Selain Squid Game, Selena Gomez juga telah mencipta sejarah pada Anugerah Emmy bagi tahun ini.
Keunggulan drama bersiri Korea terbitan Netflix, Squid Game berterusan hingga ke tahun ini apabila ia menerima 14 pencalonan bagi Anugerah Emmy 2022 sekaligus memecahkan rekod mana-mana naskah bukan berbahasa Inggeris yang pernah tercalon di acara berprestij itu.
Pengumuman pencalonan pada awal pagi tadi itu menyaksikan Squid Game meneruskan penguasaan di dunia hiburan Barat terutamanya di Hollywood setelah ia memberikan saingan sengit kepada drama popular lain seperti Stranger Things, Euphoria, Succession, Ozark, Severance, Better Call Saul dan Yellow Jackets menerusi kategori Drama Bersiri Cemerlang. Squid Game sekaligus menjadi siri bukan berbahasa Inggeris pertama untuk dicalonkan dalam kategori tersebut dalam sejarah penganjuran Anugerah Emmy.
Tambah membanggakan apabila lima pelakon drama tular itu turut dicalonkan menerusi kategori lakonan; justeru menjadikan mereka sebagai para pelakon warganegara Korea Selatan pertama dalam sejarah untuk diiktiraf dengan pencalonan dalam kategori masing-masing.
Ads
Ini termasuklah Lee Jung jae (Seong Gi-hun) untuk kategori Pelakon Lelaki Utama dalam Drama Bersiri, Jung Ho yeon (Kang Sae-byeok) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita dalam Drama Bersiri, Park Hae Soo (Cho Sang-woo) dan Oh Young Soo (Oh Il-nam) masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki dalam Drama Bersiri dan Lee Yoo mi (Ji-yeong) untuk kategori Pelakon Jemputann Wanita dalam Drama Bersiri.
Selain itu, Squid Game turut menerima pencalonan bagi pengarahnya, Hwang Dong Hyuk yang menjadi warganegara Korea Selatan pertama untuk memperoleh pencalonan Emmy untuk kategori pengarahan dan penulisan.
Ads
Lain-lain kategori pencalonan melibatkan Squid Game terdiri daripada Reka Bentuk Produksi Cemerlang untuk Program Kontemporari Naratif (Satu Jam atau Lebih), Sinematografi Cemerlang untuk Siri Single-Camera (Satu Jam), Suntingan Gambar Single-Camera Cemerlang untuk Drama Bersiri, Muzik Tema Original Cemerlang, Kesan Visual Cemerlang untuk Satu Episod dan Persembahan Aksi Cemerlang.
Turut mencipta sejarah ialah penyanyi dan pelakon, Selena Gomez yang menjadi wanita berbangsa Latin kedua untuk dicalonkan sebagai seorang penerbit dalam kategori drama bersiri komedi. Begitupun, Selena terlepas pencalonan bagi kategori pelakon wanita untuk naskah Only Murders in the Building.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-35 menyaksikan 12 lagu dipertandingkan dalam majlis tertutup memenuhi prosedut operasi standard yang ditetapkan. Pertandingan yang dianjurkan saban tahun sejak 1986 ini merupakan antara pertandingan paling lama bertahan dalam sejarah penyiaran di Malaysia menggunakan konsep yang sama dengan sedikit perubahan dari tahun ke tahun.
Mula diadakan pada tahun 1986, lagu Sekadar Di Pinggiran nyanyian Francisca Peter dijulang sebagai juara sulung dan Manan Ngah merupakan komposer pertama diangkat sebagai juara. Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana penganugerahan dibezakan untuk komposer dan juga penyanyi.
Barisan komposerManan Ngah memenangi tempat pertama dan tempat kedua menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran dan juga Aku Kehilanganmu. Kedua-dua lagu itu dinyanyikan oleh Francisca Peter
Bagi edisi sulung tersebut, biarpun Francisca Peter menyanyikan lagu hanya Manan Ngah yang naik ke pentas untuk menerima hadiah kerana beliau merupakan komposer lagu tersebut, sesuai dengan pertandingan ini sebagai pertandingan yang mengangkat komposer dan penulis lirik. Namun begitu Francisca Peter tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia memenangi tempat kedua bagi kategori persembahan terbaik. Kategori persembahan terbaik untuk edisi pertama ini dimenangi oleh Alleycats yang mempersembahkan lagu Sampaikan Salam Cintaku.
Francisca Peter cantik berbaju kurung
Itulah uniknya pertandingan Juara Lagu ketika itu, tiga anugerah untuk lagu terbaik dan tiga anugerah untuk persembahan terbaik. Kategori lirik terbaik pula mula diadakan pada edisi kedua Juara Lagu 1987 menyaksikan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan diangkat sebagai pemenang sulung menerusi lirik puitisnya untuk lagu Menaruh Harapan.
Azlina Aziz dengan lagu Wajah siapa Di Hatimu hasil gubahan komposer Omar TaibKomposer Cinta Yang Terbiar nyanyian Rohana Jalil tidak berjaya memenangi sebarang tempat, walaupun begitu Rohana memenangi tempat ketiga kategori persembahan terbaik.
Namun begitu format ini diubah pada tahun 1992 yang mana menyaksikan pemenang diasingkan mengikut kategori lagu dan kemudiannya juara keseluruhan dipilih dari tiga lagu terbaik setiap kategori. Dan kini bermula tahun 2009, Anugerah Juara Lagu edisi ke-24 format telah kembali seperti dahulu yang mana tiada kategori lagu diadakan dan disamping pemenang utama untuk komposer dan penulis lirik, barisan penyanyi berpeluang merebut gelaran vokal dan juga persembahan terbaik.
***P/S- Tengok penyanyi wanita dulu-dulu pertandingan pakai baju kurung je. Simple dan cantik!
Sumber gambar: YouTube TV3
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, As-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billab Shah, Malaysia telah menerima seorang Perdana Menteri yang baru sekaligus melantik Perdana Menteri kelapan negara.
Menurut pekeliling rasmi merangkap kenyataan media yang telah diberikan oleh pihak Istana Negara, Tuanku telah berkenan until melantik Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Upacara istiadat pengurniaan suratcara pelanntikan dan istiadat mengangkat sumpah secara rasmi pula dijadualkan berlangsung pada esok hari pada jam 10.30 pagi di Istana Negara.
Pelantikan ini juga datang lebih awal daripada yang dijangkakan (2 Mac) atas titah Tuanku sendiri. Baginda merasakan pelantikan Perdana Menteri tidal boleh dilengahlan demi kesejahteraan rakyat, ekonomi dan negara secara keseluruhannya.
Kami di meja redaksi REMAJA mengucapkan selamat datang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat akan bertambah baik selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas diperintahkan untuk tutup, apa akan terjadi kepada lebih 800 orang pekerja cawangan Tealive?
Kes di antara dua nama besar cawangan minuman bubble di Malaysia, Tealive dan Chatime memang tak pernah surut. Terbaru, mahkamah melalui Hakim Dr. Hj. Hamid Sultan Abu Backer telah memerintahkan Loob Holdings untuk menutup kesemu 161 francais dan sub francais di Malaysia.
Ia berikutan kemelut undang-undang tentang bagaimana Loob Holding dapat menukar penjenamaan produk mereka dalam masa yang sikat kepada Tealive pada tahun 2016.
Selain itu, Tealive juga didakwa melanggari perjanjian berkaitan penggunaan baham yang tidak dipersetujui Chatime.
Kiranya, La Kaffa International Co. Ltd yang memiliki jenama Chatime telah memenangi kes. Namun hari ini, Loob Holding telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah persekutuan tentang keputusan yang memihak Chatime pada 27 Jun lepas.
Haih, masih nak bergaduh lagi.
Tak mengapa, kita ketepikan dulu soal saman-menyaman ini. Persoalan yang lebih utama adalah apakah nasib lebih 800 orang pekerja Tealive kini yang tidak menentu dengan status mereka selepas kafe itu ditutup.
Chatime dalam kenyataan media hari ini menawarkan diri untuk mengambil semula bekas staf yang terkesan daripada keputusan mahkamah.
Pengarah Kumpulan Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, walaupun mereka gembira dengan keputusan mahkamah yang memihat Chatime, pada masa yang sama mereka sedar akan nasib yang menimpa pekerja dan pemilik cawangan.
“Dalam skop yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mengajak bekas pemilik francais Chatime dan bekas pekerja untuk menghubungi kami sekiranya mereka memerlukan bantuan. Keputusan membenarkan semula mereka bekerja di bawah jenama Chatime ini dibuat setelah ramai yang berbuat sedemikian (minta bantuan) baru-baru ini.
“Our doors are open, they are our priority at the moment,” kata beliau lagi.
Haa, eloklah tu. Terbela nasib pekerja yang tak bersalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!