Walaupun 17 tahun telah berlalu sejak tragedi tsunami melanda rantau Asia Tenggara dan negara-negara yang terletak di Lautan Hindi hingga menyebabkan ribuan nyawa terkorban, peristiwa tersebut masih jelas dalam bayangan penduduk dunia sehingga sekarang.
Tarikh 26 Disember 2021 semalam menandakan ulang tahun ke-17 sejak tragedi tersebut menimpa.
Rasa pedih yang ada pada diri mangsa yang berjaya menyelamatkan diri, ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa atau hilang daripada radar serta segenap masyarakat di Asia masih tidak berganjak.
Lokasi paling terkesan akibat tragedi tsunami ini tentunya ialah Banda Aceh. Implikasi daripada tragedi itu, tidak banyak struktur fizikal seperti bangunan di Banda Aceh yang dapat diselamatkan melainkan dua buah struktur masjid utama di provinsi Indonesia itu.
Salah satunya ialah Masjid Rahmatullah Lampuuk yang terletak berdekatan pantai Lampuuk Kecamatan Lhoknga di Aceh Besar. Ia merupakan masjid yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Aceh pada tahun 1612 lagi.
Ads
Kalau korang masih ingat, sewaktu ombak tsunami setinggi 30 meter melanda kawasan itu, dengan kuasa Allah SWT; Masjid Rahmatullah Lampuuk menjadi satu-satunya bangunan yang mampu bertahan dan kekal berdiri hingga ke hari ini. Kini, keadaan di kawasan di sekelilingnya juga sudah jauh berbeza.
Media di Indonesia baru-baru ini berkunjung ke Masjid Rahmatullah Lampuuk untuk melihat keadaan masjid tersebut yang kini dikelilingi kawasan menghijau ibarat berada di dalam taman yang luas.
Sementara itu, sebuah lagi struktur masjid yang selamat daripada dibadai ombak tsunami di Banda Aceh ialah Masjid Raya Baiturrahman. Korang pasti akan terkejut melihat perubahan yang terjadi padanya.
Masjid yang dibina semasa kepimpinan Sultan Iskandar Muda ini sekarang menjadi masjid utama di pusat bandar. Ia sering dikunjungi orang ramai bagi menunaikan solat dan menjadi pusat kunjungan pelancong luar yang ingin melihat keindahan seni bina dan ornamennya.
Sekali imbas, penambahan yang telah berlaku ke atas Masjid Raya Baiturrahman sepanjang tempoh 17 tahun ini mengingatkan kita semua terhadap kawasan luar Masjid Nabawi di Madinah dengan teknologi struktur ‘payung mega’-nya yang boleh dibuka serta dikuncupkan mengikut keadaan cuaca.
Apabila melihat dua struktur agung di Banda Aceh ini yang terselamat daripada ujian Allah SWT 17 tahun yang lalu, sesiapa saja akan teringin untuk melawatnya satu hari nanti. Bukan saja untuk solat di dalamnya, penulis pasti korang juga ingin mengimbas semula peringatan yang diberikan olehNya ke atas kita sebagai hamba di muka bumi ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jocelyn Yow, 25, telah dilantik sebagai Datuk Bandar bagi kawasan Eastvale di California pada 10 Disember lalu. Jocelyn yang merupakan warganegara Amerika Syarikat berketurunan Malaysia di sebalah bapanya dan Vietnam disebelah ibunya. Pelantikan ini juga menandakan dia merupakan wanita dan bukan individu berkulit putih termuda yang pernah diberi dilantik untuk menjawat jawatan tersebut.
Ibu kepada bayi berusia enam bulan ini ada bercerita di dalam satu hantaran di Instagram tentang susur galur keluarganya. Bapanya telah berhijarah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1980-an manakala ibunya pula meninggalkan Vietnam demi mencari kehidupan baru di negara Uncle Sam itu.
Kemudian pada tahun 1996 dia dan keluarganya pulang ke Malaysia apabila datuknya disahkan menghidap kanser. Tinggal di Malaysia selama lebih 10 tahun memberikan dia peluang untuk mendekati dan mempelajari sejarah tentang keluarganya, warisan dan juga budaya.
Katanya, “Walaupun kedua ibu bapa saya tiada apa-apa Ketika memulakan kerjaya masing-masing, mereka selalu menekankan kepentingan perkhidmatan awam dan sikap suka memberi. Saya sangat bangga menjadi anak kepada ibu bapa saya dan saya bangga mejadi seorang Malaysian Vietnamese Chinese American.”
Merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley. Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School.
Sumber & Gambar: Instagram Jocelyn Yow
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial popular, Cik B sekali lagi meraih perhatian netizen apabila menjadikan Sepanyol sebagai destinasinya untuk menyambung pelajaran.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, memperlihatkan anak perempuan kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu sedang memilih beberapa pasang baju untuk disusun dalam bagasi yang bakal dibawa ke sana nanti.
Dalam perkongsian yang sama, Cik B turut meminta pengikutnya meneka destinasi di mana dia akan melanjutkan pelajaran.
Menarik perhatian apabila, ada pengikut yang berjaya meneka Sepanyol, selepas adik lelakiny iaitu Kacak, secara tidak sengaja mendedahkan lokasi tersebut dalam satu sesi siaran langsung sebelum ini.
Pemerhatian Remaja mendapati, hantaran tersebut telah dibanjiri pelbagai reaksi daripada pengguna yang rata-rata teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pempengaruh berusia 19 tahun itu.
“Cik B dah jauh nanti jaga diri baik-baik. Jangan kawan dengan orang yang bukan-bukan tau. Jaga makan, jangan banyak main game,” tulis seorang pengguna.
“Alhamdulillah semoga Cik B akan sentiasa berjaya duniawi dan ukhrowi. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen lagi pengguna lain.
“Kalau dah belajar di luar negara, mesti nanti Cik B lagi bergaya,” komen pengikutnya lain.
Menjengah hantaran di Instagram pula, dilihat Cik B ada berkongsi momen dirinya bersama keluarga di negara tersebut.
”Cik B sambung belajar di Spain, korang tak rindu Cik B ke?”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: TikTok Cik B
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kopi antara minuman paling popular di dunia kerana rata-rata masyarakat memilih kopi sebagai hidangan tidak kira ketika waktu pagi atau pun sewaktu berehat bersama teman-teman.
Jika tidak, masa kan terdapat banyak coffee house yang wujud di seluruh dunia dengan aneka pilihan pelbagai jenis kopi.
Foto Via Pexels
Ada yang menganggap minuman kopi boleh menyebabkan ketagihan. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tapi sebagai peminat kopi kami juga tidak menafikan yang ketagihan kopi sememangnya wujud. Hiks!
Untuk peminat tegar minuman kopi, Remaja nak kongsikan resipi kopi latte ala kampung yang korang boleh buat dan confirm ketagih nak lagi. Resipi ini telah dikongsi oleh Madihah Hamid dalam grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bahan-bahan:
– Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
– Susu kotak atau susu segar
– Gula melaka
– Air
Cara menyediakan:
1. Masakkan kopi sehingga menggelegak, biarkan dalam satu minit (dalam keadaan menggelegak)
Tunggu hingga menggelegak
2. Kemudian, tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api
3. Tuangkan air kopi dan susu tadi dalam juga, tuangkan secawan untuk diminum. Selebihnya boleh disimpan dalam peti ais. Lagi lama disimpan dalam peti ais, lagi sedap. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar
Sukatan lebih kurang untuk jug 1 liter
Lihat cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan pun dah nampak sedap. Kalau nak tahu power tak power, korang cubalah sendiri okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!