Rumah tangga pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim terus menjadi perhatian apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.
Siti Khalizah tiba sekitar jam 9.40 pagi dengan mengenakan jubah hitam dan memakai pelitup muka. Dia turut ditemani oleh peguam syarie yang dilantik, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
Ads
Prosiding sebutan tuntutan dan permohonan cerai itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Namun begitu, kelibat aktor berusia 31 tahun itu masih belum kelihatan sehingga jam 10 pagi.
Ads
Sekadar info, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan sejak Mei lalu, apabila timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah mulai dingin.
Pasangan ini telah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Kedah, dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Khalizah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang, asal bijak dan tahu mengambil peluang kita boleh jalani hidup dengan lebih gembira. Ada bermacam kegembiraan. Perasaan ini berbeza setiap orang. Tapi rasanya ramai yang setuju kalau dikatakan travel luar negara adalah saat paling menyeronokkan. Ya tak?
Tapi baru-baru ini satu laman web yang menyediakan panduan pelancongan dan pengembaraan dunia, Fodor ada menyenaraikan beberapa lokasi dunia disebabkan faktor etika, alam sekitar dan politik.
Fodor tidak menggalakkan pelancong untuk melancong di Barcelona (Sepanyol), Angkor Wat (Kemboja), Amerika Syarikat, Big Sur (California), Bali (Indonesia) dan Hanoi (Vietnam) kerana kepadatan pelancong di sana telah menjejaskan alam sekitar serta penduduk tempatan.
Ekosistem dan habitat semula jadi seperti di Florida Keys National Marine Santuary (Amerika Syarikat), Parque Nacional Arrecifes de Cozumel (Mexico), Galapagos National Park (Ecuador) dan Pulau Komodo (Indonesia) turut tersenarai sebagai lokasi yang diancam kepupusannya.
Pelancong yang melancong ke negara Asia seperti Kemboja dan Thailand dinasihatkan agar tidak menunggang gajah kerana aktiviti tersebut menyebabkan gajah didera dan dipukul dengan kejam demi keuntungan hiburan pelancong.
Atas faktor keselamatan, pelancong tidak digalakkan untuk mendaki puncak Matterhorn (Switzerland) kerana pernah berlakunya tragedi meragut nyawa melibatkan lapan individu.
Di Mexico dan Amerika Tengah pula, pelancong dinasihatkan agar berhati-hati dalam pengambilan alkohol disebabkan kes maut akibat daripada keracunan methanol.
Harapnya keindahan tempat-tempat ini akan tetap terpelihara sampai bila-bila. So jom la kita plan pergi tempat lain yang tak sesak orang k!
ka sebelum ini nama Ayana Moon menjadi viral kerana gadis Korea ini memeluk Islam, tahun lepas adiknya, Aydin pula telah memeluk Islam. Kedua pasangan adik-beradik ini mendapat perhatian kerana selebriti instagram ini berpeluang menyambut Ramadan bersama adiknya.
Aydin Seongwook Moon memeluk Islam pada Mei 2019 di Masjid Central Seoul yang merupakan pusat komuniti Muslim di Korea Selatan. Tahun ini merupakan pengalaman pertama Aydin menyambut Ramadan dan kebetulan, kakaknya turut sama berada di Korea bagi menjalani ibadah puasa.
Ayana juga dikhabarkan sudah berhijrah ke Indonesia dan dia turut berharap agar selepas tamat persekolahan nanti, adiknya berpindah ke negara yang majoritinya Islam seperti di Malaysia atau pun Indonesia untuk banyak belajar tentang Islam dengan lebih mendalam kerana jika di Korea, ianya agak sukar (intepseleb.com).
Alhamdulillah, sama-sama kita doakan agar kedua beradik ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.
#SyukurBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selena Gomez, bintang Hollywood yang terkenal dengan bakat serba boleh, kini menambah gelaran baharu yang mungkin tidak ramai menjangkakannya – billionaire!
Wanita 32 tahun ini mencatat sejarah baru apabila diiktiraf sebagai salah seorang bilionair termuda di Amerika Syarikat. Dengan anggaran nilai kekayaan yang mencecah RM5.6 bilion.
Selena Gomez
Dari Bintang Hiburan ke Usahawan Berjaya
Selena Gomez memulakan kariernya sejak kecil, dan popularitinya melonjak ketika membintangi siri Disney, Wizards of Waverly Place. Sejak itu, Selena terus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang, termasuk industri muzik, di mana dia telah mengeluarkan beberapa album yang mencapai kejayaan komersial. Namun, kekayaan besar yang dikecapinya kini bukan hanya dari hasil kerja dalam dunia hiburan.
Selena Gomez memulakan kariernya sejak kecil, dan popularitinya melonjak ketika membintangi siri Disney, Wizards of Waverly Place.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan Selena adalah perniagaan kecantikannya, Rare Beauty. Jenama yang diasaskannya pada tahun 2020 ini telah mendapat sambutan hangat dan berjaya memikat hati pengguna di seluruh dunia. Rare Beauty bukan sekadar jenama kecantikan biasa, tetapi juga menekankan mesej positif tentang penerimaan diri dan kesihatan mental, yang sangat dekat dengan pengikut setia Selena. Dalam tempoh singkat, jenama ini telah berjaya meraih keuntungan besar, menyumbang secara signifikan kepada peningkatan kekayaannya.
Pelaburan Bijak dan Kerjasama Strategik
Selain daripada jenama kecantikan, Selena juga terkenal sebagai seorang pelabur yang bijak. Beliau telah membuat beberapa pelaburan dalam pelbagai syarikat teknologi dan perniagaan, yang turut memperkukuhkan kedudukan kewangannya. Selain itu, Selena juga terlibat dalam kerjasama dengan jenama-jenama besar seperti Puma dan Coach, yang menambah kepada pendapatan keseluruhannya.
Rare Beauty
Penglibatannya dalam dunia perniagaan telah menunjukkan bahawa Selena bukan sahaja seorang selebriti yang berjaya di pentas seni, tetapi juga seorang usahawan yang berfikiran jauh. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah mengukuhkan jenamanya dan memastikan kehadirannya bukan sahaja di dunia hiburan, tetapi juga dalam dunia perniagaan global.
Inspirasi kepada Generasi Muda
Selena Gomez kini bergelar bilionair, menjadikannya salah seorang bilionair termuda yang berjaya dengan usaha sendiri di Amerika Syarikat. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya golongan muda yang memandang tinggi kepada beliau sebagai contoh teladan.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam perjalanan hidupnya, termasuk masalah kesihatan mental dan fizikal, Selena telah membuktikan bahawa dengan kerja keras, dedikasi, dan ketekunan, sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan besar. Keberaniannya dalam berkongsi tentang perjuangannya melawan penyakit lupus dan kesihatan mental turut menjadikan beliau lebih dihormati sebagai seorang ikon yang tulus dan jujur.
Kejayaan ini menjadikan beliau inspirasi kepada ramai, dan Selena terus membuktikan bahawa tiada had untuk apa yang boleh dicapai jika kita berani bermimpi dan berusaha keras.