Gara-gara pihak kerajaan menaikkan harga roti yang menjadi beban ekonomi kepada rakyat, negara Sudan sejak hampir dua minggu lalu menjadi huru-hara apabila rakyat mula merusuh dan memprotes tindakan tersebut.
Perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya Khartoum dan sekitar bandar lain dan menuntut Presiden Sudan, Omar al-Bashir meletakkan jawatan. Sehingga kini 8 rakyat Sudan maut akibat rusuhan ini selain ramai cedera.
Namun apa yang mencemaskan di sebalik insiden rusuhan di negara tersebut, keselamatan 105 orang pelajar Malaysia yang menuntut di negara Sudan dilihat agak membimbangkan. Pelajar dikatakan “terperangkap” ekoran penutupan universiti yang disebabkan pergolakan yang berlaku di Khartoum, Sudan sejak 19 Disember lalu.
Kesukaran mendapatkan roti dan kenaikan harga barangan menyebabkan penduduk Sudan merusuh hingga mengakibatkan 8 kematian terjadi. Gambar AFP.
Penuntut Pengajian Islam Pengkhususan Sirah dan Dakwah, Universiti Antarabangsa Afrika, Muhammad Syamim Sazli, 24, berkata rusuhan terbabit menyebabkan kebanyakan mereka tidak dapat menghabiskan peperiksaan yang sedang berlangsung.
Katanya, jadual peperiksaan banyak tertangguh membantutkan rancangan untuk pulang ke tanah air.
“Setakat ini, seramai 10 penuntut sudah membeli tiket kapal terbang, namun kita dimaklumkan peperiksaan hanya dijangka selesai pada 16 Januari ini.
“Justeru, tiada pilihan selain menunggu penyusunan semula jadual kerana kita hanya boleh balik selepas selesai peperiksaan. Kita sedang menunggu keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi Sudan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi wartawan semalam.
Rusuhan mula merebak hingga menjejaskan keselamatan penduduk luar dan pelancong yang dinasihatkan tidak datang ke Sudan dalam masa terdekat.Gambar AFP.Protes besar-besaran ini sudah mulai merebak dan menuntut Presiden Sudan meletakkan jawatan
Mengulas lanjut, Muhammad Syamim berkata, pengalamannya berdepan dengan detik cemas rusuhan selepas menunaikan solat Jumaat minggu lalu agak mencemaskan.
Ads
Katanya, puluhan das tembakan dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan untuk menyuraikan sekumpulan jemaah yang berkumpul dan melaungkan slogan penentangan terhadap kerajaan sekarang.
“Setibanya di rumah, kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ekoran segelintir perusuh membaling batu kepada anggota keselamatan yang bertugas mengawal keadaan.
“Tidak lama kemudian, keadaan kembali normal, namun ia akan berulang kembali sebelum lokasi rusuhan diubah ke kawasan lain,” katanya.
Sementara itu Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Mohd Alif Mohd Ludin, berkata kebanyakan rakyat Sudan berpusu-pusu melakukan pengeluaran wang tunai di mesin ATM.
Ads
“Pertukaran nilai mata wang dolar Amerika Syarikat ke Pound Sudan juga agak sukar.
“Ada di antara mereka yang menawarkan untuk melakukan pembayaran menggunakan kad debit dan saya perlu membayarnya semula secara tunai semasa ke pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan rumah baru-baru ini,” katanya.
Protes terhadap kerajaan dan menuntut Presiden meletak jawatan semakin meluas dan merebakKemiskinan antara penyebab wanita Sudan agak tertindas
Pelajar kita diminta pulang ke tanah air
Sementara itu, Kedutaan Sudan di Malaysia meminta 105 mahasiswa yang terperangkap untuk pulang ke tanah air ekoran penutupan universiti berpunca pergolakan di Khartoum dan beberapa bandar lain sejak 19 Disember lalu.
Ads
Dutanya, Mohamad Razdan Jamil, berkata, tidak mustahil situasi boleh menjadi lebih buruk dalam tempoh 24 jam dan pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan mahasiswa terbabit.
“Kita akan minta mereka (mahasiswa) balik kerana universiti ditutup dan keselamatan mereka adalah keutamaan kami buat masa ini. Paling penting, kita akan pastikan mereka semua selamat terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya”
” Mahasiswa turut diingatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan politik dan menjauhkan diri dari tempat awam yang boleh menjejaskan keselamatan, katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, secara keseluruhannya terdapat 150 rakyat Malaysia yang menetap di Sudan merangkumi mahasiswa, diplomat dan ahli perniagaan.
Katanya, terdapat lima syarikat Malaysia yang beroperasi di Sudan iaitu PETRONAS, Nursyh Engineering Co Ltd, Hanas Services Co Ltd, DSV AL Anwar Trillion Gold Mining dan Beauty Bar.
“Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Sudan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga. Beberapa lokasi berisiko tinggi seperti Omdurman, Souq Al-Araby di Khartoum, Madani, Atbara dan Port Sudan sewajarnya dielakkan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.
SUMBER : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod perselisihan hubungan keluarga diraja Britain bukan lagi satu perkara yang boleh dirahsiakan. Ini susulan tindakan Putera Harry dan isteri, Meghan Markle untuk berundur daripada barisan hadapan tugas diraja tanpa berbincang dengan Ratu Elizabeth II pada awal tahun 2020.
Setelah itu, pasangan tersebut berpindah ke Amerika Utara dan juga muncul dalam temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey untuk menceritakan perihal kehidupan di istana termasuklah bagaimana Meghan menerima layanan berbaur perkauman.
Hampir dua tahun pasangan tersebut memutuskan perhubungan dengan keluarga diraja Britain (kecuali sewaktu Harry menghadiri pengebumian nendanya, Putera Philip dan tahun allu sewaktu Harry kenbali untuk merasmikan tugu ibunya, Puteri Diana bersama-sama abangnya, Putera William di Sunken Garden, Istana Kensington), mereka khabarnya telah pulang ke United Kingdom pada minggu ini untuk menghadap Ratu Elizabeth II!
Pertemuan diraja pada hari Khamis lalu itu bagaimanapun tidak didedahkan secara rasmi kepada media oleh pihak Istana Buckingham.
Menurut pemerhati keluarga diraja, ini memandangkan ia merupakan majlis peribadi di antara keluarga di Windsor dan bukannya acara rasmi yang memerlukan pengumuman daripada Istana Buckingkam dilakukan sebelum acara berlangsung. Mereka juga difahamkan telah bertemu Putera Charles dan Camilla yang berada di Windsor untuk servis ‘Maundry Thursday’.
Begitupun, rata-rata rakyat Britain gembira dengan perkembangan ini dan berharap agar pasangan tersebut akan kembali semula ke pangkuan keluarga diraja.
Harry dan Meghan bakal berangkat ke destinasi seterusnya iaitu di Belanda bagi menghadiri acara Invictus Games.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, produk penyedut hidung herba Hong Thai yang popular dari Thailand kini menjadi perhatian selepas pihak berkuasa negara itu mengarahkan penarikan semula besar-besaran berikutan penemuan bakteria berbahaya dalam satu kelompok pengeluarannya.
Penemuan Pencemaran Mikrob
Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA), hasil ujian makmal mendapati Hong Thai Brand Herbal Inhaler Formula 2 (nombor pendaftaran G 309/62) gagal melepasi piawaian keselamatan selepas ditemui pencemaran mikrob yang tinggi. Kes itu melibatkan kelompok pengeluaran 000332 yang dikeluarkan pada 9 Disember 2024 dan dijangka tamat tempoh pada 8 Disember 2027.
Analisis mendapati kehadiran jumlah mikroorganisme aerobik, yis dan kulapuk yang tinggi, termasuk bakteria Clostridium yang boleh menyebabkan jangkitan sekiranya terhidu atau bersentuhan dengan kulit secara berpanjangan. Ini menjadikan penyedut hidung herba Hong Thai dalam kelompok terjejas tidak selamat digunakan oleh orang ramai.
Kesan Terhadap Pengguna & Tindakan Undang-Undang
Untuk pengetahuan umum, penyedut herba Hong Thai sememangnya terkenal di rantau Asia, bukan sahaja dalam kalangan rakyat tempatan tetapi juga pelancong luar yang menjadikannya sebagai cenderamata wajib dari Thailand. Ia sering digunakan untuk melegakan hidung tersumbat, mengurangkan keletihan serta membantu menenangkan diri.
Namun, di bawah Akta Produk Herba Thailand, mana-mana produk yang gagal memenuhi piawaian keselamatan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk denda dan hukuman penjara. Pihak FDA kini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pengeluar terbabit berikutan kegagalan mematuhi standard keselamatan.
Tindakan Syarikat Hong Thai Ltd.
Syarikat Thai Herbal Hong Thai Ltd. dalam kenyataannya memaklumkan bahawa mereka telah menarik balik kesemua 200,000 unit daripada kelompok terjejas selepas pemeriksaan rutin mendapati pencemaran mikrob melebihi tahap yang dibenarkan. Pengasas syarikat, Teerapong Rabueathum, turut menjelaskan bahawa isu itu hanya melibatkan Lot 000332 sahaja, manakala kelompok lain disahkan selamat dan masih berada di pasaran.
“Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penggantungan terhadap keseluruhan operasi pengeluaran atau jualan. Hanya satu kelompok yang dikenal pasti tercemar telah ditarik balik bagi tujuan keselamatan pengguna,” jelas beliau dalam satu kenyataan rasmi.
Langkah Pemulihan & Kawalan Kualiti Baharu
Susulan itu, proses pemulangan produk sedang dijalankan dan pemusnahan rasmi dijadualkan pada 4 November ini dengan kerjasama FDA Thailand. Dalam masa sama, syarikat berkenaan berjanji untuk memperketat kawalan kualiti dengan melaksanakan sistem pensterilan sinar UV pada setiap peringkat pengeluaran bagi memastikan penyedut hidung herba Hong Thai kekal selamat digunakan selepas ini.
Status Jualan Di Malaysia
Produk Hong Thai turut dijual secara meluas di Malaysia menerusi platform e-dagang dan farmasi. Namun, semakan oleh Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) mendapati tiada sebarang rekod pendaftaran rasmi untuk produk berkenaan di Malaysia. Ini menimbulkan persoalan tentang status pengedarannya di pasaran tempatan serta tahap keselamatan produk yang masih dijual kepada pengguna.
Pengguna di Malaysia dinasihatkan untuk menyemak semula produk yang dimiliki dan mengelakkan penggunaan sekiranya ia berasal daripada kelompok pengeluaran 000332. Langkah berjaga-jaga ini penting bagi mengelak sebarang risiko jangkitan atau kesan kesihatan lain akibat penggunaan penyedut hidung herba Hong Thai yang tercemar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes menviralkan individu yang bekerja sebagai jururawat atau pegawai kesihatan ini rasanya sudah tidak asing dalam masyarakat kita.
Dengan kuasa teknologi media sosial sekarang, sekejap saja satu dunia boleh tahu tentang apa yang terjadi disekeliling mereka.
Korang mesti dah sedia maklum dengan kisah-kisah ‘kelakuan’ jururawat yang selalu diviralkan. Tidak memihak kepada mana-mana pihak, sebagai orang luar kita sebenarnya tidak perlu menambah ‘rencah’ dalam perkara yang diperkatakan kerana yang pertamanya, kita pun tak tahu cerita sebenar dan tidak berada di tempat kejadian.
Namun begitu, sekiranya memang benar apa yang diviralkan itu, korang sebenarnya boleh membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala permasalahan korang tu.
Seperti apa yang diterangkan oleh Dr. Khairul Hafidz cara viralkan pekerja perubatan di media sosial adalah salah. Buat aduan yang betul dan selebihnya serahkan kepada pihak mereka untuk menyiasat.
Korang boleh buat aduan di moh.spab.gov.my atau boleh juga tulis surat dan letakkan di peti aduan hospital atau klinik tersebut.
Setiap aduan memang akan diambil serius oleh pihak pengurusan dan penambahbaikan itu tidak dicanang kepada orang awam kerana ia dibuat secara internal.
Seorang pengguna Twitter ini juga berkongsi pengalamannya membuat aduan memberitahu aduannya diterima oleh Pengarah hospital kurang dari 24 jam.
Jadi sebenarnya tak timbul isu masyarakat tidak boleh bersuara atau tiada tempat untuk mengadu jika mengalami masalah dalam perkhidmatan sektor perubatan.
Sebelum bertindak melulu, baik korang fikir kesannya kepada orang lain. Silap-silap nanti, diri sendiri terjerat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!