi mereka tak bertambah tinggi. Ini kerana hormon mereka untuk membesar telah dihalang oleh bahan yang diambil itu.

Obses Workout Itu Bagus Tetapi…

Untuk pengetahuan peminat Farhan, dia pernah menyertai pertandingan Open Asia sebelum ini dan daripada 460 orang peserta, Farhan telah memperoleh tempat kedua puluh! Not bad for someone under 20. Farhan juga merupakan peserta termuda di atas pentas tersebut pada waktu itu.

Selepas tamat pertandingan itu, Farhan telah menyertai training pula di Terengganu anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Strongman Malaysia untuk mendapatkan lesen sebagai trainer. Hebat!

Dari Kurus Kering Hingga Jadi Abang Sado, Farhan Asri Jawab Persoalan ‘High Maintenance’
HR2017: Walaupun gambar Farhan bukanlah antara Favourite juri Norman Hakim pada minggu kelima. Gambar digemari oleh Scha Alyahya. FOTO: Nadiah Nasir

“Ada juga yang pernah bergurau dan mengatakan saya ni obses dengan rutin workout. Sebenarnya sesiapa yang obses untuk membuat badan itu bagus kerana itu bermakna mereka tak mudah untuk mengalah dengan rasa penat. Namun, korang kena tahu limit pada badan sendiri.

Jika korang tak beri masa untuk badan berehat, mudah untuk badan merasa sakit pada bahagian sendi dan pinggang dan korang tak boleh lagi workout seperti dulu untuk jangka masa panjang,” terang Farhan lagi.

Dia sendiri sekarang mudah merasa ketegangan pada otot selepas workout sekiranya dia tidak membuat persediaan warm up dengan cukup sebelum bertanding atau sebelum bersenam. Sepanjang bersama di bawah program Hero Remaja 2017 juga, Farhan mengakui dia sudah tidak sempat untuk ke gym. Komitmen terhadap task dan penggambaran perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Persedian Untuk Menghadapi Finale Hero Remaja 2017

“Untuk finale pada kali ini, saya cuba untuk persiapkan diri dengan ilmu, fakta dan isu-isu semasa yang melanda golongan remaja di Malaysia dan di rantau sekitarnya. Saya tahu akan ada ramai orang yang bakal menanyakan pendapat saya tentang diri saya serta isu-isu tersebut, jadi tak salah for me to come all prepared.”

“Dari segi penjagaan diri pula, saya lebih menjaga keadaan kulit dan badan saya. Saya tak dedahkan diri di bawah panas terik. Saya juga mengamalkan pengambilan kismis dan minum air selasih agar minda saya lebih cergas menjelang malam finale nanti,” katanya.

High maintenance jugak eh untuk menjadi seorang Hero Remaja?

“(Ketawa) Tak adalah high maintenance sampai menyusahkan diri. Perkara basic je semua itu. You have to take good care of your body before you can take good care of someone else.” Cia!

Jangan lupa untuk saksikan FINALE HERO REMAJA 2017 pada hari Khamis ini, jam 9.00 malam di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). #teamfarhan

Naik 5cm Dalam Seminggu, Produk Tambah Ketinggian: Fakta Atau Auta?

‘Nak tambah ketinggian? Sila follow instagram kami’. Pernah atau tidak anda mendengar iklan seumpama ini di media sosial tentang produk yang boleh menambah ketinggian fizikal?

Jika anda perasan, terdapat banyak produk seperti ini yang dikeluarkan di pasaran dan persoalannya, sejauh manakah keberkesanan produk yang di war-war kan itu memberi manfaat kepada pengguna?

Naik 5cm Dalam Seminggu, Produk Tambah Ketinggian: Fakta Atau Auta?

Naik 5cm Dalam Seminggu, Produk Tambah Ketinggian: Fakta Atau Auta?

Benarkah ketinggian seseorang individu itu dapat diubah dengan hanya menggunakan produk-produk tersebut?

Ikuti kupasan menarik yang dikongsi oleh Root of Science dalam merungkai mitos di sebalik persoalan ini.

Bagaimana panjang bertambah?

Ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate (growth plate) yg terletak di bahagian hujung tulang.

Lapisan growth plate ini terdiri daripada tisu rawan(cartilage) yang mempunyai beberapa jenis sel iaitu:

1) Sel chondrocytes: Berfungsi untuk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang.

2) Sel osteoblast: Berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dengan cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut.

Ini bermakna, chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang.

Naik 5cm Dalam Seminggu, Produk Tambah Ketinggian: Fakta Atau Auta?

Apa yang mempengaruhi Growth plate?

Ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone’ yang dihasilkan oleh kelenjar pituitary pada otak. Jika hormon tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian seseorang itu pun akan bertambah seperti biasa

Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’.

Seseorang itu akan berhenti meninggi bila berumur 19-21 tahun

Kajian yg dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yang tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’ (sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan (cartilage) tidak dapat dihasilkan, dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.

Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.

Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.

Naik 5cm Dalam Seminggu, Produk Tambah Ketinggian: Fakta Atau Auta?

Secara kesimpulannya, tiada produk makanan tambahan yang dilihat mampu untuk menambah ketinggian seseorang individu itu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berumur 20 tahun ke atas.

Jadi, jangan mudah terpedaya dengan produk-produk seperti ini kerana sebenarnya mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk tersebut benar-benar berkesan seperti yang dicanangkan.

Sumber: rootofscience.com

Situasi Hiba Banduan Akhir Di Tempat Gantung, Ikuti Pengalaman Lelaki Ini Yang Pernah Bertugas Di Penjara Pudu

Masa budak-budak dulu, bila lalu dekat Jalan Hang Tuah memang seriau sangat tengok Penjara Pudu. Nak kata pernah masuk, tak juga. Tapi dek kerana selalu sangat dengar cerita orang tentang ‘seram’nya kawasan tersebut, tak pasal-pasal lalu tepi pun boleh jadi cuak.

Al-kisahnya, Penjara Pudu ni adalah di mana banduan-banduan ditempatkan sebelum mereka dihukum mati di tali gantung.

Ha, dengar pun dah seram kan.

Banyak cerita-cerita seram yang selalu kita dengar tentang peristiwa misteri yang berlaku di penjara ini. Sama ada benar atau tidak, wallhualam.

Situasi Hiba Banduan Akhir Di Tempat Gantung, Ikuti Pengalaman Lelaki Ini Yang Pernah Bertugas Di Penjara Pudu

Namun, bukan kisah misteri yang kami nak kongsi kan di sini. Sebaliknya tentang bagaimana agaknya situasi tegang yang berlaku di sel penjara, tatkala penghuninya sudah tahu bahawa dia akan mati di tali gantung.

Ikuti pengalaman bekas pekerja yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu sekitar 19 tahun yang dulu.

Bismillahirrahmanirrahim,

Saya ingin kongsi sahaja cerita di hari minggu ni..

Teringat zaman muda dulu pernah berkerja di Penjara Pudu kalau tak silap saya tahun 98 kot .. tak sure. Semasa itu penjara Pudu di ambil alih oleh syarikat swasta untuk kendalikan Penjara Pudu untuk jadikan pameran untuk orang ramai .

Tapi yang diselia kan tetap dari warga Jabatan Penjara Malaysia . Time tu Boss besar kami Tuan Aris dia dulu junior Atuk saya . Sebab dulu Atuk saya bekas warden Di Penjara Pudu.

Pendek kan cerita saya bersama sahabat baik saya jaga bilik akhir . (Bilik hukuman gantung) seronok betul time tu . Time muda2 suka betul part2 tempat macam tu .
Satu kawasan penjara pudu memang tapau habis la … corok mana semua dah pergi dan lepak. Kawasan yg tak boleh masuk pun kami masuk juga .

Banyak kisah yang pelik2 .. tapi tak apa la saya simpan lepak2 boleh la cerita ..

Banyak perkara yang saya belajar dan kesedaran semasa kerja di situ .

Lagi seronok Ex warden pula kenalan atuk saya lagi banyak cerita saya dapat dan rasai.

Ini pula cerita daripada ustaz,

nak cerita pasal bilik akhir sebenarnya..

Situasi Hiba Banduan Akhir Di Tempat Gantung, Ikuti Pengalaman Lelaki Ini Yang Pernah Bertugas Di Penjara Pudu

“Jangan dihina pelaku maksiat kerana ada jalan taubat buat mereka di akhir hayatnya….bagaimana pula dengan kita.., apakah nanti ada ruang untuk bertaubat?” Ikuti kisah menyayat hati ini,

Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.

-Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”.

-Banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

-Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

-Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya pada ketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.

-Nama biliknya “Sel akhir”.

Situasi Hiba Banduan Akhir Di Tempat Gantung, Ikuti Pengalaman Lelaki Ini Yang Pernah Bertugas Di Penjara Pudu

-Katakan lah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

-Waktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi.”

-Ianya mesti prosedurnya begitu.

-Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman.

-Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

-Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.

-Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas tiga hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas empat hari sahaja.

-Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang-seorang.

-Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.

-Sentiasa membaca Al-Quran.

-Bila ustaz Agama yg pergi di situ, majlis percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

“Saya banyak dosa ustaz”

“Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”

“Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.

-Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah… sembahyang.

-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pada Allah SWT.

-Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung.

-Malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah.

-Manusia yg tahu ajal nya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan.

-Sebab itu di antara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

-Kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.

-Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.

-Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.

-Sebab dia tau untuk bertaubat bila.

-Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.

-Majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT.

-Tak tau bila nak mati.

-Maka banduan akhir ini pada malam Jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku di hadapan Allah.

“Ya Allah aku berdosa di hadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!”.

-Maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.

-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .

-Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.

-Tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.

-Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.

-Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya MESTI di antara jam 6 hingga 7 pagi.

-Maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.

-Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.

-Itu Rahsia Allah.

-Ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.

-Tuan-tuan bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.

-Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi?

-Nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?

-Tak ada apa yg boleh dipesan di ketika itu. Yg boleh keluar hanya dua perkataan sahaja 

“Maafkan ayah…Maafkan ayah”.

-Bila peluk isteri ,, “Maafkan abang, Maafkan abang”. Itu sahaja.

-Nak kemaafan sahaja di saat-saat akhir ini.

-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.

Wallahua’lam.

Dengar saja pun dah boleh meremang bulu roma. Semoga kisah ini dijadikan teladan untuk kita semua. Kata orang, untung saja mereka mati di tali gantung kerana sudah tahu bila hari terakhir kita dan sempat bertaubat.

Tapi persoalannya, sanggup kah anda mati di tali gantung?

Sumber: Jazwan Kahar

7 Lagu Pop Melayu Ini Rupanya Dah 20 Tahun, Mungkin Lebih Tua Dari Umur Korang

Industri muzik tempatan sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Walau betapa hebat sekalipun kebanjiran artis luar yang cuba mencuri perhatian kita, melodi-melodi lagu Melayu jugalah yang tetap menjadi pujaan hati.

Buat korang yang masih belasan tahun mungkin tidak berapa ingat dengan lagu-lagu yang Remaja senaraikan di bawah. Mungkin korang pernah dengar lagunya tetapi tidak tahu siapakah gerangan pelantun suaranya. Nama-nama seperti Arni Nazira, Eisya, Amy Mastura dan semestinya, Datuk Siti Nurhaliza mewarnai carta-carta lagu paling popular pada tahun 1997. Imagine, lagu-lagu ini semua dah berusia 20 tahun… mungkin lebih tua daripada korang!

Ziana Zain – Puncak Kasih
Ciptaan: Adnan Abu Hassan/Maya Sari

Siapa tak kenal dengan Ziana Zain. Dia tarik je suara pasti meremang bulu roma. Keningnya yang terangkat juga sudah jadi trademark yang diingati hingga ke hari ini. Puncak Kasih menjadi antara lagu paling popular nyanyian Ziana Zain apatah lagi ia berjaya menjadi Lagu Terbaik Kategori Balada di AJL 1998. Power Kak Zee!

A To Z – Itik Gembo Gembo
Ciptaan: Helen Yap/Lan

Suatu ketika dulu industri muzik kita diwarnai banyak grup nyanyian. Kenapa ya sekarang macam dah kurang sangat. Lagu yang catchy ini menjadi siulan ramai terutama korusnya dengan loghat Kelantan yang tidaklah terlalu pekat. Lagu ini turut melonjak A TO Z di AJL 1997 apabila mereka muncul Lagu Terbaik Ketegori Pop Rock.

Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu
Ciptaan: Ly/Baiduri

Tak salah kalau Remaja katakan inilah lagu yang bertanggungjawab membawa Datuk Siti Nurhaliza mencapai status superstar dan penyanyi nombor satu Malaysia. Ia bukan sahaja popular di negara kita tetapi juga di Indonesia, Singapura dan Brunei.

Arni Nazira – Cinta Antara Benua
Ciptaan: Jari/Azam Dungun

Ini merupakan sebuah lagu tema dram bersiri popular pada tahun 1997. Sebagai pendatang barju ketika itu, Arni Nazira cukup bertuah kerana diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema drama tersebut. Pada ketika itu, dapat nyanyi lagu tema drama is a very big deal okay!

Mas Idayu Senggol Senggolan Cunit Cubitan
Ciptaan: Fitri

Mungkin korang ada yang tak tahu bahawa lagu-lagu dangdut sangat popular pada era 90-an dahulu. Dan bila sebut sahaja dangdut nama MaS Idayu pasti tidak lekang dari mulut. Lagu ini diangkat sebagai antara lagu dangdut terbaik pernah diperkenalkan di Malaysia.

Shima – Apa Ku Rasa
Ciptaan: Fauzi Marzuki/Darwish

Shima dinelai sebagai antara penyanyi pop balada yang paling terkenal pada ketika itu. Apa Ku Rasa merupakan antara lagu terbaik Shima kerana ia turut terpilih ke peringkat akhir AJL 1997. Untuk lagu ini Shima tampil dengan irama pop rock. Ternyata pertaruhannya membuahkan hasil dengan populariti lagu ini yang hebat.

Camelia – Rindu Padanya
Ciptaan: Adnan Abu Hassan/Hani MJ

Personally bagi penulis, Camelia merupakan penyanyi yang cukup unik. Dia mempunyai vokal cukup berbeza berbanding artis-srtis lain pada ketika itu. Muziknya juga lebih kepada R’N’B dan urban. Namun, lagu Rindu Padanya berjaya mendapat tempat di hati peminat dengan melodinya yang ringkas tetapi cukup merdu.

Tak kenal dan tak pernah dengar lagu-lagu yang Remaja senaraikan? Cuba tunjukkan kepada parent atau abang atau kakak. Mereka pasti pasti berasa sangat tua. LOL.

Apakah lagu-lagu lama yang hingga ke hari ini masih korang ingat? Komen di bawah!

Jangan Makan Hati Tengok PA Dato’ Seri Vida, Bukan Saja Handsome Malah Sweet Anak Emak

0

Siapa tak kenal dengan usahawan cantik Dato’ Seri Vida (DSV) yang sering dikaitkan dengan gosip-gosip manja. Ala, ramai yang meluat dengan dia pun tapi semua gerak-geri DSV mesti korang tahu kan? Hehe

Nak tambah korang sakit hati sikit ni, DSV mempunyai seorang pembantu peribadi yang bukan calang-calang orang ya. Makan hati perempuan dekat luar sana bila tengok PA yang handsome dan bergaya ni.

Menurut Glam Lelaki, kerjaya Ahmad Iqbal Zulkefli bersama DSV bermula selepas dia memenangi pertandingan video kreatif yang dianjurkan sendiri oleh DSV. Usahawan berjaya itu banyak menguji pemuda ini tentang kejujuran, bakat dan ketahanan emosi.

Selepas itu, dia dipanggil dan diberi kepercayaan untuk bekerja sebagai PA dan pada masa yang sama menyandang jawatan sebagai Pegawai Media.

Hm, usahawan cantik mesti la kena cari PA yang tak kurang manisnya kan. Barulah kata orang sama cantik, sama padan. Hiks!

Kasih ibu

Sejuk mata memandang bila melihatkan bagaimana jejaka ini menjaga dan menyayangi ibunya. Dalam satu post yang ada di laman insta lelaki ini, jelas menunjukkan kasih sayang yang tak ada tolok bandingnya untuk ibu tercinta.

Ada tiga hal yang dia sentiasa pegang dalam hidup:

1. Aku belum cukup dewasa selagi tidak mampu mendidik ibuku

2. Aku belum cukup berjasa meskipun sering dibanggakan oleh manusia, selagi aku tak dapat menyenangkan hati ibuku.

3. Syurgaku adalah ibuku. Di dalam perutnya itu, dulunya ada aku. Sudah berapa banyak pokok yangmati, bangunan yang semakin buruk tapi aku semakin cerdik, sifatku semakin baik kerana darah ibu yang mengalir di jasadku.

Dahulu, saya selalu berdoa, agar Allah jadikan saya cepat dewasa dan dikurniakan rezeki yang banyak. Hari ini, segala usaha dan doa saya telahpun terhasil. Malah lebih baik apa yang saya doakan . . Tahukah kawan, apa yang mempercepatkan cita-cita saya? Dan apa yang membuatkan rezeki saya tidak putus-putus sejak dahulu? Sebab dalam doa itu, saya mahu Allah lantik saya sebagai seorang penabur bakti pada Ummi. Saya selalu merayu, “Ya Allah, tolong tunaikan betul-betul, Kau harus berikan permintaanku, sebab ini hal yang mulia, untukMu juga Ya Allah” . . Sekarang saya kembali berfikir beberapa perkara pada diri saya: . . 1. Aku belum cukup dewasa, selagi tidak mampu mendidik ibuku . . 2. Aku belum cukup berjasa, meskipun dibangga-bangga manusia, selagi aku tidak dapat menyenangkan hati ibuku . . 3. Syurgaku adalah ibuku. Di dalam perutnya itu, dulunya ada aku. Sudah berapa banyak pokok yang mati, bangunan yang semakin buruk, tapi aku semakin cerdik, sifatku semakin baik, kerana darah ibuku yang mengalir di jasadku . . Jika ditanya, apakah rahsia dan kunci hidup saya, jawapannya adalah membahagiakan ibu dan selalu bercerita pada Allah . . Petang tadi, pada 26.9.2017, ibu saya menjalani rawatan pencucian luka di kakinya. Saya bersyukur, punya majikan yang baik hati, Dato Seri Vida @datoserivida membantu saya tiba di sini. Saya terbiasa menjaga majikan dengan penuh teliti, dia pula melatih saya menjadi orang baik, sehinggakan sikap itu terbiasa mengalir dalam diri, membuatkan saya melayani ibu lebih baik dari sebelum ini.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (P.A DSV) (@ahmadiqbalzulkefli) on

Wah, bukan saja handsome tapi pandai bermadah. Amacam merecik tak sis?

Remaja Malaysia Mula Gatal Tangan Mencuba Choking Game, Dah Lama Hidup Ke?

0

Dah bermacam-macam trend yang menular di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini dicuba oleh remaja seluruh dunia. Kalau korang masih ingat dengan trend Mannequin Challenge pada tahun lepas?

Pada tahun sebelum itu pula, kecoh sebentar media sosial dengan trend Kylie Lip Challenge di mana semua orang kemaruk untuk mendapatkan efek bibir tebal seperti mogul kosmetik itu. Kini pada tahun 2017, satu lagi bentuk challenge mula mendapat perhatian ramai orang.

Choking Game.

Dah kenapa nak jerut leher korang, dah lama sangat hidup ke? Mungkin ada yang tertanya-tanya apa relevannya challenge yang bunyinya seperti rela menunggu mati ini.

Choking Game atau juga dikenali sebagai Pass Out Challenge mula diperkatakan di kalangan remaja sekolah menengah akhir bulan lalu apabila mereka melihat video challenge yang dimuat naik oleh remaja di negara Barat. Seakan suka-suka untuk melihat berapa lama seseorang itu boleh bertahan tanpa memerlukan pernafasan.

Hhm, kenapa tak masuk renang berirama je?

Anyway, seseorang akan menekan secara kuat di bahagian leher atau dada dan kesan daripada tekanan itu, akan menyebabkan mangsa hilang nafas selama beberapa saat.

Penulis masih tak faham apa yang menyeronokkan mengenai challenge ini tapi buat para remaja sekolah, mereka mungkin seronok apabila diri mereka dilihat ‘jantan’ atau ‘manly enough’ untuk mencuba sesuatu yang boleh mengundang maut.

Jujurnya, I am not surprised of their ‘affection’ towards such challenges. Kalau tak, takkan lah remaja adalah antara pesalah teramai yang kantoi merempit pada waktu malam, bukan? Mereka sememangnya sukakan sesuatu yang gila dan mencabar.

Tapi setiap perkara yang tak masuk akal tu pasti ada akibatnya.

Walaupun Lebih Satu Saat, Mangsa Boleh Maut.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi, apabila dada ditekan terlebih masa, jantung tidak boleh berdegup dengan baik hingga boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

“Antara tanda-tanda mangsa kekurangan oksigen adalah muka bertukar biru, salur darah kecil di bahagian mata pecah dan timbulnya bintik-bintik merah akibat pendarahan di dalam kulit. Jika tanda-tanda ini berlaku bermakna korang dah terlambat untuk diselamatkan,”

via GIPHY

“Ada juga kemungkinan mangsa boleh mengalami strok dan kecacatan kekal. Ini dinamakan sebagai hypoxic iaitu apabila oksigen tak sampai ke otak. Apabila dada dihempap sedemikian rupa, paru-paru juga tak boleh mengembang. Ini mengakibatkan tak berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida,” jelas beliau.

Nampak seronok lagi tak Choking Game ini?

Mungkin apabila korang cuba untuk pertama kali dan ‘berjaya’ mengharungi challenge tersebut, korang rasakan untuk mencuba untuk kali kedua itu tak akan mendatangkan masalah. Kacang je!

Namun, apa yang korang tak tahu adalah kesan tekanan pada percubaan kali kedua dan percubaan yang seterusnya boleh mengakibatkan tulang rangka (ribs) patah dan seterusnya berlaku pendarahan pada paru-paru.

 

“Daya hempap yang kuat seperti aktiviti Choking Game boleh mengakibatkan paru-paru bocor akibat berlakunya pendarahan. Darah yang tak berhenti mengalir akan menjadikan seseorang itu demam dan akhirnya membawa maut,” katanya beliau lagi.

Terbaru, tular sebentar akhir minggu lepas apabila seorang remaja Malaysia memuat naik video rakannya yang pengsan untuk beberapa saat selepas dadanya ditekan sebelum kembali sedar.

Di akhir video tersebut setelah mangsa bangun semula, kesemuanya bergelak tawa seakan-akan meraikan ‘kejayaan’ Choking Challenge yang dilakukan mereka itu.

Review Positif Tombiruo Ni Confirm Buat Anda Menyesal Kalau Tak Tengok Kat Wayang

0

Kehebatan filem Tombiruo: Penunggu Rimba masih lagi hangat diperkatakan oleh netizen di laman-laman sosial dengan review positif yang dibuat oleh mereka.

Jelas sekali filem ini tidak mengecewakan dan boleh dikatakan ia adalah filem yang boleh dibanggakan.

Kenapa kami berani cakap macam ni? Apa kata anda baca sendiri thread di laman sosial milik Syukrie Suffian ini.

Review Positif Tombiruo Ni Confirm Buat Anda Menyesal Kalau Tak Tengok Kat Wayang

Review Positif Tombiruo Ni Confirm Buat Anda Menyesal Kalau Tak Tengok Kat Wayang

Review Positif Tombiruo Ni Confirm Buat Anda Menyesal Kalau Tak Tengok Kat Wayang

Amacam, masih nak tunggu DVD ke? Baik korang tengok dekat panggung wayang. Puas hati wey

 

 

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?

Sapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat.

Lagu ini memang popular dan menjadi siulan. Liriknya pun memang best. Sedap je telinga dengar.  Berdasarkan senarai wanita yang dikatakan sangat cantik, jom kita tengok ada tak gadis Melayu masuk dalam list ini?

Gadis Brazil

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?
Ceria betul muka bila dapat tahu Brazil layak ke Piala Dunia 2018

Brazil sangat terkenal dengan alam keindahan semulajadinya yang sangat indah. Ia merupakan negara terbesar di Amerika Selatan dan merupakan negara kelima terbesar di dunia. Jumlah penduduknya seramai 190 juta penduduk.

Bahasa yang digunakan adalah bahasa Portugis yang tunggal di benua Amerika dan yang terbesar di dunia.  Wanitanya memang terkenal dengan kesedaran tentang sosialisasi dan menjaga tradisi. Gadis Brazil memang terkenal dengan kecantikannya. Paling terkenal di negara Brazil ialah Taina Muller, seorang VJ, aktres dan model. Pendek kata, anak teruna kompom cair hati kalau bertemu gadis dari Brazil.

Gadis Perancis

Menara Eiffel antara tempat wajib dikunjungi kalau ke negara ini. Kota-kota lamanya juga begitu menakjubkan dan tak hairanlah, negara yang terletak di Eropah Barat ini digelar kota abad pertengahan yang sangat menakjubkan.

Bukan saja desanya tetapi pergunungannya sangat indah termasuk Pantai Mediteranian yang begitu terkenal. Perancis mempunyai industri aeroangkasa penting yang diterajui konsortium Eropah Airbus. Wanita Perancis juga sangat dikenali kerana kecantikan selain seorang yang sangat aktif, peramah dan mempunyai keperibadian yang sangat luar biasa.

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?
Sejuk hati pandang wanita cantik niekan

 

Gadis Itali

Ada seramai 61 juta penduduk di Itali. Negara ini merupakan anggota  EU keempat yang paling banyak penduduknya. Mengalami iklimnya sederhana selain iklim mediteranian. Terletak bersebelahan dengan Perancis, Swiss, Austria, Slovenia dan beberapa buah negara lain.

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?
Memang bergetar tulang rusukkan kalau isteri cantik begini..

Terkenal dengan budaya yang sangat indah, Itali juga terkenal dengan makanannya. Tak susah untuk mencari wanita cantik di Itali kerana terlalu ramai memiliki paras rupa yang sangat cantik. Selera fashion mereka sangat hebat dan ini membuatkan mereka jadi sangat menarik.

Gadis India

Siapa tak kenal Aishwarya Rai si ratu cantik dunia. Selain dirinya banyak lagi aktres dari negara Bollywood ini yang mampu menggetarkan naluri lelaki. Rambut panjang, berkulit gelap dan mata yang galak antara sebab mengapa wanita India sangat cantik.

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?
Kalau dah cantik begini, memang ramai yang jatuh hatikan

Keindahan mengenakan sari, pakaian tradisi dengan senyuman yang sangat manis antara sebab negara ini memiliki ramai wanita cantik.

Gadis Venezuela

Kepadatan penduduknya sekitar 31 juta mengikut perangkaan dikeluarkan kira-kira dua tahun lalu. Negara ini terletak di hujung utara Amerika Selatan. Sangat terkenal kerana memiliki tempat pelancongan yang indah, wanitanya juga sangat cantik. Tidak hairanlah  wanitanya pernah meraih gelaran pelbagai gelaran ratu dunia termasuk Miss Universe dan Miss World.

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?
Adriana Vasini, ratu cantik dari Venezuela

Tidak hairanlah, jika wanita di negara ini ramai yang cantik-cantik. Agak-agak kalau dah terlalu banyak sangat yang cantik tentu rambang mata hendak memilihkan?

Gadis England

Wanita negara Inggeris ini  memang terkenal dengan kecantikan yang tersendiri. Tidak hanya  hebat  tetapi  mereka  begitu mementingkan pendidikan. Sangat berminat dalam dunia politik .

Perpaduan dan budaya antara begitu dipentingkan bagi wanita negara ini, jadi tidak hairanlah kalau gadis England, tempat kelahiran Shakespeare ini termasuk dalam senarai wanita tercantik dunia.

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?
Agak-agak jatuh hati tak kalau paras rupa begini?

 

Gadis Mexico

Ramai jejaka mengakui gadis-gadis Mexico bukan saja hot tetapi juga sangat cantik. Dengan kulit sedikit kecoklatan kerana genetik campuran,  gadis Mexico begitu terkenal di seluruh dunia.

Tidak hanya budaya, makanan tradisi juga antara tarikan. Tak hairanlah kalau gadis Mexico begitu dikenali dunia dan menjadi tumpuan orang ramai.

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?
Memang confirmlah cantik belaka!

Ketua Pasukan Muaythai Malaysia, Ali Kongsi Pengalaman Pecahkan Tengkorak Muka Lawan Semasa Bertanding di Australia. Ada Berani?

Muaythai mungkin tak sepopular sukan bola sepak yang mempunyai billion pengikutnya.

Sebut saja Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan ramai lagi bintang-bintang sukan ini mampu bergelar jutawan dengan kekayaan sangat menakjubkan.

Berbeza dengan bola sepak yang mementingkan skill dan kerjasama berpasukan, sukan Muaythai hanyalah untuk orang yang berani dan mempunyai jiwa terlalu kental.

Berasal dari Thailand, Muaythai ini antara sukan yang menjadi pilihan anak-anak muda seawal usia mereka 10 tahun.

Ketua Pasukan Muaythai Malaysia, Ali Kongsi Pengalaman Pecahkan Tengkorak Muka Lawan Semasa Bertanding di Australia. Ada Berani?
Tengoklah padu habis tendangan Ali terhadap lawannya

Tidak kira apa pun sukan diceburi , risiko semasa berlawan ialah muka retak, patah hidung selain kecederaan rusuk. Tapi kesakitan ini tak pernah patahkan semangat anak-kerana minat mendalam.

Di Malaysia, nama Muhamad Ali Yaakub, 28 antara paling disegani kerana berada dalam ranking 10 terbaik dunia di dalam ranking World Muaythai Council. Ali juga merupakan pemenang pingat Emas dalam Sukan SEA yang lalu.

Ketua Pasukan Muaythai Malaysia, Ali Kongsi Pengalaman Pecahkan Tengkorak Muka Lawan Semasa Bertanding di Australia. Ada Berani?
Rusuk lawan pernah patah akibat tendangan padu ini

Baru-baru ini admin berkesempatan menyaksikan perlawanan Muaythai secara langsung di Kejohanan Asia Fighthing Championship (AFC) yang berlangsung di Marina Bay Sands Expo, Singapura.

AFC ini adalah satu liga yang mengumpulkan juara-juara muaythai dari seluruh dunia bagi merebut gelaran dinobatkan sebagai Juara Muaythai Dunia.

Malaysia telah diwakili oleh Muhamad Ali Yaakub, 28, Amirul Ariffin, 28 dan Saifullah Ismail yang berusia 18 tahun.

Negara lain yang bertanding termasuklah Singapura, Korea, Macau, Uzbekistan dan banyak lagi. Konsep perlawanan kalah mati ini bakal berlangsung di empat buah negara bermula di Singapura, Malaysia (Februari 2008), Macau dan gelanggang final kembali semula ke Singapura.

Malaysia Boleh ternyata dibuktikan bila ketiga-tiga peserta negara mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama ini.

Sebagai remaja banyak kisah-kisah kejayaan orang lain yang boleh kita jadikan inspirasi. Paling penting, kita kena tahu matlamat dan tujuan hidup. Barulah boleh menjadi orang yang berjaya, baik di dunia mahupun di akhirat.

Jom kenali bintang sukan Muaythai yang ohsem ini!

Muhamad Ali Yaakub, 28 tahun

Berada dalam ranking 10 terbaik dunia di dalam ranking World Muaythai Council.

Mula menceburi sukan muaythai pada usia seawal 10 tahun. Mungkin budak lain hanya tahu main games pada usia ini tapi Ali sudah mula berlatih tanpa jemu.

Sehari latihannya lebih kurang enam jam. Bermula selepas subuh, dia akan membuat membuat latihan secara agresif . Berhenti pun sebab makan tengahari dan petang sambung semula latihan.

Ketua Pasukan Muaythai Malaysia, Ali Kongsi Pengalaman Pecahkan Tengkorak Muka Lawan Semasa Bertanding di Australia. Ada Berani?
Ali berada dalam senarai atlet muaythai 10 terbaik dunia

Kata Ali, dalam beratus perlawanan disertainya, dia paling ingat satu kejadian semasa menyertai satu pertandingan di Australia. Semasa berlawan dia berjaya menghentak muka lawannya menggunakan siku.

Perlawanan tetap diteruskan dengan kemenangan berpihak kepadanya. Tapi selepas empat hari, Ali dapat berita, lawannya itu terlantar di hospital. Sebabnya muka lawannya itu dari kebiruan bertukar kehitaman.

Bila melakukan pemeriksaan hospital, doktor mengesahkan tengkorak mukanya pecah dua. Nasib baik jugalah lawannya ini cepat dapatkan rawatan, kalau tidak mungkin sudah mati.

Sehingga sekarang, lawannya itu bersara terus dari sukan Muaythai dan bestnya menjadi kawan baik kepada Ali. Hebat tak?

Tapi jangan cakap Ali tak pernah cedera pun. Ali sendiri pernah patah hidung, keningnya pecah selain rusuk cedera. Tapi sedikit pun Ali tak pernah patah semangat kerana dia memang minat dengan sukan Muaythai ini.

Kalau korang nak tahu, Ali ini pernah raih banyak kemenangan. Antaranya memenangi pingat emas Sukan Arapura di Darwin, Australia. Juara King Card undercup sebanyak dua kali di Thailand. Paling hebat, Ali pernah menewaskan juara Muaythai Thailand dalam kejohanan Juara Thai VS Challanger di Bangkok. Hebatkan!

Badan Ali ini kecil saja, 57 kg tapi tendangannya cukup padu. Biasa perlawanan dengan lawan mengikut kategori berat badan. Dan kalau terlebih, kalau menang pun boleh dibatalkan kemenangan. Sebab itulah Ali sentiasa menjaga berat badannya untuk maintain dengan kategori 57 kg.

Ali turut memberikan nasihatnya buat remaja yang ingin menceburi sukan Muaythai ini. Katanya keberanian adalah aspek pertama kalau benar-benar ingin mencuba sukan ini. Kekuatan mental juga perlu ada. Jangan pernah jemu dengan latihan dan akhir sekali sentiasalah berusaha gigih.

Mohd Amirul Ariffin, 28 tahun

Rekod perlawanannya dengan lawan, 20 kali kemenangan. Wow!

Seorang atlet sukan yang bekerja dengan Pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Ketua Pasukan Muaythai Malaysia, Ali Kongsi Pengalaman Pecahkan Tengkorak Muka Lawan Semasa Bertanding di Australia. Ada Berani?
Bergegar kepala kalau kena tendangan padu camnikan…

 

Pernah meraih juara semasa menyertai pertandingan King Rama 9 Memorial Muaythai Tournament, menang pingat gangsa di National Mauythai Championship serta lain-lain kejohanan.

Sama seperti Ali, kerja keras, latihan tanpa jemu antara yang dilakukan oleh Mohd Amirul. Dia juga pernah cedera termasuk keningnya pecah. Dengan berat 65kg dan ketinggian 165 cm, Amirul memang hebat ketika menumbangkan lawannya. Dia akui rasa takut tak pernah wujud kerana sukan ini memang memerlukan keberanian.

Saifullah Ismail, 18 tahun

Atlet muda ini berasal dari Kedah. Memandangkan negeri kelahirannya bersempadan dengan Thailand, Saifullah sudah terdedah dengan sukan ini pada usianya 9 tahun. Dia banyak belajar teknik-teknik menumpaskan lawan dari jurulatih yang membimbingnya.

Rekod kemenangan dalam kejohanan disertai ialah dengan 20 kali kemenangan (IFMA/Pro). Dalam Sukan SEA lalu, Saifullah meraih pingat gangsa.

Ketua Pasukan Muaythai Malaysia, Ali Kongsi Pengalaman Pecahkan Tengkorak Muka Lawan Semasa Bertanding di Australia. Ada Berani?
Saifullah masih muda dan semangatnya cukup tinggi

 

Banyak juga pingat-pingat diraih oleh Saifullah termasuklah memenangi pingat emas semasa menyertai National Muaythai Championships.

Warna sama diraih semasa menyertai Medalist Interschool and Youth National Muaythai Champions 2016 selain menang pingat gangsa di IFMA World Championships Sweden.

Walaupun tahu dia berkemampuan berlawan tetapi Saifullah hanya menggunakan kekuatannya itu dalam gelanggang sahaja. Tak pernah sekalipun dia bergaduh di luar!

Sebagai remaja, masanya memang banyak dihabiskan dengan berlatih kerana kebiasaannya, mereka hanya akan berhenti berlatih sehari sebelum perlawanan bagi mengelakkan kecederaan.

Kalau ada remaja di luar sana yang minat dengan sukan ini, bolehlah mula berlatih. Sebabnya sukan ini hanya sehingga usia 30 tahun sahaja. Kalau usia lebih dari ini, sebarang kecederaan yang dialami semasa berlawan susah untuk sembuh dengan cepat.