Musim Ketiga Squid Game Lebih Beremosi, Dramatik Di Antara Gi Hun & ‘Front Man’ Hujung Jun Ini

Share

Kira-kira 18 hari sahaja tinggal sebelum musim ketiga terakhir drama bersiri popular dari Korea Selatan, Squid Game menemui penonton menerusi platform penstriman, Netflix.

Ketika ditemui dalam sebuah sidang media yang dipancarkan secara dalam talian ke pihak media di Malaysia pada 9 Jun, pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk tampil mengulas tentang jalan cerita musim terakhir ini sambil ditemani oleh para pelakonnya termasuklah Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Im Siwan, Kang Ha Neul, Wi Ha Joon, Park Gyu Young, Lee Jin Wook, Park Sung Hoon, Yang Dong Geun, Kang Ae Shim, Jo Yuri, Chae Gook Hae, Lee David dan Noh Jae Won.

“Gi Hun (lakonan Lee Jung Jae) kehilangan rakan baik yang dibunuh oleh Front Man (lakonan Lee Byung Hun) dan beliau berada dalam perangkap emosi kerana merasa terkejut dan tidak berdaya.

“Namun akhirnya, Gi Hun kembali percaya terhadap dirinya sendiri dan percaya terhadap sifat kemanusiaan. Beliau merangka rancangan untuk menjatuhkan keseluruhan sistem permainan Squid Game.”

(Dari Kiri): Lee Byung Hun dan Lee Jung Jae.

“Pada masa yang sama, Front Man yang dapat melihat transformasi pada diri Gi Hun ini turut membangunkan rancangannya sendiri.

“Sekiranya musim kedua dan ketiga dilihat sebagai jalan cerita yang berterusan, musim ketiga ini memberikan momen penghujung. Ia sarat dengan emosi dan drama terutamanya dalam babak membabitkan konfrontasi di antara Gi Hun dan Front Man,” kongsi Lee Byung Hun.

BACA: 4.6 Juta Gaji Satu Episod, Bintang ‘Squid Game’ Lee Jung-jae Bakal Jadi Pelakon Netflix Dengan Bayaran Tertinggi! – Remaja

Tayangan Squid Game musim ketiga bakal diluncurkan pada 27 Jun sebagai grand finale terhadap drama bersiri yang pernah berjaya memenangi pelbagai jenis anugerah ini menerusi musim pertama (2021) dan musim kedua (2024).

BACA: 14 Pencalonan Anugerah Emmy 2022 Buatkan Produksi Squid Game Terkejut – Remaja

BACA: Squid Game Terus Beri Impak, Menang 2 Trofi Emmy’s 2022 Termasuk Pelakon Lelaki Terbaik – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ