Home Blog Page 1905

Hanya Ada Diploma, Pada Usia 23 Tahun Gaji Remaja Ini Cecah USD300 @ RM1200 Sehari

Agak-agak, berapa gaji korang sebulan?

Hanya Ada Diploma, Pada Usia 23 Tahun Gaji Remaja Ini Cecah USD300 @ RM1200 Sehari
Bayar dalam USD tak?

 

Paling-paling tinggi kalau ada degree mesti dalam lingkungan RM2000-RM2500 untuk permulaan kerjakan. Itupun kalau majikan baik hati bagi sebanyak tu, ada yang dapat RM1800 saja.

Nah, baca perkongsian remaja ohsem ini, Muhamad Kasyfi Bin Baizurin Salleh. Pada usianya 23 tahun, gajinya sehari mencecah USD300 bersamaan RM1200 sehari. Wow! Gempakkan.

Korang ingat apa kerja dia ya? Kalau berniaga mungkin dapat sejumlah tu tapi kalau makan gaji, confirm tak dapat seperti apa yang Kasyfi, jejaka berasal dari Selangor ini peroleh.

Meh kita semak-semak sikit, kerjaya apa yang diceburi Kasyfi sampai dia boleh dapat gaji sebanyak itu. Sehari tau. Bukan sebulan. Tapi apa yang buat admin bulat mata bila dengar katanya, lebih senior dan berpengalaman dalam kerjaya ini, gajinya boleh mencecah RM100,000 sehari. Nak tak?

 

Hanya Ada Diploma, Pada Usia 23 Tahun Gaji Remaja Ini Cecah USD300 @ RM1200 Sehari
Inilah ROV , mesin robot yang boleh masuk 1000 meter kedalaman laut – gempakkan

Korang biasakan dengar kerja ‘off shore”. Ala banyak budak-budak engineer syarikat cari gali minyak pergi ke pelantar laut. Ini sudah biasa tetapi apa yang apa yang Kasyfi lakukan lebih berbeza.

Dia bekerja sebagai Juruteknik ROV Pilot.  Ingat tu, bukan pilot kapal terbang atau Suri Hati Mr Pilot tetapi sebagai Juruteknik ROV Pilot.

ROV ini nama penuhnya ialah Remotely Operated Vehicle. Untuk lebih mudah korang memahaminya, ROV ini ialah sejenis robot yang boleh dimasukkan ke dalam air sehingga ke dalaman 1000 meter.

Ada tiga tugas hakiki robot ini lakukan iaitu membuat pemeriksaan di dasar laut, pipeline dan pemeriksaan di wellhead (telaga minyak di dasar laut).

ROV juga berfungsi membuat kajian tentang dasar laut dan kerja-kerja pembersihan. Seperti contoh, kalau ada sampah seperti besi, pagar, atau tiang, disebabkan besi-besi ini terlalu besar dan berat, ia boleh berisiko terjatuh dari flatform.

Tugas lain Kasyfi lakukan ialah membuat pengawalan ke atas ROV semasa mereka mencuci tiang-tiang besi di dasar laut dengan menggunakan  tekanan tembakan “water jet” yang mana kelajuannya mencecah 10,000 psi.

Ini lebih laju dari tekanan air Bomba dan kalau kalau korang buat main-main di daratan, mau terbang laju macam Superman!

Hanya Ada Diploma, Pada Usia 23 Tahun Gaji Remaja Ini Cecah USD300 @ RM1200 Sehari
Sesekali best gak jadi Supermankan!

 

Kata Kasyfi, dia dulu budak Lukisan Kejuruteraan semasa sekolah menengah. Lepas habis SPM, dia masuk ke RANACO, Institusi Perkapalan yang hebat di Pantai Timur.

Masa tu Kasyfi ambil jurusan  Maritime Technology Engineering di mana bawah kursus tu ada Kos Marine Department. Masa belajar nie, antara pembelajaran termasuklah  basic engineering sebab untuk kendalikan ROV mesti tahu part Mechanical,  Electrical, Electronics dan Hydraulic Skematik.

 

Hanya Ada Diploma, Pada Usia 23 Tahun Gaji Remaja Ini Cecah USD300 @ RM1200 Sehari
ROV ini dikendalikan dari atas kapal aje…Cool ajekan Kasyfi, sebab dia memang dah expert

 

Sebab minat memang dah ada masa zaman sekolah lagi, off shore bagi Kasyfi alah bisa tegal biasa.  Asal masyuk seperti budak-budak off shore yang lain.

Lepas tamat belajar dua tahun setengah, semasa latihan praktikal, dia pilih untuk belajar mengendalikan ROV ini.

Ketika ditanya tentang risiko, kata Kasyfi, mana-mana pekerjaan pun berisiko cuma mereka sangat mengutamakan keselamatan bagi mengelak sebarang kemalangan.

Hanya Ada Diploma, Pada Usia 23 Tahun Gaji Remaja Ini Cecah USD300 @ RM1200 Sehari
Manis je senyuman diakan…

 

Faham-faham sajalah bila  bekerja dengan  voltage yang tinggi sampai boleh cecah 3000V yang boleh menyebabkan pengendalinya  terkena renjatan elektrik. Selain itu, tekanan minyak yang tinggi, barang yang berat seperti ROV itu sendiri yang mencecah 3 tan selain mesin operator yang agak besar. Hah tu je la risikonya tetapi paling penting, keselamatan mesti kena jagakan.

Tapi nak bagi tau juga, sapa-sapa yang mabuk laut, mungkin boleh fikirkan kerja lain sebab adakala, kapal akan  tergoyang akibat gelora. Belum lagi campur dengan cuaca seperti hujan dan lain-lain lagi. Tapi aspek safety memang sangat dipandang tinggi untuk kerja-kerja begini.

Mengendalikan ROV ini tidak ramai yang tahu dan sebab itulah ia mungkin bukan kerja popular tapi gajinya memang masyuk. Kata Kasyfi, sebelum dapat kerja hari ini, dia juga pernah apply di beberapa syarikat, tapi tak dapat pun. Sampailah kawan dia rekomenkan pada bos dia bekerja sekarang.

Time keje pun tak lama, dalam 12 jam sehari, dah masyuk USD300. Kadang bila dapat satu projek, ada masa 60 hari dia duk di laut. Boleh tahan ke sapa-sapa yang nak jadi awek dia?

Tapi memang murah  rezeki anak bujang ini. Dah la hensem, muka manis je bila senyum.

Ada yang nak try-try keje macam Kasyfi tak?

 

 

 

 

Berbekalkan Hanya Air Liur, Aktivis Masyarakat Dedah Remaja Serah Tubuh Pada Suami Orang

“Abg puji saya cantik.Tiap kali keluar, abg romantik, selalu nak pegang tangan, takut orang lain usik. Saya jatuh hati kerana dia selalu call dan whatsapp. Saya mmg syg abis padanya.

Abg siap puji body saya menggiurkan. Sebab cinta sangat, saya tak kisah pun  tidur dengannya walaupun tahu dia suami orang. Bila ngandung, abg mula cakap mcm-mcm dan mula jauhkan diri. Saya buntu, nasib baik  Kak Pah sudi bantu saya,” kata Siti, 21 tahun.

Hanya berbekalkan air liur, menabur janji-janji manis, mahu sehidup semati, menggapai bulan bintang bersama-sama, sudah ramai gadis remaja terpedaya dengan janji manis suami orang.

Berbekalkan Hanya Air Liur, Aktivis Masyarakat Dedah Remaja Serah Tubuh Pada Suami Orang

Tak perlu bayar apa-apa, hanya ungkapkan sedikit kata-kata manis,  abang sayang adik, adik paling cantik dan hanya nama adik di dada abang, ada gadis sanggup serahkan dara masing-masing kerana berasakan diri mereka gadis pujaan si abang temberang.

Hal ini didedahkan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, 44 yang melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan di utara tanahair sejak beberapa tahun ini

Berbekalkan Hanya Air Liur, Aktivis Masyarakat Dedah Remaja Serah Tubuh Pada Suami Orang
Remaja mudah mempercayai janji-janji manis lelaki yang taburkan kasih sayang – Natipah Abu

 

Baru menubuhkan sebuah perlindungan atas nama Rumah Jariah (bermaksud sedekah) di Sungai Petani sejak tiga bulan lalu namun jumlah remaja yang “keluar masuk’ ke rumah ini agak membimbangkan. Kebanyakan mereka mengandung dan kemudian ditinggalkan oleh kekasih.

“Dari perbualan dengan mereka, boleh dikatakan semua remaja ini datang  dari keluarga yang bercerai berai. Anak-anak kurang mendapat perhatian. Bila bertemu lelaki hidung belang, khususnya suami orang, kebanyakannya rasa sudah cukup bahagia.

“Pada pandangan saya, mereka ini masih naif dengan masa depan. Pada diri remaja, bila ada orang mahu jadikan mereka kekasih, itu dianggap satu kebanggaan. Tanpa sedar, itulah perangkap awal untuk diri mereka.

“Dibawa makan ke sana sini, diberikan sedikit wang saku, lama-kelamaan, mereka sanggup serahkan dara. Bila dah mengandung mulalah tak tentu arah kerana tak tahu hendak tutup malu,” dedahkan kepada Majalah Remaja.

Dedah aktivis masyarakat ini lagi, kebanyakan remaja yang kurang kasih sayang, adalah remaja yang paling tinggi mencatatkan jumlah kehamilan anak luar nikah kerana mereka mempercayai cinta itu wujud.

Tapi sayangnya, mereka meletak cinta pada lelaki yang salah. Lelaki yang suka memperdaya perempuan. Lelaki yang bernafsu buas. Lelaki yang hanya mahu sedap tapi tak mahu bertanggungjawab.

Remaja pula, bila tahu diri sudah mengandung, mulanya tak tahu nak buat apa. Bila kejar lelaki yang membuatkan mereka mengandung, macam-macam alasan didengar.

Tak sanggup ceraikan isterilah, kasihan pada anak-anak yang ada. Bini mula mengamuk. Gaji tak cukup untuk punya dua bini. Akhirnya, ditinggalkan begitu saja.

Berbekalkan Hanya Air Liur, Aktivis Masyarakat Dedah Remaja Serah Tubuh Pada Suami Orang

Berbekalkan Hanya Air Liur, Aktivis Masyarakat Dedah Remaja Serah Tubuh Pada Suami Orang
Remaja ini dididik mengenal Al-Quran bagi memantapkan jiwa dan nurani

 

Gadis duduk dalam reban ayam

Tidak hanya gadis terpedaya janji manis lelaki miang, Natipah Abu pernah menyelesaikan satu kes remaja  yatim piatu yang pada hari ini bakal berkahwin secara sah dengan pasangannya selepas tinggal serumah selama tiga tahun sehingga  lahir seorang anak luar nikah.

Kesnya agak menyedihkan kerana kedua ibu bapanya meninggal dunia selang seminggu. Bermula dari ibunya ditangkap kerana tiada  permit kerja, ayahnya jatuh sakit kerana terperanjat. Selang beberapa hari suaminya meninggal, isteri mengikut kerana kesedihan.

Dari cerita remaja ini kepadanya, kongsi Natipah Abu hidupnya tak tentu arah. Hanya harap ehsan kawan-kawan sampailah dapat boyfren yang kerjanya biasa-biasa saja.

Sebab sama-sama hidup susah, mereka pernah tinggal dalam reban ayam dalam keadaan gadis ini sarat mengandung. Majikannya membantu menyediakan rumah kerana kasihan.

“Dia lahirkan anak pada usianya 17 tahun. Berpantang pun sendiri-sendiri sebelum orang menghantar dia ke Rumah Jariah ini,’ kata Natipah yang mesra disapa Kak Pah oleh remaja yang tinggal di rumah ehsan orang ramai ini.

Rumah ini didirikan atas bantuan orang ramai, dari rakan-rakan fb yang tahu kerja-kerja kebajikan yang Kak Pah buat. ada yang bagi tilam, ada bagi kerusi, ada bagi beras, ada bagi duit. Semuanya orang sedekahka

Menyelami remaja-remaja bermasalah ini, seperti kata Kak Pah, dia dahulu ada satu persepsi negetif tentang mereka yang mengandung anak luar nikah. Tetapi bila sudah duduk bersama, berbual dengan mereka, ada satu saja jalan penyelesaiannya iaitu KASIH SAYANG.

Berbekalkan Hanya Air Liur, Aktivis Masyarakat Dedah Remaja Serah Tubuh Pada Suami Orang

Ya! KASIH SAYANG. Inilah keywordnya. Inilah perkataan yang hati mereka inginkan. Bila diselidik, semua remaja bermasalah adalah anak-anak yang kurang kasih sayang. Jadi mereka mudah terperangkat bila ada orang taburkan kata-kata cinta.

 

HUAWEI Tawar Hadiah Bernilai RM898 Kepada 100 Selfie Lovers Terawal – Hari Ini Saja Weh!

0

Setelah puas berteka-teki mengenai pelancaran telefon pintar terbarunya, hari ini HUAWEI akan melancarkan model telefon HUAWEI nova 2i di Flagship Store mereka yang terletak di Pavilion Elite Kuala Lumpur.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila 100 pembeli terawal di sana hari ini bakal menerima hadiah menarik dari HUAWEI bernilai RM898 – we kid you not! Tetapi kita sentuh dahulu mengenai spesifikasi telefon pintar ini ya.

HUAWEI Tawar Hadiah Bernilai RM898 Kepada 100 Selfie Lovers Terawal - Hari Ini Saja Weh!
HUAWEI nova 2i

Seperti yang ramai tahu, HUAWEI adalah antara jenama yang menawarkan telefon pintar dengan kamera hadapan dan belakang yang sangat tajam dan berkualiti. Tak hairanlah apabila ramai penggila selfie yang telah bertukar citarasa daripada jenama lain kepada HUAWEI.

Buat julung kalinya melalui nova 2i, HUAWEI menawarkan quad-lenses iaitu camera kembar di bahagian hadapan dan  belakang telefon. Kamera hadapannya mempunyai lensa sejelas 13 megapixel +2 megapixel dan menawarkan teknologi 3D facial dan beauty effects ketika korang mengambil selfie.

Sementara itu, kamera belakangnya pula menggabungkan lensa 16 megapixel dan 2 megapixel agar korang boleh menghasilkan efek bokeh dengan mudah sekali.

Seriously, korang tak perlu pun mengubah apa-apa pada gambar yang ditangkap dengan editing apps. Hannah Delisha yang merupakan duta pada HUAWEI nova series juga mengakui kehebatan model telefon ini.

HUAWEI Tawar Hadiah Bernilai RM898 Kepada 100 Selfie Lovers Terawal - Hari Ini Saja Weh!

“HUAWEI nova 2i memang adalah telefon yang saya rasakan paling sesuai dengan diri saya yang sering mengambil gambar di mana-mana saja. Di set penggambaran ke, di event dan semasa bersama keluarga serta kawan-kawan.

“Kadangkala dalam keadaan gelap, susah untuk saya ambil gambar. Tapi itu tak lagi menjadi masalah dengan adanya model telefon pintar ini,” kata Hannah yang turut akan berada di Pavilion Elite pada hari ini sempena pelancaran tersebut.

Hadiah Istimewa Menanti Pembeli nova 2i

Selain daripada fungsi kamera yang menarik, HUAWE1 nova 2i juga menggabungkan HUAWEI Histen iaitu set bunyi yang memberikan impak seperti 3D stereo. Jangka hayat baterinya juga tidak mengecewakan pada kadar 3349 mAh. Ia mampu bertahan untuk penggunaan biasa sehingga 2 hari berturut-turut.

Tak adalah korang tercari-cari nak pau powerbank siapa lagi selepas ini. Oops!

Istimewa sempena pelancarannya hari ini, 100 pembeli terawal akan meneria goodies bernilai RM898. Di dalam setiap goodies bag korang akan terdapat seutas smart band (399) dan sebuah gift box nova 2i (RM499). Di dalam kotak tersebut, terdapat sebatang selfie sick, satu headphone dan satu ring holder untuk telefon pintar baru korang.

Weh, aku pun nak!

HUAWEI nova 2i didatangkan dalam warna Graphite Black, Prestige Gold dan Aurora Blue. Tawaran hadiah tersebut bergantung kepada jumlah stok yang ada pada hari ini. So apa lagi, pergi serang Pavilion Elite sekarang.

Salah Guna Gambar Untuk Menipu Di Media Sosial, Natrah Khalid Jadi Mangsa Terbaru

0

Dalam dunia komunikasi yang bergerak tanpa sempadan ini, memang sukar untuk sesiapa mempunyai kehidupan yang serba private. Walaupun korang tak memuat naik gambar di akaun Facebook, Instagram dan WeChat sekalipun, pastinya kawan korang yang ada di tempat sama akan tag korang pada gambar mereka.

Hasilnya, sesiapa saja boleh mengetahui pergerakan seharian semua orang.

Bagi tahun 2017 saja setakat bulan Mei lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mencatatkan sebanyak 2,340 jumlah aduan terhadap salah laku dan salah guna di media sosial. SKMM melaporkan jumlah tersebut akan jauh menandingi jumlah laporan bersih tahun 2016 iaitu sebanyak 3,188.

Banyak tu!

Terbaru, heboh seketika di Facebook baru-baru ini apabila terdapat kes penipuan jual beli kereta Perodua yang diperkatakan orang ramai.

Banyak juga kata-kata tohmahan yang dilontarkan kepada akaun yang sudah dikenal pasti itu. Namun, apa yang mengejutkan REMAJA adalah apabila akaun tersebut memaparkan foto milik finalis Dewi Remaja 2014/2015, Natrah Khalid!

Natrah turut terkesan dengan insiden tersebut apabila wajahnya dikongsi di pelbagai laman sosial dan portal online sehingga Natrah mendapat tahu mengenai perkara tersebut.

Secara tak langsung, ia bukan saja memburukkan nama Natrah tetapi juga turut mengheret kenalan rapatnya untuk turut sama naik hairan.

Takkan lah Natrah yang dikenali mereka selama ini akan berkelakuan sedemikian. Setahu mereka, Natrah sentiasa menyibukkan diri dengan pelbagai projek modelling sambil melanjutkan pelajaran.

Tanpa berfikiran panjang, model tersebut terus membuat laporan polis mengenai hal tersebut dan menyiarkan laporan yang dibuatnya itu menerusi akaun Instagramnya. Ia untuk menjelaskan perkara yang sebenar dan pada masa yang sama, membersihkan namanya.

Antara petikan caption yang ditulis Natrah berbunyi seperti:

A post shared by NATRAH (@natrahouhlala_khalid) on

Assalamualaikum, Natrah dah buat laporan polis berkenaan dengan kes penipuan jual beli kereta produa yang viral dekat facebook baru-baru ni. Individu yang tak bertanggungjawab pakai gambar Natrah untuk buat urusan jual beli kereta dan tipu ramai pihak.

 

Harap jangan tertipu dengan gejala scam di wechat dan media social yang lain. Selidik dulu sebelum percaya degan orang yang tak dikenali. Last kata, nak menipu duit orang tu JANGAN GUNA MUKA orang lain. Cukup2 aniaye orang lain.

 

Jangan mudah percaya beli jual bagai semua di sosial media tanpa selidik terlebih dahulu. Kepada sesiapa yang dah kena tipu atau hampir2 kena tipu, mintak jasa baik buat laporan polis terus, pihak polis tengah jalankan siasatan atan penipuan ni. Sebab dah ada nama dan nombor acc penipu tu.

Tiada Siapa Yang Terselamat Daripada Scammers

Masih banyak sebenarnya akaun-akaun palsu yang wujud di Facebook, Instagram, Blog, WeChat, WhatsApp, Telegram dan sebagainya yang tidak takut untuk menggunakan imej figura sepopular dan secantik Natrah demi kepentingan mereka sendiri.

Tapi itu tak bermaksud orang biasa seperti kita akan terlepas daripada ancaman scammer seperti ini.

Apa yang korang boleh lakukan mulai sekarang adalah untuk lebih berhati-hati ketika memuat naik gambar mahupun story di media sosial. Orang luar sentiasa memerhatikan tindak-tanduk golongan remaja seperti korang.

Sekali terlepas langkah, akan ada yang bakal menggunakan gambar dan video tersebut untuk kepentingan sendiri.

Sekiranya korang mengenali sesiapa yang menghadapi situasi seperti Natrah, jangan teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak SKMM.

Salah Guna Gambar Untuk Menipu Di Media Sosial, Natrah Khalid Jadi Mangsa Terbaru

Pergi saja ke laman web SKMM untuk melaporkan aduan berbentuk ancaman dalam talian, ucapan kebencian, salah guna maklumat dan foto, pesanan seks, pembuliaan siber, penyebaran maklumat peribadi dan keganasan (grafik).

Korang juga boleh salurkan aduan melalui portal Aduan SKMM: complaint.cfm.org.my, email kepada aduanskmm@cmc.gov.my atau WhatsApp saja ke nombor +6016 2206 262

Cara Nak Kahwinkan Couple Bawah Umur Yang Dah Terlanjur

Ramai remaja yang couple hari ini sudah merancang hendak berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Kalau boleh setiap hari mahu bertemu untuk melepas rindu dendam. Syok punya cinta, bila pasangan minta buktikan tanda sayang,  mereka serahkan tubuh badan.

Tahu-tahu sudah mengandung anak luar nikah pada usia muda.

Keluarga yang tak tahu apa-apa jadi keliru. Sama ada mahu nikahkan atau menghantar anak ke rumah perlindungan demi menutup malu.

Hendak dinikahkan, umur terlalu muda. Tak habis pun sekolah lagi. Perut semakin membusung dan pasti dapat malu kalau orang sekeliling tahu.

Remaja perempuan bawah 16 tahun yang nak sangat kahwin mesti dapatkan persetujuan dari mahkamah. Lelaki pula mesti bawah 18 tahun dan perlu lalui prosedur yang sama.

Baca perkongsian Pegawai Syariah, Siti Fadilah Ahmad dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor ini.

Cara Nak Kahwinkan Couple Bawah Umur Yang Dah Terlanjur
Perlu mendapatkan persetujuan mahkamah terlebih dahulu – Siti Fadilah

 

Apa dimaksudkan pernikahan bawah umur

 Sebelum  kebenaran nikah diberi, Mahkamah Syariah akan mengkaji dahulu kebaikan dan keburukan membabitkan pengantin lelaki dan perempuan bawah umur.

Adakah selepas berlangsungnya perkahwinan itu, jadi lebih baik atau buruk. Sebabnya kahwin bukan untuk seksual semata-mata.

Tapi kesediaan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

 Prosedur permohonan nikah bawah umur di Mahkamah Syariah

Merujuk kepada kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Seksyen 8 memperuntukkan:

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

 Berdasarkan seksyen di atas, umur minimum  bagi seorang lelaki Islam ialah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan Islam ialah 16 tahun.

Kalau bawah dari umur itu, perlu ada membuat permohonan kebenaran nikah bawah umur di mana-mana mahkamah Syariah di Malaysia yang berbidangkuasa.

Ambil masa berapa lama?

*Biasanya selepas permohonan dihantar, dalam tempoh 21 hari akan dipanggil.

*Permohonan ini akan didengar di dalam kamar secara tertutup.

*Alasan-alasan yang kukuh mengapa pasangan bawah umur hendak berkahwin hendaklah dikemukan di hadapan Hakim Syarie.

*Selain ibu bapa atau penjaga, pasangan bawah umur juga dikehendaki hadir di hadapan Hakim.

*Alasan yang kukuh untuk berkahwin lazimnya akan mendapat kebenaran dari Hakim Syarie.

*Mahkamah boleh menolak permohonan atau menangguhkan kebenaran perkahwinan tersebut sehingga ke satu masa yang sesuai menurut pertimbangan Mahkamah.

Apa alasan selalu pasangan bawah umur berikan untuk berkahwin?

  • pasangan suka sama suka
  • sukar untuk dielakkan lagi perkahwinan kerana pasangan terlalu rapat
  • pasangan telahpun bersekedudukan
  • pasangan lari dari rumah
  • pasangan perempuan telahpun mengandung
  • telah mendapat persetujuan kedua ibu bapa atau keluarga kedua pihak dan lain-lain lagi alasan.
Cara Nak Kahwinkan Couple Bawah Umur Yang Dah Terlanjur
Berkahwin memang mudah tapi memikul tanggungjawab itu susah – gambar sumber internet

 

Apa pun alasan atau sebab yang dikemukakan, ianya terletak kepada kebijaksanaan dan budi bicara Makhamah Syariah untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.

Kahwin untuk satu tanggungjawab, bukan untuk menutup malu tau girls. Tanggungjawab jadi isteri ini bukan kecil, semua kena buat.

Kalau orang yang dewasa pun kadangkala tension dengan perkahwinan mereka sampai ada bercerai- berai, so korang fikirlah kalau korang masih di bawah umur.

Banyak juga pasangan muda bercerai tetapi ada juga yang bahagia.

Pendek kata, betulkan naiwaitu kenapa kita mahu berkahwin. Adakah mengikut Sunah Rasulullah atau sebab nak tutup aib pasangan sudah mengandung.

Ada juga beri alasan cinta mendalam tapi ingat bukan semua perkahwinan itu mampu dihadapi dengan sabar. Hanya kematangan yang membezakan semasa membina mahligai impian.

Tapi kalau korang memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.

 

Dulunya Jadi Sasaran Buli Akibat Berat Badan 115kg, Aiman Zaim Buktikan Dia Mampu Bergelar Finalis HR2017

0

Ketika REMAJA pertama kali bertemu dengan Aiman Zaim semasa sesi ujibakat Hero Remaja 2017 (HR2017), tiada langsung petanda yang mengatakan dirinya pernah bergelar ‘comel’. Dengan ketinggian sekitar 182cm, Aiman pada waktu itu nyata mempunyai aura untuk digilap menjadi pelapis industri seni.

Hanya selepas penulis mula mengenali kesemua finalis program HR2017 dengan lebih dekat, barulah seorang demi seorang membuka cerita mengenai diri masing-masing.

Dan Aiman Zaim juga tidak terkecuali.

Ketika dia berkata berat badannya pernah mencecah sehingga 115 kilogram, seriously I thought he was merely joking. Tapi itulah kenyataannya.

 

Dulunya Jadi Sasaran Buli Akibat Berat Badan 115kg, Aiman Zaim Buktikan Dia Mampu Bergelar Finalis HR2017HR2017: Aiman Zaim ketika sesi audition dan semasa cover shoot majalah REMAJA isu Julai 2017. Nampak tak perubahan?

“Saya pernah menjadi seberat itu sekitar 4 tahun yang lalu. Memang ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berat badan tersebut. Antaranya adalah penyakit asma yang mula dihadapi oleh saya ketika berumur 11 tahun,” kongsi Aiman kepada penulis.

Pada usia semuda itu, Aiman terpaksa ditahan di wad hospital selama tiga bulan kerana tahap penyakit asma yang dihadapi agak kritikal. Akibat hanya terperuk di dalam wad, Aiman memenuhi masanya dengan selera makan yang tinggi. Ditambah pula dengan pengaruh ubat yang diambil, Aiman tak merasakan dirinya perlu bergerak aktif.

“Setelah perkara tersebut menjadi rutin harian saya selama tiga bulan, walaupun selepas sembuh, saya seakan sudah sebatikan diri untuk makan jika mempunyai masa lapang. Tanpa disedari, berat badan semakin bertambah sehinggalah 115 kilogram ketika berusia 16 tahun,” tambahnya lagi.

Siaran dikongsi oleh Aiman zaim (@aimanzaym) pada

“Kau Ni Tak Serupa Manusia”

Masalah berat badan dan kes buli memang tak dapat berenggang. Di mana ada individu yang berbadan besar, pasti dirinya menjadi sasaran mudah budak-budak nakal di sekolah.

Aiman mengalami situasi itu ketika dia melangkah masuk ke Tingkatan Satu. Pelbagai tohmahan singgah ke telinga. Ada yang menghalau Aiman daripada bermain bersama ketika sesi Pendidikan Jasmani. Ada juga yang lebih celupar dengan statement seperti “Kau ni tak serupa manusia”.

Lebih menyedihkan apabila penulis mendapat tahu, budak perempuan yang mencemuh Aiman sedemikian. Guys, seriously. Don’t you have better things to do?!

Dulunya Jadi Sasaran Buli Akibat Berat Badan 115kg, Aiman Zaim Buktikan Dia Mampu Bergelar Finalis HR2017
HR2017: Aiman semasa berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Rumah Jagaan Kasih Harapan bersama Mamee

“Pengalaman saya bertukar sekolah selama tiga kali dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima banyak mengajar saya untuk lebih memilih kawan. Kadangkala apabila kawan rapat tiada, saya lebih mudah untuk tak bercakap dan mengasingkan diri kerana takut dijadikan objek buli.

“Saya rasakan orang berbadan besar seperti saya saja yang boleh memahami rasa rendah diri yang saya alami itu,” kata Aiman.

Perubahan Sihat Dan Mendadak, Aiman Ingin Ubah Diri Atas Faktor Kesihatan

Penulis banyak mendengar sebelum ini akan kes orang berbadan besar yang menceburi diet ekstrem untuk mengubah penampilan bentuk badan. Sah-sahlah cara yang mereka gunakan itu tidak sihat, malah membahayakan lagi kesihatan dan stamina diri sendiri.

Namun, Aiman ingin melakukannya dengan cara yang betul.

“Saya terbuka hati untuk menurunkan berat badan ketika bercuti selama tiga bulan selepas habis sekolah. Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar, saya mulakan rejim turun berat badan bersama abang saya.

“Saya hentikan pengambilan jajan, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan karbohidrat. Sebaliknya, saya gantikan dengan daging, sayur dan makanan kategorikan clean diet.”

Walaupun susah untuk saya bersenam dengan berat badan 110 kilogram, saya gigihkan juga untuk workout pada waktu pagi dan malam setiap hari. Tak sampai sejam pun untuk setiap sesi tetapi asalkan saya  tak curi tulang, semakin hari semakin jelaslah hasilnya,” kata Aiman.

Dulunya Jadi Sasaran Buli Akibat Berat Badan 115kg, Aiman Zaim Buktikan Dia Mampu Bergelar Finalis HR2017
HR2017: Tekun je semasa mengikuti kelas Sifu Najib Assadok dengan finalis lain.

Tamat tempoh tiga bulan, sudah tiba masa untuk Aiman mengambil sijil keputusan SPM. Perubahan mendadak sehingga turun 35 kilogram bukan hanya membuatkan cikgunya terkejut, malah menutup mulut budak-budak sekolah yang pernah membulinya dahulu!

“Itu cerita tiga tahun lepas. Sekarang, saya sedang berusaha untuk mencapai berat badan ideal iaitu 65 kilogram. Kalau ada yang nak sama-sama turunkan berat badan, jomlah! Ada kawan baru semangat sikit hehe.”

Jangan Jadi Mangsa Buli, Ini 3 Pesanan Aiman Zaim

“Saya bukanlah pakar untuk mangsa buli pun. Saya juga pernah terkesan dengan kata-kata cacian pembuli. Tapi kalau korang menghadapi masalah tersebut, ada tiga perkara yang boleh saya cadangkan” ;

Dulunya Jadi Sasaran Buli Akibat Berat Badan 115kg, Aiman Zaim Buktikan Dia Mampu Bergelar Finalis HR2017
HR2017: Finalis Hero Remaja 2017 di konsert Akademi Fantasia Megastar, baru-baru ini.
  1. Jangan simpan masalah tersebut kepada diri sendiri. Walaupun malu dengan masalah tersebut, korang perlu ceritakan kepada sesiapa yang boleh membantu dan dipercayai.
  2. Walaupun sibuk ingin kuruskan badan, jangan sesekali obses melakukannya sehingga perkara lain terabai. Ingat, untuk menjadi sihat bukan hanya melibatkan tubuh badan tetapi juga mental dan spiritual yang cerdas.
  3. Kurangkan kuantiti makanan tidak sihat yang korang ambil. Walaupun korang kurus tetapi makanan tak sihat sebenarnya boleh melemahkan daya konsentrasi minda dan ketahanan badan. Kalau korang tak boleh pertahankan diri, macam mana nak elakkan diri jadi mangsa buli?

Betul tu! Jangan lupa, follow Aiman Zaim untuk melihat update terbarunya. Ini baru Hero!

Dr Youtube Vs Pakar Ortodontik, Ini Beza Antara Braces Haram Dengan Sah

0

Heboh masyarakat bercerita tentang kes ‘doktor gigi Youtube’ yang hanya mendapatkan panduan berguru melalui internet tentang cara memasang braces secara tidak sah.

Klip video tutorial di Youtube yang memberi penerangan kaedah pemasangan braces itu didapati sangat berbahaya kerana dalam video tersebut hanya mementingkan cara pemasangan saja.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu yang memuat naik video itu tidak berkongsi ilmu dan perkara ini perlu diambil perhatian serius.

Hakikatnya, rawatan ini tidak boleh dilakukan oleh semua doktor bertauliah, malah doktor gigi biasa pun tak mempunyai kemahiran itu kecuali doktor pakar.

Tapi oleh sebab rawatan yang diberikan daripada Dr Youtube ini lebih murah, maka lebih ramai orang sanggup ambil risiko dan mengetepikan aspek-aspek keselamatan semata-mata untuk bayaran yang jauh lebih rendah.

Untuk mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan melakukan pemasangan braces, adalah lebih baik jika anda tahu terlebih dahulu perbezaan di antara rawatan yang dibuat Dr Youtube dan pakar ortodontik.

Banyak bezanya tau.

Info ini kami peroleh daripada laman Facebook Root of Science serta sumber daripada Dr Naadira dan Dr Nadzirah juga.

Diharap dengan perkongsian ini dapat menjawab segala kekeliruan masyarakat tentang isu fake braces yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Pendakap gigi daripada Dr Youtube dalam lingkungan RM350.

Dr Youtube Vs Pakar Ortodontik, Ini Beza Antara Braces Haram Dengan Sah

– One-off dan tiada rawatan susulan. Kalau patient datang balik akibat masalah gigi tidak vital, dekalsifikasi, keradangan gusi, dan lain-lain, rasanya mereka boleh buat?

– Jenis bahan yang digunakan untuk membuat applians tidak sesuai untuk diletak di dalam mulut manusia. rawatan ortodontik kebiasaannya mahal kerana jenis logam yang digunakan untuk membuat applians telah diuji selamat untuk diguna pakai di dalam mulut.

– Kebersihan sewaktu pemasangan braces. Orang yang tak bertauliah membuat rawatan di homestay, di bilik hotel, tiada tempat dan kerusi khas serta peralatan yang dicuci dan disterilisasi.

Pendakap gigi daripada pakar

Dr Youtube Vs Pakar Ortodontik, Ini Beza Antara Braces Haram Dengan Sah

Sebelum pemasangan:

– Dipastikan kebersihan mulut di tahap optimum

– Sekiranya perlu, rawatan tampalan dan scaling dibuat dahulu

– Kerusi khas serta peralatan yang dicuci dan disterilisasi.

– Acuan gigi diambil.

– Dua jenis analisis x-ray iaitu OPG (orthopantogram) untuk melihat struktur rahang dan gigi dan lateral skull untuk melihat struktur tulang kepala secara keseluruhan.

– Analisis daripada dua jenis x-ray dan acuan gigi, barulah satu pelan rawatan akan dibuat dan dibincang bersama pesakit dan penjaga pesakit.

Selepas pemasangan :

– Pemeriksaan susulan perlu dilakukan setiap 4-6 minggu. Ini adalah kerana getah dan besi yang digunakan mempunyai had ketegangan dan ia perlu ditukar untuk menjadikan rawatan efektik.

– Temu janji setiap 6-8 minggu diperlukan untuk memastikan kesihatan oral pesakit di tahap optimum.

– Pakar akan memastikan pesakit faham dan tahu menggunakan berus gigi khas dan juga teknik flossing yang betul supaya tidak menyebabkan penanggalan braces.

– Memastikan tiada komplikasi enamel gigi dekalsifikasi iaitu proses hilangnya kalsium daripada gigi dan boleh menyebabkan karies gigi.

– Memastikan pendakap gigi tidak menyebabkan gigi tidak vital. Iaitu apabila pulpa atau saraf gigi menjadi nekrotik, atau mati. Gigi tidak vital akan kehilangan darah dan bekalan air, menjadikannya sedikit rapuh dan berubah warna. Rawatan kanal akar boleh dilakukan untuk menyelamatkan gigi, tetapi tidak dapat mengekalkan warna asal gigi.

A. Klinik Swasta RM4k-20k.

B. Klinik Kerajaan: RM1200.

Kenapa Dr gigi palsu ni sama bahaya dengan pengamal sains palsu dan doktor palsu yang lain?

Di Thailand, terdapat 2 kes kematian berkaitan dengan fake braces dilaporkan di mana salah seorang remaja dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan tiroid akibat memakai fake braces.

Hm, rasanya isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Dah banyak pun berita-berita tak baik yang kita dengar tentang kesan penggunaan fake braces ini. Tapi persoalannya, mengapa masih ada yang berani mendapatkan rawatan ini daripada individu yang salah ya?

Sumber: Harian Metro & Root of Science

Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 – Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?

0

Dalam lambakan pelakon lelaki yang ada di Malaysia ini, sebahagian besar daripada mereka sebenarnya bermula dari program Pencarian Hero Remaja.

Bermula dari zaman Azhar Sulaiman (Hero Remaja 1990) yang membintangi Astana Idaman dan Cinta Antara Benua. Kemudian, Norman Hakim (Hero Remaja 1993/1994) pula menjadi kegilaan ramai apabila beliau memasuki dunia lakonan dengan filem Pasrah dan Gerak Khas The Movie.

Ramai lagi hero lain menyusul selepas itu. Zed Zaidi (Hero Remaja 2000/2001), Ryzal Jaafar (Hero Remaja 2004), Kamal Adli, Fizo Omar dan Idris Khan (masing-masing daripada Hero Remaja 2008) sehinggalah ke era Hero Remaja 2011/2012.

Edisi terakhir itu menyaksikan sekitar tujuh hingga lapan orang Hero Remaja berjaya meletakkan diri mereka dalam industri lakonan. Bukan sekadar muka pelapis tetapi sebagai pemain industri yang mempunyai gaya lakonan signature pada mata peminat drama Melayu di negara ini.

Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 - Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?
HR2017 Episod Keempat: Cabaran lakonan di Publika.

Oleh sebab itulah, penulis merasakan cabaran lakonan adalah amat penting untuk diberikan kepada finalis Hero Remaja 2017. Penantian itu berakhir dengan episod keempat, minggu lepas.

Kesemua Top 9 telah diberikan tugasan ini untuk membuktikan, mereka bukanlah hanya wajah-wajah ‘pretty boys’ yang menemui penonton setiap hari Khamis di layar kaca. Tetapi mereka juga mempunyai substance untuk diketengahkan kepada para pengarah dan produser industri drama dan filem di Malaysia.

“Pegang Macam Nak Bunuh Orang” – Ezmir Terima Teguran

Untuk cabaran ini, para finalis telah dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada dua naskah filem yang pernah mencapai kutipan memberansangkan serta drama rantaian popular.

Kumpulan pertama terdiri daripada Ezmir Sadriq, Harris Annuar dan Ikmal Amry. Mereka telah menerima watak yang dipopularkan oleh Ungku Ismail dalam drama ‘Dendam Aurora’. Bergandingan dengan pelakon dan penyanyi berpengalaman, Faradhiya, Ezmir yang merupakan peserta pertama daripada 9 yang lain kelihatan agak gementar sedikit sebelum memasuki set.

Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 - Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?
HR2017 Episod Keempat: Ezmir Sadriq

“Kami bertiga diberitahu akan ada perubahan pada skrip beberapa minit sebelum kami memulakan challenge ini. Walaupun Dato’ Yusuf Haslam memberitahu bahawa perubahan pada skrip adalah perkara normal dalam set penggambaran, oleh kerana ini adalah kali pertama saya berlakon di hadapan kamera jadi saya tak dapat sembunyikan rasa cuak tu,” kata Ezmir selepas gilirannya tamat.

Mungkin cuak sehingga Ezmir ‘terkam’ terus lengan Faradhiya ketika sedang berlakon?

“Saya tahu dia rasakan, untuk menjiwai watak dia perlu berlaku sedemikian. Tetapi Ezmir juga perlu tahu ada batasnya terhadap perempuan. Jika selepas ini Ezmir terlibat dengan scene tegang seperti ini, dia perlu memberitahu dahulu kepada pelakon gandingannya apa yang ingin dilakukan terlebih dahulu. Tak adalah aktres itu terkejut,” tegur Faradhiya.

Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 - Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?
HR2017 Episod Keempat: Harris Annuar

Untuk kumpulan pertama ini, panel juri yang terdiri daripada Pak Nil, Dato’ Yusuf Haslam dan wakil daripada Astro Drama, Sharifah memuji projection suara peserta yang lantang. Walaupun diganggu keadaan cuaca hujan, angin kuat dan persekitaran outdoor yang dipenuhi penonton, mereka tak terganggu dengan faktor-faktor tersebut. Bahkan ‘memberi’ saja apa yang juri inginkan.

Kumpulan kedua (Adam Yusuf, Alif Muhaimin dan Safwan Nazri) pula terlibat dalam adegan KL Gangster yang melibatkan Taiko terulung Malaya, Adam Corrie! Peluang untuk berlakon dengan pelakon senior tersebut tak seharusnya dilepaskan begitu saja. Mungkin disebabkan itu, ketiga-tiga finalis ini tak putus-putus berlatih sebelum memasuki set.

Ini juga adalah kali pertama Adam Yusuf berlakon dalam scene yang melibatkan 100% dialog berbahasa Malaysia. Dan juri dapat menangkap perkara itu serta-merta apabila Adam perlu mengulang scene selama tiga kali. Not a bad try per say, cuma juri berpendapat Adam agak terkejar-kejar apabila melontarkan dialog dan gementar semasa berhadapan dengan Adam Corrie.

Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 - Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?
HR2017 Episod Keempat: Alif Muhaimin dan Safwan Nazri dalam set penggambaran ‘KL Gangster’.

Safwan dan Alif, walau bagaimanapun mengejutkan juri. Walaupun baru pertama kali berlakon tetapi intonasi suara, ekspresi muka dan attitude di dalam set menampakkan potensi yang ada pada mereka berdua. “Dua gaya lakonan berbeza walaupun watak yang diberi adalah sama. Tetapi saya yakin mereka boleh pergi jauh dalam dunia drama,” kata Sharifah.

Namun, tegur Pak Nil, ketiga-tiga peserta kumpulan ini perlu belajar untuk menyusun dialog. “Jangan terburu-buru menyebut perkataan. Kalau penonton tidak faham apa yang pelakon ingin sampaikan dalam percakapan, bermakna dia gagal memberikan lakonan yang mantap,” kata Pak Nil.

Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 - Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?
HR2017 Episod Keempat: Adam Yusuf dan Aiman Rahman.

“Nama Dia Izzah Ibu, Izzah!”

Wow, dapat ke Nabil, Aiman Rahman dan Farhan memikul watak Haris lakonan Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu?

Di antara mereka bertiga, pujian harus diberikan kepada Farhan Asri yang mendalami scene tersebut sehinggakan Dato’ Yusuf Haslam tersilap menyebut nama Harris  apabila ingin memberikan komen kepada Farhan.

“Farhan bagi saya mempunyai bakat dalam dunia lakonan. Campaklah dia ke dalam drama atau filem mana pun, saya rasakan dia boleh memberi impak sekiranya dia berusaha untuk mendalami sesuatu watak itu,” puji pengarah serta pemenang Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman di FFM 2017 itu.

Cabaran Lakonan Episod Keempat HR2017 - Siapa Masih Kayu, Siapa Berpotensi Jadi Hero Drama?
HR2017 Episod Keempat: Juri pada kali ini terdiri daripada (dari kiri) Sharifah, Dato’ Yusuf Haslam dan Pak Nil.

Faradhiya pula berpendapat, Aiman dan Nabil punya rupa yang boleh diolah untuk watak drama. Cuma mereka perlu banyak lagi belajar tentang lenggok suara dan body language. “Ekspresi itu penting buat seseorang pelakon. Tapi tak bermakna pelakon tersebut perlu selalu bergerak tak henti-henti seperti yang dilakukan Nabil.”

“Mereka berdua juga perlu versatilkan lagi suara ketika berdialog. Dan ‘jantankan’ diri di hadapan kamera. Act like a hero jika diberikan watak utama. But overall, good job,” kata Faradhiya lagi.

Apa pendapat korang, setuju dengan komen yang diberikan panel juri kali ini?

 

Saksikan recap episod keempat program Hero Remaja 2017 malam ini di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123) untuk mengimbas kembali performance mereka. Dan jangan lupa untuk menyaksikan episod kelima MALAM INI pada pukul 9.00 malam.

Siapa yang akan meninggalkan Hero Remaja 2017? Sama-sama kita saksikan.

Boyfriend Tiba-Tiba Berubah Jadi Transgender… Nak Buat Apa Ni?

Kegagalan dalam hubungan merupakan satu lumrah yang ramai di antara kita terpaksa lalui. Ia merupakan suatu learning proses yang perlu dihadapi dengan hati terbuka. Tapi apakah yang berlaku jika teman lelaki kamu berubah dan ingin memutuskan hubungan di atas sebab dia ingin menjadi seorang transeksual? Hati telah dicurahkan segala namun terpaksa berdepan situasi begini?

Girl, Don’t Blame Yourself

Apa jua yang berlaku dalam hubungan yang terputus, apa yang paling penting jangan salahkan diri kamu. Mungkin pada awalnya kamu akan selalu berfikir dan mencari sebab kenapa dia berubah menjadi begitu.

Persoalan ‘apa salah aku’ atau ‘adakah layanan aku tidak layak buat dia’ merupakan perkara yang harus dielak. Sebelum dia berterus terang mungkin kamu berasa dia marah atau tidak puas hati dengan kamu.

Apa yang positif, dia berterus terang dengan kamu dan memutuskan hubungan dengan baik. Sekali lagi Remaja ingin tegaskan, janganlah kamu menyalahkan diri kamu sendiri. You’re far better than that!

Berdepan dengan Kenyataan

Selepas mendengar luahan serta hasratnya untuk memutuskan hubungan ada beberapa perkara yang harus kamu elakkan; tidak kirlah betapa kecewa atau marah kepadanya. Ya, perkara ini tidak senang untuk ditelan buat kamu tetapi yakinlah ia juga tidak senang buatnya.

Walau apa jua pandangan kamu terhadap perubahan ini, kamu tidak harus cepat melatah dan naik angin. Bertindaklah dengan matang dan terima pendedahan ini dengan hati terbuka. Langkah seterusnya adalah kamu perlu putuskan bagaimana kamu boleh membantunya di masa akan datang.

Boyfriend Tiba-Tiba Berubah Jadi Transgender... Nak Buat Apa Ni?

Jangan Jauhi Berikan Sokongan

Hakikat bahawa dia sanggup berterus terang dengan kamu bukanlah satu perkara mudah buatnya. Kamu mungkin berasa sia-sia kerana telah habiskan banyak masa, tenaga malah wang ringgit dalam hubungan ini.

Tetapi jika kamu mengambilnya dengan positif, ia pasti memberikan satu pengalaman bermanfaat buat kamu. Setiap perkara yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Dan ini bukanlah masa untuk kamu menjauhi dia.

Pada waktu beginilah dia memerlukan sokongan. Jika kamu beragama Islam, bimbinglah dia untuk kembali ke jalan benar dengan cara yang betul. Apa yang paling penting kamu tidak menyisihkan dalam hidup kamu semata-mata tindakannya.

Kongsi Bersama Seseorang

Berdepan dengan situasi putus cinta sememangnya tidak pernah senang terutamanya jika berlaku dengan cara begini. Jika kamu dan si dia berkongsi rakan-rakan yang sama, hubungilah mereka.

Mungkin si dia tidak mahu kamu berkongsi tentang perkara ini dengan orang lain, Itu tidak menjadi masalah. Kamu masih boleh kongsi kecelaruan fikiran kamu dengan rakan-rakan dengan bercerita secara general.

Lambat laun rahsia ini akan terbongkar juga. Daripada rakan-rakan kamu dapat tahu melalui orang lain, lebih baik ia datang dari mulut kamu sendiri.

 

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

Biasanya apabila terjadi kes kematian atau cacat kekal disebabkan kemalangan di tempat kerja, kita hanya akan terfikir, ‘SOCSO ada, bolehlah bantu…”

Jumlahnya dapatlah sikit-sikit mengikut setengah daripada gaji akhir indivitu tersebut. Itu pun kalau majikannya mencarum, kalau tak melopong sajalah.

Tetapi tak ramai yang tahu, kita sebenarnya berhak menyaman majikan atau pemilik premis bangunan andai berlaku kematian atau kemalangan ketika kita berada di lokasi terlibat.

Tindakan saman ini boleh diambil sama ada seseorang itu mencarum SOCSO atau pun tidak.

Menyaman pemilik premis mungkin belum popular di negara kita tetapi di luar negara mereka ada satu unit dinamakan“flying squad” yang akan membantu keluarga mangsa yang teraniaya.

Dengarkan perkongsian dari Ir Haji Mohamad Khalil, bekas jurutera makenikal berkelulusan Bachelor Of Engineering dari Melbourne, Australia.

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai
Ramai keluarga tak tahu nak buat apa dan anggap semuanya takdir – Ir Haji Mohamad Khalil

Beliau mempunyai Master dalam Pengurusan Keselamatan Industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan terlibat dalam bidang keselamatan industry sejak 12 tahun lalu selepas berhenti kerja dengan Petronas 25 tahun lalu.

Menurut pemilik Khalil Safety Consultant Sdn Bhd ini, semua industri di negara ini tertakluk kepada Dua (2) akta iaitu Akta Kilang dan Jentera (AKJ 139) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 514) atau OSHA.

Akta ini memberi penekanan kepada majikan dan pemilik premis untuk bertanggungjawab ke atas mereka yang berada dan bekerja di tempat mereka dengan mengadakan Sistem Kerja Selamat atau Safe System Of Work.

Maknanya, semua bangunan di dalam negara ini tertakluk di bawah dua akta ini kecuali berkaitan tentera dan kapal dagang.

Paling mudah nak faham, tak kira di mana anda berada sama ada sekolah, kedai, hotel, atau tempat awam, sekiranya berlaku tragedi di tempat tersebut, pemiliknya bertanggungjawab kerana itu premis mereka.

Jumlah saman pula ada ketika boleh mencecah jutaan ringgit mengikut kepada kecederaan atau kehilangan dialami. Syaratnya, kejadian mestilah tidak lebih daripada enam tahun. Sebabnya, mahkamah hanya dengar kes enam tahun ke bawah sahaja.

Mangsa dalam video di atas berkerja di sebuah kilang yang berlaku letupan menyebabkan kakinya hancur selain terbakar seluruh tubuh. Sebelum ini kesnya terbiar begitu sahaja sebelumlah dibantu.

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai
Korang tengoklah mangsa alami kecederaan parah

 

Awalnya keluarga tak yakin boleh menang dan tak tahu nak buat bagaimana pun.

Terkini, nasibnya mulai terbela dan saman kepada majikannya meningkat daripada RM5 juta kepada RM8 juta.

Biasanya, dalam satu-satu kemalangan yang terjadi, keluarga mangsa akan menyerahkan urusan siasatan kemalangan kepada pihak berautoriti dan majikan tanpa diberi maklum balas hasil siasatan.

Contohnya dalam kes kebakaran, paling tidak kita dengar sistem pendawaian tidak mengikut spesifikasi selepas bangunan terbakar. Tapi selepas tu apakah tindakan kita?

Biasanya keluarga mangsa tak tahu tindakan selanjutnya kerana tiada pendedahan terhadap perkara ini.

Kata Ir Haji Khalil lagi, kalau didapati ada kecuaian, kita boleh bawa kes ini ke mahkamah dan undang-undang TORT boleh digunapakai untuk dikaitkan dengan ketidak-patuhan kepada Akta dan peraturan.

Proses saman ini akan melalui tiga peringkat:

  • Ahli keluarga perlu melantik syarikat yang mempunyai kepakaran dalam siasatan kemalangan industri / tempat kerja dan membawa hasil siasatan ke mahkamah melalui peguam yang juga mahir dalam undang-undang TORT (kecuaian) untuk tujuan tuntutan pampasan.
  • Jika hasil siasatan mendapati wujudnya elemen kecuaian dalam kemalangan itu, pihak yang dilantik akan mengeluarkan notis tuntutan dan membawa kes ke mahkamah sivil.
  • Sapina dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu demi pembelaan ke atas keluarga mangsa.

So korang semua, jika ada rakan atau ahli keluarga yang terlibat kes kemalangan begini dan nasib keluarga mereka tak terbela, bolehlah kita panjang-panjangkan artikel ini. Sekurang-kurangnya, kita dapat bantu meringankan beban mangsa atau ahli keluarga mereka.