Tiada angin, tiada ribut; syarikat produksi Indonesia, Miles Films telah mengumumkan bahawa ia bakal mengembalikan kisah percintaan filem popular, Ada Apa Dengan Cinta? sebagai salah satu daripada senarai projek baharunya.
Mendukung judul Rangga & Cinta, filem ini bagaimanapun tidak akan dilakonkan oleh barisan pelakon asalnya seperti Dian Sastrowardoyo (Cinta), Nicholas Saputra (Rangga), Titi Kamal (Maura), Adinia Wirasti (Carmen), Sissy Priscillia (Milly) dan Dennis Adhiswara (Manet).
Sebaliknya, ia akan dibarisi pelakon-pelakon remaja baharu yang akan dipilih daripada sesi uji bakat yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.
Menerusi sidang media yang dilangsungkan oleh Miles Films, penerbit Rangga & Cinta iaitu Mira Lesmana serta pengarahnya, Riri Riza tampil menjawab beberapa persoalan yang membanjiri ruangan komen sejak poster filem tersebut dimuat naik pada Selasa.
“Rangga & Cinta merupakan sebuah filem muzikal yang akan menceritakan kisah percintaan remaja di alam persekolahan. Kami akan membawa semula dua karakter popular daripada Ada Apa Dengan Cinta? iaitu Rangga dan Cinta.
Namun, filem ini mempunyai kisahnya tersendiri bersesuaian dengan generasi remaja zaman sekarang,” ujar Mira.
Ads
“Ini bukanlah sebuah idea baharu yang hadir secara tiba-tiba, sudah lama kami bincang mengenainya. Cuma bila melihatkan kepada trend naskah muzikal yang semakin mendapat sambutan di Indonesia kebelakangan ini, kami putuskan ini waktu yang tepat untuk memperkenalkan projek ini.”
Sebagai info, filem bergenre muzikal terakhir yang pernah dihasilkan oleh Mira dan Riri ialah filem Petualangan Sherina pada tahun 2000. Pada tahun 2010 pula, Miles Films pernah menghasilkan persembahan muzikal Laskar Pelangi di pentas teater.
Peranan Nicholas Saputra
Biarpun Rangga & Cinta dilakonkan oleh pendatang-pendatang baharu, aktor asal Ada Apa Dengan Cinta? iaitu Nicholas Saputra tetap akan terlibat dalam naskah ini. Namun kali ini, beliau duduk di kerusi penerbit pula bersama-sama Mira Lesmana dan Toto Prasetyanto.
Ads
(Dari kiri): Para penerbit ‘Rangga & Cinta’ Toto Prasetyanto, Nicholas Saputra dan Mira Lesmana.
Ditebak mengenai penglibatan Nicholas atau mesra dengan panggilan Nico, Mira kongsikan momen sewaktu beliau mengajukan pelawaan kepada aktor berusia 40 tahun itu.
“Kami kawan akrab dan kami tahu, Nico bukan sekadar seorang aktor. Dia mampu melihat setiap sesuatu secara teliti dan dia ada pemikiran yang panjang. Nico juga pernah menerbitkan dokumentari Semesta (2020).
“Saya kongsikan tentang Rangga & Cinta dan tanyakan sama ada dia ingin menjadi penerbit? Jawabnya dalam mesej, ‘Buuuukkkkk! Berikan saya sedikit masa untuk berfikir’.
Ads
“Hakikatnya, dia memberitahu saya kemudian bahawa dia sudahpun bersetuju untuk menerbitkan filem ini semasa saya menelefonnya. Ternyata, Nico seorang yang teliti kerana ‘diri profesionalnya’ masih menetapkan masa untuk berfikir (tentang pelawaan Mira).
“Kelibat Nico ini lebih manis kerana Ada Apa Dengan Cinta? merupakan titik masuknya ke dunia perfileman dan dia membesar daripada filem itu.”
“Dan saya tahu dia seorang yang rajin bekerja! (Ketawa),” tambah Mira.
Ah! Tidak sabar rasanya untuk menantikan filem Rangga & Cinta.
Rata-rata peminat filem Ada Apa Dengan Cinta? turut mengharapkan ada kemunculan ‘cameo’ oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo biarpun masing-masing tidak mendukung semula watak asal yang membuatkan mereka popular.
Butiran lanjut mengenai tarikh tayangan filem ini masih belum diketahui.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jung Ho-yeonterus menjadi pelakon Korea Selatan yang digilai di seluruh dunia. Setelah membuat kemunculan dalam drama lakonan pertamanya terbitan Netflix iaitu Squid Game, Ho-yeon yang dahulunya merupakan seorang model antarabangsa kini semakin menjadi rebutan di persada industri hiburan barat.
Malah nama Ho-yeon juga sering dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki terkenal biarpun rata-rata hanyalah gosip semata. Terbaru, Ho-yeon dikaitkan dengan penyanyi berbakat, Abel Tesfaye aka The Weeknd dan ramai pula peminat yang ‘merestui’ chemistry di antara mereka berdua.
Akan tetapi, korang janganlah pula salah faham tau!
Mereka bukannya bercinta sebagai pasangan kekasih.
Cumanya, Ho-yeon terpilih untuk membintangi video muzik terbaru nyanyian The Weeknd berjudul Out of Time. Seperti dijangka, dia muncul dengan idea yang selalu menarik perhatian pendengar; sama ada korang meminati muzik The Weekend atau tidak, you have to admit he does have a good taste.
Bagi video Out of Time ini, The Weeknd mengambil inspirasi daripada filem Lost in Translation yang diterajui oleh Bill Murray dan Scarlett Johansson. Kemunculan Ho-yeon sebagai karakter Scarlett dalam filem tersebut telahpun menarik minat Jim Carrey untuk turut sama membintangi video ini.
Rupa-rupanya, Jim dan Abel adalah jiran sebelah rumah IRL. Justeru, ramai pihak beranggapan pemilihan Ho-yeon ini disebabkan minat Abel terhadap drama Squid Game. We cannot blame him though, semua orang pun meminati siri tersebut!
Babak pertemuan Abel dan Ho-yeon menerusi video Out of Time ini bermula sewaktu terserempak di sebuah hotel; kali pertama di dalam lif dan kemudiannya di kamar karaoke.
Setelah riang berparti; situasi tersebut terus berubah apabila cecair merah yang kelihatan mirp darah mula mengalir daripada ‘bucket’ minuman mereka. Wajah Abel berubah dan Jim Carrey pula muncul sebagai doktor di dewan bedah.
“Soon you will be healed, forgiven and refreshed.
“Free from all trauma, pain, guilt and shame. You may even forget your own name,” kata Jim apabila Abdel sekali lagi bakal mendapat ‘wajah’ baru melalui pembedahan.
Hhm, pelik?
Mungkin, tapi inikan The Weeknd. Beliau memang gemar bereksperimentasi dengan jalan cerita ketika muncul dengan album baharu.
Apapun, ini bukanlah kali terakhir kita akan melihat kemunculan Jung Ho-yeon di peringkat antarabangsa. Pelakon berusia 27 tahun itu bakal membuat debut dalam dunia lakonan Hollywood menerusi siri seram berjudul Disclaimer arahan pemenang anugerah Oscar, Alfonso Cuaron bersama-sama Cate Blanchette.
KLIK video muzik Out of Time di bawah untuk menontonnya :
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pencipta lagu, Amir Jahari menepati ramalan ramai pihak apabila beliau dan lagunya, Hasrat dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-38, malam tadi.
Hasrat yang dicipta sepenuhnya oleh Amir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Saat Hasrat diumumkan sebagai juara, Amir terkedu seketika dengan keputusan tersebut sebelum melakukan sujud syukur di tengah-tengah pentas sambil matanya bergenang dengan air mata kegembiraan.
“Pertama sekali, terima kasih kepada isteri saya, bapa saya, emak saya. Kepada bandmate saya, Kasi Gegar Entertainment, terima kasih Luncai Emas dan Archive Music. Nusantara Sign dekat belakang sana, terima kasih kepada semua yang terlibat.
“Ini ada untuk anda semua dan ini adalah untuk kita. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya dengan nada sebak.
Sebagai info, Hasrat merupakan runut bunyi utama bagi filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha yang menemui pawagam pada tahun 2022. Bahkan pada persembahan Amir kali ini, ia turut diserikan dengan cameo istimewa teraju utama filem tersebut, Beto Kusyairi dan Diana Danielle.
Dalam pada itu, Aisha Retno & Aina Abdul turut menang besar di Anugerah Juara Lagu ke-38.
Aisha Retno yang melakukan persembahan sulungnya di pestas berprestij itu menerusi lagu Sutera menggondol trofi Naib Juara dan Persembahan Terbaik.
Manakala, 3 trofi yang disambar oleh Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu pula adalah bagi kategori Pemenang Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa.
Turut bertanding pada malam ini adalah lagu Astana (Ernie Zakri; Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman), Bintang (Hael Husaini), Santai (Naqiu; Faizal Tahir), Inilah JalanNya (Masdo; Noh Salleh), Darah (Marsha Milan; Naim Daniel dan Firdaus Rahmat), Kalam (Shiha Zikir; Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan; A Ramlee dan Ezra Kong), Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain; Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali; Amylea Azizan).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak awal pengumuman penukaran GST Berkadar Sifar, sudah ada beberapa jenama yang memancing netizen dengan tawaran harga rendah.
Antaranya termasuklah jenama elektronik seperti Honor dan Huawei Malaysia. Malah, jenama kenderaan nasional negara Proton juga tidak ketinggalan untuk menawarkan servis kenderaan pada nilai tertentu kepada pelanggan yang membeli model kereta mereka sehingga 31 Mei ini.
Penulis sudah menjangkakan akan muncul lebih banyak jenama barangan yang bertindak bijak dengan kempen mereka dan bermain dengan kata kunci ‘tiada lagi 6% GST’ itu. Dalam tempoh 10 hari bermula sekarang, korang wajar untuk melihat apa yang ditawarkan oleh mereka ini, bila lagi nak dapat harga murah kan?
Tapi pastikan korang berbelanja berpada-pada okay!
Harvey Norman
Diskaun 6% kepada pelanggan di cawangan stor itu.
Courts Malaysia
Diskaun 6% kepada pelanggan di cawangan stor itu.
Habib Jewels
Diskaun 6% kepada pelanggan di cawangan stor itu sehingga 31 Mei.
Famous Amos
Tiada lagi caj 6% ke atas produk mereka bermula hari ini.
Marks & Spencer
Tawaran diskaun 6% dengan pembelian barangan mereka bernilai RM150 ke atas.
Steak & Lobsters
Diskaun 10% daripada nilai bil penuh jika makan di cawangan Desa Sri Hartamas sehingga 31 Mei
Honor
Fuhh, lebih daripada 6% pun ada!
Laneige
Diskaun 6% di semua store Laneige.
La Senza
Dapatkan rebat 6% sehingga 31 Mei ini. Ada juga deals lain sempena persediaan Aidilfitri.
Giant
Belanja RM250 ke atas dan nikmati rebat wang tunai sebanyak 10%.
Ada juga beberapa jenama lain yang turut serta dalam ‘musim GST Berkadar 0%’ seperti Michaels Kors, Bath & Body Works, Charles & Keith, Kate & Spade dan Tumi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!