Selama ini, pengikut akaun Instagram usahawan popular, Dato’ Aliff Syukri (Aliff) sudah terbiasa melihat gaya hidup mewah beliau di kediaman agamnya sekeluarga.
Namun, tidak semua orang tahu bahawa beliau turut memiliki sebuah lagi aset kediaman mewah di Pavilion Residences, Bukit Bintang.
Seperti biasa, ia dihias indah dengan perabot, material dan kemasan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Senang cerita, tengok je dah buatkan muka tercengang.
Kediaman dengan empat buah kamar tidur dan tiga buah kamar mandi ini telahpun siap dihias sepenuhnya (fully furnished) dan hanya menanti penghuninya saja untuk berpindah masuk.
Teringin juga kan nak tahu apa rasanya menetap di sebuah rumah ala rumah Aliff Syukri.
Well, mungkin salah seorang daripada korang boleh menjadikan impian itu sebagai realiti.
Ads
Menerusi muat naik di akaun Instagram beliau, Aliff memaklumkan beliau sedang berkira-kira untuk menyewa kediaman tersebut pada harga RM28,000 sebulan.
Ini setelah usaha beliau untuk menjual kediama itu pada harga RM6 juta tidak membuahkan hasil. Tambahan pula kerana situasi pandemik COVID-19 sekarang membuatkan ramai orang enggan berbelanja mewah.
“Kepada sesiapa yang berminat boleh WhatsApp pada nombor yang tertera. Atau korang boleh sewa seminggu pun tak ada masalah. Kasihan saya tunggu pembeli tak kunjung tiba,” pinta beliau sambil berkongsi keistimewaan apabila menetap di apartment servis tersebut.
“Kalau nak membeli-belah beg Gucci, Louis Vuitton, Prada ke, turun saja bawah lif dah sampai. Rumah ini tidak pernah sunyi, 24 jam boleh makan di medan selera Pavilion. Nak tengok wayang turun bawah saja.”
Jika hendak ikutkan dompet masing-masing, memang susahlah nak cari RM28,000 setiap bulan untuk membayar duit sewa.
Namun memandangkan ia terletak di kawasan perumahan elit yang boleh mencecah kos sewa hingga RM35,000 setiap bulan, mungkin ada penyewa yang merasakan nilai RM28,000 itu berbaloi.
Malah, kalau mampu terus beli sekalipun, rasanya pembeli tidak akan rugi kerana ia adalah satu bentuk aset untuk masa depan mereka.
REMAJA yakin pasti ada antara korang yang berdepan dengan masalah tak dapat ke luar negara akibat masalah bayaran semula pinjaman wang pendidikan PTPTN.
Well guys, kami ada berita baik untuk korang semua.
Memetik laporan daripada Malaysia Gazzete, Menteri Pendidikan yang baharu iaitu Dr. Maszlee Malik telah mengumumkan kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam PTPTN yang berdepan masalah ini.
Sebagai sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan, Dr. Maszlee berkata pihak kerajaan akan berhubung dengan pihak imigresen untuk melaksanakan penarikan semula sekatan perjalanan.
Dalam pada masa yang sama, Dr. Maszlee juga mengumumkan bahawan peminjam PTPTN yang belum memperoleh pendapatan melebihi RM4,000 sebulan boleh dikecualikan daripada membuat sebarang pembayaran.
Jelas beliau langkah tersebut akan berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji PRU14 yang dibuat Pakatan Harapan dalam masa 100 hari selepas menang PRU.
Akan tetapi korang perlu ingat, ini tidak bermakna hutang PTPTN korang dimansuhkan tetapi hanyalah penangguhan bayaran balik kepada peminjam sehinggalah mereka mendapat pendapatan bulanan seperti yang dinyatakan di atas.
Menurut Menteri Pendidikan lagi kepada yang kerajaan mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk meneruskan bayaran hutang PTPTN walaupun gaji mereka tidak sampai RM4,000 kerana itulah sikap yang perlu ada.
Cuma dengan ekonomi yang teruk mengalami negara sekarang, penangguhan bayaran ini diharap mampu membantu golongan muda untuk meringankan kos sara hidup mereka.
Ingat ya korang, hutang tetap hutang. Jangan pula nanti pendidikan yang korang dapat tu tak berkat dek kerana enggan membayar hutang.
REMAJA menyambut baik saranan kerajaan yang memberikan ruang untuk golongan muda membuat pembayaran PTPTN. Dan penarikan semula sekatan ke luar negara pasti di sambut baik oleh generasi muda yang secara zahirnya perlu meluaskan skop pengalaman mereka ke luar negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita yang menggemparkan seluruh umat Islam hari ini apabila sebuah masjid di Christchurch, New Zealand telah pun diserang dan menyebabkan 49 maut, manakala 20 lagi parah.
Insiden tembakan di masjid tersebut disiarkan secara ‘live’ oleh si pelaku dan ini sangat mengejutkan seluruh rakyat dunia.
Difahamkan, setakat ini seorang rakyat Malaysia disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.
Pihak polis di sana kitni telah mengarahkan semua masjid di seluruh New Zealand menutup pintu demi keselamatan Jemaah.
Berita ini turut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang masing-masing melahirkan rasa sedih dengan insiden yang menimpa.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern juga telah mengesahkan sekurang-kurangnya 49 orang telah terkorban. Beliau menyifatkan kejadian ini sebagai serangan pengganas.
Sama-sama kita doakan agar keselamatan umat Islam dilindungi dan semoga mangsa korban ditempatkan ke Jannah. Aamin.
Lanskap politik nampaknya semakin menarik untuk diikuti. Hari ini masuk hari ke lima Pakatan Harapan menerajui negara selepas kerajaan pimpinan Barisan Nasional terkena “swing” dari rakyat yang mahukan perubahan.
Ramai mengharapkan pemerintah baru mampu memberi nafas baru dalam membaiki keluhan ekonomi rakyat yang sudah tidak tahan ditindas. Namun hari ini masih ada yang cuba tularkan berita tidak betul mengenai GST yang hanya akan dikuatkuasa pada 1 Jun 2018 semata-mata mahu meningkatkan “darah” rakyat dan ternyata surat kononnya rasmi itu adalah FAKE NEWS! Elok ditangkap sahajakan individu yang cuba memecah belahkan moral rakyat inikan.
Dalam tempoh 5 hari Pakatan Harapan menerajui tampuk pemerintahan negara, nampaknya janji Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mahu “membersihkan” ketua-ketua jabatan dan mereka yang kurang amanah semasa menjalankan tugas, nampaknya menjadi berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat (Remaja pernah siarkan artikel mengenainya. Lihat sini).
REMAJA senaraikan 5 ketua jabatan yang telah menyatakan akan berhenti, meletak jawatan dan yang direhatkan selepas pemerintahan baru memerintah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM
Nampaknya integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula menjadi “bual-bual kosong” masyarakat apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan pagi tadi dan telah menyerahkan notis sebulan. Sumber dalaman SPRM ketika dihubungi, mengesahkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, pagi tadi.
Lebih mengejutkan, laman web rasmi SPRM tidak boleh diakses buat masa ini tanpa ada sebarang sebab yang kukuh.
Sebagai sebuah suruhanjaya, tugas SPRM tentu agak berbeza namun kelihatan agak janggal kerana Ketua Pesuruhjayanya memilih untuk meletak jawatan tatkala lima hari Pakatan Harapan memerintah negara.
Peguam Negara
Dua hari sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata, buat masa ini tiada Peguam Negara dan jawatan itu dibiarkan kosong untuk sementara. Namun sesuatu yang agak janggal kerana kelibat Peguam Negara, iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali dip pejabat dilihat agak janggal. dilaporkan berada di pejabatnya pagi tadi.
Bagaimana pun berita mengenai situasi AG ini sah direhatkan kerana Bernama petang tadi melaporkan Tun Mahathir berkata AG akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat ke atas tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Ketua Setiausaha Perbendahaan
Kerajaan memutuskan kontrak perkhidmatan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun tahun ini (2018), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Menurut Ali dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Irwan Serigar dilantik secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 7 Mac tahun lepas (2017) hingga 6 Mac 2019.
“Mulai 14 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, pegawai (Mohd Irwan Serigar) ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan,” kata Ali (bernama)
Ketua Pegawai Eksekutif TV3 & RTM
Bilik berita TV3 dan RTM telah digubal serta merta atas arahan Tun Mahathir Mohamad. Perubahan itu diambil kira kerana terlalu tohmahan dan berita palsu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setiap arahan Dato Rahman Dahlan dan Dato Seri Salleh Said Keruak telah ditarik balik berkuat kuasa serta merta. .Orang pertama yang dapat surat tunjuk sebab ialah Tan Sri Ismee bin Ismail,Pengarah dilantik Media Prima dan Pengarah kanan Tabung Haji. Malah jika sebelum ini TV3 yang diejek dengan pelbagai gelaran kerana suka menyiarkan berita kurang benar, sudah mulai boleh diterima orang ramai selepas “pembersihan” dilakukan.
Di laman sosial hari ini juga seperti Twitter, beberapa nama besar disuruh letak jawatan namun berita ini belum disahihkan kebenaran lagi. Malah ada ahli Parlimen mendesak beberapa nama besar meletak jawatan. Nampaknya kerajaan baru benar-benar menginginkan orang yang berintegriti, amanah dan jujur dalam mentadbir negara.
Portal Malaysia kini petang ini pula melaporkan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Perfileman Malaysia (FINAS) meletak jawatan hari ini kurang seminggu selepas kerajaan baru dibentuk. Difahamkan, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya bermula jam 4 petang tadi. Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi beliau berhubung perkara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!