Seperti keperibadian pelakon Indonesia, Nicholas Saputra yang tebal dengan rasa bangga terhadap tradisi negaranya tetapi tetap pantas mengadaptasi falsafah modernisasi dalam setiap apa yang dilakukannya; begitu jugalah rekaan busana seragam kontinjen Olimpik negara Indonesia yang dipersembahkan buat pertama kali hari ini.
Nicholas telah dipilih sebagai salah seorang model kempen busana seragam yang direka oleh pereka fesyen tempatan Indonesia, Didit Hediprasetyo di samping beberapa orang atlet kebangsaan mereka termasuklah Azzahra Permatahani (sukan renang) dan Joe Aditya Wijaya Kurniawan (sukan renang).
Menurut Didit Hediprasetyo, busana berkenaan merupakan campuran antara moden dan tradisional di mana ia mencedok idea siluet asal busana Kebaya dan busana Beskap dari masyarakat kepulauan Jawa.
Mengimbas kembali busana-busana seragam kontinjen Indonesia di acara pembukaan Sukan Olimpik edisi-edisi lalu, Indonesia pernah mengangkat kebudayaan masyarakat Lampung di Sukan Olimpik Rio 2016 dan kebudayaan masyarakat Bali di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ads
Untuk Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini, tiba giliran kebudayaan masyarakat kepulauan Jawa pula yang diangkat sebagai garapan idea bagi merealisasikan busana seragam kontinjen Olimpik Indonesia.
Kongsi Didit lagi, ia diinspirasikan daripada seorang tokoh seni lukisan bergenre Romantisme dari Jawa iaitu Raden Saleh.
“Perjalanan (kariernya sebagai seorang artis seni kontemporari) dari Jawa Tengah hingga tiba di istana-istana Eropah pada abad ke-19 mencerminkan kebangkitan bangsa Indonesia di kancah antarabangsa. (Hasil seninya) kini menghiasi dinding (muzium) Rijksmuseum dan (muzium) Louvre.
Ads
“Harapan saya, rekaan ini akan mewujudkan perasaan bangga, semangat dan kehebatan bangsa kita. Sekaligus memastikan bahawa setiap atlet yang muncul nanti akan menjadi diri mereka yang terbaik saat bertarung di pentas dunia,” kata Didit Hediprasetyo.
Rata-rata netizen dari Indonesia khususnya memuji hasil rekaan Didit Hediprasetyo itu dan menganggapnya sebagai satu campuran idea berkesan.
Rekaannya yang sederhana dan ringkas memberi keselesaan kepada para atlet dan pegawai ketika berarak masuk. Pada masa yang sama, mereka juga mempamerkan keagungan budaya negara seberang itu di mata dunia.
Semalam, pereka fesyen duo Malaysia, Rizman Ruzaini telahpun mempersembahkan busana seragam kontinjen Malaysia di acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, hujung minggu ini bertemakan ‘The Malaya’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rambut bagaikan aset penting bagi setiap insan. Rambut juga adalah sebuah ‘mahkota’ buat mereka yang bergelar wanita. Maka, rambut adalah aset yang harus dijaga dengan baik agar sentiasa kekal sihat selain ‘menghargai’ ciptaan yang Maha Esa.
Bagaimanapun, kita sebagai manusia secara normalnya tidak dapat lari daripada masalah rambut. Rambut gugur, kering, rosak, jarang dan sebagainya. Ia kadang kala mengundang tekanan terhadap diri kita bagi mengembalikan semula rambut yang sihat seperti sedia kala.
Kini usah bimbang lagi, ini antara pemakanan ‘alami’ yang anda boleh ambil bagi membantu meningkatkan kesihatan rambut malah untuk kulit dan kuku juga:
Variasi minyak ikan seperti salmon dan mackerel mengandungi omega-3 yang dapat membantu memperlambatkan kerosakan rambut. Ikan juga mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit. Zat besi akan disimpan di dalam folikel rambut dan digunakan untuk berbagai proses penting seperti pembuatan hemoglobin, zat dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.
BIJIRIN
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT :
Bijirin dari roti hingga cereal semuanya mengandungi zat zinc, vitamin B dan zat besi. Zinc adalah kunci kesihatan rambut kerana digunakan untuk memperbetulkan hormon dan secara langsung rambut anda akan tampak tebal.
KACANG
MENGURANGKAN KELEMUMUR :
Penuh dengan selenium dan mineral sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala anda. Kacang juga dapat mengurangi masalah kekeringan.
LOBAK MERAH
RAMBUT LEBIH BERSINAR SIHAT :
Sangat terkenal dengan menjaga kesihatan mata. Rupanya lobak merah juga membantu rambut lebih bersinar. Kandungan vitamin A, sayuran ini dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala. Selain lobak merah, sayuran lain yang ada vitamin A seperti tomato, apricot dan bayam.
PISANG
UNTUK MEMELIHARA RAMBUT :
Kekurangan vitamin B6 terbukti berkaitan dengan penipisan rambut kerana vitamin B membantu tubuh menyerap nutrisi dari makanan. Malah, turut mempengaruhi produksi sel darah merah yang membantu memelihara folikel rambut anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita mungkin pernah berhadapan rakan serumah yang tidur berdengkur. Bunyinya terlalu kuat sehingga ada ketika menggangu kualiti tidur kita pula yang rasa rimas mendengarnya.
Mungkin para isteri juga terpaksa menahan “tension” bila pasangannya tidur berdengkur dan bunyinya terlalu kuat. Sebelum korang beranggapan dengkur itu hal biasa, sila ambil perhatian serius mengenai masalah dengkur ini.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih yang juga pakar ENT, ada lima sebab utama kepada masalah dengkur.
Baca tulisannya:
“Suami saya tidur doktor, berdengkur satu rumah boleh dengar. Apa masalahnya, doc?”
Kenapa kita tidur berdengkur?
Cuba lihat perkara ini
Terlalu penat letih
Tisu dan otot yang lemah akibat keletihan di bahagian dalam mulut dan belakang tekak akan mengakibatkan pesakit mudah mengalami berdengkur. Anda, saya dan kita semua boleh menghadapi masalah ini
Berat badan berlebihan
Pengumpulan lemak akibat berat badan berlebihan di sekitar salur pernafasan mengakibatkan masalah berdengkur. Turunkan berat badan ke tahap ideal!
Masalah hidung
Nasal polyp salah satu puncanya. Buat pemeriksaan doktor jika anda ada masalah pada hidung.
Masalah tekak
Ramai ada masalah tonsil yang besar, tapi mereka tak sedar. Selain boleh menyebabkan serangan berulang kali, pesakit turut boleh mengalami masalah berdengkur.
Lain-lain
Ini termasuk ubat tidur, meningkat usia, merokok, alkohol, saiz anak tekak dan lidah yang besar dan berbagai-bagai lagi.
Periksa doktor jika anda ada masalah ini. Sila kongsi maklumat ini jika anda rasa ia bermanfaat.
Nak jadi cantik, tak semestinya korang perlu labur duit beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan produk kecantikan jenama terkenal.
Sebenarnya, dari zaman mak kita dulu-dulu dah ada petua nak cantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.
foto via pexels.
Macam apa yang dikongsi oleh saudari yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Maya ini untuk hilangkan jeragat di wajah.
***
Kak Maya suka sangat untuk berkongsi dengan anda semua 7 tips yang sangat-sangat berkesan untuk hilangkan jeragat supaya anda tidak lagi hidup dalam trauma kerana masalah jeragat ini.
Tetapi sebelum tu, jom Kak Maya kongsikan dengan anda apa sebenarnya jeragat ni. Kak Maya yakin dan percaya anda sudah betul2 kenal dengan jeragat ni kan?
Jeragat atau bintik kecoklatan ni terhasil dari pendedahan kulit kita terhadap cahaya matahari.
Habitat jeragat ni pada kulit yg kering kontang serta tandus. Aik? Mcmna plak tu kak Maya? Gini syg2 yg comey sekalian, semakin kulit kita kering, makin kusam, berjemur pula bawah sinar matahari, makin segar dan riang cik jeragat membiak dan beranak pinak pada kulit tau.
Sebenarnya jeragat ni sel/pigment kulit yang gelap. Kalau buat tak kisah, sekejap jer cik jeragat ni bertompok satu muka.. Boleh haru hidup tau…
Dah check anda jenis kulit yang macam? Jika kulit jenis kering, anda wajib tahu dan teruskan baca sampai habis. Sebab tips ini memang Kak Maya nak kongsikan hanya dengan anda sahaja!
Tips #1 : Cuka Epal ( Apple Cider )
Kak Maya kerap juga amalkan tips ni seminggu sekali dan sememangnya cuka epal ni banyak sgt kebaikannya.
Caranya:
Campurkan 2 sudu cuka epal dengan separuh cawan air. Celup kapas muka dan gosok lembut seluruh muka… nak lajak ke leher pon okay sgt… agak2 seminit ke 2 minit mcm tu, bilaslah. In shaa Allah, tips ini sememangnya berkesan untuk masalah jeragat.
Namun perlu diingat, jangan gosok terlalu kuat atau terlalu lama. Cuka epal kan dia bersifat asid dan boleh mengakibatkan hakisan pada kulit muka. Amalkan macam Kak Maya buat, seminggu sekali pun sudah mencukupi. In shaa Allah.
Klau syg2 rajin dan nak buat hari2, syg2 boleh buat cuba buat masker muka dgn campurkan 1 sudu kecil cuka epal dgn 1 sudu besar madu. Kacau rata dan sapu rata pada muka 15 ke 20 min.. pastu bilas dgn air suam… mmg kulit akan rasa segar dan bersih… mmg besttt sgt…
Tips #2 : Kulit Kayu Manis Bersama Madu Asli.
Bab campur madu ni paling best!
Caranya :
Campurkan setengah sudu kecil serbuk kulit kayu bersama dengan setengah sudu kecil madu asli. Kacau bagi dia betul-betul sebati. Jadikan campuran tu sebagai masker dan pakailah kat muka. Biarkan selama setengah jam sebelum dicuci muka sehingga bersih dan hilang masker tersebut.
Amalkan tips ni 2 kali seminggu. In shaa Allah, anda sendiri akan dapat rasa perubahannya. Jeragat pada muka akan semakir pudar dalam masa yang singkat.
Paling bestnya adalah tips ini dapat menghalang pertumbuhan jeragat yang baru. Wow!
Tips #3 : Lemon
Asid dan Vitamin C yang ada dalam lemon sebenarnya mampu untuk menghilangkan jeragat dalam masa yang singkat.
Caranya :
Dapatkan sebiji lemon dan potong. Sapukan ke muka. Biarkan sapuan tersebut selama 15 minit dan bilaslah selepas itu.
Amaran keras : Jika kulit anda jenis kulit yang sensitif, tips ini tidak sesuai untuk anda amalkan. Lemon bersifat asid. Habis merah pedih muka nanti. Susah pulak Kak Maya nanti. Huhu~
Boleh amalkan seminggu sekali juga tau..
Tips #4 : Daun Lidah Buaya.
Caranya :
Banyak khasiatnya lendir daun lidah buaya ni… sayang2 cuma potong kulit luar hingga lendirnya keluar dan sapu rata pada kulit.. Biarkan setengah jam, kalau nak pakai trus masa tido lagi bagus sbb lidah buaya ni ada bahan aleosin yg boleh merawat pigmentasi… lagi pon boleh sejuk 1 muka..mmg best!
Syg2 boleh amal setiap malam klau rajin… Daun lidah buaya yang lebih tu jangan buang tau, letak dalam peti ais untuk digunakan pada hari2 berikutnya…
Tips #5 : Minyak Zaitun Dara.
Caranya :
Ambil 2-3 titik minyak zaitun dara sapu ke seluruh muka… urut lembut secara membulat.. biar beberapa jam sebelum bilas bersih. . Minyak zaitun ni mmg sangat byk khasiat, antaranya bertindak sebagai antioksida untuk baiki kulit muka yg rosak dan kulit jadi anjal remaja..
Tips # 6 : Kurang makanan Merapu dan banyakkan minum air.
Sekarang ni musim org berdiet dan turunkan berat badan. Kalau syg2 semua perasan, bila kurang ambil makanan tidak khasiat dan ambil byk makanan bernutrisi tinggi seperti sayuran dan buahan serta minum banyak air, kulit muka akan jadi cerah dan licin.
Ini kerana toksin2 dari organ kulit berjaya disingkirkan dgn sempurna dan menjadikan kulit sihat dan secara tidak langsung jeragat pon boleh berkurangan.
Tips # 7 : Kurangkan penggunaan makeup yg tebal dan WAJIB cuci muka sebelum tidur.
Awas jika syg2 jenis suka make-up tebal. Penggunaan barang make-up yg tiada piawaian secara berterusan boleh menimbulkan masalah dlm beberapa tempoh penggunaan. Lebih2 lagi barang make-up yg dibeli dalam saiz besar, kita xperasan tarikh luputnya, akibatnya kulit menjadi rosak dan berpigment.
Itu sebabnya sangat penting untuk mencuci muka sebersih- bersihnya sebelum tidur untuk semua kekotoran dan membenarkan tubuh membaiki kerosakan kulit waktu kita tidur.
Pencuci muka yang paling sesuai adalah yang mengandungi banyak bahan semulajadi yang mampu membersihkan dan merawat kulit secara lembut…
In shaa allah jika amalkan semua tips ni, kulit syg2 akan bertambah sihat, cerah bermaya tau!
Jangan pulak terkejut kalau jeragat syg2 boleh hilang tau!
Jom sama2 tag dan share kepada kawan2 yang kita sayang. Perkongsian syg2 mungkin boleh mengubah keyakinan dan emosi mereka, in shaa Allah..dengan izin Allah!
Kredit: HQ Cantik Jelita
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.