Penyanyi terkenal K-Pop, Jimin BTS baru-baru ini mencuri perhatian para peminat selepas memberikan kejutan istimewa kepada seorang kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kanser ketika menghadiri konsert jelajah dunia kumpulan berkenaan di Texas, Amerika Syarikat.

Menerusi sebuah perkongsian video yang tular di media sosial, Jimin atau nama sebenarnya Park Jimin (31), dilihat menghampiri barisan penonton sebelum menyapa seorang peminat cilik dikenali sebagai Olivya. Momen tersebut menjadi lebih menyentuh hati apabila penyanyi berkenaan memeluk Olivya dan memberikan kucupan lembut di pipinya.

Tidak dapat menyembunyikan rasa teruja, Olivya spontan menjerit, “Saya dapat ciuman!” selepas menerima kejutan daripada anggota BTS tersebut. Reaksi gembira kanak-kanak itu turut mengundang perhatian peminat yang menyaksikan momen berkenaan.

Jimin BTS Cipta Memori Manis Buat Peminat Cilik Hidap Kanser, ARMY Sumbang Lebih RM200,000 Jimin BTS Cipta Memori Manis Buat Peminat Cilik Hidap Kanser, ARMY Sumbang Lebih RM200,000

Ads

Momen istimewa tersebut dikongsikan oleh ‘Heroes for Children’ iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat yang membantu kanak-kanak menghidap kanser serta keluarga mereka. Organisasi itu sebelum ini mengatur peluang buat Olivya dan beberapa kanak-kanak lain untuk menghadiri konsert BTS di Arlington, Texas.

Menurut organisasi berkenaan, pertemuan tersebut memberikan satu kenangan bermakna buat Olivya yang telah melalui pelbagai detik sukar sepanjang berdepan dengan penyakitnya.

“Bagi seorang kanak-kanak yang telah melalui detik-detik yang amat sukar, Jimin telah memberikan Olivya satu momen yang dipenuhi kegembiraan, kasih sayang dan kebahagiaan yang tulus,” katanya.

Heroes for Children turut menyifatkan momen berkenaan sebagai satu kenangan yang akan terus dikenang oleh Olivya dan keluarganya. Kisah tersebut kemudian mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ARMY yang tersentuh dengan tindakan spontan Jimin terhadap peminat cilik berkenaan.

Ads

BACA: ‘Maknae Line’ BTS Raih Perhatian! V, Jimin & Jungkook Kini Tersenarai Pemegang Saham Bawah 30 Tahun Terkaya Korea Selatan

Jimin BTS Cipta Memori Manis Buat Peminat Cilik Hidap Kanser, ARMY Sumbang Lebih RM200,000
Momen yang tular di media sosial

Jimin BTS Cipta Memori Manis Buat Peminat Cilik Hidap Kanser, ARMY Sumbang Lebih RM200,000Dalam pada itu, organisasi tersebut turut melancarkan kempen kutipan dana sebanyak AS$50,000 (sekitar RM203,175) bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang berdepan kanser kanak-kanak di Texas. Sokongan daripada ARMY menyaksikan jumlah sumbangan meningkat melebihi sasaran apabila sebanyak AS$50,923.87 (sekitar RM206,929) berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang daripada sehari.

Ads

Tindakan Jimin itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana satu interaksi ringkas bersama peminat mampu meninggalkan kesan yang cukup besar, terutama buat mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan. Bagi Olivya, pengalaman bertemu Jimin secara dekat itu pastinya menjadi antara memori paling manis yang akan dikenangnya untuk sekian lama.

Untuk info, BTS kini sedang sibuk meneruskan jelajah dunia ‘ARIRANG’ yang membawa mereka bertemu peminat di beberapa lokasi antarabangsa. Lebih menarik, kumpulan popular itu dijadualkan singgah di Kuala Lumpur pada Disember ini bagi meneruskan siri konsert berkenaan, pastinya menjadi antara momen yang paling dinantikan ARMY di Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads