Siapa tak kenal dengan usahawan cantik Dato’ Seri Vida (DSV) yang sering dikaitkan dengan gosip-gosip manja. Ala, ramai yang meluat dengan dia pun tapi semua gerak-geri DSV mesti korang tahu kan? Hehe
Nak tambah korang sakit hati sikit ni, DSV mempunyai seorang pembantu peribadi yang bukan calang-calang orang ya. Makan hati perempuan dekat luar sana bila tengok PA yang handsome dan bergaya ni.
Menurut Glam Lelaki, kerjaya Ahmad Iqbal Zulkefli bersama DSV bermula selepas dia memenangi pertandingan video kreatif yang dianjurkan sendiri oleh DSV. Usahawan berjaya itu banyak menguji pemuda ini tentang kejujuran, bakat dan ketahanan emosi.
Ads
Selepas itu, dia dipanggil dan diberi kepercayaan untuk bekerja sebagai PA dan pada masa yang sama menyandang jawatan sebagai Pegawai Media.
Hm, usahawan cantik mesti la kena cari PA yang tak kurang manisnya kan. Barulah kata orang sama cantik, sama padan. Hiks!
Sejuk mata memandang bila melihatkan bagaimana jejaka ini menjaga dan menyayangi ibunya. Dalam satu post yang ada di laman insta lelaki ini, jelas menunjukkan kasih sayang yang tak ada tolok bandingnya untuk ibu tercinta.
Ada tiga hal yang dia sentiasa pegang dalam hidup:
1. Aku belum cukup dewasa selagi tidak mampu mendidik ibuku
Ads
2. Aku belum cukup berjasa meskipun sering dibanggakan oleh manusia, selagi aku tak dapat menyenangkan hati ibuku.
3. Syurgaku adalah ibuku. Di dalam perutnya itu, dulunya ada aku. Sudah berapa banyak pokok yangmati, bangunan yang semakin buruk tapi aku semakin cerdik, sifatku semakin baik kerana darah ibu yang mengalir di jasadku.
Tiada apa yang menyedihkan dalam kehidupan manusia kecuali saat perpisahan berlaku iaitu kematian. Ia bermakna perpisahan kekal di alam abadi dan yang tinggal adalah seribu kenangan.
Dalam keadaan dunia dilanda wabak COVID-19, pastinya ada keluarga yang dalam kesedihan apabila disahkan positif. Lagi sedih jika berlaku kematian dan ahli keluarga tidak dapat bertemu buat kali terakhit.
Namun perkongsian dari Ali Russia di fb ini benar-benarnya menginsafkan di mana jenazah seorang pesakit COVID-19 iaitu Haji Suhaimi bin Abdul Aziz dimuliakan Allah taala. Semasa hayatnya tubuhnya agak berisi namun ketika kematiannya tubuhnya jadi kecil, tampak muda seakan berusia 20 an dan lebih mengharukan jenazahnya amat ringan.
Bacalah perkongsian ini. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan selamatkanlah pesakit yang masih bertarung nyawa di ICU kala ini.
Covid19 Dan Cerita Dari Isteri
Kisah As Syahid korban Covid19 dari Melaka.
Al Fatihah – Diceritakan oleh isteri Allahyarham.
“Keadaan arwah Suhaimi 15hb tu baik baik aje selera makan ada, cuma demam kejap panas kejap sejuk.
Solat jemaah ngan dia Asar, Magrib dan Isyak. 16hb lepas makan antibiotik dan beberapa jenis ubat lagi dia dah tak de selera makan, mulai muntah, cirit birit. 17hb Xray telah diambil.
Hari ni dia semput lendir banyak dalam paru paru dan oksigen susah nak masuk, dalam paru paru hanya 88 – 90.
Dia demam lagi dan saya beberapa kali lapkan dengan kain basah bila sejuk dia minta maaf ngan saya sebab katanya disebabkan dia saya pun dapat virus.
Saya kata syukur la saya pun virus ni, dapat satu bilik ngan dia, tolong jaga dia, ambil temperature , buatkan air.
Doctor kata saya bole jadi Nurse da, kalau sakit biasa biasa mesti dipisahkn lelaki dan perempuan kan.
18hb dia duduk sebelah saya tengok keluar tingkap dia kata nampak banyak kubur kat sana, saya tengok tu bumbung bangunan aje.
Hati tu ada terdetik sepert nak ada perpisahan.
Lepas Zohor dia tidur mengigau saya bangun dan dengar apa yang dia cakap, sangat jelas seperti sedang bagi Bayan, katanya “Tiada yang dapat selamatkan kita selain dari Allah Lailahaillah Muhamadurrasulullah” dengan tangan yang diangkat seperti Syahadah.
Sebelum Asar keadaan dia susah nak bernafas walaupun guna oksgen lalu saya panggil Doctor, Doctor kata kena bawak ke bilik sebelah sebab ada Mesen Pernafasan.
Saya cuma pesan ucap kalimah Syahadah bang dan itulah ucapan terakhir yang saya dengar dari mulut dia sebelum ditidurkan.
19hb keadaan agak stabil, Doctor tukar ubat lain setelah minta izin dari saya, ada sedikit lebih baik dari semalam.
20hb diambil Xray ianya menunjukkn keadaan semakin merosot.
10.30 malam Doctor suruh saya tengok suami sebab bila bila masa jer jantung suami boleh berhenti.
Masa tengok tu badan dia besar, ye la macam yang biasa tengok saya kata saya redho jika dia pergi meninggalkn saya dan saya maafkan dia.
Kul 1.30 pagi Doctor kejut saya dan kata mereka tak dapat selamatkan pakcik jantungnya sudah berhenti.
Saya pergi tengok dia untuk kali terakhir.
Bila saya tengok rasa macam tak percaya, tubuhnya kurus mcm budak umur 20an, wajah bersih, badan takde lebam lebam, rupa pun macam budak muda.
Saya redho, jenazah pun ringan dan kain kapan yang salah potong katanye kecil tapi Alhamdulillah cukup cukup aje.
Pengurusan jenazah pun mudah Alhamdulillah.
Lupa pulak sape yang ada tengok dalam tv atau youtube nampak macam besar aje jenazah kan, tu dia orang dah letak kapas banyak.
Adik ipar tolong angkat nak mandikkan dari dalam van tu dia kata ringan bole angkat 2 org.”
Wallahualam
Al Fatihah
Semoga Allah Taala merahmati roh beliau dan memberi kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan …amin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, isu AUKU kembali hangat diperkatakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Malah, dia turut memberi banyangan bahawa parti politik bakal dibenarkan untuk membuka cawangan di universiti. Namun, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membenarkan ia berlaku.
Adakah pemansuhan AUKU dapat betul-betul digunakan secara positif oleh mahasiswa?
Katanya, pelbagai pindaan telah dilakukan pada akta itu yang meliputi aspek kegiatan pelajar dan urus tadbir universiti. Pelajar di institut pengajian tinggi juga telah diberikan pelbagai kelonggaran untuk menceburkan diri dalam bidang politik.
Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti parti politik bakal dibenarkan untuk membuka cawangan di institusi itu.
“Kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.
“Semua perkara itu telah dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk perkara-perkara yang dicadangkan (penubuhan cawangan parti politik di universiti),” katanya.
Khaled Nordin berkata sedemikian di Dewan Rakyat, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin sama ada KPT akan memberi kelonggaran tersebut.
Apa Itu AUKU 1971
Bagi korang yang masih menuntut di peringkat kolej dan universiti, pastinya korang serba sedikit tahu mengenai isu AUKU yang mengekang kebebasan pelajar untuk bersuara dan mengadakan aktiviti. Namun bagi yang tidak berapa familiar dengan kewujudan akta ini, kami ada jawapan mengapa ia bertukar menjadi salah satu isu hangat.
Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU 1971 adalah satu akta yang sebahagiannya berada di bawah kuasa Kementerian Pendidikan. Walaupun idea asalnya adalah untuk mengawal soal pentadbiran dan perjalanan universiti agar lebih teratur, namun secara tidak langsung, sebahagian daripada dasar AUKU sebenarnya menghalang pembabitan pelajar dengan parti politik, persatuan sekerja dan penggabungan badan-badan pelajar.
Inilah yang membangkitkan kemarahan ramai mahasiswa Malaysia yang mendakwa AUKU sebagai penghalang suara mereka daripada didengari, sebagai punca hilangnya kuasa autonomi oleh pihak universiti sendiri dalam membuat keputusan tertentu dan akhir sekali menjadi punca ketidak adilan kepada pelajar universiti secara amnya.
Apa pendapat korang, adakah mahasiswa Malaysia dapat memastikan penglibatan mereka dalam hal dunia politik selepas ini tidak akan membayangi matlamat sebenar mereka di universiti iaitu untuk menuntut ilmu?
Adakah mahasiswa Malaysia sudah bersedia untuk memegang kuasa kebebasan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu menutup aurat dengan sempurna ini sememangnya sudah banyak kali menjadi topik hangat terutamanya di media sosial.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi sepucuk surat yang diterimanya oleh seorang pelajar tahfiz. Di dalam surat tersebut rupa-rupanya terselit satu teguran lembut untuk menutup aurat dengan betul.
“Tadi tengah buat kerja kat padang dengan budak-budak ni, kebetulan ada budak tahfiz tengah main bola. Lepas tu ada sorang tu datang bagi surat ni. Dia suruh sampai-sampaikan kat semua orang,” tulis individu yang dikenali sebagai Siti Suzaida.
Susulan itu, kelihatan ramai yang memuji pelajar itu yang sangat sopan ketika menegur seseorang apatah lagi yang lebih tua daripadanya.
Bagaimanapun, ada juga yang memberikan pandangan negatif terhadap teguran tersebut.
Sebenarnya, pokok-pangkal semua ini adalah diri sendiri. Kalau kita lihat teguran orang itu adalah negatif maka negative lah jadinya tapi kalau kita melihat ia dari sudut pandangan yang positif, maka positiflah jadinya.
Apa-apapun, renung-renungkan dan selamat beramal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan Airit Rayyan 110 meter lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mencuri perhatian ramai selepas mencipta rekod baharu dan membanggakan keluarga serta Selangor.