Sebuah lagi program realiti Pencarian Ratu Hijabista bakal membuka peluang kepada wanita berhijab untuk mencuba nasib, sekali gus mempertaruhkan bakat, rupa serta personaliti menarik bagi merebut gelaran juara.
Program yang dianjurkan oleh majalah Hijabista ini mencari wanita berhijab yang mampu memberikan inspirasi serta contoh positif kepada wanita-wanita diluar sana.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini, ujibakat dilakukan secara online di laman Instagram dan kini hanya 12 finalis yang berjaya dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Dan kini, majalah Hijabista telah pun memperkenalkan barisan 12 finalis Ratu Hijabista..
Manis-manis orangnya. Tapi, macam mana dengan performance mereka nanti? Jangan lupa saksikan Ratu Hijabista setiap hari Rabu bermula 12 Ogos 2020 pada jam 9 malam hanya di saluran Astro Prima.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu menghina fizikal orang lain seakan sudah menjadi satu mainan bagi sesetengah orang lain dan lebih jelas dengan zaman teknologi hari ini. Asal tidak berpuas hati, kita akan menyebut nama individu dengan niat memalukan individu tersebut.
Gemuk, hitam dan lain-lain gelaran adalah sesuatu gelaran yang patut kita hentikan kerana tanpa sedar kita mengheret diri ke penjara jika ada laporan dibuat.
Masa yang sama, sanggupkah kita memikul beban di dunia dan akhirat kerana telah memalukan individu tersebut? Apa yang pasti, bagi yang mungkin belum sedar, hentikan body shaming kerana ia salah di sisi undang-undang dan korang boleh di penjara.
Mungkin ramai di antara kita yang masih tidak tahu bahawa perbuatan ‘body shaming’ atau mempersendakan bentuk tubuh fizikal seseorang adalah satu kesalahan jenayah di sisi undang-undang Malaysia. Untuk makluman semua, ‘Body shaming’ telah diklasifikasikan sebagai jenayah buli siber dan mangsa yang terkena perbuatan ini boleh membuat laporan polis atau kepada SKMM.
Mengikut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) , jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Antara kesan-kesan buruk yang boleh terjadi kepada mangsa perbuatan tidak bermoral ini adalah, stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan, dan kes bunuh diri.
Memetik artikel di Sinar Harian, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, pelaku juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya kerana perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang. Menurut Kamal Affandi, adalah penting bagi mangsa mengetahui hak mereka dengan membuat laporan polis sekiranya menjadi mangsa.
“Mangsa body shaming yang berasa diri dimalukan boleh membuat laporan dan siasatan akan dijalankan. Sekiranya didapati benar-benar berlaku maka tindakan boleh diambil terhadap si pelaku,” katanya
Setiap tubuh manusia adalah berbeza-beza. Menghina fizikal orang lain sama seperti kita menghina ciptaan Allah SWT. Beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata-kata biarpun niat kita hanya sekadar untuk bergurau. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam satu majlis pernikahan, sebaik jurunikah menyebut sah, pengantin lelaki akan menadah tangan mengucapkan kesyukuran. Langkah seterusnya menghampiri isteri, menyarungkan cincin tanda pembatalan air sembahyang, mencium dahi isteri dan seterusnya ada yang solat sunat kesyukuran selain bergambar beramai-ramai.
Ramai percaya, menyarung cincin, mencium dahi antara yang wajib dilakukan bagi pasangan suami isteri sebaik akad nikah berlangsung.
REMAJA menemuramah Ketua Imam Masjid Al Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam, Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff bertanya benarkah acara membatalkan air sembahyang seperti dilakukan oleh ramai pasangan sebagai sebahagian dari adat atau budaya semata-mata. Malah artikel ini juga bukan untuk menimbulkan kontroversi, cuma masyarakat perlu faham apa beza antara adat dan ajaran Islam.
Ketua Imam Masjid Al Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam, Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff
Menurut Ustaz Wan Mohd Rahim, dalam ajaran Islam, TIADA UPACARA BATAL AIR SEMBAHYANG.
“Tiada juga cium dahi isteri dan lain-lain perkara yang sudah biasa dibuat.
Menjelaskan pendapat ini, Ustaz Wan Mohd Rahim berkata, ada lima rukun nikah yang perlu diketahui.
“Pertamanya, pengantin lelaki. Dikuti pengantin perempuan. Rukun ketiga ialah adanya wali, dua orang saksi lelaki dan terakhir ijab dan kabul (akad nikah).
“Jika kesemua ini telah lengkap, maka acara akad nikah yang menghalalkan sebuah perhubungan boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui.
Dalam ajaran Islam, cium dahi isteri tidak boleh dilakukan di khalayak ramai kecuali di dalam bilik, atau hadapan muhrim. Gambar hiasan
Dalam pada itu, Ustaz Wan Mohd Rahim menjelaskan, sebaik-baik ajaran Islam selepas akad nikah ialah pengantin perlu pulang ke rumah masing-masing selepas meraikan tetamu (contoh jamuan makan dan sebagainya).
“Kalau nak cium dahi isteri, lakukanlah di rumah di hadapan ahli keluarga atau di dalam bilik tidur. Kenapa kita tidak digalakkan mencium dahi isteri di khalayak ramai? Ini kerana dalam ramai-ramai tetamu, boleh jadi ada yang tidak berkemampuan lagi untuk bernikah namun syahwatnya sudah ada. Jadi sarjana Islam berpendapat, adalah tidak manis untuk mencium dahi isteri di khalayak ramai,” katanya menjelaskan isu ini.
Apa Islam ajarkan?
Menurut Ustaz Wan Mohd Rahim, sarjana Islam menjelaskan, selepas habis majlis akad nikah, semua adat-adat yang biasa dilakukan di khalayak ramai harus lakukan di rumah sahaja di hadapan muhrim sahaja.
“Islam menggalakkan suami meletakkan tangan atas ubun-ubun isteri dan kemudian bacalah doa ini. Doa ini bermaksud, “Ya Allah, kau kurniakanlah kepadaku isteri yang baik dan menpunyai akhlak yang baik. Selepas itu, letak atas kepala isteri dan lakukan acara batal air sembahyang itu. Cium dahi isteri dan isteri boleh cium tangan suami sebagai tanda hormat. Kemudian boleh buat solat sunat dua rakaat bersama-sama isteri di dalam bilik,”katanya menerangkan kenapa semua perkara ini perlu dilakukan dalam keadaan tertutup adalah kerana kita tidak mahu terikat-ikat dengan budaya barat.
“Kalau kita tengok cara Barat meraikan perkahwinan mereka, selepas kahwin mereka akan bercium di khalayak ramai. Kita tak boleh begitu. Cukuplah di lakukan dalam rumah.
“Samalah juga dengan soal bertukar-tukar hantaran, semua ini tiada dalam ajaran Islam. Kalau kita boleh elak, elakkanlah agar tidak terikut-ikut dengan budaya ini. Kalau kita dah tahu jangan teruskan dan anggap ia satu perkara wajib dalam setiap majlis akad nikah,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Wan Rahim turut berkata, tidak salah untuk seorang ayah yang memiliki anak perempuan untuk meminang lelaki untuk menjadi calon menantunya.
“Jika kita terjumpa calon lelaki yang baik, selalu solat Subuh dan Isyak berjemaah, dan diyakini pegangan agamanya, tak salah kita pinang untuk anak kita,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak video yang menyaksikan kanak-kanak petah bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf tular di media sosial beberapa minggu lalu, semakin banyak jemputan dari pelbagai pihak termasuklah beberapa syarikat pengeluar produk yang terpaksa ditolak olehnya secara baik.
Ini memandangkan tahap kesihatan Haziq yang menghidap talasemia memerlukan keluarganya untuk bijak membahagikan masa kanak-kanak itu antara di sekolah dan temu janji doktor yang perlu dipatuhi.
Sehingga kini, khabarnya lebih 20 jemputan terpaksa dilupakan oleh Haziq. Ibunyq, Nur Shakilla Zainol, 33 berkata anaknya itu hanya akan memenuhi jemputan untuk majlis bersesuaian sahaja. Jadual Haziq itu juga akan disusun rapi oleh keluarga agar anaknya tidak rasa terbeban.
Baru-baru ini, Haziq turut berkesempatan untuk menemui dan berbual bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Jangan Ambil Kesempatan
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah turut berharap agar pihak luar tidak mengambil kesempatan terhadap populariti mencanak yang diterima oleh anak muridnya itu sehingga mengakibatkan kesihatan serta pelajarannya terabai.
Haziq juga berpeluang menjadi ‘wartawan cilik’ bagi laporan Astro Awani setelah videonya yang menemui ular tular.
Encik Subberi Salleh turut mengingatkan agar mana-mana pihak yang ingin meraikan murid Tahun Lima itu untuk mengambil kira waktu persekolahan yang harus dipatuhinya. Ini demi menjamin persediaan rapi dapat dilakukan oleh Haziq yang bakal berdepan peperiksaan penggal tiga, tidak lama lagi.
Beliau ditemui media ketika mengiringi Haziq yang memenuhi jemputan Balai Bomba & Penyelamat Amanjaya Sungai Petani untuk merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera bomba, kelmarin.
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!