Bencinya orang kepada penganas Brenton Tarrant yang menembak mati 50 umat Islam di dalam masjid, sampaikan Perdana Menteri New Zealand enggan menyebut namanya. Sebaliknya Ayden mahu umat Islam dan dunia lebih mengenali mangsa pembunuhan seperti Daoud Nabi, 71, Khalid Mustafa,44, Hamza, 15, Mohsen Mohammed Ah Harbi serta ramai lagi.
Di sebalik ramai menantikan apa pengakhiran hidup pengganas itu sama ada dihukum mati (mungkinkah kerana New Zealand antara negara yang tiada hukuman gantung), penjara seumur hidup, dibunuh banduan di dalam penjara (siapa tahukan nasibnya), tentu ramai yang tak menyangka ada lagi individu yang menerima nasib seburuknya.
Wajah pengganas yang telah membunuh 50 umat Islam tidak berdosa dengan motif serangan mahu mengurangkan jumlah pendatang asing. Hakikatnya dia sendiri dari Australia dan datang ke New Zealand
Sebabnya hanya satu, menjadi orang pertama sebarkan video live saat Tarrant melepaskan tembakan di media social.
Fuhhh, memang malang la nasib ko jang. Ehhh!
Phillip Arps telah dihadap ke Mahkamah Christchurch pada 20 Mac lalu dengan dua dakwaan dikaitkan iaitu menyebarkan video tembakan di Masjid Al Noor dan Lin Wood.
Ads
Menurut Mirror Daily, ketika pertuduhan dibacakan, Phillip menundukkan wajahnya dengan tangan bergari ke belakang. Biar belum ada pembelaan dilakukan oleh lelaki berusia 44 tahun ini, namun bagi setiap satu kesalahanya, hukumannya adalah 14 tahun iaitu kesalahan mengedarkan video pembunuhan itu di media social.
Jika terbukti bersalah, Phillip bakal menjalani 28 tahun penjara.
Inilah kata orang kan, beringat sebelum kena. Kan tak pasal-pasal hanya kerana nak jadi orang pertama sebarkan video yang menerima kecaman dunia tu.
1.5 juta rakaman video ini telah dipadamkan oleh FB dalam tempoh 24 jam selepas serangan dilakukan
Dalam dokumen pendakwaan, dikatakan Arps menyebarkan video yang dilakukan oleh pengganas Brenton Tarrant pada hari Sabtu (16 Mac 2019) sehari selepas jenayah itu berlaku.
Ads
Masa yang sama, pada masa itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ayden menyeru agar orang ramai tidak mengambil tahu mengenai pengganas berasal dari Australia itu. Biarpun menerima emel menyatakan manifesto perbuatannya yang mahukan perhatian dunia, ternyata hal ini tidak dapat diterima Ayden.
Disaat dunia resah, Ayden menenangkannya dengan sikapnya yang prihatin dengan nasib umat Islam di New ZealandRibuan penduduk New Zealand datang memberi sokongan dalam kejadian ini
Sekadar berkongsi pengetahuan bersama-sama, facebook telah menyah aktif sebanyak 1.5 juta video tembakan itu selepas tersebar ke seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.
Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban dan semoga syurga buat mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak semena-mena, nama rapper dan komposer terkenal tanah air iaitu Joe Flizzow menjadi antara topik trending semalam setelah muncul sebuah video tular di media sosial.
Dalam video tersebut, lelaki berimej skinhead itu bersama-sama rakannya dikatakan telah terlibat dalam satu insiden jalan raya di Klang. Kereta mangsa dan kereta suspek disyaki berlanggar. Selalunya, kedua-dua pihak akan memarkir kereta di bahu jalan seterusnya berbincang mengenai tindakan seterusnya.
Namun, dengan imej dan kelakuan ala gangster, suspek dan rakannya bertindak untuk keluar dari kereta dan memukul mangsa dengan sebatang kayu. Manakala cermin hadapan dan sisi keretanya telah dipecahkan. Mereka turut mengambil telefon pintar milik saudara mangsa yang sedang duduk bersebelahan dengannya.
Menurut laporan polis, kejadian itu bertempat di Taman Sentosa di selatan Klang sekitar jam 4.30 petang semalam. Menerusi dua video pendek yang dirakamkan oleh mangsa, ia menunjukkan sekumpulan lelaki memecahkan bahagian kereta yang dimaksudkan di bahu jalan.
Setelah ujian air kencing dilakukan, kesemua suspek disahkan berada di bawah pengaruh dadar jenis Methamphetamine.
Kes ini kini sedang disiasat di bawah Sesyen 394 dan 427 kerana mengakibatkan kecederaan secara sengaja dengan tujuan merompak dan mengakibatkan kerosakan.
Dalam pada warganet mengutuk perbuatan ala gangster tersebut, ramai juga yang mengaitkan suspek dengan imej Joe Flizzow ‘beli lain dapat lain’.
Macam-macam lah.. hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati dengan hanya harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.
Walaupun KPDNHEP dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.
Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih. Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 Sept lepas.
Boleh dikatakan hampir RM10 harga dikurangkan daripada harga sebenar kit ujian kendiri. Dengan pengurangan harga ini, diharap ia tidak lagi menjadi beban buat masyarakat untuk mendapatkan kit ujian kendiri bagi melakukan saringan COVID-19 di rumah.
Setiap tahun, boleh dikatakan kebanyakan kawasan di sekitar Pantai Timur akan mengalami banjir ketika musim tengkujuh.
Sumber Gambar : Astro Awani
Namun malang tidak berbau apabila satu berita sedih diterima menerusi penguna Twitter dengan nama Mohd Redzuan Abdul Manap apabila dilaporkan seorang pelajar dilaporkan hilang dan bapanya ditemui lemas.
Banjir di Pahang ragut nyawa pertama, seorang lagi masih hilang.
Mangsa lemas, kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut Zulkarnain Hitam 58
Anak lelakinya, Ukai Iskandar 23 masih hilang.
Mereka dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong, Jerantut malam tadi. pic.twitter.com/zJ5EELMZOO
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 4, 2021
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras semasa berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.
Selain dari itu, dalam kejadian yang sama seorang daripada anak lelakinya Ukai Iskandar, 23, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang di sini, turut hilang dan sehingga pagi ini masih belum ditemukan.
Sumber Gambar : Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap
“Kesemua mereka difahamkan berjalan kaki dari Kampung Gintong untuk pulang ke rumah di Taman Perdana yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat Iskandar meletak kenderaan semasa kejadian berlaku,” katanya semasa dihubungi.
Mazlan berkata dua lagi anak mangsa yang berusia 15 dan 13 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam
Operasi mencari Ukai yang dimulakan sekitar 11 malam melibatkan 17 anggota pasukan mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada 3.30 pagi ekoran cuaca yang semakin buruk.
Justeru itu beliau sempat menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan perkembangan banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Jadi, elakkan bermain air sewaktu musim tengkujuh terutamanya korang yang berada disekitar Pantai Timur. Stay safe!