Home Blog Page 1881

“Doktor Kata Otak Anak Sudah Kecut & Tempurung Kepala Tak Boleh Dicantum Lagi…”

10 bulan lalu, Mohamad Syazwan Hamidon sama seperti remaja lain yang kekal aktif. Setiap hari dia ke sekolah menunggang motosikal, konvoi bersama rakan-rakannya.

Namun tarikh 15 Februari 2017, kecelakaan menimpanya. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Tengku Putra, Kulim, kira-kira 10 minit lagi sampai ke sekolah.

Puncanya, motosikal ditunggangnya  dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal kawan yang sama-sama mahu menuju ke sekolah. Sebaik rebah, di laluan jalan raya yang sibuk itu, datang sebuah motosikal lain lalu terlanggar bahagian kepalanya. Akibat hentakan kuat di kepala, pelajar tahun dua kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kulim ini tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Doktor Kata Otak Anak Sudah Kecut & Tempurung Kepala Tak Boleh Dicantum Lagi…”
Seorang yang ceria sewaktu sihat dahulu

Bahagian mukanya penuh kesan lenyekan tayar. Bantuan paramedik tiba tidak berapa lama dalam keadaan dia sedang bertarung nyawa.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kerana keadaannya agak serius. Memandangkan darah beku terbentuk di kepalanya, doktor memutuskan membelah sebahagian tengkorak di kepalanya bagi memastikan darah beku dapat dikeluarkan. Sebahagian tempurung kepala yang dibelah disimpan dengan rapi oleh pihak hospital. Semuanya berdoa, agar satu hari nanti tempurung kepala itu dipasang kembali bagi menutup lekuk di kepalanya.

Demi memastikan dia mampu bernafas dengan baik, satu tebukan dilakukan di lehernya. Tebukan itu juga berfungsi untuk menyedut kahak yang menghalang pernafasannya. Sementara itu, perutnya ditebuk bagi membolehkan ibunya memberi susu lebih 10 kali sehari bagi membolehkan dia kembali sihat.

“Doktor Kata Otak Anak Sudah Kecut & Tempurung Kepala Tak Boleh Dicantum Lagi…”
Tempurung kepalanya terpaksa dibuang untuk mengeluarkan darah beku sebelum ini

Namun sudah tertulis suratan perjalanan remaja yang bercita-cita menjadi seorang askar ini. Sudah tersurat dia terpaksa menempuh masa remajanya dengan hanya terlantar di katil dalam keadaan kaku di rumah sahaja yang terletak di Taman Mutiara 4 A, Karangan, Kulim, Kedah.

Kata ibu remaja ini, Siti Hapsiah Ismail, 39 tahun, selama anaknya terlantar sakit, sudah puas dia berdoa untuk anaknya kembali sembuh. Dia mahu anaknya kembali sihat dan mengejar cita-cita mempertahankan negara. Masa yang sama, air matanya sudah lama kering.

Sudah tiada kata mampu mengungkap rahsia hatinya namun dia  harus redha dengan ujian menimpa. Dia tahu, kalau dia menangis seperti mana di awal anaknya itu terlantar kaku, sampai bila pun nasib itu takkan dapat diubah. Acap kali, sebagai ibu dia berdoa dan terus berdoa kerana tahu doa adalah senjata seorang mukmin.

“Doktor Kata Otak Anak Sudah Kecut & Tempurung Kepala Tak Boleh Dicantum Lagi…”
Hapsiah sentiasa berdoa agar ada keajaiban terjadi kepada anak sulungnya ini

Tetapi perancangan Allah, sebaik-baik perancangan. Dua minggu lalu, dia harus menerima takdir yang tertulis bahawa anaknya akan kekal sebegitu selagi ada hayatnya.

Pakar otak yang merawat anaknya memaklumkan otak anaknya disahkan sudah kecut selain tempurung kepalanya yang dibelah sebelum ini sudah tidak boleh dicantum kembali.

“Sebagai ibu, saya redha dengan segala aturannya. Otaknya sudah kecut dan tak mungkin dia kembali sihat seperti sedia kala. Buat masa ini, saya hanya memberinya minum susu. Jika di awal-awal dia terlantar dulu, saya letak tujuh skop mengikut saranan doktor tetapi sekarang saya kurangkan jumlahnya kerana perutnya mudah krem.

“Bila minum terlebih, Syazwan akan memuntahkan kembali melalui mulutnya. Malah kalau saya membuat suction, hanya susu yang keluar,” katanya memaklumkan anaknya memerlukan 15 tin sebulan dengan RM75 bagi setiap tin susu yang disyorkan oleh doktor.

“Doktor Kata Otak Anak Sudah Kecut & Tempurung Kepala Tak Boleh Dicantum Lagi…”
Syazwan minum melalui perut dan itulah penyambung “nyawa’nya

Tambah Hapsiah, jumlah itu agak banyak tetapi sebagai ibu, biar anaknya terlantar sakit dan sudah tiada harapan untuk sembuh, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.

Mengakui tubuh anaknya sudah kejang dengan keadaan kaki yang sentiasa berlipat, kata Hapsiah, hanya doa yang mampu dia tuturkan buat anaknya itu.

Demi menjaga Syazwan yang memerlukan pemerhatian rapi, akui Siti Hapsiah, dia lagi anaknya, Daniel Aiman, 15 dan Neyly Maisara, 9 sudah faham tumpuan diberikan buat abang mereka.

“Doktor Kata Otak Anak Sudah Kecut & Tempurung Kepala Tak Boleh Dicantum Lagi…”

Sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja, keperluan Syazwan sememangnya agak tinggi.

Bagi yang mahu bersama-sama menghulurkan bantuan buat remaja ini demi keperluan susu dan lampin pakai buangnya, bolehlah hulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional di akaun 02004-41-00009188-7 atas nama Siti Hapsiah Ismail.

 

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah

0

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin melaporkan bahawa budaya mengasingkan kelas mengikut tahap penguasaan akademik pelajar perlu dihentukan sepenuhnya.

Ia bagi mengelakkan jurang kepandaian di antara para pelajar.

Ada sebab rupanya mengapa pelajar di sekolah selalu dikategorikan mengikut kepandaian.

Kelas A selalu dianggap paling bijak, kelas terakhir selalu jadi port ‘humban’ pelajar selebihnya.

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah

Situasi ini rupanya berlaku kerana sekolah di Malaysia ingin mengawal dan meningkatkan gred pencapaian akademik menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi penanda utama pretasi sekolah tersebut (KPI).

Netizen terutamanya ibu bapa dilihat memberi respon bercampur baur. Ada yang setuju dengan keputusan itu dan tidak kurang juga yang membangkangnya.

Namun setelah melihat beberapa faktor kesan menghentikan amalan mengasingkan kelas ini, REMAJA berpendapat lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi pelajar sekolah pada masa akan datang.

 

Berkawan Tanpa Mengira IQ

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah

Semua orang berhak berkawan tanpa mengira tahap kepandaian, jantina, bangsa, latar belakang mahupun kekayaan. Dengan campuran pelajar dalam satu kelas, tiada lagi istilah enggang sama enggang, pipit sama pipit. Masa rehat diluang bersama-sama.

 

Tiada Lagi Jurang Bahasa

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah

Selalunya, pelajar kelas bawahan tidak begitu gemar untuk cuba berbahasa Inggeris. Kebanyakan lebih cenderung dengan bahasa Mandarin, Kantonis dan bahasa Malaysia. Sekarang harapnya, jurang itu dapat dikecilkan.

 

Kawan ‘Support’ Kawan Lain

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah

Pelajar sekolah ini sifatnya mudah membantu kawan yang lain. Mereka tidak terlalu berkira untuk bersaing sengit seperti yang selalu terjadi di kalangan pelajar universiti. Oleh itu, pelajar yang bijak dan laju ‘tangkap’ dapat membimbing kawan yang lain.

Kadangkala, lagi senang nak faham apa yang kawan cakap berbanding penjelasan guru. Betul tak?

 

Ibu Bapa Juga Tak Terasing

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah
Yeay, anak kita sama kelas!

Biasalah, bila anak belajar di dalam kelas yang sama, ibu bapa kepada pelajar turut menjalin hubungan rapat sesama sendiri. Ibu bapa kepada pelajar bijak dan sederhana sekaligus lebih kerap bertukar pendapat, berkongsi tip dan paling best, mereka sendiri seakan mewujudkan grup belajar kepada rakan anaknya.

 

Pelajar Lebih Kompetitif

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah

Jika dulu semasa zaman penulis di sekolah, pelajar kelas bawahan selalunya tidak langsung memiliki motivasi tinggi untuk memperbaiki keputusan mereka. Katanya, “Dah aku ni lembab, asalkan lulus pun dah hebat.”

Ia terjadi kerana pesekitaran kelas mereka yang slow je. Tiada langsung dorongan untuk berdaya saing. Sekarang, masing-masing saling push rakan lain untuk ke hadapan.

 

Kurangkan Budaya Perlekeh Pelajar

Henti Amalan Asingkan Kelas Bermula 2019, Ini 6 Kebaikan Kepada Pelajar Sekolah

Budaya memperlekehkan pelajar kelas bawahan bukan hanya dilakukan oleh pelajar yang bijak. Lebih memeranjatkan apabila guru sekolah juga kadangkala menjadikan mereka ini sebagai ‘bahan’ paling mudah untuk diperlekehkan terutama di tapak perhimpunan.

Semuanya disebabkan mereka tidak sebijak yang lain. Diharap selepas ini, semua pelajar dilayan sama rata saja oleh semua pihak.

Prihatin Terhadap Iqram Dinzly, Mufti Wilayah Persekutuan Utuskan Surat Terbuka Untuknya Di Facebook

Sejak kebelakangan ini, nama Iqram Dinzly sentiasa menjadi sebutan para netizen di laman media sosial terutamanya di Instagram, Facebook dan Twitter. Ramai peminat, rakan artis serta masyarakat amnya cukup risau dengan apa yang dilihat mereka mungkin petanda Ikram Dinzly berdepan masalah kemurungan.

Apatah lagi golongan remaja di laman sosial kini sedang sibuk membicarakan tentang kesihatan mental, stres serta kemurungan melampau yang dilihat menjadi ancaman terutama kepada generasi muda. Masih panas dengan kisah kematian Jonghyun SHINEE yang mati bunuh diri akibat kemurungan yang tular baru-baru ini, jadi tidak hairanlah ramai yang risau dengan Iqram Dinzly.

Rentetan video live yang dikongsikan olehnya di Instagram membuatkan ramai tertanya-tanya adakah Iqram berdepan dengan masalah kemurungan. Dan Remaja cukup berbangga kerana ramai pihak terutama dari rakan artis, media serta masyarakat umumnya memberikan kata-kata semangat positif kepadanya.

Prihatin Terhadap Iqram Dinzly, Mufti Wilayah Persekutuan Utuskan Surat Terbuka Untuknya Di Facebook

Pada hari ini pula, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut melahirkan rasa prihatinnya. Menerusi laman Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli telah menulis surat terbuka kepada Iqram Dinzly.

Menerusi surat terbuka tersebut beliau pada mulanya melahirkan ucapan takziah buat keluarga Iqram yang kehilangan ayahnya baru-baru ini. Ia diikuti dengan nasihat untuk Iqram agar mengabaikan kata-kata cemuhan dan makian daripada netizen dan sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Pada pengkakhiran surat tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan turut berbesar hati menjemput Iqram Dinzly hadir menemuinya di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk bertemu dan mengenali lebih lanjut serta bertukar-tukar pandangan, pendapat serta bersedia mendengar apa jua keluhan.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Mufti Wliayah Persekutuan terhadap Iqram Dinzly cukup menyentuh perasaan kami di Remaja. Sebagai antara ikon institusi agama, keterbukaan ini membuatkan golongan muda akan berada lebih dekat. Kepada rakan-rakan Remaja yang berdepan dengan apa jua masalah kemurungan, janganlah segan untuk dapatkanlah bantuan. Dan jika kamu sebagai kawan mendapati ada rakan yang berdepan masalah janganlah menjauhi mereka.

Berikut merupakan surat terbuka penuh yang dipetik dari Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA IQRAM DINZLY

السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ
Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly.

Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini. Pertamanya, kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said. Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi

Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara. Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara.

Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang.
Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara. Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri

Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Rabu, 27 Disember 2017 bersamaan 8 Rabi’ul Akhir 1439H
3.08 petang.

Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

Wajar ke nak boikot Safiey Ilias?

Selepas kecoh dua minggu lalu apabila pengasas kosmetik berusia 23 tahun ini dilaporkan telah kembali kepada identitinya sebagai seorang ‘perempuan’, kini Safiey llias kembali diperkatakan netizen atas tindakannya memuat naik gambar bersama teman lelaki di akaun media sosial.

Ramai mempertikaikan apakah motif Safiey perlu berbangga dengan memiliki teman lelaki walaupun perkara tersebut adalah salah dan menyalahi fitrah dirinya sebagai seorang lelaki yang beragama Islam.

Ada orang suka tengok, ada orang meluat. Ada juga yang menyamakan tindakannya seperti Nur Sajat, seorang lagi jutawan kosmetik Malaysia.

Haih, semua ‘perempuan’ ni memang pandai buat bisnes, eh?

Motif Safiey Ilias Seakan Memancing Kutukan Netizen 

Jika niat Safiey Ilias hanya semata-mata untuk melariskan bisnes kecantikan, banyak lagi strategi lain yang boleh digunakan. Mengapa perlu memancing kutukan dan cercaan netizen sehingga komen yang dibaca berbaur cercaan keluarga malah fitnah yang ditokok tambah.

Bagi penulis, apa jua cara untuk melariskan perniagaan, jangan sesekali mempermainkan agama. Tindakan Safiey Ilias itu juga secara tak langsung membuatkan peniaga lelaki lembut lain yang banyak mencari mencari rezeki dalam bidang kosmetik seakan teraniaya. Mereka turut terkena tempias daripada isu Safiey Illias ini walaupun mereka tidak terlibat.

Penulis tidak keseorangan dengan pendapat sedemikian kerana influencer di media sosial, Mohd Fauzi Yusoff atau Abang Gee juga menyatakan tindakan Safiey IIlias itu tak wajar dan pesannya, “Jangan aniaya ‘pondan’ lain yang cari rezeki dengan cara halal.”

Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

“Kalau dia mempersendakan agama, dari lelaki jadi maknyah, kemudian jadi lelaki balik dan kemudian menjadi maknyah kembali, menayang boyfriend. Bagi saya itu wajar diboikot!

“Tempiasnya pasti kena pada orang lain yang mencari rezeki,’ katanya ketika diminta mengulas sama ada Safiey Ilias wajar diboikot.

“Kalau betul niat kita semata-mata mahu mengejar dunia, mempermainkan agama, itu wajar diboikot. Tetapi jangan boikot lelaki lembut lain yang cari rezeki secara halal hanya kerana Safiey Ilias seorang,” katanya yang selalu menjadi pengacara majlis dan melakukan posting reviu makanan, lokasi menarik dan banyak lagi.

Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

Tindakan Safiey Illias juga telah mendapat teguran dari Dr. Syahr Musafir yang juga seorang pensyarah, penulis buku dan pakar motivasi di Facebook miliknya.

Baca komen Dr Syahr Musafir tentang isu boikot Safiey Illias ini.

Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak ada bukti dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.

Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.

Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak?

Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.

Bukan lelaki kahwin lelaki.

Bukan perempuan kahwin perempuan.

Bukan lelaki kahwin perempuan jadian.

Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.

Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti.

Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.

Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…

Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong

Dr Syahr Musafir
Rahimah Ab.Rahman
26/12/2017

Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

Selepas lama berdiam diri, akhirnya Safiey Ilias hari ini menjawab kritikan yang dilemparkan ke arahnya setelah isu kembali dengan imej ‘perempuan’ hangat diperkatakan.

Menerusi akaun Instagram-nya, dia menafikan niat mempersendakan agama atay menjadi penunggang agama. Bahkan, Safiey merasakan adalah normal untuk iman seseorang itu untuk adakalanya naik dan adakalanya turun.

Dia turut bersedih apabila ada rakannya yang pernah diturunkan ilmu perniagaan sambil dibantu dengan bermacam-macam cara turut serta berkata buruk tentangnya.

“Masa ini kita jumpa siapa kawan siapa lawan. Siapa mengampu siapa penjilat. Paling sedih, kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun, cakap macam-macam dekat kita. Tapi tak apalah, itu bukan dosa kot.”

“Apa-apa pun, tunggu 31 Disember ini”

Nak buat press conference ala Fattah Amin dan Fazura ke Safiey?

Susah sebenarnya untuk penulis simpulkan isu ini kerana ia melibatkan banyak pihak dan maruah. Lebih baik jika jangan muat naikkan perkara sensasi yang terang-terangan berlawanan dengan fitrah umat Islam seperti itu di media sosial. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, malah menambahkan dosa cercaan adalah.

Seperkara lagi, seharusnya isu peribadi seperti seksualiti dan perhubungan janganlah sesekali DICAMPUR ADUKKAN dengan perniagaan dan karier. Kalaupun nak lakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah, ‘sorok-soroklah’ sedikit. Tak perlu berbangga.

Nak jadi apa pun, itu antara individu tersebut dengan Tuhan. Kita sebagai orang yang melihat dari jauh lebih baik doakan supaya dia kembali ke pangkal jalan.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

Bila sebut tentang drama Korea, ramai juga yang dalam fikiran mereka hanya terjurus kepada kisah cinta ‘mat jiwang muka jambu’ dengan ‘minah comel manja malu-malu kucing’. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis genre drama Korea yang sudah ditayangkan terutamanya sepanjang tahun 2017. Tahun ini menyasikan cukup banyak drama Korea yang telah mencapai populariti di peringkat global.

Dari drama berkisarkan komedi, politik mahupun fantasi, drama Korea memang tak pernah mengecewakan. Sejauh manakah tahu tentang drama Korea yang telah ditayangkan pada tahun ini. Adakah kamu benar-benar kaki drama Korea terulung? Istimewa untuk korang, Remaja bawakan 10 drama Korea terbaik yang WAJIB kamu tonton!

1. While You Were Sleeping

Dibintangi dua artis popular, Lee Jongsuk dan Bae Suzy, While You Were Sleeping diangkat menjadi drama terbaik 2017!

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

2. Weightlifting Fairy

Drama coming of age ini diinspirasikan daripada kisah atlet terkenal Korea, Jang Mi Ra. Diterajui oleh empat pelakon hebat Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk, Lee Jae Hyuk dan Kyung Soo Jin.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

3. Suspicious Partner

Buat peminat setia aktor kacak, Ji Chang Wook ini merupakan drama yang tidak harus kamu lepaskan apatah lagi menyaksikan dia sebagai seorang peguam.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

4. School 2017

Selepas berjaya dengan dua siri terdahulu iaitu ‘School 2013′ dan School 2015’, siri terbaru ‘School 2017’ yang menampilkan Kim Sejong. Ia sekali gus meneruskan legasi kehebatan francais drama ‘School’.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

5. Man To Man

Drama aksi hebat ini ditunjangi dua pelakon utama iaitu Park Hae Jin dan Park Sung Woong. Menerusi drama aksi ini Park Hae Jin memegang watak sebagai seorang bodyguard.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

6. Intoverted Boss

Bagi penggemar drama yang berkisarkan kisah dalam pejabat, ‘Introveterd Boss’ yang dilakonkan oleh Yon Wo Jin dan Park Hye Soo ini pasti mencuit hati.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

7. Because This Is My First Life

Tampil dengan jalan cerita yang cukup ringkas dan real, drama ‘Because This Is My First Life’ sesuai buat kamu yang tidak suka drama serius. Ia menggandingkan Lee Min Ki dan Jung So Min selaku pelakon utama.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

8. Fight My Way

Drama yang mengetengahkan Park Seo Joon dan Kim Ji Woon selaku pelakon utama ini ditayangkan pada bulan Mei yang lalu. Ia mendapat rating yang cukup tinggi di Korea.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

9. Missing 9

Psstt peminat EXO sekalian, drama ‘Missing 9’ ini turut menampilkan Chanyeol! Kisah misteri tentang kecelakaan sebuah pesawat ini pasti mendebarkan hati penonton. Selain Chanyeol EXO, ia turut dibintangi Baek Jin Hee dan Jung Kyung Ho.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

10. Strong Woman Do Bong Soon

Kisah seorang wanita bersama Do Bong Soon yang mempunyai superpower dengan kekuatan luar biasa. Drama mencuit hati ini ditunjangi pelakon utamanya Park Bo Young dan turut dibantu oleh Park Hyung Sik serta Ji Soo.

Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

Yezzaaa, jadi inilah senarai 10 drama Korea 2017 yang WAJIB kamu tonton jika mahu bergelar kaki K-drama sejati. Amacam, setuju dengan senarai kami?

Cara Nak ‘Snooze’ Kawan Facebook Yang Selalu Meroyan

0

Dalam ramai-ramai kawan di Facebook, mesti ada seorang dua yang selalu buat korang ‘rengsek’ setiap kali tengok dia update status kan?

Cara Nak 'Snooze' Kawan Facebook Yang Selalu Meroyan

Paling tidak pun, bila mood  tak berapa nak okay memang apa saja si polan tu buat ada saja yang tak kena di mata kita. Lebih teruk lagi, kalau ada kawan-kawan yang sejenis suka meroyan.

Apa nak buat eh?

Mungkin korang rasa cara block tu kejam sangat, jadi sekarang ni tak perlu pun nak unfollow atau unfriend secara tetap kerana Facebook dah mempunyai satu feature yang membolehkan korang untuk ‘berehat’ selama 30 hari daripada sebarang posting rakan Facebook yang telah di ‘snooze’ kan.

Cara Nak 'Snooze' Kawan Facebook Yang Selalu Meroyan
Caranya pun memang sangat senang

 

Facebook akan memberikan notification jika tempoh snooze ini bakal berakhir dan korang juga boleh terus mengaktifkannya semula selama 30 hari jika mahu. Feature ini juga boleh di ‘undo’ pada bila-bila masa.

So, tak ada isu la kalau lepas ni rasa rimas dengan posting rakan lain di Facebook, korang boleh je cuba-cuba untuk snooze dorang dulu. Hiks!

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

0

Demam dunia Korea bukan saja melanda peminat K-Drama, K-Pop, Korean variety show dan makanan Korea. Malah, sebilangan besar peminat Korea di Malaysia teringin sangat nak memiliki kecantikan kulit seperti bintang idola mereka.

Iyalah, perempuan Malaysia dengan perempuan Korea Selatan tak adalah berbeza sangat. Kedua-duanya berasal daripada benua Asia juga. Tapi bagaimana kulit mereka boleh sentiasa kelihatan flawless walaupun tanpa memakai mekap?

Ada rahsianya uols. Orang Korea sangat pantang dengan kecantikan kulit. Jika melihat kepada cara mereka menjaga kulit daripada ‘ancaman’ kulit gelap, penuaan dan kedutan, memang korang tak terikutlah. Banyak sangat langkah yang perlu diamalkan!

Namun, dengan 5 langkah mudah ini, sebenarnya korang dah boleh menjamin kulit wajah yang selesa, lembut dan cukup hidrasinya.

 

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

1. Mandi Pancuran Air Berwap

Tak semua orang mempunyai masa atau berduit untuk ke pusat rawatan facial setiap minggu. Tak perlu risau, apa yang boleh korang praktikkan adalah untuk mandi atau shower air panas sekitar 2-3 kali seminggu.

Fungsi wap panas itu adalah untuk membuka rongga kulit. Semasa mandi, gunakan jari untuk mengurut wajah dengan cara ‘finger tapping’ dalam formasi bulatan. Bermula dari dahi, pipi dan seterusnya ke dagu.

Amalan pertama ini bagus untuk meransang rongga kulit agar aktif terbuka.

 

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

2. Gosok Sehingga Berbuih, Baru Sapu

Seperti biasa setiap kali selepas mandi, pastikan korang membasuh wajah menggunakan pembasuh muka. Jangan sekadar ‘asal buat’ je. Pastikan basuhan rata dan menyeluruh.

Namun sebelum mula membasuh, gosokkan campuran cleanser dan air pada tapak tangan terlebih dahulu sehingga ia berbuih. Ini bagi memastikan muka tidak ‘dikasari’ oleh jari kamu demi menghasilkan buih. Kalau tak, tak anjal lah lagi kulit.

REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Facial Cleanser. RM12.50

 

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

3. Jangan Skip Toner

Biasalah, orang Malaysia memang selalu nak cepat je. Daripada pembasuh muka terus lompat ke pelembap.

Jangan sesekali melangkah step menggunakan toner kerana ia betul-betul membersihkan kulit wajah sekiranya korang terlepas mana-mana bahagian wajah semasa membasuh tadi.

Toner juga adalah perkara wajib bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau kulit mudah terdedah dengan masalah jerawat.

REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Facial Toner. RM13.90

 

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

4. Rahsia Utama Perempuan Korea

Kalau di Malaysia, kebanyakan daripada kita merasakan bahawa pupur muka atau facial mask itu tidak begitu penting. Ataupun kita rasa ia hanya untuk orang yang mempunyai bajet lebih je.

Situlah silap kita. Salah satu sebab kulit pelakon Korea cantik adalah kerana mereka rajin meletakkan pupur muka overnight semasa tidur.

Semasa tidur, sel kulit korang akan berada dalam recovery mode. Jadi apabila meletakkan pupur muka sepanjang malam, muka tidak kelihatan letih semasa bangun tidur.

TIP! Selepas meletakkan pupur muka ke atas muka, jangan terus buang paket tu tau. Ambil lebihan serum yang ada dan lumurkan pada leher, bahu dan tangan korang agar kulit merasa lembap. Jangan membazir, gunakan sampai licin!

REMAJA’s Choice: Syahirah Korean Secrets Face Mask.

 

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

5. ‘Tarik Ke Atas’ Supaya Kulit Tegang

Seperti biasa sebelum melakukan mekap, ratakan krim siang pada wajah. Caranya, titikkan krim di hujung jari, ratakan pada jari dan sapukan pada wajah dengan teknik ‘tarik ke atas’ dari dagu ke pipi. Juga dari hidung ke dahi.

Dengan cara ini, kulit serta-merta akan terasa lebih  bertenaga dan tegang. Efek macam buat facelift!

REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Krim Siang SPF 20

 

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

6. Minum Teh Barli

Kalau nak cantik, diet korang pun kenalah cantik. Selain menjaga pemakanan dan memperbanyakkan pengambilan air kosong, satu cara yang selalu dipraktikkan oleh perempuan Korea adalah teh barli.

Minuman ini kaya dengan kandungan anti-oksidan dan mampu memperbaiki perjalanan darah. Jadi, lupakan teh tarik dan air bandung tu. Amalkan teh barli atau minuman barli suam okay.

 

========================

 

Mesti ada yang tertanya, mengapa REMAJA senaraikan satu-persatu produk Syahirah di atas. Ini kerana kami percaya akan kebaikan kandungan mereka yang diimport dari Pulau Jeju Korea Selatan.

6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari

Selain menggunakan teknologi terkini daripada negara itu, kandungan Set Korean Secrets-nya juga diakui Halal oleh pihak JAKIM.

Cubalah, mana tahu jadi secantik Bae Suzy pula lepas ni!

Kes Viral “Tertendang” Kepala Gadis Di Taman Tema Air, Ini Update Terkini!

Syukur alhamdulillah. Nyata doa dari seluruh rakyat Malaysia menjadi penawar kepada gadis yang kepalanya ‘tertendang’ secara tidak sengaja ketika bermain gelungsur air di taman tema air popular di ibu negara.

Indfo terbaru ini dimaklumkan oleh pemilik fb, Ahmad Rasheed yang secara tak sengaja telah tertendang kepala remaja ini yang stuck dalam permainan Monsoon 360 dua hari lalu.

Menerusi perkongsian di facebooknya, Ahmad Rasheed mengakui  kakinya patah gara-gara “tertendang” kepala seorang budak perempuan sewaktu mencuba permainan air tersebut.

Kes Viral "Tertendang" Kepala Gadis Di Taman Tema Air, Ini Update Terkini!
Bro ini tertendang kepala gadis tanpa sengaja sewaktu seronok mandi di taman tema

Kes Viral "Tertendang" Kepala Gadis Di Taman Tema Air, Ini Update Terkini!

 

Kes Viral "Tertendang" Kepala Gadis Di Taman Tema Air, Ini Update Terkini!

Lebih chill dan perlu diikuti oleh semua rakyat Malaysia  agar menjadi seorang yang baik hati kepada setiap orang, semasa menulis pengalamannya, brother ini meminta semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan gadis tersebut.

Yalah, kejadian ini tak disengajakan.Lagipun kes ini agak terpencil, kata orang kejadian tak disengajakan  kerana pihak taman tema air ini sememangnya menitik beratkan keselamatan dan keseronokan buat pengunjungnya. Legakan hati bila tahu orang yang kita tertendang tu selamat!

Baca perkongsian brother ini 

Bahana Monsoon 360 (chamber purple) Sunway lagoon..
Jom calculate kenapa kaki aku patah & gadis remaja tu knock out.. (kelajuan 21km/j)

Kronologi
Lepas aku launching trus free fall lebih kurang 8 meter sebelum perubahan arah gelongsor naik 45 degree ke arah atas semula sebelum belokan ke landing pool.. rupa-rupanya ada budak perempuan sebelum aku stuck (mungkin sebab dia pitam semasa launching tu..sebab dia x mintak pertolongan pon masa dia stuck..so semua attendant pool tu x perasaan..tiba bila giliran aku untuk launch aku pejam mata..dalam lebih kurang 0.5 hingga 1 saat dalam jarak 8 meter..tiba bunyi pelanggaran..dan tiba2 aku stop tgh2 terowong tu..ape hal siol?? Aku bangun..tengok ada budak perempuan tengah mengigil merenjat tangan kejang,mata ke atas sebelum dia pengsan sebab kene hentaman kuat kaki aku ke kepala dia.. aku pulak kaki patah (buku lali)..

Ok mari kita kira berapakah halaju (v) dan daya (F) hentaman budak tu kene sampai dia Knock Out..

V=s/t (m/s)
F=mxa(N)

V= 8m (jarak ke point hentaman ÷ 0.5s (masa ke point hentaman)
V=8m/0.5s
v=16ms-1 (21km/j)

F=79kg(jisim badan aku) x9.81ms-2( pecutan graviti)
F =79kgX9.81ms-1
F=774.99N.

. .patutla knock out and kaki aku patah..

Tapi aku berharap sangat agar pihak sunway lagoon x tutup terus slide ni,sebaliknya tingkatkan sistem n SOP..sbb aku rasa slide ni antara paling gempak kat negara kita..1 day aku akan return dan habiskan hingga ke garisan penamat peluncuran aku di monsoon 360 ni..

Info baru: gadis itu selamat dan kekal cergas..cuma sedikit muscle pain kat bahu..

#pray4gadisitu
#monsoon360memangpadu

Baca perkongsian penuh brother ini di facebooknya

Bill Gates Kekal Orang Terkaya Dunia 2017, Siapa Jutawan Remaja?

Nampaknya, gelaran orang terkaya dunia tahun 2017, kekal milik Bill Gates. Dalam laporan terbaru Forbes, pengasas Microsoft ini kekal berada di tangga pertama untuk empat tahun berturut.

Hartanya meningkat dari USD75 bilion tahun lalu kepada USD 86 bilion dan kekal tersenarai antara konglemerat dunia sebanyak 18 kali sejak 23 tahun lalu.

Kalau Bill Gates kekal orang terkaya dunia, siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda? Tiada petunjuk jelas tetapi cerita remaja ini boleh dijadikan inspirasi kerana berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta pada usia muda.

Jual kasut terpakai (reseller)

Pernah dengar “The Sneaker Don”?  Bisnesnya sangat mudah iaitu menjual semula kasut pelbagai jenama dunia dan bertindak sebagai “reseller”.

Bill Gates Kekal Orang Terkaya Dunia 2017, Siapa Jutawan Remaja?
Inilah Sneaker Don, hanya bisnes kasut reseller saja

Pemiliknya, Benjamin Kapelushnik, baru berusia 17 tahun. Kata orang baru habis SPM. Tapi sebab bijak dan tahu mengambil peluang, dia mampu kaut USD1 juta dalam tempoh  singkat.

Namanya mula meletup bila dia menjual kasut-kasut terpakai diberikan oleh ibunya sebagai hadiah. Bila ramai bertanya, dia mula terfikir, harga kasutnya boleh dijadikan jualan. Sejak itu dia mula beli dan jual kepada sesiapa yang berminat. Memang untung besarlah sebab adakalanya kasutnya edisi terhad.

Namanya mula top bila dj terkenal dunia Dj Khaled yang ketika itu mencari tiga pasang kasut jenama Nike ‘Pantone’ pek Air Jordan XI dan dia berjaya mencarinya.

Sebab sekolah, ada ketika dia upah rakannya beratur belikan kasut yang mendapat permintaan tinggi.

Sebagai pelajar, dia akui masa tidak cukup tetapi dia sendiri harus bijak.

“Saya tidak akan menjual kasut di Instagram untuk jangka masa panjang kerana saya akan melanjutkan pengajian ke kolej, selain mahu memberi tumpuan kepada kehidupan sebagai remaja,” jelasnya.

Cipta aplikasi permainan Imposible Rush

usianya baru 16 tahun tapi otaknya memang cerdik. Dah jadi pun CEO kepada syarikatnya sendiri, Flogg Inc.. Ben  Pasternak mula mencipta nama sebagai jutawan muda apabila aplikasi permainan ciptaannya, Imposible Rush menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia melalui Apple App Store dan menjadi kesukaan ramai.

Dia mula menciptanya ketika bosan semasa berada di dalam kelas sains. Sejak itu, Ben menjadi terkenal, serta mendapat jemputan melawat syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook. Beliau juga ditawarkan biasiswa daripada Apple’s Worldwide Developers Conference.

Bill Gates Kekal Orang Terkaya Dunia 2017, Siapa Jutawan Remaja?

Dalam masa setahun sahaja, beliau telah mendapat dana daripada pelabur Silicon Valley. Terbaru dia telah mencipta aplikasi ‘Monkey’. Aplikasi video chat ini mensasarkan untuk membantu remaja mencari dan membina persahabatan dalam suasana yang selamat. Ia mempunyai ciri-ciri yang tidak bertoleransikan pembulian siber dan ugutan, dan juga mengambil langkah luar biasa untuk mengekalkan suasana yang selamat kepada komuniti aplikasi tersebut.

Jual jem pun boleh kaya

Pada usianya 14 tahun, Fraser Doherty mencipta jem buatannya sendiri menggunakan resipi neneknya.  Dia kemudiannya menjual jem itu kepada jiran-jirannya di sekitar Edinburgh, Scotland.

Ternyata, resipi jem neneknya memang enak dan mula menjadi viral. Jemnya mendapat permintaan tinggi. Dua tahun selepas itu,  Fraser menjenamakan produknya, SuperJam. Pada usianya 16 tahun dia berhenti sekolah dan meneruskan bisnesnya hingga kini.

Bill Gates Kekal Orang Terkaya Dunia 2017, Siapa Jutawan Remaja?
Pemilik SuperJam yang meletup kerana terlalu sedap jemnya

Pada tahun 2009, dengan bantuan sambungan rangkaian pasar raya termasuk menjadi stokis utama kepada ‘Asda Wal-Mart’, jualan bisnes Fraser berjaya mencecah 1.2 juta pound. Beliau juga menerbitkan sebuah buku yang berjudul “The SuperJam Cookbook”.

Kini, Fraser berusia 28 tahun. Kurang dari 10 tahun terlibat dalam perniagaan jem dia telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya :

  • Enterprising Young Brit Award (2004)
  • The Independent’s `Top 40 Children’ (2005)
  • Outstanding Young Person of The World Award (2007)
  • Biggart Baillie Innovation Award (2007)
  • Young Entrepreneur of The Year (2007) dan lebih 20 anugerah dia terimanya.

Satu ungkapan Fraser yang perlu dihadamkan ialah “saya tidak boleh leka dengan wang, saya membuat jem kerana saya seronok melakukannya dan kejayaan saya adalah cukup manis”.

Design laman web Mac Box Bundle

Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu.

Bill Gates Kekal Orang Terkaya Dunia 2017, Siapa Jutawan Remaja?

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Siapa lagi orang kaya dunia?

Selepas Bill Gates, Forbes menyenaraikan,  pemilik Amazon, Jeff Bezos sebagai orang kedua terkaya dunia.

Bill Gates Kekal Orang Terkaya Dunia 2017, Siapa Jutawan Remaja?

Kekayaannya bertambah sebanyak 27.6 bilion  menjadikan harta terkininya, 72.8 bilion. Tahun lalu, Bezoz menduduki carta kelima.

Tempat ketiga terkaya dunia diungguli oleh Warren Buffet. Dalam masa setahun selepas Trump dilantik presiden US, hartanya melonjak naik sebanyak 14.8 bilion. Pemilik Zara, Amancio Ortega yang menduduki tempat ketiga jatuh ke tangga ke 4 dengan peningkatan harta 4.3 bilion dari tahun lalu.

Bill Gates Kekal Orang Terkaya Dunia 2017, Siapa Jutawan Remaja?

Dari orang bercerita ekonomi akan terus merudum kerana pelbagai krisis dan harga minyak yang tidak menentu, Forbes melaporkan jumlah jutawan dunia melonjak naik sebanyak 13 peratus daripada 1810 orang pada tahun lalu kepada 2043 konglemerat pada tahun 2017. Nilai bersih jutawan meningkat 18 peratus atau kiri-kira 7.67 trilion dolar AS.

Jadi, apa lagi alasan untuk kita gagal berubah kerana orang kaya bukan terus-terus lahir sebagai orang kaya. Usaha mesti lebih!

SUMBER :https://www.fraserdoherty.com/pages/biography

https://fossbytes.com/ben-pasternak-ceo-flogg-millionaire/

Top 10 Muzik Video YouTube K-pop Paling Banyak Ditonton 2017

Pergilah ke mana sahaja bila biacara tentang industri muzik global kita pasti tidak dapat mengelak berbicara tentang K-pop. Walaupun sebelum ini ada yang menjangkakan ‘demam’ K-pop ini akan kebah pada dua, tiga tahun sebelum ini ternyata jangkaan mereka meleset sama sekali.

Malah, empayar yang dibina oleh pelbagai wajah K-pop kini bukan perkara baru di peringkat global. Kejayaan BTS muncul di pentas American Music Awards 2017 juga telah banyak membuka mata warga Amerika Syarikat tentang betapa besarnya pengaruh yang dibawa oleh anak-anak muda dari Korea Selatan.
Baru-baru ini, YouTube telah mengeluarkan senarai rasmi Top 10 muzik video K-pop yang paling banyak ditonton sepanjang tahun 2017.

Dari BTS ke BLACKPINK ke EXO, ramai grup popular berjaya menyelinap menduduki carta yang sering mendapat perhatian ramai bila tiba penghujung tahun. Namun, siapakah yang menjadi raja kepada carta ini di peringkat global? Jom kita saksikan bermula dengan kedudukan di tempat kesepuluh!

10. PSY – New Face

Ikon pop Korea yang secara tidak langsung meletakkan K-pop di peta dunia dengan lagu sensasi ‘Gangnam Style’. PSY masih lagi mempunyai pengaruh cukup hebat apatah lagi dengan lagu New Face yang cukup catchy.Sejak dimuat naik pada bulan Mei 2017, ia kini mencatat jumlah view lebih 98 juta!

9. EXO – Ko Ko Bop

Walaupun EXO sering dilanda kontroversi terutamanya dengan pengunduran beberapa ahlinya namun peminat-pemibnat mereka masih lagi menyokong kuat gerakan muzik dibawa oleh 9 anak muda berbakat ini. ‘Ko Ko Bop’ yang merupakan single dari album ‘THE WAR’ menjadi bukti sokongan tersebut.

8. Chanyeol (EXO) & Punch – Stay With Me

Lagu duet menampilkan Chanyeol (EXO) & Punch ini merupakan lagu OST drama popular hebat, ‘Guardian: The Lonely and Great God’. Gabungan vokal balada mereka menjadi kekuatan utama.

7. BIG BANG – FXXX IT

Nama BIG BANG sememangnya tidak perlu lagi diperkenal. Dianggap sebagai antara ‘royalty‘ K-pop, BIG BANG sentiasa membuktikan mereka berada di kelas tersendiri. Muzik video yang mereka perkenalkan juga amat jarang mengecewakan, begitu juga dengan ‘FXXX IT’.

6. TWICE – Signal

Kyeopta!!! Yes, they’re cute and colorful! Grup yang lahir dari program nyanyian Sixteen ini kini menjadi antara anak emas JYP Entertainment. Bukanlah bergelar rookie, TWICE kini sudah berjaya menembusi pasaran global. Ternyata ‘Signal’ dibawa mereka mencuri perhatian ramai.

5. BTS – Spring Day

Bila sebut nama BTS pastinya ramai pengikut muzik K-pop akan terus terbayang irama rancak dengan gerak tari hebat. Tapi menerusi ‘Spring Day’, BTS menampilkan sisi pop serta r’n’b kepada peminat dan ia cukup menjadi!

4. TWICE – Knock Knock

Sebuah lagi lagu TWICE yang sangat popular ditonton di YouTube berjudul ‘Knock Knock’. Tahun 2017 nampaknya merupakan tempoh yang cukup luar biasa bagi mereka!

3. BTS – Not Today

Lagu ini merupakan salah sebuah single yang terdapat di dalam album YOu Never Walk Alone (album repackage Wings) yang dikeluarkan pada awal tahun 2017. Video YouTube ‘Not Today’berjaya mendapat jumlah view sebanyak lebih 173 juta sejak dimuat naik pada Februari lalu.

2. BTS -DNA

Inilah lagu yang dipersembahkan oleh BTS di American Music Awards 2017 yang menjadikan mereka trending di semuan laman media sosial! Populariti luar biasa BTS pada tahun 2017 memang tidak dapat disangkal lagi. Dalam carta ini sahaja mereka mempunyai 3 buah lagu. Daebak!

1. BLACKPINK – As If It’s Your Last

Siapa sangka grup BLACKPINK yang melakukan debut pada tahun 2016 mampu melakukan impak sehebat ini. Muzik video ‘As If It;s Your Last’ yang dimuat naik pada bulan Jun lalu telah mendapat jumlah view lebih 207 juta! Dalam tempoh enam bulan sahaja berjaya mendapat angka tersebut. Girl power, BLACKPINK fighting!

 

Bagaimana muzik K-pop akan terus bertahan pada tahun 2018. Adakah kamu rasa mereka akan menjadi semakin hebat atau ia akan semakin merudum? Melihatkan trend ini, Remaja berasa K-pop akan terus bertakhta di hati peminat global. Sama-sama kita tunggu dan lihat pada tahun 2018!