Jujurnya, kami terkejut apabila melihat beberapa postings di Instagram Story milik seorang wanita yang sudah memiliki 2 orang anak semalam.
Postings tersebut berbaur tohmahan terhadap seorang influencer remaja berusia 19 tahun iaitu Nur Alya Iman Azmil, yakni anak dara pelakon senior Allahyarham Azmil Mustafa.
Ia dipenuhi kata-kata amarah seorang isteri terhadap Alya Iman yang dikategorikan olehnya sebagai ‘peruntuh rumahtangga orang’ ataupun ‘homewrecker’.
Alya Iman segera ditemuramah oleh rakan media di Media Hiburan untuk mendapatkan kenyataan tuan badan sendiri.
Tanpa berselindung dan jujur, petikan kenyataan yang diberikan oleh Alya berbunyi seperti berikut:
“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun. Dia telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.
“Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.
“Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.
Ads
“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.
“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.”
Untuk membaca kenyataan penuh Alya Iman, korang boleh klik ke artikel Media Hiburan ini.
*
Ads
Jelas, Alya enggan meneruskan hubungan tersebut apabila mengetahui hubungan mereka tidak diketahui dan direstui oleh isteri si dia. Lalu, Alya tidak mahu menjadi punca runtuhnya keluarga orang lain dan akhirnya meninggalkan hubungan tersebut.
Senario yang REMAJA perolehi daripada situasi tersebut adalah rasa rela seorang remaja perempuan untuk menjadi madu kepada isteri pertama walaupun masih berusia muda. Amat muda.
REMAJA enggan menghakimi keputusan Alya ataupub mana-mana remaja di luar sana yang terbuka hati untuk bergelar isteri kedua. Cinta dan rahsia hati itu sememangnya sukar untuk difahami.
Namun apa yang kami ingin kupaskan adalah, apakah benar remaja sekarang tidak merasa ralit untuk berkongsi madu atas dasar cinta? Inikah trend terbaru yang sedang melanda kita?
Penulis ingin memetik kembali kata-kata Prof Dr Muhaya tak lama dulu.
“Wanita yang malang adalah wanita yang salah memilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah sepenuhnya mengikut acuan suaminya. Selepas bernikah, bermakna selangkah kaki ke syurga atau neraka.
“Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal kepada Allah). Bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang.
“Nampak remeh hal ini, tapi berkahwinlah kerana Allah SWT,” pesan beliau.
*
Tepuk dada, tanya selera. Siapalah kita untuk mengiya atau menidakkan perasaan seseorang. Namun harus diingat, pertunangan dan pernikahan itu bukanlah hanya di antara kalian berdua.
Ia juga melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak dan restu daripada mereka. Tanpa restu, sukar untuk sesebuah hubungan itu untuk pergi jauh. Wallahualam.
Selepas tujuh tahun cuba mempertahankan mahligai perkahwinan yang dibina, rumah tangga pasangan pelakon; Fattah Amin, 34 dan Nur Fazura, 41 berakhir hari ini dengan penceraian talak satu.
Lafaz cerai telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi tadi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Ketika ditemui di luar mahkamah, kedua-dua pihak memaklumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk bercerai talak satu kali pertama.
Masing-masing turut mencapai persetujuan bagi perjanjian nafkah idah dan nafkah anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
3 Punca Penceraian Menurut Fazura
Menurut Nur Fazura dalam sidang media di sini ketika ditanya mengenai punca penceraian, beliau menamakan 3 faktor utama.
Yang pertama adalah dakwaan Fattah telah mengabaikan pemberian nafkah terhadapnya dan anak, Fatima sejak empat tahun yang lalu termasuklah duit raya kedua beranak itu.
Keretakan rumah tangga juga disahkan berlaku disebabkan orang ketiga yang dapat dihidu sejak bulan Ogos. Namun, perlakuan curang bersama individu yang didakwa sebelum ini bermula sejak awal tahun ini.
Terakhir, Fazura juga dalam nada sebak menyatakan faktor ketidaksefahaman antara mereka berdua menjadi punca terakhir penceraian berlaku. Menurut Fazura, dirinya sudah lama tidak bahagia, emosinya terganggu dan mentalnya tertekan untuk mempertahankan rumah tangga walaupun pelbagain tohmahan dilontarkan terhadapnya.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak akan menyelesaikan soal hak penjagaan anak mereka itu di Mahkamah Tinggi menerusi pemfailan kes baharu.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pada 3 September 2024, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim merupakan figura yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Dia dahulunya terkenal dek kredibilitinya sebagai wartawan penyiaran dan juga pembaca berita TV3. Kemudian mengundurkan diri dari lensa kamera, dia berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata.
Anak sulungnya Pengiran Muda Abdul Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006 manakala anak keduanya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pula dilahirkan pada 28 Januari 2008. Selepas bercerai, kedua-dua anaknya kekal menetap di Brunei bersama bekas suaminya.
Terbaru, Azrinaz telah memuat naik gambar terkini anak sulungnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel di ruangan Instagram. Terserlah ketampanan putera raja yang menginjak usia 16 tahun dalam gambar tersebut, hantaran itu disertakan dengan kapsyen, “Son of my life.”
Menuai pujian ramai, foto tersebut telah menerima lebih 22 ribu tanda suka saat artikel ini ditulis. Dengan rambut yang tersusun rapi dan wajah cerah mulus, ramai warganet berkongsi pandangan mengatakan yang Pengiran Muda Abdul Wakeel mewarisi raut wajah ibunya.
Sedikit latar tentang Pengiran Abdul Wakeel, baginda kini merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong. Sekolah ini menawarkan pendidikan yang berasaskan kurikulum pembelajaran British. Kini gelaran rasmi untuk baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Sekadar info, Azrinaz Mazhar Hakim kini telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 2018. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita semua pernah melalui kedukaan dalam kehidupan. Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.
Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
1. “Putus cinta bukan bermaksud gagal dalam kehidupan”
Betul tu! Setiap dari kita ada banyak masa untuk explore benda baru. Jangan jadikan cinta yang tak kesampaian itu satu titik pengakhiran dalam kehidupan. BIG NO!
2. “Aku cantik/kacak, berpelajaran tinggi, ada lagi yang lebih baik dari si dia. Chill je.”
Terapkan positive vibe dalam diri kamu. Sekali sekala bangga diri tu tak salah, cuma jangan keterlaluan sangatlah. Cukup untuk menghilangkan rasa murung.
3. “Ada berjuta manusia di atas dunia ni, keep searching“
Yup! Keep searching. Banyak contoh yang boleh kamu jadikan panduan. Contohnya pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra. Siapa sangka warganegara India akan bertemu jodoh dengan mat salleh. Begitu juga dengan pasangan Prince Harry dan Meghan Markle. Mungkin kamu ada peluang untuk berkahwin dengan anak raja? Positive!
4. “Single pun okay what?!”
Jangan hanya menganggap orang yang bercinta sahaja boleh bahagia. Single pun bahagia juga.
5. “Don’t give up!“
Kerana satu percintaan tidak berjaya tak bermakna masa depan cinta kamu malap selamanya. Sentiasa buka ruang untuk menerima cinta baru.
6. “Kesedihan tu Allah bagi…”
Semua yang kamu hadapi ketika ini adalah ujian daripadaNya. Perasaan gembira dan sedih itu juga datang daripadaNya. Jadi, tidak salah untuk anda berasa sedih untuk seketika. Jangan pura-pura happy, jadi diri sendiri. Dengan IzinNya, perasaan sedih itu akan berlalu pergi dengan sendirinya, dan digantikan dengan perasaan gembira.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!