Sapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat.
Lagu ini memang popular dan menjadi siulan. Liriknya pun memang best. Sedap je telinga dengar. Berdasarkan senarai wanita yang dikatakan sangat cantik, jom kita tengok ada tak gadis Melayu masuk dalam list ini?
Gadis Brazil
Ceria betul muka bila dapat tahu Brazil layak ke Piala Dunia 2018
Brazil sangat terkenal dengan alam keindahan semulajadinya yang sangat indah. Ia merupakan negara terbesar di Amerika Selatan dan merupakan negara kelima terbesar di dunia. Jumlah penduduknya seramai 190 juta penduduk.
Bahasa yang digunakan adalah bahasa Portugis yang tunggal di benua Amerika dan yang terbesar di dunia. Wanitanya memang terkenal dengan kesedaran tentang sosialisasi dan menjaga tradisi. Gadis Brazil memang terkenal dengan kecantikannya. Paling terkenal di negara Brazil ialah Taina Muller, seorang VJ, aktres dan model. Pendek kata, anak teruna kompom cair hati kalau bertemu gadis dari Brazil.
Gadis Perancis
Menara Eiffel antara tempat wajib dikunjungi kalau ke negara ini. Kota-kota lamanya juga begitu menakjubkan dan tak hairanlah, negara yang terletak di Eropah Barat ini digelar kota abad pertengahan yang sangat menakjubkan.
Bukan saja desanya tetapi pergunungannya sangat indah termasuk Pantai Mediteranian yang begitu terkenal. Perancis mempunyai industri aeroangkasa penting yang diterajui konsortium Eropah Airbus. Wanita Perancis juga sangat dikenali kerana kecantikan selain seorang yang sangat aktif, peramah dan mempunyai keperibadian yang sangat luar biasa.
Ads
Sejuk hati pandang wanita cantik niekan
Gadis Itali
Ada seramai 61 juta penduduk di Itali. Negara ini merupakan anggota EU keempat yang paling banyak penduduknya. Mengalami iklimnya sederhana selain iklim mediteranian. Terletak bersebelahan dengan Perancis, Swiss, Austria, Slovenia dan beberapa buah negara lain.
Memang bergetar tulang rusukkan kalau isteri cantik begini..
Terkenal dengan budaya yang sangat indah, Itali juga terkenal dengan makanannya. Tak susah untuk mencari wanita cantik di Itali kerana terlalu ramai memiliki paras rupa yang sangat cantik. Selera fashion mereka sangat hebat dan ini membuatkan mereka jadi sangat menarik.
Gadis India
Siapa tak kenal Aishwarya Rai si ratu cantik dunia. Selain dirinya banyak lagi aktres dari negara Bollywood ini yang mampu menggetarkan naluri lelaki. Rambut panjang, berkulit gelap dan mata yang galak antara sebab mengapa wanita India sangat cantik.
Ads
Kalau dah cantik begini, memang ramai yang jatuh hatikan
Keindahan mengenakan sari, pakaian tradisi dengan senyuman yang sangat manis antara sebab negara ini memiliki ramai wanita cantik.
Gadis Venezuela
Kepadatan penduduknya sekitar 31 juta mengikut perangkaan dikeluarkan kira-kira dua tahun lalu. Negara ini terletak di hujung utara Amerika Selatan. Sangat terkenal kerana memiliki tempat pelancongan yang indah, wanitanya juga sangat cantik. Tidak hairanlah wanitanya pernah meraih gelaran pelbagai gelaran ratu dunia termasuk Miss Universe dan Miss World.
Adriana Vasini, ratu cantik dari Venezuela
Tidak hairanlah, jika wanita di negara ini ramai yang cantik-cantik. Agak-agak kalau dah terlalu banyak sangat yang cantik tentu rambang mata hendak memilihkan?
Ads
Gadis England
Wanita negara Inggeris ini memang terkenal dengan kecantikan yang tersendiri. Tidak hanya hebat tetapi mereka begitu mementingkan pendidikan. Sangat berminat dalam dunia politik .
Perpaduan dan budaya antara begitu dipentingkan bagi wanita negara ini, jadi tidak hairanlah kalau gadis England, tempat kelahiran Shakespeare ini termasuk dalam senarai wanita tercantik dunia.
Agak-agak jatuh hati tak kalau paras rupa begini?
Gadis Mexico
Ramai jejaka mengakui gadis-gadis Mexico bukan saja hot tetapi juga sangat cantik. Dengan kulit sedikit kecoklatan kerana genetik campuran, gadis Mexico begitu terkenal di seluruh dunia.
Tidak hanya budaya, makanan tradisi juga antara tarikan. Tak hairanlah kalau gadis Mexico begitu dikenali dunia dan menjadi tumpuan orang ramai.
Memang confirmlah cantik belaka!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas melakukan banyak aktiviti di siang hari, tentu kita mengharapkan dapat tidur lena dan benar-benar berkualiti pada sebelah malam.
Tidur lena tanpa terganggu menjadi impian ramai orang kerana kekurangan tidur boleh membuatkan mood berubah pada keesokkan harinya.
Kalau ramai tertanya-tanya bagaimana mahu mendapatkan tidur yang nyenyak, tahukah faktor pemakanan banyak membantu korang. Korang disarankan mengambil makanan seperti magnesium, protein selain karbohidrat bagi yang ada masalah untuk tidur.
Jom tengok apa menu makanan yang boleh buat tidur korang lena. Korang sangat digalakkan makan makanan ada tryptophan yang banyak diperoleh dari telur, pisang, susu, kuaci bunga matahari dan coklat gelap (dark coklat).
Tapi kalau susah nak tidur, korang disarankan ambil makanan mengandungi magnesium, protein, dan karbohidrat ternyata sangat disarankan untuk dimakan jika korang ada masalah susah tidur.
Telur antara makanan paling baik untuk tidur lena kerana ada tryptophan yang banyak padanya
Kenapa telur rebus sangat baik untuk dimakan di malam hari?
Telur rebus kaya dengan protein dan dapat menjaga keseimbangan gula dalam darah dan mampu membuatkan tidur lena. Makanlah sebagai lauk dan gerenti korang tidur lena.
Pisang. Kaya dengan magnesium dan potasium yang ada di dalam pisang mampu meningkatkan melatonin iaitu hormon tidur. Apa yang baik, pisang boleh membantu mengatasi masalah krem pada badan jika diamalkan secara berterusan.
Pisang kaya dengan magnesium dan potasiumKandungan melatonin yang banyak dalam ceri bantu korang yang ada masalah tidur lena
Buah ceri – Boleh dibuat jus tetapi makan begitu saja jauh lebih baik. Jika korang makan buah ceri sebelum tidur, kandungan melatonin yang banyak didalamnya membantu korang tidur dengan nyenyak.
– Sayur bayam – Sayuran hijau ini kaya dengan magnesium, potassium dan kalsium yang buat tidur lebih lelap.
Oatmeal – Biasa kita ambil sebagai sarapankan. Tapi ia juga boleh diambil sebelum tidur. Oatmeal kaya dengan magnesium dan bantu korang tidur lena.
Pilihlah makanan laut terutama yang mengandungi Omega 3 untuk tidur lebih lena
Ikan – Makanan laut ini mengandungi vitamin B6 yang membantu mengeluarkan melatonin dan buat tidur lebih nyenyak. Makanlah apa saja jenis ikan tapi paling kaya dengan kandungan omega 3.
Kacang Almond – Kandungan magnesium yang ada di dalam kacang almond sangat tinggi dan baik untuk membuat otot lebih rilek. Selain itu, protein yang ada menjadikan gula dalam darah menjadi seimbang di saat tubuh sedang berehat.
Jadi bagi korang yang ada masalah nak tidur lena, susah nak tidur tu, makanlah makanan disarankan ini ya. Insya Allah, tidur yang lena akan buatkan hidup lebih mudah diuruskan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah anda, dengan hanya menggunakan kulit pisang boleh mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Caranya mudah saja,
Ambil kulit pisang yang sudah bewarna kuning kemudian letakkan pada kawasan jerawat. Biarkan selama beberapa minit sehingga kulit pisang tersebut berubah menjadi coklat sedikit. Kemudian, usap-usap bahagian bermasalah itu dengan kulit pisang selama 2-5 minit secara pelahan-pelahan.
Selepas itu, biarkan selama satu jam tanpa di bilas. Hal ini kerana, kulit pisang mampu menghilangkan infeksi pada kulit. Kemudian barulah kamu cuci dengan air. Lakukan pekara ini beberapa kali sehingga kulit kemerahan reda. Selepas jerawat pecah, jangan risau tentang bekasnya. Kerana fungsi kulit pisang mampu mengelakkan kulit kamu berbekas akibat jerawat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah rambut gugur bukan hanya dihadapi oleh kaum wanita, malah lelaki juga turut stres apabila menerima nasib yang sama. Mungkin ramai yang sedang mencari ‘jalan keluar’ bagaimana ingin mengatasi malah rambut gugur ini.
Nah, kalau korang nak cuba, ada satu petua yang dikongsi oleh Siti Zuraidah melalui page Saya Orang Johor dengan hanya menggunakan syampu dan garam sahaja. Kalau korang nak try, ikut cara yang dinyatakan seperti berikut:
Cara menyediakannya:
Letakkan satu sudu besar garam pada tapak tangan dan picitkan syampu yang korang nak gunakan atas garam tadi. Gaulkan sebati, kemudian ramas di kepala biar sampai ke kulit kepala. Bilas dengan air dan selepas bilas boleh pakai conditioner seperti biasa.
Boleh amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu. Seeloknya guna garam kasar dan jenis syampu terpulang pada jenama apa yang korang gunakan.
Mudah sahaja kan? Bagi individu yang mempunyai masalah rambut gugur bolehlah cuba petua ini kerana ramai juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa petua ini serasi dan menjadi.
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur.
Menurut makluman ahli keluarga terdekat, Allahyarham...