Tragedi kemalangan ngeri yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Antara yang terkorban adalah Nurly Shahirah Azman, 23, seorang pelajar yang bercita-cita tinggi dan disayangi ramai.
Namun, selepas pengebumian arwah di kampung halamannya di Besut, Terengganu, kubur beliau menjadi tumpuan sehingga terpaksa dipasang tali penghadang oleh ahli keluarga atas faktor keselamatan serta dakwaan berlaku perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam.
Aktiviti Khurafat Cetus Kebimbangan
Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang individu dikenali sebagai Ahmad Nazrul memaklumkan bahawa tindakan memasang tali penghadang dilakukan selepas didakwa terdapat segelintir pihak yang datang menziarahi kubur arwah melakukan aktiviti yang melanggar batas agama.
“Tali penghadang telah siap dipasang di sekitar kubur Nurly. Tali ini dipasang sendiri oleh ahli keluarga Nurly. Tidak dibenarkan sesiapa sahaja melintasi tali pengadang ini,” jelas Nazrul.
Tambah beliau, antara aktiviti yang dilaporkan berlaku termasuk perbuatan mengambil tanah kubur untuk disimpan di dalam poket atau plastik, selain ada yang menyapu tanah tersebut ke muka anak mereka.
Walaupun tidak semua pengunjung terlibat, insiden sebegini tetap mencetuskan kebimbangan.
Ads
Pihak Berkuasa Ambil Langkah Tegas
Susulan dakwaan ini, pihak Pejabat Agama Daerah Besut memaklumkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan perkara tidak sepatutnya di kawasan perkuburan itu.
Selain pemasangan tali penghadang, rondaan malam turut dijalankan secara berkala untuk memastikan kawasan perkuburan kekal aman dan tidak dimanipulasi oleh individu tidak bertanggungjawab.
Tragedi Hitam Yang Menyayat Hati
Insiden kemalangan yang berlaku sekitar jam 1.10 pagi di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik, Perak membabitkan sebuah bas persiaran dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza itu bukan sahaja mengorbankan Nurly Shahirah, malah turut meragut 14 lagi nyawa pelajar UPSI yang sedang dalam perjalanan.
Ads
Insiden tragis ini bukan sahaja mengundang kesedihan keluarga dan rakan-rakan mangsa, malah seluruh rakyat Malaysia turut merasai kehilangan besar tersebut.
Kesedaran Untuk Generasi Muda
Isu pagar dan tali penghadang di kubur arwah Nurly seharusnya membuka mata kita semua, khususnya generasi muda, agar lebih peka terhadap batas agama dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam kepercayaan tahyul, syirik atau amalan kurafat yang boleh menjejaskan akidah.
Apapun, hormatilah keluarga mangsa yang masih berduka. Elakkan menyebarkan sebarang spekulasi atau melakukan perkara yang boleh mengganggu ketenteraman di kawasan perkuburan.
Jadikan peristiwa ini sebagai peringatan kepada kita semua bahawa ajal itu pasti, dan kita sebagai remaja perlu sentiasa memperbaiki diri dengan ilmu, akhlak, serta pegangan agama yang kukuh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
Lagi kes tentang pelajar dibuli, baru-baru ini satu lagi kes yang melibatkan pelajar dibuli apabila berang dengan gurauan mangsa yang dikatakan mempermainkan suspek dengan janji untuk belanja makanan segera menjadi punca seorang pelajar dibuli tiga rakan seasrama.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan laporan kejadian buli melibatkan tiga pelajar sekolah di Tanah Merah, Kelantan, yang tular di media sosial semalam.
“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga mereka dengan gurauan hendak belanja KFC,” katanya.
Terdahulu satu rakaman video berdurasi selama 25 saat tular memaparkan sorang remaja dipukul dua remaja lelaki dalam sebuah bilik asrama di sekolah berkenaan.
Mangsa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat laporan. Polis sudah mengenal pasti suspek dan membuat tangkapan terhadap semuanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Rata-rata netizen naik marah dan geram dengan perlakuan pembuli ini.
Ishh…tahun 2020 pun dah nak habis tapi kes buli ni tak pernah berakhirkan. Paling malang ia melibatkan pelajar sekolah….huhu
So apa pendapat korang cara terbaik menangani isu buli dikalangan pelajar ni?
Sumber : Astro Awani, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lembah Kelang mencatat peningkatan kes positif Covid-19 yang cukup membimbangkan. Kini dalam kes terbaru spesifik di kawasan yang selalu dikunjungi ramai, pusat membeli belah Mid Valley dan The Garden telah disahkan ada kes positif selepas pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut mengumumkan bahawa staf disalah sebuah butik telah disahkan positif virus yang telah meragut banyak nyawa itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, staf yang didapati positif Covid-19 itu merupakan pekerja di syarikat London Sales Cosmetics Sdn Bhd yang mengendalikan operasi butik Origani dan Elevatione Time Stops di kedua-dua pusat membeli belah terbabit.
Sumber gambar: Butik Origani via myorigani.comSumber gambar: Butik Elevatione via thegardensmall.com.my
Staf terbabit memberitahu kepada pihak pengurusan pada 9 Oktober 2020 yang ada ahli keluarganya telah terdedah kepada virus tersebut. Dia dengan segera mengasingkan dirinya dengan kuarantin kendiri dan setelah pemeriksaan dilakukan, dia telah disahkan positif pada 10 Oktober 2020.
Dalam kenyataan itu lagi, staf terbabit tidak menunjukkan sebarang simptom. Seiring dengan pengesahan kes itu, Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan dan pengesanan kontak telah dilakukan.
***P/S – Buat masa sekarang elakkan kunjungi lokasi yang sesak. Ini bukan sahaja untuk melindungi diri tetapi melindungi ahli keluarga kita yang lain juga.
Sumber: Instagram The Gardens Mall
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikea merupakan pusat sehenti pembelian barang kelengkapan rumah yang cukup popular di Malaysia. Memiliki empat cawangan di seluruh Malaysia, pihak Ikea Malaysia baru-baru ini telah membuat pengumuman penarikan semula dua produk keluaranya.
Produk yang dikenali dengan nama Talrika dan Heroisk itu ditarik balik penjualannya atas beberapa faktor keselamatan. Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi mereka,
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki piring, mangkuk, dan cawan HEROISK atau TALRIKA agar berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.
Keselamatan adalah keutamaan utama IKEA dan oleh itu kami mengambil langkah berjaga-jaga dan menarikbalik piring, mangkuk, dan cawan HEROISK dan TALRIKA kerana ia boleh pecah dan berpotensi menyebabkan luka terbakar kerana kandungan panas.
Semua produk kami diuji dan mematuhi piawaian dan perundangan yang berlaku. Walaupun begitu, kami telah menerima laporan mengenai kerosakan produk. Setakat ini tiada kejadian yang diketahui dilaporkan di Malaysia.
HEROISK dan TALRIKA boleh dikembalikan ke mana-mana kedai IKEA di kaunter Exchanges & Returns untuk bayaran balik sepenuhnya. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan. IKEA meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan oleh penarikan balik ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di talian 03-7952 7575.
Menurut tinjauan Remaja, dalam laporan portal Channel News Asia, dua jenis produk ini yang merangkumi rekaan pinggan, mangkuk dan cawan mempunyai kemungkinan untuk pecah dan menyebabkan luka terbakar jika diisi dengan makanan dan minuman panas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!