Home Blog Page 1882

Kenali 5 Jenis Bentuk Perut Yang Bukan Punca Daripada Kegemukan

0

Asal gemuk je perut buncit. Tapi korang pernah terfikir tak kenapa individu yang kurus tu pun ada yang buncit?

Ha tu la, selalu sangat stereotaip pasal masalah ni. Tak semestinya orang gemuk je yang buncit. Lagi pelik kalau badan ramping tapi tang perut terbonjol kan?

Nah, REMAJA nak bongkar antara ciri-ciri perut yang biasanya dimiliki oleh gadis kurus dan punca bagaimana boleh terjadinya perut seperti ini.

“Love handles”

Kenali 5 Jenis Bentuk Perut Yang Bukan Punca Daripada Kegemukan

Ciri-ciri:

Menggeleber, jika dipandang dari arah sisi.

Punca:

• Gaya hidup yang tidak aktif

• Sweet tooth

• Mengambil banyak makanan bergula dan karbohidrat

Cara mengatasi:

1. Ubah cara diet pemakanan korang. Pilih makanan-makanan seperti telur, daging tanpa lemak, sayur-sayuran seperti kekacang dan avokado.

2. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti bersiar-siar di taman atau mungkin boleh melakukan senaman ringan di rumah.

3. Senaman fizikal yang sesuai dan diet yang betul dapat membuatkan perut korang lebih cantik dan tidak menggeleber.

“Stress belly”

Kenali 5 Jenis Bentuk Perut Yang Bukan Punca Daripada Kegemukan

Ciri-ciri:

Lemak yang tertumpu disekeliling perut dan mempunyai kulit perut yang agak tebal. Ish, gerunnya.

Punca:

• Stres yang melampau

• Makan secara tidak teratur

• Banyak minum minuman berkafein• Sindrom usus terganggu

• Sering mengambil makanan yang tidak sihat (kacang masin, kerepek kentang, dan sebagainya)

Cara mengatasi:

1. Tidur pada awal waktu. Waktu tidur yang tidak teratur dan tidak nyenyak boleh menyebabkan gangguan pada pengeluaran leptin iaitu hormon yang membantu mengawal selera makan dan metabolisme badan.

2. Berehat sebelum tidur. Pastikan sebelum korang masuk tidur, jangan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti berlari atau berjogging. Sekurang-kurangnya, tiga jam sebelum tidur, badan korang perlu rehat daripada melakukan sebarang aktiviti lasak.

3. Ambil makanan yang kaya dengan magnesium kerana mengandungi mineral yang baik untuk “merehatkan” tubuh badan. Contoh makanan yang boleh diambil adalah seperti sayur-sayuran hijau, kekacang dan gandum.

4. Untuk tambahan, lakukan sedikit regangan dan yoga dan minum teh chamomile sebelum tidur. Ia dapat mengurangkan kortisol dan merehatkan tubuh.

“Low belly”

Kenali 5 Jenis Bentuk Perut Yang Bukan Punca Daripada Kegemukan

Ciri-ciri:

Memiliki bentuk badan yang ramping tetapi bahagian bawah perut agak terbonjol. Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti ini? Jom ketahui puncanya.

Punca:

• Baru lepas melahirkan anak

• Mengamalkan diet makanan yang sama

• Stuktur tulang belakang yang melengkung

Cara mengatasi: 

1. Amalkan diet yang sihat dengan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau dan roti gandum.

2. Lakukan senaman yang sesuai dan pastikan setiap pergerakan senaman yang korang  lakukan itu adalah dengan cara yang betul.

3. Minum lebih banyak air putih dan pilih makanan yang mudah untuk dihadam.

“Mommy’s belly”

Kenali 5 Jenis Bentuk Perut Yang Bukan Punca Daripada Kegemukan

Ciri-ciri:

Selepas melahirkan anak, perut cenderung untuk kelihatan seperti ini.

Punca:

• Kurangnya perhatian untuk diri sendiri kerana fokus terarah kepada bayi yang baru dilahirkan. Ia mengambil lebih kurang enam minggu untuk kembali kepada saiz normal perut korang.

• Melakukan aktiviti bersenam terlalu cepat selepas bersalin. Biasanya, korang kena rehat sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum mula aktif untuk melakukan sebarang aktiviti.

• Lemah otot pelvis.

Cara mengatasi:

1. Cuba amalkan makanan yang mengandungi lemak sihat setiap hari, seperti kekacang, minyak sayuran, minyak ikan dan buah zaitun. Ia dapat membantu melawan keletihan selepas seharian penat melayan karenah anak.

2. Jadikan senaman kegel sebagai rutin kerana manfaatnya dapat bertindak seperti korang memakai koset. Lakukan senaman ketegangan dan mengendurkan otot pelvik ini sebanyak 15 hingga 20 kali dan ulangi latihan ini sebanyak lima kali sehari.

3. Elakkan melakukan senaman squat dan crunches kerana ia tidak baik untuk postur badan selepas melahirkan.

4. Selain itu, dapatkan tidur siang sebentar untuk merehatkan badan dan cara ini juga mampu meningkatkan pembakaran lemak.

“Inflated belly”

Kenali 5 Jenis Bentuk Perut Yang Bukan Punca Daripada Kegemukan

Ciri-ciri:

Perut terasa kempis pada waktu pagi tetapi mula membonjol pada siang hari. Ha, jangan pelik kalau pagi-pagi korang rasa perut tu macam slim tapi menjelang tengah hari tiba-tiba je buncit semula. Agak-agaknya kenapa eh?

Punca:

• Alahan makanan

• Usus lembab

• Ketidakseimbangan usus

Cara mengatasi:

1. Elakkan mengambil makanan yang tidak baik untuk tubuh badan seperti gluten (roti, pasta dan kuih-muih), yis dan produk tenusu yang diproses (keju, susu dan mentega).

2. Pilih makanan seperti sayur-sayuran segar, daging, ayam dan ikan. Elakkan roti dan pastri selama dua minggu, lihat hasilnya sama ada perut mula mengempis atau tidak.

3. Jangan tinggal amalan sarapan pagi kerana sistem penghadaman yang baik adalah pada waktu pagi. Apa yang penting, elakkan makan pada lewat malam dan banyakkan minum air putih.

4. Lakukan senaman ringkas seperti tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali dan berjalan-jalan selepas waktu makan.

Rupanya di sebalik bentuk-bentuk perut tu tersirat maksud sebenar dan ada pula cara untuk mengatasinya. Wah, info ini benar-benar sangat berguna untuk korang yang nak dapatkan perut yang ramping.

Selamat mencuba guys! Perut dah kempis nanti bolehlah PM kami untuk share experience ya. Hiks!

Lorde Turut Sama Boikot Israel, Batalkan Konsert Di Tel Aviv

0

Penyanyi dan komposer, Ella Marija Lani Yelich-O’Connor atau lebih popular dikenali sebagai Lorde telah membatalkan perancangan awal untuk mengadakan konsert di Israel, pertengahan tahun hadapan.

Ia susulan kempen aktivis yang menentang penempatan haram Israel di tanah milik rakyat Palestin.

Namun, Lorde bukanlah penyanyi pertama yang membuat keputusan sebegini selepas penyanyi, Roger Waters dan Elvis Costello juga memboikot Israel atas kekejaman rejim terhadap warga Palestin.

Lorde Turut Sama Boikot Israel, Batalkan Konsert Di Tel Aviv

Terdahulu pada minggu lepas melalui akaun Twitter Lorde, Tel Aviv telah diumumkan sebagai salah satu bandar yang akan dikunjungi penyanyi tersebut pada tahun 2018.

Namun tidak lama kemudian, Lorde, 21 dikhabarkan menerima banyak mesej melalui akaun media sosial yang meminta dia mempertimbangkan kembali perancangan tersebut.

Malah, secara terang-terangan, Lorde kerap membalas Tweet yang dihantar oleh peminatnya serta para aktivis pro-Palestin mengenai situasi politik yang melanda bumi Arab itu.

 

Dalam kenyataan ringkas, Lorde berkata dia akan “mempertimbangkan semua option yang ada”. Dia telah melakukan banyak sesi perbincangan bersama team dan akhirnya merasakan “Ia adalah keputusan terbaik buat masa sekarang (untuk membatalkan konsert tersebut)”

Katanya lagi, “I am not too proud to admit I did not make the right call on this one” dengan merujuk kepada rancangan untuk menyenaraikan Tel Aviv sebagai salah satu bandar yang akan dijelajahinya.

Lorde Turut Sama Boikot Israel, Batalkan Konsert Di Tel Aviv

 

Pembatalan itu disambut baik oleh ahli gerakan Boycott, Divest, Sanction (BDS).

Akaun Twitter ‘The Palestinian Campaign for the Academic and Cultural Boycott of Israel’ juga berterima kasih kepada pemenang anugerah Grammy 2 kali itu kerana membatalkannya, atas sebab memboikot pergerakan kerajaan Israel yang sewenang-wenang menguasai tanah milik Palestin sehingga mereka kehilangan tempat tinggal.

Hmm, mungkin Lorde boleh gantikan Tel Aviv dengan Kuala Lumpur? Just saying.

Lorde Turut Sama Boikot Israel, Batalkan Konsert Di Tel Aviv

Tak Nak Dilabel Mat Rempit, Ini 6 Tip Untuk New Rider

0

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, semua orang akan cuba mencari cara mengurangkan perbelanjaan harian.

Salah satu daripadanya adalah untuk memilih motorsikal atau skuter sebagai kenderaan utama korang kerana faktor penggunaan minyak yang menjimatkan.

Dulu, masyarakat selalu memandang lelaki saja sebagai penunggang motorsikal, perempuan tak boleh kerana nampak tak kena dengan sifat feminin mereka. Seperkara lagi, masyarakat terutama ibu bapa masih memandang motorsikal sebagai jentera yang tak dapat menjamin keselamatan.

Tak Nak Dilabel Mat Rempit, Ini 6 Tip Untuk New Rider

Tapi zaman dah berubah beb. Bukan setakat lelaki, penunggang perempuan pun jauh lebih berdikari. Dengan cara yang betul, faktor keselamatan di jalan raya pasti dapat dikuasai oleh semua orang. Right?

Tak kiralah korang lelaki mahupun perempuan, ini dia 6 tip berguna untuk new rider terutamanya bagi yang baru ingin mengambil lesen tu.

 

Tak Nak Dilabel Mat Rempit, Ini 6 Tip Untuk New Rider
Model bersama Honda BeAT Pearl Nightfall Blue.

 

Sertai Kelas & Dapatkan Lesen

Jangan sesekali abaikan keperluan untuk mendapatkan lesen sebelum menunggang motorsikal. Ya, ramai je yang tidak berlesen dan menganggap ia membazir duit. “Dah tahu nak tunggang, buat apa nak pergi belajar lagi.”

Prosedur tetap prosedur. Ambil kesempatan waktu cuti sekarang dan dapatkan lesen motosikal B2 menerusi Program MyLesen Kadet JPJ. JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan kini menggalakkan pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun ke atas untuk mengambil ujian ini.

Hanya dengan bayaran RM299 je, pelajar boleh memiliki lesen yang sah setelah tamat latihan menunggang dan mendaftarkan diri.

 

Tunggang Ikut Saiz

Selepas mendapat lesen yang sah, jangan pula terus berangan nak bawa motosikal berkuasa tinggi!

Dapatkan motosikal yang padan dengan saiz badan dan kemahiran yang korang miliki. Pastikan korang selesa untuk menunggang.

Contoh terbaik ialah skuter Honda BeAT 2017 daripada Boon Siew ini. Kecil tapi berfungsi dengan baik!

 

Tak Nak Dilabel Mat Rempit, Ini 6 Tip Untuk New Rider
Model bersama Honda BeAT Space Magenta Metallic

 

Pakaian Sesuai

Walaupun korang menunggang motorsikal, tak semestinya korang perlu memakai baju macam Awie dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Pertama sekali, pakaian tu perlulah sesuai dengan cara seorang rider menunggang motorsikal. Untuk penunggang lelaki, tak ada masalah sangat.

Tetapi untuk penunggang perempuan, jika berbaju kurung, lebih manis untuk memakai seluar atau legging di dalam kerana kain pasti akan terselak.

Memakai jaket juga amatlah penting untuk penunggang. Selain bertindak sebagai windbreaker ketika cuaca berangin, ia juga dapat menjadi pelindung daripada sinaran matahari terik. Rider pun kena cantik juga tau.

 

Tak Perlu Selalu Berhenti Di Stesen Minyak

Sekarang ini, kita selalu terbaca mengenai kejadian ragut, disergah atau dikacau lelaki tak dikenali dan kebanyakan kes melibatkan penunggang motorsikal di stesen minyak.

Sebenarnya begini, ada stesen minyak yang ‘meriah’ dikunjungi orang ramai tetapi banyak juga stesen minyak yang sunyi sepi. Krik-krik je dekat situ.

Waktu terbaik adalah untuk mengisi minyak secukupnya adalah pada waktu siang kerana korang tak perlu lagi risau sangat tentang faktor keselamatan diri. Satu lagi alternatif adalah untuk mendapatkan motorsikal yang menjimatkan bahan bakar.

Contohnya, skuter Honda BeAT ini menggunakan enjin ESP dengan teknologi kurang-geseran (low friction) supaya enjin menjadi lebih cekap tanga. Sistem PGM-FI yang ada padanya juga bermaksud korang boleh menunggang motorsikal lebih jauh dengan penggunaan bahan api minimum.

Dengan kelebihan itu, ia telah menjadi skuter pertama yang menerima status pengiktirafan kenderaan cekap tenaga di Malaysia.

 

Tak Nak Dilabel Mat Rempit, Ini 6 Tip Untuk New Rider
Model bersama Honda BeAT Vivacity Red.

 

Mahirkan Diri

Sudah dapat lesen tak bermakna korang pro-rider. Untuk beberapa hari, practice dulu skil menunggang motorsikal di kawasan lapang seperti di tempat parkir kenderaan. Seelok-eloknya, ajak seorang teman untuk memerhatikan korang.

Takut tak sempat nak ‘tongkat’ motor, dah jatuh. Hehe kan susah.

Satu lagi perkara menarik mengenai motorsikal Honda BeAT ialah ia dilengkapi dengan Side Stand Switch di mana suis pada tongkat sisi motorsikal akan mematikan enjin apabila tongkat itu diturunkan.

 

Pilih Bebanan Yang Sesuai

“Biasalah, perempuan kan ada banyak beg nak bawa.”

Haip. Sebenarnya beban berlebihan seperti beg sandang, plastik membeli-belah dan sebagainya boleh mengundang kejadian yang tak diingini ketika di jalan raya.

Lebih molek jika korang menyandang backpack pada bahu ataupun memilih hanya beg yang boleh dimuatkan ke dalam bakul motorsikal. Jangan sesekali menyangkut tali beg di bahagian handle.

Itu hanya membuatkan beban motorsikal tidak stabil dan kamu akan terasa berat sebelah terutamanya semasa berhenti di lampu isyarat.

 

Tak Nak Dilabel Mat Rempit, Ini 6 Tip Untuk New Rider
Model bersama Honda BeAT Pearl Magellanic Black

 

=============================================

 

Mudah je sebenarnya untuk korang kuasai skil menunggang motor DAN menguasai faktor-faktor lain sebagai pengguna jalan raya seperti faktor keselamatan. Selepas dapat lesen nanti, mesti korang terfikir nak dapatkan motorsikal, kan?

Well, ada satu model baru yang penulis rasakan sesuai untuk first time rider iaitu model Honda BeAT oleh Boon Siew Honda.

Honda BeAT datang dengan EMPAT pilihan warna iaitu Space Magenta Metallic, Pearl Nightfall Blue, Pearl Magellanic Black dan Vivacity Red.

Setiap unit dijual pada harga RM5,724 (termasuk GST) seunit. Dengan ciri-ciri yang sudah ditambah baik pada motorsikal Honda BeAT baru ini, kami merasakan ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang baik untuk korang.

Layari boonsiewhonda.com.my untuk maklumat lanjut.

 

 

Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun

0

Bertempat di perkarangan Sungai Klang di Masjid Jamek Kuala Lumpur semalam, para peminat K-Pop terutamanya yang menggelar diri mereka sebagai Shawol berkumpul di sana untuk memberikan penghormatan terakhir kepada ahli grup itu yang disahkan meninggal dunia, minggu ini.

Kira-kira 100 orang peminat semalam dari segala latar belakang, bangsa, umur (walaupun kebanyakannya adalah remaja) dan agama sama-sama menyatakan rasa sedih dan hiba.

Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun

Ada peminat yang dilihat membawa belon berwarna putih dan ada juga yang memegang kad berbunyi ‘You Did Well Jonghyun We Love You MSIA’ (Kamu Telah Lakukan Yang Terbaik Jonghyun Kami Cintakan Kamu Dari Malaysia’.

Nampak seperti tiada apa-apa kontroversi yang harus dibangkitkan kerana mereka yang berdiri di situ, bercakap sesama mereka dan gambar mereka diambil. Nope.

Kebanyakan netizen Muslim merasakan perbuatan tersebut salah kerana berada di tempat kejadian dan mengikuti ‘sesi’ meratapi pemergian idol mereka itu.

Mereka mengatakan adalah okay untuk remaja beragama lain melakukannya tetapi adalah salah bagi remaja Muslim menyertai ‘sesi’ seumpama itu.

Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun

Ada netizen yang mengatakan mereka melampaui batas kerana berdiri di hadapan lilin yang diletakkan. Malah, ada warga Twitter yang mencerca remaja tersebut kerana mengapa perlu merasa kasihan kepada seseorang yang mengambil tindakan membunuh diri akibat depresi.

Relax Guys

Kami memahami sentimen yang diluahkan oleh netizen namun kami tak merasakan korang perlu mengecam sebegitu rupa.

Firstly, tiada perbuatan pemujaan pun yang berlaku di tempat kejadian. Apa yang berlaku hanyalah mereka berdiri bersama-sama tanpa mengira bangsa. Ada waktu mereka juga  menyanyikan lagu ‘Replay’ yang dipopularkan oleh kumpulan SHINee.

Satu perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana peminat K-Pop seluruh dunia.

Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun
Sumber Foto: Astro

Dalam mana-mana kejadian kematian orang berpengaruh sedunia pun, orang ramai tanpa mengira agama akan tampil memberi penghormatan.

Ingat lagi tragedi Princess Diana?

Adakah kami bersetuju dengan perbuatan mereka berada di situ? Well, mungkin tidak kerana kami sedar ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Jika kehadiran peminat Muslim di situ lebih banyak menimbulkan kata-kata cacian netizen berbanding sokongan, lebih baik untuk tak hadirkan diri.

Namun, kita perlu melihat mana-mana perkara dari sudut positif.

Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun

Kematian Jonghyun sebenarnya telah banyak membuka mata masyarakat tentang betapa seriusnya masalah depresi.

Tak kiralah sama ada kamu muda atau tua, kaya atau miskin, popular atau biashe-biashe saja, ia boleh menganggu sesiapapun yang tidak mempunyai mentaliti dan dalaman yang kuat.

Setidak-tidaknya, ramai yang telah mula sedar kepentingan isu ini dan diharap tampil mendapatkan bantuan jika bermasalah. Atau saling menyebarkan informasi bagaimana kita boleh membantu orang terdekat yang menghadapi depresi.

“Orang Seni Mudah Isi Hati Kosong Dengan Benda Yang Merosakkan” – Erma Fatima Nasihati Selebriti Muda

0

Kelmarin, REMAJA telah berkongsi menerusi kolum Trending berkenaan enam orang selebriti yang mati akibat kes bunuh diri. TIGA daripada mereka terlibat dalam kes tersebut pada tahun ini.

Lalu kami bertanyakan sesama sendiri, golongan selebriti ni memang selalu berdepan dengan tekanan melampau ke sehingga sanggup meragut nyawa? Atau sehingga sanggup menayangkan video untuk menagih perhatian?

"Orang Seni Mudah Isi Hati Kosong Dengan Benda Yang Merosakkan" - Erma Fatima Nasihati Selebriti Muda

REMAJA tertarik dengan perkongsian oleh pengarah dan pelakon, kak Erma Fatima di akaun Instagramnya hari ini. Dalam caption-nya yang merujuk kepada artikel REMAJA kelmarin, jelas kak Erma sedikit terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ni, terutamanya di kalangan selebriti. Ia berbunyi:

 

“Orang Seni ni halus jiwanya…mudah tersentuh..mudah juga rosak jiwanya…Orang seni juga mudah absorb. Bukan saja karakter yang dilakonkan tapi juga persekitaran. Orang seni juga paling mudah terdedah pada musuh utama iaitu RIAK dan SOMBONG. Kerana POPULARITI mampu merubah kita.”

 

Di saat ‘zaman kegemilangan’ seseorang itu memuncak, sebagai manusia biasa, memang mudah untuk sesiapa pun mendongak terlalu tinggi.

Penulis bukan je merujuk kepada selebriti di sini, tetapi juga kepada belia seperti kita. Bila kena ‘cucuk’ sikit dengan pujian oleh ‘kawan baru’, kawan sebenar yang dah dikenali selama bertahun-tahun mudah dilupakan. Walaupun kawan itulah yang tak putus-putus menguntum nasihat dan doa.

 

“Orang seni itu sepi…jiwanya terisi hanya di lokasi. Kerana di lokasi itu mereka dikelilingi dengan jiwa-jiwa seni lain yang berperang untuk hidup. Setelah mereka pulang..mereka akan bertemu lagi dengan kesepian dan kekosongan.

Dan kerana hatinya rapuh maka kesepian dan kekosongan itu mudah terisi dengan sesuatu yang disangka mampu mengisi kesepiannya itu tanpa mengetahui yang SESUATU itulah yang akan MEROSAKAN jiwanya.

Akhirnya dia akan berperang dengan EMOSI yang telah dirosakkan oleh sesuatu itu. Ketika itu..dia akan menjadi KELIRU. Kehalusan jiwanya makin RAPUH. KERANA itu orang seni kena berdamping dengan IMAN sebelum NAFSU menguasai IMAN.”

 

Mudah untuk kita ‘taksub’ dengan kehidupan seharian kita. Jika yang nak kejarkan kecemerlangan dalam peperiksaan, kita lupakan segala kewajipan lain bahkan kewajipan kepadaNya demi mentelaah.

Jika sampai waktu untuk kita mencari duit, segalanya dicurahkan untuk mengejar harta walaupun kewajipan lain kepada ibu bapa dan keluarga terabai begitu je.

Seperti yang kak Erma ceritakan, setelah pulang ke rumah dan bersendirian, manusia itu masih tak tahu nak duduk diam dan nak ‘mengejar sesuatu’. Kalau tak, jiwa terasa kosong.

Pada waktu ‘kekosongan’ itulah manusia mudah melupakan bantuan Yang Esa demi. Sebaliknya, dia terarah kepada untuk mengisi kekosongan dengan cara duniawi – jalan mudah.

"Orang Seni Mudah Isi Hati Kosong Dengan Benda Yang Merosakkan" - Erma Fatima Nasihati Selebriti Muda

 

“Dari mana IMAN itu? Carilah pada RUKUN IMAN. Hanya IMAN mampu menjadi DOKTOR yang merawat JIWA-JIWA kita yang halus dan rapuh ini. BUKAN clubbing, BUKAN alkohol, BUKAN dadah, BUKAN ilmu yang lebih mengelirukan, BUKAN juga kawan-kawan.

“ORANG SENI pilihan dari ALLAH. Hargailah bakat yang dikurniakan pada kita kerana ada berjuta manusia yang ingin jadi seperti kita. JANGAN ROSAKKAN KURNIAAN itu hanya kerana kita lupa mendampingi IMAN.”

#hati aku tergerak untuk menulis ini bila artikel ini menganggu emosiku dari malam tadi.

Semoga ALLAH melindungi semua sahabat seni aku dari kerapuhan itu. AMIN

 

"Orang Seni Mudah Isi Hati Kosong Dengan Benda Yang Merosakkan" - Erma Fatima Nasihati Selebriti Muda

Mesej yang disampaikan kak Erma ini cukup jelas. Dia mungkin lebih mengerti yang berlaku di dalam dunia hiburan. Dia mungkin lebih mengetahui apa yang berlaku kepada sebahagian daripada rakan-rakan seninya

Manusia memang mudah untuk hilang pertimbangan. Manusia juga mudah untuk putar belitkan kehidupan sendiri sehingga mereka sendiri lupa hala laluan hidup mereka yang asal.

Alangkah baik jika kita semua memegang prinsip untuk kembali kepada Yang Esa. Ketika susah, ketika senang. Ketika kita diuji dengan musibah malah ketika kita diuji dengan nikmat sekalipun. Guys, selalu ingat, Tuhan sentiasa ada bersama kita. Ambil peluang dan dekatiNya.

Orang Seni ni halus jiwanya…mudah tersentuh..mudah juga rosak jiwanya… Orang seni juga mudah absorb. Bukan saja karakter yg d lakunkan tapi juga persekitaran. Orang seni juga paling mudah terdedah pada musuh utama iaitu RIAK dan SOMBONG. Kerana POPULARITI mampu merubah kita. Orang seni itu sepi…jiwanya terisi hanya d lokasi. Kerana di lokasi itu mereka di kelilingi dgn jiwa-jiwa seni lain yang berperang untuk hidup. Setelah mereka pulang..mereka akan bertemu lagi dengan kesepian dan kekosongan. Dan kerana hatinya rapuh maka kesepian dan kekosongan itu mudah terisi dengan sesuatu yang disangka mampu mengisi kesepiannya itu tanpa mengetahui yang SESUATU itulah yang akan MEROSAKAN jiwanya. Akhirnya dia akan berperang dengan EMOSI yang telah d rosakan oleh sesuatu itu. Ketika itu..dia akan menjadi KELIRU. Kehalusan jiwanya makin RAPUH. KERANA itu orang seni kena berdamping dengan IMAN sebelum NAFSU menguasai IMAN. Dari mana IMAN itu? Carilah pada RUKUN IMAN. Hanya IMAN mampu menjadi DOKTOR yang merawat JIWA-JIWA kita yang halus dan rapuh ini. BUKAN Clubbing, BUKAN alkohol, BUKAN DADAH, BUKAN ilmu yang lebih mengelirukan, BUKAN juga kawan-kawan. ORANG SENI pilihan dari ALLAH. Hargailah bakat yang di kurniakan pada kita kerana ada berjuta manusia yang ingin jadi seperti kita. JANGAN ROSAKAN KURNIAAN itu hanya kerana kita lupa mendampingi IMAN. ##hati aku tergerak utk menulis ini bila artikel ini menganggu emosi ku dari mlm tadi. Semuga ALLAH melindungi semua sahabat seni aku dari kerapuhan itu. AMIN

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

The Rock Bakal Presiden AS 2020? Trump Dimalukan Dunia!

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nama pelakon The Rock disebut-sebut sebagai bakal calon presiden Amerika tahun 2020.

Wow, bayangkan bila seorang pelakon hebat sepertinya menjadi presiden bagi sebuah negara berkuasa besar? Tentu gempakkan. Senyumannya memang buat orang cair.

Namanya mula disebut-sebut sebagai calon presiden bagi pertandingan 2020 bila mana bekas juara gusti yang cukup popular sebagai pelakon ini membuat satu posting di laman Twitternya pada 27 Julai lalu.

Pada posting berkenaan jelas terlihat pemilik nama sebenar Dwayne Johnson ini memberi reaksi positif terhadap laporan TIME mengenai isu pencalonannya sebagai calon yang bakal bertanding untuk kerusi presiden.

The Rock Bakal Presiden AS 2020? Trump Dimalukan Dunia!
Memang hebat kalau The Rock terpilihkan

Bukan itu sahaja, malah beliau turut mengucapkan sekalung terima kasih kepada media berkenaan atas idea dan juga pada semua pihak yang menyokong perkara berkenaan.

“Terima kasih TIME. Saya mengucapkan terima kasih atas idea tersebut dan mendapat sokongan yang sangat nyata.

“Beberapa dari sekarang jika saya mampu melangkah menjadi pemimpin yang kuat, berpengaruh dan otentik bagi masyarakat dan negara, saya akan (menjadi presiden),” kata figura berusia 44 tahun itu dipetik sebuah portal online.

Susulan  itu, Dwayne memberitahu bahawa beliau kini akan lebih serius untuk mempertimbangkan usaha ke peringkat pencalonan sebagai presiden.

“Aku benar-benar serius mempertimbangkannya sekarang. Ya!” ujarnya ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara, Ellen DeGeneres Show.

Meskipun Dwayne masih belum tersenarai secara rasmi sebagai calon namun figura ini sudah pun mempunyai ramai penyokong termasuklah rakan-rakan artis sendiri antaranya, Kevin Hart.

Menurut Kevin, sekiranya hero filem San Andreas ini berjaya merebut ‘kerusi’ berkenaan maka beliau sama sekali tidak teragak-agak untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pelakon berkenaan.

The Rock Bakal Presiden AS 2020? Trump Dimalukan Dunia!

“Jika dia berjaya menempatkan diri di posisi itu, dia akan mendapat sokongan penuh dari saya. Saya tahu dimana hatinya. Saya benar-benar mengenalinya.

“Jadi, saya tahu jika dia meletakkan dirinya di posisi itu, itu untuk kebaikan orang-orang. Saya hanya akan bertepuk tangan dan memberikan sokongan untuk itu,” kata Kevin.

Sementara itu memetik sumber, berdasarkan hasil polling dibuat pada musim panas lalu, ternyata figura berbadan sasa ini menjadi sebutan ramai dan dianggap begitu layak ganti presiden Donald Trump.

Kalau ini terjadi bermakna, selepas Arnold Schwarzenegger yang pernah menjadi Gabenor California, pasti dunia politik Amerika lebih meriah bila artis menukar kerjaya sebagai ahli politik pula!

Apa nak buat bila kita dimalukan?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud berasa aib (hina, rendah diri dan lain-lain) kerana membuat sesuatu yang salah atau yang tidak sopan di mana orang lain berasa tidak senang.

Biasa, kalau dah kena ejek, kita mesti menangiskan. Silap-silap boleh bertumbuk jadinya sebab nak cover balik malu.

Tapi bagaimana dengan seorang Presiden yang dimalukan? Nak menyorokkan muka di mana? Nak letak bawah selimut, nanti orang cakap pengecut. Tak pergi sekolah macam sesetengah pelajar buat, dah tua sangat dan sekolah pun tak terima dah.

Paling senang, buli baliklah orang yang malukan kita sebab nak cover malu. Inilah yang terjadi dalam kes Presiden Donald Trump kerana menerusi Duta Besar AS ke PBB, Nikki Haley, dia menyatakan Amerika akan tetap memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

The Rock Bakal Presiden AS 2020? Trump Dimalukan Dunia!
Duta Besar Amerika Syarikat untuk PBB, Nikki Haley menegaskan AS tetap akan menempatkan pejabat kedutaanya untuk Israel di kota Baitulmaqdis. Pix (Eduardo Munoz Alvarez / AFP)

Duta besar ini membuat pengumuman selepas bengang kerana 128 buah negara termasuk Malaysia  menyokong resolusi PBB yang  tidak perakui Baitulmaqdis sebagai ibu kota rasmi rejim Zionis seperti yang diumumkan oleh Trump pada 6 Disember lalu.

Kata Duta Besar yang cuba mengugut anggota PBB sebelum undian dilakukan dengan berkata, dia memantau mana-mana negara yang menyokong termasuk mengugut akan menghantar nama kepada Presiden Amerika, Donald Trump nyata tidak menakutkan mana-mana negara yang membantah kuasa veto yang cuba digunakan oleh Amerika bagi menekan negara lain supaya menyokong Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Israel.

The Rock Bakal Presiden AS 2020? Trump Dimalukan Dunia!
128 negara menyokong resolusi membantah ibu kota baru Isreal di Baitulmaqdis sekaligus memberi tamparan kepada US yang menggunakan kuasa vetonya

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu diadakan bagi menggesa Washington DC menggugurkan keputusannya untuk mengiktiraf bandar purba tersebut sebagai ibu negara haram rejim Yahudi.

“Amerika akan mengingati hari ini (keputusan menolak undian ini). Amerika akan tetap menempatkan kedutaannya di Baitulmaqdis. Tidak ada suara PBB  yang akan membuat perbezaan ini.

“Tetapi pungutan suara ini akan menjadi perbezaan dalam bagaimana Amerika melihat PBB dan bagaimana kami melihat negara yang tidak menghormati kami di PBB,” kata Nikki Haley lagi.

Katanya lagi, AS telah bermurah hati dalam memberikan pelbagai bantuan kepada PBB. Kami juga berharap niat kami diakui dan dihormati, tambah Haley lagi.

128 negara tolak

Semalam, sejumlah 128 negara tidak mempedulikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump apabila mengundi untuk menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu negara haram Israel.

Dalam undian ini, 128 menyokong, 35 negara berkecuali dan 21 lagi negara tidak  mengundi dalam proses pengundian yang kemudian disahkan pada pukul 12.13 tengah hari Khamis waktu New York (bersamaan 1.13 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Sebelum undian itu dilakukan, Trump telah menggunakan taktik kotor dengan mengancam memotong bantuan kewangan kepada  negara-negara yang mengundi menyokong resolusi itu.

Nampaknya  taktiknya tak menjadi dan secara tak langsung memberi malu kepada Amerika yang beriya-iaya mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Isreal.

The Rock Bakal Presiden AS 2020? Trump Dimalukan Dunia!
Ini gaya Trump ketika mengucapkan “go to hell’ kepada Korea Utara, musah utama US
Doa 1.6 bilion umat Islam didengari

Sehari selepas Trump menandatangani surat perjanjian 6 Disember lalu, boleh dikatakan banyak negara membantah tindakannya itu. Malah Trump sendiri berperang dengan 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Timbul juga isu memboikot produk Amerika dan Isreal dan antara yang disebut ialah Starbucks dan banyak lagi.

Nyata kuasa doa adalah senjata akhir umat islam yang tentu tak mampu melawan Trump yang disifatkan sebagai Presiden yang paling teruk dipilih rakyat Amerika.

Sumber :MYNEWSHUB & KOMPAS.COM

 

9 Alasan Cliche Lelaki Bila Nak Reject Perempuan

Bila lelaki dah mula berubah hati, nak minta putus dengan girlfriend rasanya macam tak ada alasan kukuh. Kalau break up tiba-tiba pula, mahunya nanti makan kasut saiz 7.

So, selalunya apa lelaki buat kalau tiba-tiba rasa dah tak suka dengan perempuan ya?

Untuk korang yang nak tahu, ini biasanya alasan cliche yang diberikan lelaki untuk reject cinta korang tanpa alasan yang kukuh.

9 Alasan Cliche Lelaki Bila Nak Reject Perempuan

1.  “Awak terlalu baik”

“Awak terlalu baik untuk saya. Saya rasa saya tak sepadan dengan awak.”

“Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu baik. Saya doakan awak dapat yang lagi baik daripada saya.”

Dah tu, kau nak ‘girlfriend daripada neraka ke?’ Haha!

2. Ada tanggungjawab

“Saya masih ada tanggungjawab pada mak ayah dan adik-adik.”

“Komitmen saya banyak. Saya tak boleh fokus bercinta lagi.”

Lepas sebulan up  gamba suap kek dengan girlfriend baru siap hashtag #TillJannah. Kau tak hangin?

9 Alasan Cliche Lelaki Bila Nak Reject Perempuan

3. Friendzone

“Saya suka betul kawan dengan awak. Saya harap kita sentiasa jadi kawan baik eh?”

“Saya sayangkan persahabatan kita ni. Awak la kawan yang baik pernah saya ada”

Dah penat korbankan masa, duit dan segalanya untuk  dia, tiba-tiba dia cakap anggap kau macam kawan je. Sabar ye sis..

4. Islamik

“Awak doakan semoga jodoh kita berkekalan. Kalau ada jodoh tu ada la. Kalau takde nak buat macam mana”

“Kita tak perlu bercinta pun. Kita kena yakin yang jodoh itu memang ada. Bercinta lepas kahwin lagi syok”

Lepas sebulan, couple pulak dengan perempuan lain. Kesian..

5. Sikap kenegerian

“Saya suka berkawan dengan awak. Tapi, mak saya tak suka orang tuttt..”

Kalau dah tak suka, asal dari negeri mana pun boleh jadi isu. Serious la bro!

6. Harapan palsu

“Saya sayang awak. Dari dulu lagi saya nak miliki awak. Tapi sekarang rasa cinta tu dah hilang. Saya pun tak tahu kenapa. Saya tengok awak pun dah tak rasa sayang. Cinta saya pada awak makin pudar. Maafkan saya”

“Nak tak kita tak payah mesej, tak payah call untuk sebulan dua. Kita tengok sapa rindu banyak mana”

Si awek kemain la percaya. Lepas sebulan dia upload gambar pergi Genting dengan girlfriend lain.

9 Alasan Cliche Lelaki Bila Nak Reject Perempuan

7.  Ghaib

“Saya sayang awak. Saya harap awaklah jodoh saya.”

Lepas sebulan krik krik krik….. Benda ni selalu terjadi bila korang bercinta di laman sosial. Tak pernah berjumpa, hanya berhubung di alam maya. Tak pun, main whatsapp je. Tapi lepas sebulan depa kasi hang bluetick je. So, faham-faham la ye.

8. Maksud tersirat

“Ada baiknya kita fokuskan kepada pelajaran dulu. Kalau satu hari nanti kita bertemu kembali dan masa tu awak single dan saya pun single, mungkin awak jodoh saya.”

Lepas final semester, dah tukar status in relationship dengan perempuan lain. Mahu tak meroyan perempuan tu buta-buta kena game.

9. Terus terang

“Awak dah la tak cantik. Muka hitam.. Berjerawat pulak tu. Boleh blah la weh. Ada hati nak kat aku!”

Ok ni paling tragis. Straight to the point. Walau berbisa tapi setidak-tidaknya lelaki tu jujur kan dan tak la bagi korang mengharap lagi.

So, dalam kesemua point yang diberi ni, ada ke yang korang pernah kena? Oppss! Dah orang tak nak, move on je la sis. Ada jodoh yang baik sedang menanti tu..

‘Simpan Sikit Aib Orang Tu’, Baca Penjelasan Ustaz Ini Tentang Fitnah Di Media Sosial

Tiada manusia yang sempurna kerana kita semua adalah pendosa. Pendosa yang Allah masih menutup aib kita berbanding TEGURAN dari Allah untuk kita muhasabah diri.

Tapi sejahat mana atau sesalah mana pun individu itu, mengeluarkan perkataan cerca, memaki hamun,  menyebarkan aib orang adalah contoh akhlak yang tidak baik sebagai seorang Islam. Tiada manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan namun terus mencerca seolah-olah kita maksum dan tiada dosa juga adalah salah sama sekali.

Ya, manusia berbuat silap dan seharusnya kita perlu mendoakannya agar hati individu yang ditegur Allah itu berubah menjadi baik.

Boleh ke kita aibkan orang? Baca perkongsian dari Ustaz Shahril dan moga hati kita sentiasa tenang dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk individu lain.

Kita jangan jadi “juara” semata-mata nak menang “pertandingan”. Sebabnya, tanggung dunia, akhirat tak terjawab!.

Baca penerangan Naqib Masjid Al Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, Ustaz Shahril bin Abd Samad dalam isu buka aib orang selain fitnah di media sosial yang sudah jadi hal biasa bagi sesetengah individu. 

'Simpan Sikit Aib Orang Tu', Baca Penjelasan Ustaz Ini Tentang Fitnah Di Media Sosial
Jangan buka aib orang, Allah pun tutup aib kita

Kata Ustaz Shahril, aib ini terbahagi kepada dua.

Satu, AIB FIZIKAL!. Apa itu aib fizikal? Sebagai contoh, kalau di tubuh badan kita ada tanda lahir, atau apa saja, jangan sesekali menunjukkannya kepada individu lain kecuali mahram dan adik beradik yang tak batal air sembahyang kalau tersentuh. Sebabnya, kalau kita tunjuk pada orang lain, dikhuatiri akan digelakkan dan kita akan dimalukan. Simpan hanya untuk pengetahuan kita sahaja.

Keduanya, AIB PERILAKU! Dalam aib perilaku, terbahagi kepada 3 iaitu:-

    1. Aib yang tak jejas pada mana-mana pihak. Apa maksudnya? Maksudnya begini. Kita tahu kita buat dosa tapi dosa itu tak melibatkan orang lain. Contoh paling mudah, ada kawan kita yang hisap rokok tanpa pengetahuan mak ayahnya. Remajakan, konon dah besar. So, kita sebagai kawan boleh nasihatkannya dalam hal ini. Amal makruf nahi mungkar. Nasihat dan tegur dia baik-baik. Berazam untuk dia berubah. Jangan pula kita sebarkan cerita dia pada mak ayahnya atau ambil gambarnya sampai dia kena marah. Inilah maksudnya aib yang tak jejas pada mana-mana pihak.

2. Aib yang ada kesan pada orang lain. Apa maksudnya? Sebagai contoh, polan A mencuri tabung masjid. Kita tahu itu salah tapi salah kalau kita menviralkan gambarnya kerana kita digalakkan untuk menyimpan aib orang lain. Serah sajalah dia kepada pihak autoriti. Biar mereka jalankan kuasa.

'Simpan Sikit Aib Orang Tu', Baca Penjelasan Ustaz Ini Tentang Fitnah Di Media Sosial
Beri peluang individu untuk berubah. Beri sokongan dan bukan cercaan sehingga emosinya hancur

Sepatutnya kita doakan dia baik-baik, kalau dapat tegur depan-depan, baru mencegah. Ini, kita gunakan medium media sosial untuk menyebarkan aib orang. APA KITA DAPAT? Dan pelaku yang kita sebarkan juga tak dapat apa. DIA DAPAT MALU, KITA DAPAT DOSA. AKHIRNYA JADILAH TANGGUNG DUNIA..JAWAB AKHIRAT! Ini sama kalau kita sebar-sebarkan gambar artis then kutuk-kutuk dia.

3. Aib libatkan ahli keluarga. Apa maksudnya? Paling mudah, ada ahli keluarga perempuan yang mengandung bawah umur. Pernahkan ada kes begini. Kita buntu dan kita tanya orang camner nak satelkan hal ini. Ada macam-macam cadangan, hantar pusat pemulihan, sorak dari orang ramai tapi mulut tak henti-henti cerita sebab malu. Sepatutnya dalam kes ini, carilah orang yang amanah untuk rahsia aib ini tidak dijaja.

Budak tu memang dah salah tetapi kita akan jadi salah kalau sebarkan berita aib tu. Kalau buntu pun, teruslah jumpa imam. Tanya boleh ke dinikahkan atau bagaimana. So, tahulah imam tu selesaikan hal ini kerana dengan pengetahuan agamanya, insya allah dia dapat bantu selesaikan masalah ini.

'Simpan Sikit Aib Orang Tu', Baca Penjelasan Ustaz Ini Tentang Fitnah Di Media Sosial
Di akhirat kelak. kita ibarat bumi yang tandus. Mencari sebuah jawapan dan kekesalan jika kita memilih untuk mendongak ke langit ketika hidup di dunia

Dalam  aib di atas, korang kena tahu, hukum menyebarkan aib orang ini berdosa besar. Selama ini kita bukan maksum, kita ada buat dosa tapi Allah sayang kita dan tutup lagi aib kita. Jadi samalah dengan aib orang. Jangan dedah atau sebarkan.

Pesan Ustaz Shahril lagi, KALAU KITA SEBARKAN AIB ORANG, KITA MESTI DATANG MEMINTA MAAF BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG KITA AIBKAN ITU. Kalau tak, merangkaklah di akhirat nanti.

Bagaimana kalau orang kita aibkan sudah meninggal dunia?

Bagaimana kalau dendam sebab kita diaibkan dia, dia bawa sampai mati? Maksudnya orang yang kita aibkan itu bawa dendam perasaan dan emosi itu hingga ke padang Masyhar?

Kisah ini juga boleh dijadikan panduan. Tahu tak, orang yang kita aibkan dan orang yang dizalimi, AKAN BERTEMU SATU SAMA LAIN DI PADANG MASYHAR.

Kata Allah, orang yang menyebarkan aib ini sudah tiada apa lagi yang mahu diberikan kerana dia memang banyak berbuat dosa dan kebaikannya sangat sedikit.

Ini samalah dengan pepatah, 99 keburukan orang lain, fokuslah kepada satu kebaikan daripadanya. Sementara 99 kebaikan pada diri sendiri, fokuslah kepada satu keburukan kita!

Bagi orang yang biasa mengaibkan orang lain, mulakan istigfar, solat sunat taubat nasuha dan berjanji tak akan mengulangi perbuatan mengaibkan orang lain lagi.

Ingat, kalau Allah menyimpan berjuta aib manusia yang alpa dan penuh dosa, kenapa kita sebagai makhluk yang kerdil mahu menyebarkan aib manusia lain.

 

 

 

 

“Geli Ke Nak Jaga Mak Ayah…Doktor Ini Luah Rasa Kesal Bila Nurse Selalu Dipersalahkan

“Geli Ke Nak Jaga Mak Ayah...Doktor Ini Luah Rasa Kesal Bila Nurse Selalu Dipersalahkan
Inilah komen dari seorang anak yang buat doktor muda ini balas dengan penjelasan paling win

Tiga hari lalu, seorang doktor yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia, Nimelest Max Balanthiren menulis di status fbnya mengenai sikap seorang individu yang telah “menuduh” nurse makan gaji buta.

Isu nurse dituduh tidak berkerja dan hanya tahu makan gaji buta boleh bikin orang yang bekerja di hospital “naik angin”. Tak baik tuduh-tuduh tau..

Mungkin masa tu mereka memang sibuk, tapi oleh sebab media sosial sudah jadi medium “lepas perasaan”, apa lagi si anak pun acah-acah nak mengusik akak nurse dengan membuat tuduhan-tuduhan melulu.

“Geli Ke Nak Jaga Mak Ayah...Doktor Ini Luah Rasa Kesal Bila Nurse Selalu Dipersalahkan
Bila kau tengok nurse senyum-senyum kau ingat dia tengah berborak kosong. Dia pun nak ada masa untuk diri sendiri bro! – Gambar hiasan

 

Baca penjelasan doktor muda ini. Memang win!  Ye la, sebelum menulis tu kalau boleh bertanya dulu kan lebih baik. Tidaklah timbul salah faham kan?

Nak tanya sikit. Tahun ini 2017 kan? Kenapa pemikiran orang semakin ke belakang pulak. I rasa dalam 10 tahun Telefon akan jadi lebih pintar dari manusia.

  1. Kalau nak mengadu, buat aduan melalui saluran yang betul. Buat apa u nak mengadu kat FB, setakat nak publisiti je. Bukan kah fungsi aduan dibuat adalah supaya masalah tersebut dapat diselesaikan.
  2. Cadar tak ditukar berminggu minggu?
    Erm. U tau tak cadar semua biasanya ditukar pada waktu pagi atau petang sebelum waktu melawat.

Buat apa Kami nak simpan cadar, selimut lama kat situ yang dikotori KFC yang anda seludup ke wad?

Kami mengambil penting tentang infection control. Bukan sahaja demi pesakit, malah staf juga.

Lagi satu, turnover rate tinggi. Pernah ke Kami kasi pesakit guna katil yang tidak dibersihkan lagi?

Orang yang suka complain ini adalah orang sama yang akan bising bila dia nampak ada katil kosong di wad kelas pertama (padahal pesakit baru discaj, dan katil belum disediakan lagi)

  1. Nurse dibayar untuk buat apa sebenarnya?

Adik.
Kalau tak faham tugas/skop orang, bertanya dulu.

You sangka tugas misi hanya untuk cuci berak orang tua awak ke?

Habis Siapa nak kasi ubat2?
Siapa nak pantau vital sign pesakit dan memberitahu Doktor dengan segera supaya rawatan dapat diberi cepat.

Sekiranya keadaan pesakit menjadi teruk atau pesakit “collapse”, Siapa yang akan berlari dulu, menjerit meminta pertolongan?

Dengan kerja administrative lagi. “Documentation” yang banyak sangat.
Audit audit.
Kalau discaj lambat, siapa dipersalahkan lagi?

Satu wad kadang kala boleh mencecah 40-50 pesakit. Jumlah Misi? Tak sampai 4-5.
Kadang kala ada yang terpaksa jaga dua kubikel. Ada yang berlari jadi runner.

Kalau anda nak demand sangat, apa kata awak belajar sebagai Misi dulu.
Tinggikan ratio Misi kepada Pesakit . Biar satu Misi jaga satu pesakit je.

“Geli Ke Nak Jaga Mak Ayah...Doktor Ini Luah Rasa Kesal Bila Nurse Selalu Dipersalahkan
Nurse sekarang memang cun-cun beb, sejuk mata memandang. So kalau gi sepital lama-lama pun ok kan? pix hiasan

Satu lagi. Saya nak tanya. Kenapa Ahli keluarga sendiri tak boleh cuci berak orang tua dia ke?

Kalau pesakit yang tiada waris, sudah tentu Misi akan tolong. Kadang kala PPK pun tolong.

Kalau tiada waris dapat menjaga pesakit tersebut, bertanyalah kepada misi wad untuk pertolongan. Masa nak bertanya pun penting. Bukannya tanya apabila misi tengah sibuk cpr pesakit lain.

Nak tanya. Masa kecil , Siapa yang tukar pampers kita?
Ibu bapa kita kan.

Adakah ia menghinakan anda sangat sebagai seorang anak untuk mencuci berak ibu bapa anda sendiri?

Misi pun tolong untuk sementara waktu je. Anda sebagai penjaga kena belajar juga. Nanti balik rumah siapa yang akan bersihkan pulak?

Betul apa mereka cakap.
Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh anak tak semestinya boleh menjaga seorang ibu.

– Ex Doktor HKL –

 

Betul juga tu. Hidup ni jangan asyik nak menunding jari je. Cuba muhasabah diri dan jangan ambil tindakan ikut emosi. Silap-silap nanti orang lain pula yang teraniaya dek kerana perbuatan anda sendiri.

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

Jarang sekali kita dapat lihat selebriti yang kumpulkan adik-beradik mereka untuk bergambar bersama. Selalu kalau di timeline Instagram tu hanya dipenuhi gambar-gambar photoshoot atau sekadar update aktiviti sendiri di laman sosial saja.

Tapi, bila sesekali bergambar dengan kaum keluarga, barulah kita sedar yang rupa-rupanya bukan si artis tu je yang cantik, malah adik-beradik yang lain pun turut sama menawan. Pendek kata, kalau lelaki lihat kecantikan mereka ni confirm bergetar la tulang rusuk. Hiks!

Ada juga di kalangan mereka yang memang berdarah seni sebab rata-rata daripada kaum keluarga mereka juga bergelar selebriti.

Berikut merupakan senarai artis perempuan di Malaysia bersama adik-beradik mereka. Cun-cun semuanya uolls.

1. Anzalna

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

2. Mira Filzah

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

3. Elfira Loy

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

4. Fathia Latiff

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

5. Sharifah Amani 

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

6. Nelydia Senrose

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

7. Emma Maembong

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

8. Rozita Che Wan

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

9. Neelofa 

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

10. Sharifah Sakinah

10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk

Dalam ramai-ramai ni korang rasa adik siapa paling cun? Ok simpan je la jawapan tu dalam hati ya. Hehe..