Dalam dua atau tiga tahun ini, Remaja perhatikan sudah banyak jenama tidak kiralah tempatan atau antarabangsa mula memperkenalkan jualan harga runtuh Black Friday kepada pelanggan mereka. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Black Friday?
Adakah ia hanya hari di mana jualan dengan harga runtuh dijalankan sahaja? Bagaimana ia bermula dan kenapa ia sangat popular?
Secara amnya, Black Friday jatuh pada hari Jumaat selepas sehari sambutan Thanksgiving. Dan perayaan Thanksgiving ini sebenarnya salah satu perayaan yang disambut oleh warga Amerika Syarikat. Dan hari Thanksgiving ini pula disambut pada hari Khamis yang keempat pada bulan November. Jadi secara tidak langsung Black Friday jatuh pada keesokkan harinya.
Disebabkan itu juga tarikh sambutan Thanksgiving biasanya berbeza-beza setiap tahun.
Ads
Bilakah Istilah Black Friday Mula Digunakan?
Menurut History.com, penggunaan pertama istilah Black Friday bukanlah merujuk kepada pesta jualan murah. Ia telah mula direkodkan pada 1869 sebagai istilah kepada keruntuhan pasaran harga emas di Amerika Syarikat. Kemudian beralih kepada era 1950-an, istilah ini mula muncul kembali. Polis di Philadephia menggunakan ‘Black Friday’ untuk menggambarkan keadan kacau bilau yang berlaku selepas hari Thanksgiving.
Ini berlaku apabila pengguna dari kawasan luar bandar membanjiri kawasan bandar bersempena dengan perlawanan American Football antara Tentera Darat & Tentera Laut. Disebabkan kesesakan itu, polis terpaksa bekerjasa pada waktu yang lebih lama dan mengawal keselamatan. Kes kecurian juga meningkat, menambah lagi sakit kepala mereka.
Lama kelamaan istilah ini mula dieksploitasi oleh pemilik gedung jualan dan menukarkan konotasi negatif kepada sesuatu yang lebih baik. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan ‘Black Friday’ bagi melakukan jualan harga runtuh kepada pelanggan. Malah pada hari ini, musim jualan ini diteruskan semalam beberapa hari sehinggalah pada hari Isnin, dikenali sebagai Cyber Monday.
Ads
Dan pada hari ini, Black Friday merupakan hari membeli belah paling sibuk di Amerika Syrarikat, malah mungkin juga di seluruh dunia.
Kontroversi Black Friday
Di mana ada jaulan murah dengan harga tidak masuk akal, di situlah ada kekacauan terutamanya bila jumlah barangan yang ditawarkan dalam kuantiti terhada. Pada tahun 2008, lebih dua ribu pelanggan menunggu di luar gedung Wal-Mart sejak jam lima pagi. Selepas ia dibuka, pengunjung menyerbu masuk secara melulu hingga meruntuhkan pintu masuk.
Ads
Apa yang menyedihkan, seorang pekerja Wal-mart berusia 34 tahun meninggal dunia akibat dirempuh dan dipijak. Malah mereka juga enggan beredar walaupun dimaklumkan tentang kejadian malang itu dengan alasan mereka sudah beratur sejak jam lima pagi.
Pada tahun 2010 di Wisconsin, AS pula, seorang wanita ditahan pihak berkuasa selepas mengacukan pistol kepada orang ramai. Dia ditahan diluar Toy’R’Us dan dikatakan memotong barisan. Selepas disuruh keluar barisan dia berang dan mengeluarkan sepucuk pistol. Pada tahun sama, seorang sukarelawan gedung Toys For Tots ditikam oleh seorang pencuri, manakala di Indianapolis seorang wanita ditahan selepas bertikam lidah dengan pengunjung lain.
Kami di Remaja berharap kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita. Baru-baru ini telah muncul kes ‘tumbuk’ berebut sneakers di KLCC, harapnya pada Jumaat ini tidak akan berlaku lagi. Selamat ber-shopping guys!
Jom serbu Black Friday sale!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kalau buka laman media sosial dan di mana-mana sahaja sekali pun topik perbualan utama mesti berlegar sekitar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal dilangsungkan pada 9 Mei 2018. Pelbagai ragam dan aksi calon yang bertanding serta penyokong mereka dirakamkan lensa pada hari penamaan calon yang berlangsung hari ini.
Bersempena ‘demam’ pilihan raya, hari ini Remaja ingin kongsikan tentang kisah luar biasa yang berlaku di University of California, Berkeley pada baru-baru ini.
Seekor tupai dilaporkan telah memenangi kerusi di dalam senat pelajar di universiti tersebut pada pilihan raya kampus mereka. Seramai 37 orang calon telah bertanding bagi merebut 20 kerusi senat pelajar Assosiate Student of the University of California. Dan ia termasuklah ‘Furry Boi’, seekor tupai.
‘Tupai’ tersebut sebenarnya seorang pelajar yang memakai kostum bernama Stephen Boyle. Pencalonan Furry Boi dikatakan diumumkan pada bulan lalu menerusi Facebook. Menurut posting tersebut, Furry Boi dicalonkan untuk mewakili tupai-tupai kampus dan diharap mampu menjadi wakil kepada mereka di UC Berkeley.
Menerusi kempennya, Furry Boi menggunakan hashtag #ImWithFur dan #WhyNut. Kemunculan Furry Boi dikatakan telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah di kalangan pelajar. Namun di sebalik kejadian ini ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada sistem demokrasi yang diamalkan di universiti tersebut.
Surat khabar rasmi universiti, The Daily California mengecam tindakan ini dengan melabelkannya sebagai kejadian memalukan.
Namun apabila keputusan pilihan raya dikeluarkan, Furry Boi berjaya mendapat jumlah undian yang baik dan menjadi salah seorang daripada 20 wakil senat pelajar.
Walaupun pernah menyandang jawatan sebagai ketua polis daerah, ia tidak memberikan sebarang kelebihan buat ‘Joe Ferrari’, ketua polis daerah di Thailand yang berdepan hukuman mati selepas didakwa atas tuduhan membunuh tahanan.
Thitisan Utthanaphon mendapat gelaran itu kerana minatnya terhadap kereta mewah ketika skandal rasuah mengejutkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Thailand, selain gaya hidupnya yang serba mewah.
Menurut Harian Metro, rakaman video Ogos lalu menunjukkan sekumpulan pegawai yang didakwa termasuk, Thitisan menekup kepala tahanan sambil menyoalnya.
Suspek berusia 24 tahun itu meninggal dunia dalam tahanan polis dan video tular itu telah dijadikan bukti untuk siasatan terhadap tindakan Thitisan dan enam pegawai lain.
Pejabat Peguam Negara Thailand telah mengumumkan bahawa semua tujuh pegawai itu akan berdepan dengan empat pertuduhan, termasuk dua pertuduhan bersubahat, satu pertuduhan membunuh dan pembunuhan dengan penyeksaan.
Jika didapati bersalah membunuh dengan penyeksaan, mereka akan dijatuhi hukuman mati, satu-satunya hukuman untuk kesalahan terbabit.
Selepas rakaman kejadian itu tular pada Ogos, Thitisan, 41, yang juga bekas ketua polis daerah di wilayah utara Nakhon Sawan menyerah diri kepada polis.
Namun, beliau menafikan sebarang salah laku kepada media, sebaliknya berkata kematian suspek adalah kemalangan.
Ekoran daripada skandal ini, pemerhati hak asasi manusia berkata, kepercayaan terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang Thailand semakin terhakis kerana sering dikaitkan dengan urus niaga dan aktiviti haram untuk kepentingan peribadi.
Kes-kes seperti ini memang banyak berlaku tidak kiralah di negara mana sekali pun. Kuasa dan pangkat tidak mampu menyelamatkan mereka kerana jika disabitkan kesalahan tetap akan menerima hukuman yang setimpal.
Semoga jika benar suspek disabitkan kesalahan, mereka akan menerima hukuman bagi membela nasib si mati.
Lebih biadap lagi apabila ada di antara peminta sedekah ini berpura-pura mengaku Islam untuk meraih simpati umat Islam.
.
Seperti yang berlaku di luar negara, satu video perkongsian daripada Facebook ini telah membongkar sindiket peminta sedekah yang mengaku orang Islam Romania. Namun begitu, bila ada yang menguji mereka untuk mengucap dua kalimah syahadah dan menyuruh membaca surah Al-Fatihah, mulalah muka mereka blur dan dan tidak tahu apa-apa.
.
Malah, perakam video juga mempertaruhan $50 kepada mereka sekiranya mereka membaca Al-Fatihah, namun ia tidak dapat dibaca oleh peminta sedekah tersebut.
.
Sesuatu yang meragukan bukan?
Korang lihat sendiri video dibawah bagaimana individu tersebut menjerat sindiket peminta sedekah yang mengaku orang Islam.
Seseorang yang Meragukan Pengemis yang Pura-Pura Muslim.
Posted by Info Dunia on Thursday, December 26, 2019
Tidak hanya berlaku di luar negara, sebaliknya korang juga perlu lebih berhati-hati kerana ada juga individu yang memuat naik sebuah video di ruangan komen tentang peminta sedekah yang memakai kopiah dan mengaku Islam tetapi bila disuruh mengucap dua kalimah syahadah dia tidak tahu dan memberi alasan di orang Rohingnya.
.
Jelas pemuda dalam video tersebut, tidak kiralah jika kamu orang Rohingnya atau tidak, tetapi jika mengaku Islam pasti kamu tahu untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Fuh, macam-macam manusia yang sanggup mempermainkan agama demi kepentingan diri masing-masing. Apa-apa pun selepas ini diharap korang lebih berhati-hati sebelum memberikan bantuan buat si penunggang agama ini.
Cik Man meninggal dunia pada usia 68 tahun selepas menerima rawatan di Hospital Tanah Merah. Allahyarham meninggalkan legasi besar dalam industri hiburan Malaysia menerusi pelbagai watak ikonik.