Ramai antara kita sering membuat tanggapan cop dari Pesuruhjaya Sumpah laku jika sudah disahkan oleh pegawai dilantik tersebut. Namun tahukah korang bahawa bukan semua dokumen laku walau sudah ada cop dan tandatangan dari Pesuruhjaya Sumpah kerana ada sesetengah dokumen hanya sah dan laku selepas dibuat mati setem (setem hasil).
Seperti kata peguam hartanah terkenal, Salhukhairi Abd Sukor yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI) ia TIDAK TEPAT DARI SEGI PROSEDUR UNDANG-UNDANG.
Bagi korang yang mungkin keliru di antara mati setem dan cop pesuruhjaya sumpah boleh baca di bawah ini yang dikongsi oleh beliau di pagenya.
Apakah dokumen yang perlu di mati setem dan dokumen yang perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah?
Disebabkan masih ramai yang keliru, maka saya terpaksa terangkan semula perkara ini.
1. Ramai yang masih keliru tentang apakah dokumen-dokumen yang perlu dimati stem dan apakah dokumen-dokumen yang hanya perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.
Ads
2. Dokumen yang perlu dimati stem biasanya adalah dokumen-dokumen kontrak / perjanjian yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak.
3. Dimana kesemua pihak dalam kontrak tersebut telah menurunkan tandatangan masing-masing pada muka surat akhir kontrak / perjanjian tersebut dihadapan saksi yang berkelayakan dari segi undang-undang (seperti peguam, hakim mahkamah, notary public dsbg).
4. Dan kontrak tersebut apabila telah ditandatangani, ianya akan mengikat kesemua pihak yang berkontrak ANTARA SATU SAMA LAIN.
5. Untuk membolehkan kontrak / perjanjian tersebut mempunyai nilai dari sudut undang-undang dan untuk membolehkan ianya diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah sekiranya pada kemudian hari berlaku perbalahan berkaitan dgn kontrak tersebut, maka ianya WAJIB di mati stem di pejabat duti stem LHDN.
Ads
6. Pun begitu, jika tidak dimati stem, ianya TIDAK menjadikan dokumen kontrak tersebut TIDAK SAH. Cuma ianya mungkin tidak boleh diterima sebagai bahan bukti di mahkamah sehinggalah ianya di mati setem . Dan jika ianya ingin di mati setem kelak selepas sebulan daripada tarikh perjanjian, penalti akan dikenakan terhadap dokumen tersebut oleh LHDN.
7. Manakala dokumen yang perlu ditandatangan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah pula adalah dokumen yang melibatkan satu perakuan bersumpah yang dibuat oleh mana-mana pihak sama ada seorang atau lebih dari seorang berkenaan dengan sesuatu fakta.
8. Dan perakuan bersumpah itu hanya akan mengikat PIHAK yang membuat perakuan bersumpah itu SAHAJA. Dan perakuan bersumpah itu hendaklah ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.
Ads
9. Jadi jika anda hendak buat satu perjanjian jual beli atau perjanjian sewaan atau apa-apa sahaja jenis perjanjian dengan kawan anda atau dengan pihak lain misalnya, yang mana masing-masing akan terikat satu sama lain dengan terma-terma dalam perjanjian tersebut, maka prosedur yang PALING BETUL adalah anda buat satu perjanjian yang berkenaan (atau boleh lantik peguam untuk sediakan perjanjian tersebut) dan masing-masing turunkan tandatangan dihadapan peguam sebagai saksi, kemudian pergi mati setem.
10. BUKANNYA pergi pejabat pesuruhjaya sumpah kemudian suruh tukang taip di pejabat pesuruhjaya sumpah tu sediakan satu perjanjian ringkas dan anda turunkan tandatangan di hadapan pesuruhjaya sumpah, kemudian pesuruhjaya sumpah turunkan tandatangan dan cop pesuruhjaya sumpah pada perjanjian tersebut.
Cara ini TIDAK TEPAT DARI SEGI PROSEDUR UNDANG-UNDANG.
11. Tetapi sekiranya anda hanya ingin buat satu perakuan untuk mengesahkan tentang sesuatu perkara yang hanya akan mengikat diri anda sahaja, misalnya perakuan yang geran tanah anda telah hilang dari simpanan, maka tak perlulah anda buat satu perjanjian dan pergi mati stem. Memadailah dengan anda buat satu surat akuan bersumpah kemudian pergi ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk perakuan dan pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja.
Harap huraian saya ini jelas difahami dan tiada yang keliru lagi. Sila LIKE, KOMEN, SHARE dan TAG sebagai tanda anda faham. Terima kasih,
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati apabila berkongsi kisah di sebalik pemberian biskut raya kepada Anwar Ibrahim.
Dari Muar Ke Putrajaya, Demi Sampaikan Biskut Raya
Ahli Parlimen Muar itu memaklumkan beliau sendiri ke Putrajaya bagi menyampaikan biskut raya hasil air tangan Bella Astillah kepada Perdana Menteri.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau menjelaskan sebelum ini tidak sempat bertemu Anwar ketika festival jualan kerana terikat dengan komitmen lain.
“Dari Muar terus ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Minggu lepas masa YAB PM datang ke Absolute Fest dan sempat jumpa Bella Astillah, saya pula tak dapat bersama sebab tengah LIVE selling dengan Dr Cardin, demi cari rezeki tambahan,” tulisnya.
Biskut Raya ‘Special’, Air Tangan Bella Sendiri
Menurut Syed Saddiq, biskut raya yang diberikan itu bukan biasa-biasa kerana ia dibuat sendiri oleh Bella Astillah.
“Hari ini dapatlah saya sampaikan sendiri kuih raya yang Bella buat. Freshly baked, straight out of the oven.
“Saya? Setakat tabur cherry dekat atas saja, itu pun dah kira maksimum bakat,” selorohnya.
Sempat Berbincang Isu Semasa
Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi bahawa pertemuan tersebut bukan sekadar menyerahkan biskut raya, malah sempat berbincang beberapa isu semasa.
Syed Saddiq juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa walaupun sibuk berdepan pelbagai cabaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan segelintir rakyat Malaysia, apabila menang dijulang, bila kalah disindir. Ini yang berlaku sewaktu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, ada masyarakat Malaysia yang tidak sensitif mengeluarkan kata-kata negatif kepada barisan atlet yang gagal di sukan berprestij itu.
Situasi ini telah menarik perhatian penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengatakan komen-komen negatif yang diberikan tiada faedahnya dan tidak sihat.
Penerjun berusia 22 tahun itu dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya berkata, atlet negara juga turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.
Dhabitah juga menjelaskan bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terutama apabila terpaksa ‘dikurung’ dalam gelembung sukan untuk menghindarkan mereka daripada wabak pandemik COVID-19.
“Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei telah pun melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kalah dalam perlawanan mereka di Olimpik. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D.
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tetap memberikan sokongan buat kontijen negara.
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat atlet wakil negara ke sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami pasti mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik, jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan tidak kiralah sama ada mereka berjaya mendapat tempat atau tidak.
Beberapa jam saja tinggal sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) benar-benar mula dilaksanakan di enam buah negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Ia termasuklah negeri Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan.
Namun menariknya, dalam perutusan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri pada sebelah petang tadi, beliau memberitahu bahawa pergerakan balik kampung masih dibenarkan sehingga hari Jumaat ini; yakni 15 Januari 2021.
Aik, boleh balik kampung pula?
Menurut beliau, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan individu yang telah membeli tiket penerbangan dan bas bagi tujuan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meneruskan niat mereka itu sehingga Jumaat ini meskipun kerajaan melarang sebarang pergeraan merentas negeri bermula esok.
Namun bagi pergerakan menggunakan kereta mahupun kenderaan darat lain bagi merentas negeri, korang masih memerlukan surat kebenaran khas yang didapati daripada pihak polis sebelum dibenarkan merentas.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.