Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pengacara Dayah Bakar telah menjadi milik orang!
Selebriti yang petah bercakap ini telah sah bergelar isteri kepada pegawai tentera berpangkat kapten, Muhammad Hanif Hamidi pagi tadi.
Jika semalam, Dayah telah diraikan dalam majlis berinai dengan memakai dress songket daripada pereka Wajie Ibrahim. Pereka fesyen itu berkongsi di dalam Instagram-nya tentang proses memilih konsep songket kuning, satu kelainan berbanding dress nikah selebriti lain pada tahun ini.
“Dayah tanya Wajie, malam berinai nak buat tema apa? Wajie cakap buat je ala keMelayuan, boring lah tengok Bollywood je. Wajie cakap songket lah sebab batik pun dah ramai sangat selebriti yang buat. Dayah terus on!” katanya yang juga mencadangkan Dayah untuk memilih kuning dan bukannya hijau.
Ads
Untuk majlis akad nikah pagi tadi di Ampang Hilir pula, Dayah memilih salah seorang daripada pereka kegemarannya Azura Couture.
“Saya memang kenal dengan kebolehan Azura. Dia memang berkebolehan dan tahu dengan minat serta citarasa. Kalau pilih Azura mesti siap pakai,” kata Dayah sebelum ini semasa bertemu dengan REMAJA.
Ads
Sementara itu, Azura juga menyifatkan sudah ibarat kakak-adik dengan Dayah sejak dia mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan lagi.
“Saya ingat lagi Dayah pernah berkata, dia bukannya terkenal sangat tetapi ingin memakai Azura Couture semasa baru mengacara. Sejak itu, kami memang selesa dengan each other.
“Saya ambil masa sebulan untuk menyiapkan baju nikah Dayah dan Haniff. Tak banyak yang dimintanya, Dayah masih ingin menjadi diri sendiri pada hari nikah tapi dengan sedikit feature istimewa.
“Jadi saya gunakan teknik beading pada dress, manakala cape pada bahu kanan pula menambah rasa elegan,” kata Azura yang dihubungi REMAJA.
Ads
“Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Dayah dan Haniff, semoga berkekalan.” Azura juga ialah pereka fesyen untuk baju resepsi mereka berdua.
Sementara itu, para bridesmaids Dayah yang juga terdiri daripada selebriti, Heliza Helmi memilih pereka fesyen, Lisa Adam Official untuk menyiapkan pakaian mereka pada pagi. Sweet, simple dan memang kena dengan dekorasi dais pada pelamin nikah.
Sekali lagi, tahniah kami ucapkan kepada Dayah Bakar dan Kapten Haniff Hamidi!
Kredit Foto: Instagram @saifulchin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut sahaja kucing pasti kita akan terus terbayang pelbagai aksi comel yang sentiasa menghiburkan kita. Malah kucing juga menjadi antara binatang paling popular di laman media sosial terutamanya di YouTube.
Membela kucing yang kini bukan sahaja dianggap sebagai haiwan peliharaan sahaja tetapi sebagai salah satu ahli keluarga dalam masyarakat kita yang moden. Kehadiran mereka dalam hidup sering menjadi menawar duka untuk ramai orang. Dan itulah yang biasa menjadi sebab utama kenapa ramai orang membela kucing.
Antara kelebihan orang membela kucing ialah mereka menjadi lebih penyayang terhadap binatang, penyabar dan juga lebih berdisiplin. Namun terdapat lima kelebihan dan manfaat yang tak disangka dapat diperolehi oleh seseorang yang mempunyai kucing dalam hidup mereka.
Membantu menghilangkan stres
Bayangkan hari kamu yang sangat sibuk dengan padat dengan tugasan sehinggakan rasa sangat stres. Namun bila pulang ke rumah kamu disambut ceria oleh kucing yang datang dengan manja dan minta dibelai. Mempunyai kucing memberikan impak cukup besar kepada mindset pemiliknya. Menurut saintis, jika kamu menghabiskan masa selama 15-30 minit sehari bersama kucing, minda akan lebih tenang dan positif. Apabila bersama kucing kadar serotonin (bahan kimia dalam otak) meningkat dan merendahkan kadar cortisol. Secara ringkasnya ia memberi rasa feels good!
Memberikan kesihatan lebih baik
Percaya atau tidak menjadi seorang pemilik kucing boleh memberikan banyak manfaat kesihatan. Terdapat banyak manfaat yang boleh disebut tetapi salah satu daripadanya ialah merendahkan risiko untuk berdepan dengan serangan jantung dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
Perlindungan daripada tikus
Ia bukan lagi rahsia bahawa kebanyakan tikus cukup takut dengan kucing terutamanya di kawasan kediaman. Lihat sahaja di mana kucing menghabiskan masa bermain pasti tiada bayang seekor tikus pun akan kelihatan. Kucing liar menjadikan tikus sebagai makanan mereka tetapi berbeza untuk kucing domestik, mereka memburu tikus sebagai cabaran serta mengaktifkan naluri pemangsanya.
Bantu pulih dari trauma
Terdapat pelbagai kajian tentang manfaat yang diberikan oleh kucing terhadap individu yang menderita masalah trauma. Sebagai contoh ramai tentera yang berdepan dengan post traumatic stress disorder atau PTSD merasa lebih tenang bila mereka diperkenalkan dengan kucing. Ini terutamanya buat seseorang yang mempunyai masalah untuk percaya kepada orang lain. Kehadiran kucing dapat membantu mereka mengatasi masalah trauma dengan memberikan tumpuan dan kasih sayang kepada kucing.
Mengekalkan bentuk badan
Dapat mengekalkan bentuk badan? Mungkin itu persoalan yang bermain di minda kamu sekarang. Ya, membela kucing sebenarnya membantu kamu untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif. Kucing merupakan haiwan yang mudah berasa bosan dan inginkan aktiviti yang aktif. Jika mereka dalam mood yang aktif dan ingin bermain, di sinilah pemilik kucing perlu memberikan perhatian. Main sorok-sorok dengan kucing? Why not! Apatah lagi kamu perlu merangkak, berlari dan bergerak ke sana-sini bersama mereka. Sceara tak langsung kamu dah bersenam!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Stacy Anam telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ketujuh menerusi program The Hardest Singing Show.
Penyanyi lagu popular Pelangi Senja itu tampil memukau para penonton dan juri dengan persembahannya yang diringi dengan gabungan pakaian tradisional dan tarian daripada etnik Kadazan Dusun iaitu tarian buluh.
“Saya sangat gembira kerana dapat juga rasa berada di kedudukan pertama ini. Lagi membuatkan saya gembira apabila tema minggu ini, dapatlah saya membawa elemen dari Borneo. Alhamdulillah.
“Walau dah berada di kedudukan ini, kita tak mahulah buat ala kadar bagi minggu seterusnya. Minggu depan saya akan lakukan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya kepada Remaja.
Dengan tema Dunia Belagu, malam semalam telah menyaksikan Stacy menerusi lagu nyanyian asal, Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Asmaradana berjaya mengungguli kesemua tujuh bintang lain dengan markah 87.84% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.
Persembahan memukau daripada Stacy itu juga sekali lagi menjadi pilihan peminat dan penonton dengan meraih undian yang banyak sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kedua dan telah membawa pulang RM3,000.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aishwarya Rai, nama yang tidak asing lagi dalam dunia Bollywood dan antarabangsa, baru-baru ini mencetuskan spekulasi apabila beliau dilihat menggunakan nama asalnya tanpa ‘Bachchan’
Aishwarya Rai mencetuskan semula dakwaan mengenai perceraiannya dengan Abishek Bachchan selepas muncul di acara Global Women’s Forum di Dubai dengan menggunakan nama ‘Aishwarya Rai’ dan bukannya ‘Aishwarya Rai Bachchan’.
Tampil cantik menyerlah dalam ensembel biru, Aishwarya membuatkan ramai yang terkejut apabila dia dipanggil tanpa menggunakan nama suaminya, Abishek Bachchan. Bukan itu sahaja, skrin di bahagian belakangnya juga hanya menulis namanya sahaja.
Tetapi ini bukan kali pertama Aishwarya tidak menggunakan nama keluarga Abishek iaitu ‘Bachchan’. Sebelum ini dia pernah mengumumkan nama ‘Aishwarya Rai’ sahaja apabila menghadiri SIIMA Awards bersama anak perempuannya, Aaradhya Rai Bachchan.
Aishwarya Rai
Secara tidak langsung, situasi tersebut telah menimbulkan kerisauan ramai mengenai spekulasi perceraian di antara Aishwarya dan Abishek.
Walau bagaimana pun, pasangan ini sehingga sekarang tidak memberikan sebarang jawapan mengenai khabar angin perceraian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!