Pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mek Yun mengingatkan orang ramai terutamanya wanita untuk tidak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi.
Menurut Mek Yun, selepas kejadian diekori seorang lelaki dipercayai warga asing sewaktu berjalan bersama ibunya di sebuah pusat beli-belah, dia kini akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila berada di luar.
“Silap saya juga sebab tak terus buat laporan polis dan tak sempat nak panggil pengawal keselamatan di tempat tersebut. Individu berkenaan sempat lari.
“Namun, saya bersyukur sebab tiada apa yang berlaku kepada saya dan ibu pada ketika itu. Saya pun dah tak pasti ke mana individu itu menghilang.
“Buat para wanita yang berhadapan situasi yang sama seperti saya, jangan panik. Sebolehnya, jangan berjalan atau pergi ke kawasan parkir seorang diri.
“Apa yang penting, cari bantuan seperti masuk ke kedai yang paling dekat atau panggil pengawal,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, pempengaruh berbangsa Cina asal Kuala Lumpur ini juga mengakui kejadian tersebut sedikit sebanyak menimbulkan perasaan trauma di dalam hidupnya.
“Sudah tentu. Situasi tersebut telah menimbulkan perasaan yang sangat menakutkan.
“Walaupun orang lain mungkin menganggap hal ini remeh tapi hanya kita yang melaluinya sahaja yang faham bagaimana perasaannya bila berhadapan dengan situasi diekori itu.
“Saya tidaklah fobia teruk sangat dan masih lagi boleh keluar seperti biasa. Namun, saya akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Ads
“Keluarga memang sangat risau. Ketika itu saya hanya berdua dengan ibu. Ayah pun dah bagitahu, selepas ini kalau nak ke mana-mana, dia akan ikut sekali,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun turut menafikan insiden berlaku disebab privasinya yang kini terdedah selepas bergelar pempengaruh.
“Saya tak rasa yang lelaki tersebut merupakan pengikut saya. Setakat ini, saya bersyukur kerana para pengikut saya tidak berperangai pelik-pelik.
“Kesemua mereka sangat baik dan menyokong. Malah, saya pun tak pernah terima mesej yang pelik-pelik di DM dan komen.
“Dari segi privasi pula, saya tak pernah rasa terganggu. Kalau, peminat nak bergambar pun tiada masalah kerana ia membuatkan saya lebih dekat dengan mereka,” kongsinya lagi.
Mek Yun yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 baru-baru ini.
Sementara itu, Mek Yun meluahkan rasa teruja dengan penganjuran Tik Tok Awards Malaysia yang bakal berlangsung buat julung kalinya pada 27 Ogos ini.
Meskipun tidak tercalon, sebagai content creator, Mek Yun tetap memberikan sokongan dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh rakan-rakan seperjuangan di platform berkenaan.
Katanya lagi, dia milih pempengaruh, Khairul Aming sebagai calon pemenang bagi kategori, Creator Of The Year.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah mungkin yang dinamakan persahabatan sehingga akhir hayat dan kesetiaan kepada ahli kumpulan asal.
Grup ikonik dari Korean Selatan, SHINee bakal melakukan comeback mereka yang amat dinanti-nantikan oleh peminat biarpun hanya empat orang ahli yang meneruskan perjuangan kumpulan tersebut selepas pemergian Jonghyun dan kemasukan tiga orang ahlinya ke program latihan ketenteraan.
Onew, Taemin, Key dan Minho disahkan bakal muncul dengan beberapa projek besar. Antaranya termasuklah album penuh berjudul Don’t Call Me and get this, sebuah variety show baru untuk SHINee!
Onew.
Taemin.
Rancangan berjudul SHINee Inc. ini bakal menyaksikan ahli-ahlinya dalam suasana dan semangat yang baru serta segar setelah segala perkara yang terpaksa mereka lalui sepanjang 2 ke 3 tahun yang lepas.
Dalam temuramah pertama SHINee, Minho berkata, “Ini adalah kali pertama kami kembali melancarkan album baru dalam masa yang panjang dan saya merasakan amatlah penting untuk kami mendekati peminat sebagai sebuah kumpulan semula.”
Key pula berharap agar semua orang akan enjoy menonton SHINee Inc. memandangkan mereka seronok menyiapkannya untuk para peminat.
“Saya rasa mungkin kami juga boleh berkolaborasi, contohnya dengan YouTuber baru yang popular di kalangan generasi baru (untuk program ini),” tambah Taemin.
Haihh, tak sabar pula untuk menantikan comeback daripada SHINee ini. Setelah 14 tahun berada dalam industri hiburan, mereka adalah di antara grup yang masih bertahan dan disayangi ramai!
Episod pertama SHINee Inc bakal bersiaran di saluran tvN bermula 24 Februari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun korang semua Gen-Y dan Gen-Z (& fine, jauh LEBIH TUA berbanding kami), pastinya nama Westlife dan lagu-lagu mereka tak janggal di telinga semua.
Boy band popular dari Ireland ini adalah idola dan crush kebanyakan remaja yang lahir dan membesar pada era 90-an dan awal 2000-an. Selain daripada memiliki berbelas-belas buah lagu yang menduduki kedudukan teratas dalam carta lagu, Westlife juga terkenal sebagai band yang mengolah lagu-lagu lama menjadi malar segar.
Uptown Girls, remember?
Walaupun Shane, Nicky, Kian, Mark dan bekas ahlinya, Brian sudah lama tidak menjadi topik bualan kita semua, namun lagu mereka masih kekal menjadi kegemaran ramai.
Siapa ada poster ini dalam bilik tidur korang? Hehe..
Untuk pengetahuan korang, Westlife baru-baru ini telah melakukan reunion mengejut setelah 7 tahun tidak mengeluarkan projek terbaru.
Bagi yang masih belum mendengar lagu baru mereka Hello My Love pada 11 Januari lalu, pergi dengar cepat! Selain itu, Westlife juga sedang bersiap sedia untuk memulakan jelajah konsert termasuklah Asia Tour pada tahun ini.
Baru-baru ini, Westlife telah mengunjungi Singapura dan sempat merekodkan temuramah bersama rakan media di Channel News Asia Lifestyle.
Singapura adalah destinasi istimewa untuk Westlife kerana Singapuralah lokasi penggambaran untuk klip video Lay My Love dan juga lokasi anugerah MTV Asia Award.
***
“Kami rindu menyiapkan album baru, menyanyi di hadapan peminat dan menjelajah dunia. Apabila menonton band baru melakukan persembahan, rasa rindu itu sudah tentu ada. Tambahan pula bila peminat sering meminta agar melakukan comeback..this is a must.
“Sekarang, genre yang biasa kami nyanyikan sudah kembali. Contohnya seperti lagu Perfect (Ed Sheeran) atau A Star Is Born (Lady Gaga), ia adalah muzik yang sama seperti kami,” kata mereka.
Tambah Westlife, “Kami ingin sekali lakukan duet bersama grup Korea seperti BTS. Mungkin mereka boleh lakukan tarian dan kami hanya menyanyi..? Tapi kami inginkan kolaborasi itu.”
Hhm, macam manalah bunyi Westlife campur BTS? Kenalah tunggu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena tayangan pawagam filem terbaharu James Bond 007, No Time To Die, korang kini boleh menonton koleksi 25 filem ikonik James Bond yang ditayangkan secara berterusan di saluran 407 dan Astro On Demand (AOD) menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro Go mulai 15 Oktober hingga 7 November depan.
Pelanggan Astro Movies Pack boleh menikmati filem-filem James Bond yang menampilkan ejen ikonik M16 Britain, James Bond, dari filem ‘Dr. No’, lakonan Sean Connery hinggakan ‘Spectre’, lakonan Daniel Craig.
Korang boleh menonton daripada filem pertama James Bond di tahun 1963 hingga filem terkini pada tahun 2017 pada pukul 9 malam setiap hari.
Antara filem ikonik yang bakal dipersembahkan ialah Dr No, From Russia With Love dan Goldfinger; oleh Sean Connery; On Her Majesty’s Service oleh George Lazenby; serta Live and Let Die dan The Spy Who Loved Me oleh Roger Moore.
Tidak ketinggalan filem License to Kill dan The Living Daylights oleh Timothy Dalton; GoldenEye, Tomorrow Never Dies, dan Die Another Day oleh Pierce Brosnan; serta Casino Royale, Skyfall dan Spectre.
Sempena dengan tayangan istimewa ini juga, barisan finalis Hero Remaja 2021 diberi penghargaan dirai dalam majlis makan malam Hero Remaja x James Bond yang berlangsung malam tadi di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur.
Kesemua finalis tampil bergaya menyarung busana dengan tema ‘Black Tie’. Majlis istimewa turut dihadiri pihak media dari kumpulan Nu Ideaktiv dan Astro.
Turut meraikan majlis, Hero Remaja 2020 yang juga merupakan Hos Hero Remaja 2021, Nadhir Nasar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!