Industri muzik tempatan sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Walau betapa hebat sekalipun kebanjiran artis luar yang cuba mencuri perhatian kita, melodi-melodi lagu Melayu jugalah yang tetap menjadi pujaan hati.

Buat korang yang masih belasan tahun mungkin tidak berapa ingat dengan lagu-lagu yang Remaja senaraikan di bawah. Mungkin korang pernah dengar lagunya tetapi tidak tahu siapakah gerangan pelantun suaranya. Nama-nama seperti Arni Nazira, Eisya, Amy Mastura dan semestinya, Datuk Siti Nurhaliza mewarnai carta-carta lagu paling popular pada tahun 1997. Imagine, lagu-lagu ini semua dah berusia 20 tahun… mungkin lebih tua daripada korang!

Ziana Zain – Puncak Kasih
Ciptaan: Adnan Abu Hassan/Maya Sari

Siapa tak kenal dengan Ziana Zain. Dia tarik je suara pasti meremang bulu roma. Keningnya yang terangkat juga sudah jadi trademark yang diingati hingga ke hari ini. Puncak Kasih menjadi antara lagu paling popular nyanyian Ziana Zain apatah lagi ia berjaya menjadi Lagu Terbaik Kategori Balada di AJL 1998. Power Kak Zee!

A To Z – Itik Gembo Gembo
Ciptaan: Helen Yap/Lan

Suatu ketika dulu industri muzik kita diwarnai banyak grup nyanyian. Kenapa ya sekarang macam dah kurang sangat. Lagu yang catchy ini menjadi siulan ramai terutama korusnya dengan loghat Kelantan yang tidaklah terlalu pekat. Lagu ini turut melonjak A TO Z di AJL 1997 apabila mereka muncul Lagu Terbaik Ketegori Pop Rock.

IKLAN

Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu
Ciptaan: Ly/Baiduri

Tak salah kalau Remaja katakan inilah lagu yang bertanggungjawab membawa Datuk Siti Nurhaliza mencapai status superstar dan penyanyi nombor satu Malaysia. Ia bukan sahaja popular di negara kita tetapi juga di Indonesia, Singapura dan Brunei.

Arni Nazira – Cinta Antara Benua
Ciptaan: Jari/Azam Dungun

Ini merupakan sebuah lagu tema dram bersiri popular pada tahun 1997. Sebagai pendatang barju ketika itu, Arni Nazira cukup bertuah kerana diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema drama tersebut. Pada ketika itu, dapat nyanyi lagu tema drama is a very big deal okay!

IKLAN

Mas Idayu Senggol Senggolan Cunit Cubitan
Ciptaan: Fitri

Mungkin korang ada yang tak tahu bahawa lagu-lagu dangdut sangat popular pada era 90-an dahulu. Dan bila sebut sahaja dangdut nama MaS Idayu pasti tidak lekang dari mulut. Lagu ini diangkat sebagai antara lagu dangdut terbaik pernah diperkenalkan di Malaysia.

Shima – Apa Ku Rasa
Ciptaan: Fauzi Marzuki/Darwish

Shima dinelai sebagai antara penyanyi pop balada yang paling terkenal pada ketika itu. Apa Ku Rasa merupakan antara lagu terbaik Shima kerana ia turut terpilih ke peringkat akhir AJL 1997. Untuk lagu ini Shima tampil dengan irama pop rock. Ternyata pertaruhannya membuahkan hasil dengan populariti lagu ini yang hebat.

IKLAN

Camelia – Rindu Padanya
Ciptaan: Adnan Abu Hassan/Hani MJ

Personally bagi penulis, Camelia merupakan penyanyi yang cukup unik. Dia mempunyai vokal cukup berbeza berbanding artis-srtis lain pada ketika itu. Muziknya juga lebih kepada R’N’B dan urban. Namun, lagu Rindu Padanya berjaya mendapat tempat di hati peminat dengan melodinya yang ringkas tetapi cukup merdu.

Tak kenal dan tak pernah dengar lagu-lagu yang Remaja senaraikan? Cuba tunjukkan kepada parent atau abang atau kakak. Mereka pasti pasti berasa sangat tua. LOL.

Apakah lagu-lagu lama yang hingga ke hari ini masih korang ingat? Komen di bawah!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI