Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. Inilah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan pelantikan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi sebagai Menteri Besar terbaru negeri Johor Darul Takzim. Beliau nampaknya mengikut jejak keluarganya yang sebelum ini menyandang jawatan penting dalam kerajan negeri Johor darul Takzim itu.

Lelaki berusia 43 tahun  ini yang menang sebagai ahli dewan undangan negeri Machap di pilihan raya negeri Johor dengan kelebihan majoriti undi 6,543 undian telah mengangkat sumpah hari ini di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kira-kira jam tiga petang tadi.

Onn Hafiz Ghazi, Cucu Bekas Perdana Menteri Malaysia Ketiga Dilantik Sebagai Menteri Besar Johor Ke-19

Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Onn Hafiz Ghazi, Cucu Bekas Perdana Menteri Malaysia Ketiga Dilantik Sebagai Menteri Besar Johor Ke-19

Merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan graduan dalam bidang perakaunan dari University of Hertfordshire, United Kingdom, Onn Hafiz sebelum ini pernah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor serta aktif dalam Gerakan aktiviti untuk generasi muda.

IKLAN

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, politik dan Onn Hafiz bukanlah perkara asing. Tidak keterlaluan penulis katakan yang perkara ini sudah mengalir dalam darahnya.

Onn Hafiz Ghazi, Cucu Bekas Perdana Menteri Malaysia Ketiga Dilantik Sebagai Menteri Besar Johor Ke-19

Beliau merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan ini menjadikannya sebagai anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Onn Hafiz Ghazi, Cucu Bekas Perdana Menteri Malaysia Ketiga Dilantik Sebagai Menteri Besar Johor Ke-19
Onn Jaafar

Moyangnya pula merupakan presiden pertama Parti UMNO dan Menteri Besar Johor yang ketujuh, Onn Jaafar. Manakala buyutnya pula, Jaafar Muhammad merupakan Menteri Besar Kesultanan Johor Moden yang pertama.

IKLAN

Selamat maju jaya REMAJA kepada Datuk Onn Hafiz!

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI