Pelakon jelita, Nelydia Senrose berkongsi berita gembira apabila kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.
Lebih manis, berita kehamilan tersebut disifatkan sebagai hadiah paling bermakna sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh mereka.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Nelydia menerusi sebuah video istimewa yang dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.
“Tujuh tahun yang indah dengan mencintai antara satu sama lain kini telah menjadi satu denyutan jantung.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ketujuh buat kita berdua,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Ads
Menerusi video berkenaan, Nelydia turut berkongsi imej imbas kandungannya, namun tidak mendedahkan secara terperinci usia kehamilan tersebut.
Perkongsian itu pantas menarik perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat yang turut mendoakan agar segala urusan kehamilannya dipermudahkan.
Ads
Ads
Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Hafez yang juga seorang ahli perniagaan pada 6 April 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sudah namanya Michelle Yeoh, tiada apa yang mustahil buat lagenda kontemporari ini.
Pada usia 58 tahun, pelakon dan aktivis Tan Sri Michelle Yeoh masih membuktikan bahawa dirinya masih berbisa dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan memperlahankan karier lakonannya pada usia ini.
Semua tahu mengenai penglibatan pelakon Crazy Rich Asians ini di dalam filem terbitan Marvel Studios terbaru, Shang Chi and the Legend of the Ten Rings sejak ia diumumkan pada acara Disney Plus, penghujung tahun lalu.
Ia merupakan perkhabaran yang disambut dengan baik bukan saja oleh rakyat Malaysia yang berbangga dengan pencapaian beliau. Malahan, peminat filem martial arts di seluruh dunia juga sudah lama merindui kemunculan semula Michelle dengan buah tangan aksi baharu.
Begitupun, karakter Michelle sebagai Jiang Nan masih ‘kelabu’ pada pandangan peminat dan tidak banyak info yang diketahui mengenai Jiang Nan.
Lantas, setelah satu lagi trailer filem Shang Chi dilancarkan pada minggu ini, barulah kita disajikan dengan the very first taste of Michelle Yeoh’s powerful moves dalam filem tersebut.
Jiang Nan digambarkan sebagai seorang mentor kepada Shang Chi dan memiliki skil serta keupayaan yang luar biasa.
“Kamu adalah hasil daripada pejuang yang pernah muncul sebelum kamu – legasi keluarga kamu.”
“Kamu ada cerminan ibu kamu. Dan sama ada suka atau tidak, kamu juga cerminan ayah kamu,” tutur Jiang Nan dalam trailer berdurasi hampir 2.00 minit itu.
Jelas, Shang Chi sebenarnya enggan terus dibelengu masalah disebabkan oleh legasi yang terpaksa dipikulnya ini. Namun dia tetap tabahkan diri untuk menempuhi sebarang cabaran dan musuh yang mengekorinya.
Cuba tonton trailer di bawah:
Tambah mendebarkan apabila kita juga dapat saksikan kemunculan musuh hebat The Hulk iaitu Abomination dalam salah satu babak dalam trailer di atas!
Is that Abomination?
Is that Wong??
Was that Fin Fang Foom???
Now I honestly don’t remember the trailer itself. #ShangChipic.twitter.com/DfOYm5WXix
Tak sabar rasanya untuk menantikan filem Shang Chi and the Legend of the Ten Rings yang dijadualkan berada di pawagam pada 3 September 2021. Harapnya, kita dapatlah menontonnya di skrin pawagam pada waktu itu.
Selain Michelle Yeoh, filem ini turut dibintangi oleh Simu Liu (Shang Chi), Awkwafina (Katy), Tony Leung (Wenwu), Fala Chen, Meng’er Zhang, Florian Munteanu dan Ronny Chieng.
Penyanyi terkenal K-Pop, Jimin BTS baru-baru ini mencuri perhatian para peminat selepas memberikan kejutan istimewa kepada seorang kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kanser ketika menghadiri konsert jelajah dunia kumpulan berkenaan di Texas, Amerika Syarikat.
Menerusi sebuah perkongsian video yang tular di media sosial, Jimin atau nama sebenarnya Park Jimin (31), dilihat menghampiri barisan penonton sebelum menyapa seorang peminat cilik dikenali sebagai Olivya. Momen tersebut menjadi lebih menyentuh hati apabila penyanyi berkenaan memeluk Olivya dan memberikan kucupan lembut di pipinya.
Tidak dapat menyembunyikan rasa teruja, Olivya spontan menjerit, “Saya dapat ciuman!” selepas menerima kejutan daripada anggota BTS tersebut. Reaksi gembira kanak-kanak itu turut mengundang perhatian peminat yang menyaksikan momen berkenaan.
Momen istimewa tersebut dikongsikan oleh ‘Heroes for Children’ iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat yang membantu kanak-kanak menghidap kanser serta keluarga mereka. Organisasi itu sebelum ini mengatur peluang buat Olivya dan beberapa kanak-kanak lain untuk menghadiri konsert BTS di Arlington, Texas.
Menurut organisasi berkenaan, pertemuan tersebut memberikan satu kenangan bermakna buat Olivya yang telah melalui pelbagai detik sukar sepanjang berdepan dengan penyakitnya.
“Bagi seorang kanak-kanak yang telah melalui detik-detik yang amat sukar, Jimin telah memberikan Olivya satu momen yang dipenuhi kegembiraan, kasih sayang dan kebahagiaan yang tulus,” katanya.
Heroes for Children turut menyifatkan momen berkenaan sebagai satu kenangan yang akan terus dikenang oleh Olivya dan keluarganya. Kisah tersebut kemudian mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ARMY yang tersentuh dengan tindakan spontan Jimin terhadap peminat cilik berkenaan.
Dalam pada itu, organisasi tersebut turut melancarkan kempen kutipan dana sebanyak AS$50,000 (sekitar RM203,175) bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang berdepan kanser kanak-kanak di Texas. Sokongan daripada ARMY menyaksikan jumlah sumbangan meningkat melebihi sasaran apabila sebanyak AS$50,923.87 (sekitar RM206,929) berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang daripada sehari.
Tindakan Jimin itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana satu interaksi ringkas bersama peminat mampu meninggalkan kesan yang cukup besar, terutama buat mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan. Bagi Olivya, pengalaman bertemu Jimin secara dekat itu pastinya menjadi antara memori paling manis yang akan dikenangnya untuk sekian lama.
Untuk info, BTS kini sedang sibuk meneruskan jelajah dunia ‘ARIRANG’ yang membawa mereka bertemu peminat di beberapa lokasi antarabangsa. Lebih menarik, kumpulan popular itu dijadualkan singgah di Kuala Lumpur pada Disember ini bagi meneruskan siri konsert berkenaan, pastinya menjadi antara momen yang paling dinantikan ARMY di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dalam kehidupan kita yang serba-serbi lengkap dan selesa rupanya masih ada lagi yang ‘tertinggal’. Diibaratkan seperti “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” finalis Hero Remaja Jabir Meftah berkongsi kisah sayu salah seorang penerima dana YouthCareMalaysia yang pasti membuatkan kita sebak.
Makcik ni kerja kutip sampah, sebulan alhamdulillah katanya dapat kumpul sampai RM40.. Jiran dia kata setiap kali nampak kucing mesti akan ambil and orng selalu tinggalkan kucing dkt tmpt dia. Tapi mcm mana dia bagi makan dkt kucing? Makcik tu kata biasanya dgn ikan dan ayam.. Bayangkan ikan dan ayam yg sikit dia boleh kongsi rezeki dgn haiwan lain.. Jiran dia anggap makcik ni mcm mak sndiri sebab dia anak yatim. Jiran ni ada ckp yg makcik ni selalu sngt cerita psl anak2 dia sebab rindu. Sampai dia start panggil semua anak kucing dgn nama2 mcm anak, adik dan along sebab rindu..
Menurut Pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia ini, pasangan ini kehilangan contact keluarga mereka sebab pindah rumah sebelum ini. Kalau nak bantu mereka kena cari jalan untuk temukan balik mereka bersama keluarga mereka
Tidak meletakkan dunia glamor sebagai satu perkara utama untuknya, Jabir membuka mata masyarakat untuk bersama-sama membantu orang yang susah dalam Youth Care Malaysia.
Tambah Jabir, Youth Care Malaysia perlukan bantuan dan donation sebab tak cukup dana untuk jalankan aktiviti ini nanti. Beliau juga merayu para pengamal media dapat sama-sama memberikan sokongan menyebarkan aktiviti kebajikan ini.
“Basically kita akan kumpul barang-barang terpakai dan rancang untuk edarkan seminggu sebelum raya haji supaya golongan fakir miskin dapat barang baru”
Dia yang juga merupakan Presiden Youth Care Malaysia untuk Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia (PPKDMPM) turut turun padang membantu mereka yang memerlukan dan mempelawa para remaja di luar sana bersama-sama join YCM bagi membantu orang yang susah. (klik disini untuk join)
“It is a national level event tapi majority yang run is remaja. Karnival ni juga datang daripada idea sorang remaja perempuan yang bekerja sebagai barista dekat alley. Semua bermula dengan dm di twitter tapi sekarang sampai macam ni”
Jadi, kalau korang berminat ingin menghulurkan derma atau sponsorship kewangan boleh ke website YouthCareMalaysia . Korang boleh menyalurkan juga menyalurkan bantuan dalam bentuk barang seperti pakaian, perabot dan lain-lain lagi. Sponsor services atau makanan untuk committee juga dialukan.
Bersedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian.
Sumber: Jabir Meftah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!