Baru-baru ini, jaguh karate negara, Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi berjaya melakar kejayaan selepas meraih pingat emas dalam acara kata individu remaja wanita pada Kejohanan Asia Kadet, Junior & U21 2026 di Amman, Jordan, pada Selasa.

Difahamkan, Nur Aneesa Aira tampil cemerlang di Dewan Prince Hamzah apabila menewaskan wakil Chinese Taipei, Chen Po-Jen dengan keputusan 4-1 dalam aksi final sekaligus memastikan lagu ‘Negaraku’ berkumandang di bumi Jordan.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan atlet berusia remaja itu menampilkan persembahan penuh yakin untuk mengatasi pencabar terakhirnya, manakala pingat gangsa pula dikongsi oleh Tawfeeq Jude dari Kuwait dan Khalil Habiba dari Emiriah Arab Bersatu.

Nur Aneesa Aira Ungguli Kata Individu Remaja Wanita Asia, Julang Emas Buat Malaysia! Tahniah! Nur Aneesa Aira Ungguli Kata Individu Remaja Wanita Asia, Julang Emas Buat Malaysia! Tahniah!

Ads

Perjalanan Nur Aneesa Aira ke pentas final turut berlangsung dengan cukup meyakinkan apabila dia terlebih dahulu menyingkirkan wakil tuan rumah, Jordan dengan keputusan 4-1 pada peringkat suku akhir.

Tidak berhenti di situ, atlet pelapis kebangsaan berkenaan meneruskan momentum dalam aksi separuh akhir dengan mencatat kemenangan 5-0 ke atas peserta dari Kuwait bagi mengesahkan tiket ke perlawanan penentuan pingat emas.

Ads

Lebih istimewa, kejayaan itu turut mencipta sejarah buat Labuan Karate apabila Nur Aneesa Aira menjadi atlet dari Labuan pertama yang menyumbang pingat emas pada Kejohanan Karate Asia sejak penubuhan persatuan berkenaan pada 1992.

Nur Aneesa Aira Ungguli Kata Individu Remaja Wanita Asia, Julang Emas Buat Malaysia! Tahniah! Nur Aneesa Aira Ungguli Kata Individu Remaja Wanita Asia, Julang Emas Buat Malaysia! Tahniah!

Ads

Selain itu, pencapaian tersebut hadir selepas Nur Aneesa Aira sebelum ini meraih pingat gangsa pada edisi 2025, sekaligus memperlihatkan peningkatan prestasi yang cukup positif sebelum kembali lebih kuat untuk memburu kejuaraan Asia tahun ini.

Kejayaan beliau di Amman itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi buat Nur Aneesa Aira, malah mencerminkan hasil pembangunan sukan karate di Labuan menerusi usaha atlet, jurulatih serta barisan yang terus menyokong perkembangan bakat muda negara. Kejohanan berkenaan dijadualkan berlangsung sehingga 10 September ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads