Satu lagi berita mengejutkan diterima peminat selebriti Korea pagi ini apabila pelakon cantik, Park Shin Hye bakal melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Choi Tae Joon.

Berita ini diumumkan sendiri oleh Park Shin Hye menerusi official fan café yang berbunyi:

Hello, saya Park Shin Hye

Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini, saya berharap anda semua dapat menjaga diri dengan baik.

Beberapa ketika dahulu, saya telah menandatangani kontrak dengan agensi pertama sewaktu 20 tahun lalu. Ketika itu, saya merupakan pelajar tingkatan 6 dan pada tahun kedua di sekolah menengah, saya memegang kerjaya sebagai pelakon. 18 tahun telah berlalu dan masa terlalu cepat.

Ramai yang sudah bersama saya sepanjang usia remaja dan terima kasih atas dorongan kalian, saya menjadi seorang pelakon yang menunjukkan pelbagai sisi diri saya dalam setiap tawaran kerja yang diterima.

IKLAN
Park Shin Hye Umum Bakal Berkahwin, Kini Sedang Mengandung Anak Pertama
Foto: Film Daily

Tidak terkira masa saya gembira berada di hadapan kamera, tetapi ada juga masa saya bergelut, peminatlah yang memberi saya kekuatan dan keberanian.

Hanya satu atau dua perkataan daripada anda cukup untuk saya menjadi kuat, sudah cukup untuk kembali membuat saya berdiri teguh.

Ini mungkin membuatkan saya gementar untuk menyampaikan berita ini kepada anda dan saya bimbang anda semua akan sangat terkejut. Tetapi, saya mahu anda menjadi orang pertama yang mengetahuinya tidak kira apa sekali pun.

Saya akan berkahwin dengan orang yang sudah lama berada di dengan saya. Dia adalah tonggak sokongan saya selama ini dan dia menerima segala kekurangan diri saya. Jadi, saya merancang untuk memulakan kehidupan sebagai pasangan yang berkahwin.

IKLAN
Park Shin Hye Umum Bakal Berkahwin, Kini Sedang Mengandung Anak Pertama
Foto: Allkpop

Walaupun saya teragak-agak untuk membincangkan perkara ini kerana masih di peringkat awal, semasa kami mula membuat persiapan untuk perkahwinan dan kehidupan baru kami; banyak yang ingin saya beritahu anda semua. Saya berjanji akan menunjukkan sisi baik saya walaupun selepas mempunyai keluarga sendiri nanti.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menyayangi dan menyokong saya walaupun saya ada kekurangan dalam banyak perkara. Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali sebagai seorang pelakon secepat mungkin tanpa membuat anda menunggu terlalu lama.

“Itu sahaja daripada saya, jaga diri dengan baik dan saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda buat masa ini.”

*

Wah, sebak pula bila membaca luahan hati Park Shin Hye ini.

IKLAN

Sebelum ini, Park Shin Hye telah membuat pengakuan umum tentang hubungannya bersama Choi Tae Joon pada tahun 2017. Kini menurut agensinya Salt Entertainment, Park Shin Hye bakal melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada 22 Januari 2022.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, agensinya turut melaporkan pelakon berusia 31 tahun itu kini sedang hamil! Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Para peminat seperti dijangka tampil terkejut namun tetap mengucapkan tahniah buat Park Shin Hye dan Choi Tae Joon.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI