Bila masuk je tahun baru kami yakin ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan. Maka, macam-macam jenis diet la yang korang akan google untuk lihat mana satu yang paling berkesan.

Antara diet yang popular adalah diet rendah karbohidrat seperti Atkins dan diet Ketogenik. Ada yang percaya bahawa diet ketegoneik boleh mencegah dan merawat kanser.

Persoalannya, adakah fakta ini benar atau tidak?

Bagi menerangkan situasi ini, kami nak kongsikan dengan korang tentang kenyataan yang telah dibuat oleh seorang doktor di laman Facebooknya tidak lama dahulu tentang diet karbohidrat adalah tidak selamat untuk diamalkan.

Menurut Dr Rushdan Noor, satu kajian prospektif yang besar prospektif yang besar telah dilakukan ke atas beribu orang oleh Maciej Bonach daripada Medical University of Lodz mendapati individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kematian pramatang (premature death).

Diet Karbohidrat Sebenarnya Tak Selamat, Doktor Ini Jelas Ia Boleh Tingkatkan Risiko Kematian

Risiko kadar kematian juga lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari (51%), angin ahmar (50%) dan kanser (35%). Hasil kajian ini telah pun dibentangkan semasa Kongres European Society of Cardiology pada 28 Ogos 2018.

Satu meta-analisis yang lebih besar ke atas 7 kajian prospektif cohort melibatkan hampir 45 ribu orang peserta mendapati berlaku peningkatan risiko kadar kematian iaitu 15% bagi keseluruhan penyakit, 13% bagi penyakit jantung dan 8% bagi penyakit kanser oleh individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.

Ha, inilah bahaya yang mungkin korang hadapi sekiranya mengamalkan diet karbohidrat. Walaupun ia berkesan untuk menurunkan berat badan, tekanan darah dan gula darah tetapi kesan jangkamasa panjang sangat menakutkan.

Diet Karbohidrat Sebenarnya Tak Selamat, Doktor Ini Jelas Ia Boleh Tingkatkan Risiko Kematian

Jadi pada pandangan ahli sains perubatan, lebih baik sekiranya korang mengelak daripada melakukan diet rendah karbohidrat. Bagi pesakit kanser pula, doktor ini menasihati supaya jangan mengamalkan diet ketogenik ataupun mengamalkan pengambilan gula/karbohidrat yang terlalu rendah bersama dengan diet tinggi lemak dan protein.

Tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa diet ini dapat membantu pesakit kanser sama ada untuk mencegah atau merawat. Sebaliknya, ia mungkin mendatangkan lebih banyak mudarat kepada pesakit.

So guys, kalau nak diet tu pilihlah diet yang sihat dan tidak memudaratkan. Bukan tak boleh makan langsung, minimakan pengambilan makanan kan lebih baik.

Jangan sebab nak kurus cepat, korang yang merana di kemudian hari.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI