Kalau korang tengah plan short getaway yang classy tapi still rasa ‘local pride’, berita baik untuk geng #TeamCutiCutiMalaysia! Dusit Princess Melaka, hotel sulung dari jenama antarabangsa Dusit International di Malaysia, sekarang dah officially dibuka dan bukan sekadar hotel biasa-biasa.
First Time Di Malaysia, Terus Pilih Melaka!
Terletak right smack dalam kawasan bersejarah UNESCO di tengah bandar Melaka, Dusit Princess bukan saja bawa modern luxury, tapi jugak vibe hospitaliti Thai yang terkenal.
View dari sini? Boleh pilih sama ada nak layan panorama kota lama penuh sejarah atau nikmati sunset vibesmenghadap Selat Melaka. Dua-dua pun aesthetic!
296 Bilik Dengan Sentuhan Lokal & Kontemporari
Bilik-bilik kat sini diinspirasikan oleh gaya kontemporari dengan sentuhan warisan tempatan. Macam mana nak gambarkan? Ala, macam mix antara heritage vibes dengan minimal luxe. Sama ada korang plan honeymoon, solo healing trip atau staycation dengan geng, confirm cozy dan Instagram-worthy.
Kemudahan Padu Untuk Kaki Rehat & Kaki Kerja
Nak berenang? Kolam renang dia antara yang terdalam di Melaka.
Nak bersenam tengah malam? Gim 24 jam, bro!
Ads
Lapar? Tiga restoran dah tunggu anda iaitu Zest, Long Feng dan Famosa Lounge. Nak buat event, seminar, wedding? Ada ruang acara seluas 774 meter persegi, siap dengan skrin LED dan set-up yang boleh customize ikut cita rasa.
Melaka Tengah Naik! Ready Untuk UN Tourism 2025 & Visit Malaysia 2026
Dengan lebih 15 juta pelancong tahun lepas, Melaka makin on track sebagai hotspot pelancongan utama negara. Dan pembukaan hotel macam Dusit Princess ni memang on point, especially bila negara kita tengah bersiap untuk UN Tourism 2025 dan kempen Visit Malaysia 2026 yang target sampai 35.6 juta pelawat.
Baru Buka Tapi Dah Menang Award?
Yup! Dusit Princess Melaka terus sapu dua anugerah dari International Business Magazine Awards 2025: Best Hotel for Business Travellers – Malaysia dan Excellence in Regional Hospitality – Malaysia
Ads
Not bad untuk hotel yang baru launch kan?
Nak Cuba Pakej Melaka Retreat? Ini Deal Dia!
Kalau korang nak betul-betul rasa pengalaman stay yang best, try ambil Pakej Melaka Retreat ni:
Jangan lupa follow @dusitprincessmelaka kat Facebook & Instagram untuk update terkini dan promo-promo menarik!
Dusit Princess Melaka bukan saja hotel baru, ia adalah permulaan fresh untuk pengalaman menginap yang tak dilupakan. Gabungan lokasi strategik, pemandangan memukau dan layanan Thai yang premium. Sesuai untuk yang nak lari sekejap dari hustle KL tapi still nak rasa classy.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia yang semakin sibuk dan pantas hari ini, kadangkala tindakan kecil mampu memberi kesan besar kepada masyarakat. Itulah yang berlaku apabila seorang remaja dikenali sebagai Haq menerima pujian ramai selepas berkongsi kisah tentang sebuah beret PDRM yang ditemuinya di atas jalan raya.
Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu ketika Haq melalui satu kawasan jalan yang agak sibuk. Dalam keadaan kenderaan keluar masuk, dia ternampak sebuah beret polis yang sudah kotor dan berada di tengah laluan.
Namun apa yang benar-benar membuatkannya berhenti bukan sekadar kerana ia milik pasukan keselamatan, tetapi kerana terdapat lencana yang memaparkan kalimah ALLAH dan MUHAMMAD pada beret tersebut.
Menurut Haq, dia tidak sanggup melihat simbol itu terus digilis tayar kenderaan atau dipijak orang ramai tanpa sengaja.
Diambil bukan sebab nak memiliki, tapi sebab tak sanggup tengok kalimah ALLAH dan MUHAMMAD dipijak-pijak.
View on Threads
Dibersihkan Dahulu Sebelum Diserahkan Kepada PDRM
Selepas membawa pulang beret tersebut, Haq mengambil inisiatif membersihkannya terlebih dahulu sebelum hadir sendiri ke balai polis berhampiran pada Selasa, 5 Mei 2026 bagi menyerahkan semula kepada pihak berkenaan.
Tindakan itu mungkin nampak sederhana, namun ramai menyifatkannya sebagai lambang adab, amanah dan rasa hormat yang semakin jarang dilihat dalam kalangan masyarakat hari ini.
Lebih menyentuh hati, Haq juga merupakan cucu kepada seorang bekas tentera. Ramai netizen percaya nilai disiplin serta penghormatan terhadap uniform dan institusi sudah diterapkan dalam dirinya sejak kecil lagi.
Netizen Puji Sikap Bertanggungjawab
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan berterima kasih atas tindakan remaja tersebut.
Ada yang menyifatkan Haq sebagai contoh anak muda yang masih mempunyai nilai murni dan sensitiviti terhadap perkara melibatkan agama serta maruah pasukan keselamatan negara.
Malah, ramai turut memuji didikan keluarga yang berjaya membentuk keperibadian baik dalam dirinya.
Kisah ini mungkin tidak melibatkan perkara besar atau sensasi, tetapi ia cukup untuk menjadi peringatan bahawa rasa hormat terhadap simbol agama, uniform dan amanah masih wujud dalam jiwa segelintir masyarakat.
Kadang-kadang, apa yang membezakan seseorang bukanlah perkara luar biasa yang dilakukan, tetapi keikhlasan dalam melakukan sesuatu yang dianggap kecil oleh orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak di bangku sekolah lagi, kita di Malaysia telahpun didedahkan dengan sebab utama mengapa mereka perlu mengelakkan diri daripada terjerumus dengan budaya merokok.
Bagi segelintir golongan remaja yang telahpun bergelar perokok, mereka sememangnya telah memasang niat untuk menghentikan tabiat merokok kerana mereka sedar akan kesan jangka masa panjangnya terhadap kesihatan mereka. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka memandangkan kandungan nikotin yang ada dalam rokok akan mengakibatkan seseorang ketagih terhadapnya.
Justeru, semakin ramai remaja mempertimbangkan alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternatives). Di antara produk bebas asap rokok yang popular di pasaran kini termasuklah rokok elektronik (vape).
Namun, baru-baru ini satu kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh merosakkan dan menganggu fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).
“Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.
“Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.
Dalam kajian tersebut, penyelidik menggunakan sistem robotik untuk meniru manusia menghisap vape dan pernafasan manusia.
“Robot vaping” dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.
Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol. Di samping itu, kajian itu menganalisis rekod pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.
Untuk info, antara 2.5 juta belia yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling popular.
Apa-apa pun, sama ada amalan merokok atau vape, kedua-duanya memberikan kesan terhadap kesihatan individu. Elakkan merokok/vape jika tidak mahu berlaku kemudaratan di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyedia tempat penginapan di lapangan terbang, CapsuleTransit akhirnya melancarkan cawangan hotel kapsul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Terdahulu, cawangannya di KLIA Terminal 2 telah dibuka sekitar tahun 2016.
Setelah tujuh tahun ia beroperasi, ‘jirannya’ di KLIA Terminal 1 dirasmikan pada 26 Jun 2023 oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Ia sekaligus membuka lembaran baharu untuk penginapan di dalam pod yang unik untuk penumpang penerbangan domestik serta antarabangsa sementara menunggu penerbangan masing-masing
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Pada keluasan 650 kaki persegi, Capsule Transit di KLIA Terminal 1 memuatkan sebanyak 24 pod kapsul yang direka agar pengunjung dapat berehat di dalam ruang penuh selesa.
Setiap pod kapsul dilengkapi kemudahan penting seperti port pengecasan USB, soket mengecas, kunci pintu digital, insulasi bunyi dan pencahayaan boleh laras agar korang dapat menikmati waktu persinggahan sementara itu.
Paling penting, ada akses Wi-Fi percuma!
Ujar Ketua Pegawai Eksekutif CapsuleTransit iaitu Ryan Loo, syarikat itu telah jauh melangkah ke hadapan sejak ia ditubuhkan pada tahun 2014.
Dengan pembukaan cawangan baharu di KLIA Terminal 1 ini, ia tentunya menaikkan semangat pasukannya untuk terus menawarkan servis kepada pengunjung di sana pula.
“Pelancaran ini adalah bukti komitmen kami untuk mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia dengan layanan mesra Malaysia yang dikenali ramai. Kami akan berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama di Asia,” kata Ryan.
Memasuki tahun 2024, CapsuleTransit di KLIA Terminal 2 akan terus memperbesarkannya dengan menambah 50 katil premium, ruang istirehat, spa dan kemudahan gymnasium.
Tidak mustahil, cawangan KLIA Terminal 1 juga akan mempunyai kemudahan-kemudahan berkenaan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!