Sejarah dunia terbitan drama antarabangsa sekali lagi tercipta menerusi drama bersiri popular dari Korea Selatan, Squid Game.
Kali ini, K-drama terbitan Netflix itu telahpun membawa pulang dua trofi di anugerah Emmy 2022 pada pagi tadi menerusi dua kategori utama iaitu kategori Outstanding Lead Actor in a Drama Series menerusi Lee Jung-jae dan kategori Outstanding Directing for a Drama Series menerusi arahan Hwang Dong Hyuk.
Bukan sahaja dua kemenangan ini amat bermakna buat dunia perfileman Korea Selatan, Netflix dan pasukan Squid Game kerana pengiktirafan anugerah berprestij seperti Emmy’s. Malah, ia juga bermakna kerana buat kali pertama dalam sejarah, pelakon dari benua Asia telah dipilih bagi memenangi kategori lakonan.
Lee Jung-jae yang membawakan watak Gi-hun dengan amat berkesan sebelum ini pernah mencipta kejayaan di acara SAG Awards, juga menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
“Terima kasih juga kepada Akademi, Netflix dan pengarah Squid Game, Director Hwang Dong Hyuk kerana telah mencipta kisah yang mengandungi masalah-masalah realistik dan wajah sebenar masyarakat dengan skrip serta kesan visual yang kreatif. Terima kasih juga kepada pasukan Squid Game.
Ads
“Terima kasih banyak-banyak. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada Tuhan. Kepada anda yang sedang menonton dari Korea; kepada peminat, rakan-rakan dan ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong, saya ingin kongsikan kemenangan ini dengan anda semua,” katanya yang kacak dalam persalinan Gucci.
Terdahulu, Jung-jae telah berjalan di karpet merah Emmy’s 2022 bersama-sama teman wanita, Lim Se Ryung.
Biarpun mereka telah bersama sejak 2015 dan foto mereka sering dibidik oleh paparazi sewaktu Se Ryung mengikuti Jung-jae pada acara Squid Game di seluruh dunia, ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki di karpet merah sebagai pasangan rasmi.
Ads
*
Sementara itu, pengarah Hwang Dong Hyuk juga mencipta sejarah tersendiri menerusi kemenangannya. Ini merupakan kemenangan sulung sebuah drama bukan berbahasa Inggeris dalam kategori Outstanding Directing for a Drama Series.
Dengan nada merendah diri, pengarah Hwang berkata kemenangan ini adalah disebabkan penerimaan orang ramai yang membuka pintu buat Squid Game. Sambil berharap agar Squid Game tidak menjadi drama bersiri bukan berbahasa Inggeris terakhir yang menerima pencalonan di Emmy’s, Hwang juga tidak sabar untuk kembali dengan musim kedua Squid Game. Begitupun, tarikh tayangannya masih tidak didedahkan.
Selain dua kategori tersebut, Squid Game turut tercalon dalam kategori Outstanding Drama Series, Outstanding Writing for a Drama Series (pengarah Hwang Dong Hyuk), Outstanding Supporting Actress in a Drama Series (pelakon Jung Ho Yeon) dan kategori Outstanding Supporting Actor in a Drama Series menerusi Park Hae Soo serta Oh Young Soo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop generasi baharu, Cortis mencuri perhatian apabila isu keselamatan dan privasi ahli kumpulan berkenaan kembali menjadi bualan selepas agensi mereka mengambil tindakan tegas terhadap segelintir individu yang didakwa melampaui batas sebagai peminat.
Perkara ini difahamkan tercetus susulan beberapa insiden yang melibatkan pencerobohan privasi serta gangguan terhadap pergerakan kumpulan tersebut.
Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music, pihaknya memaklumkan bahawa tindakan undang-undang telah pun dimulakan terhadap pihak yang menyebarkan gambar artis yang telah diubah suai dengan niat tidak baik di platform dalam talian. Selain itu, agensi tersebut turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melibatkan penyebaran maklumat peribadi ahli kumpulan.
Dalam laporan sama, antara insiden paling serius yang dilaporkan berlaku adalah apabila terdapat individu yang memasang peranti penjejak GPS pada kenderaan yang digunakan oleh Cortis ketika berada di Paris.
Malah, ada juga pihak yang didakwa mengekori pergerakan kumpulan tersebut menggunakan kenderaan lain serta menyusun pergerakan mereka berdasarkan jadual tidak rasmi.
Tidak hanya itu, Big Hit Music turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa pelanggaran privasi lain yang semakin membimbangkan termasuk pencerobohan kawasan parkir kediaman artis serta individu yang menyamar sebagai petugas acara untuk mendekati ahli kumpulan. Terdapat juga laporan mengenai pengambilan gambar tanpa kebenaran ketika ahli kumpulan berada di ruang rehat lapangan terbang dan di dalam pesawat.
Pada masa yang sama, agensi tersebut turut mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat penerbangan peribadi ahli kumpulan yang dijual secara tidak sah di platform media sosial. Pihak mereka telah memfailkan aduan jenayah dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Di samping itu, Big Hit Music turut menegaskan bahawa perbuatan seperti penjualan dan pembelian data peribadi ini merupakan satu kesalahan serius yang melanggar undang-undang perlindungan maklumat peribadi serta peraturan komunikasi digital yang ditetapkan.
Selain isu fizikal dan keselamatan, agensi itu juga memaklumkan bahawa mereka sedang mengambil tindakan terhadap kandungan dalam talian yang berunsur fitnah, penghinaan serta manipulasi imej artis yang disebarkan dengan niat menjatuhkan reputasi kumpulan tersebut. Langkah ini termasuk sekatan terhadap akaun yang didapati melanggar garis panduan komuniti.
Untuk rekod, Cortis yang mula mencuri perhatian sejak kemunculan mereka pada Ogos lalu menerusi lagu hit berjudul Go!, Fashion, RED RED, dan TNT terus mencatat pencapaian memberangsangkan dalam industri muzik K-Pop dengan jutaan jualan album serta strim global yang tinggi. Walaupun berdepan cabaran dari segi privasi, agensi menegaskan mereka akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan ahli kumpulan sentiasa menjadi keutamaan.
Sumber: Big Hit Music
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon cantik Korea Selatan, Seo Ji Hye baru-baru ini tular selepas kisahnya menyelamatkan seorang wanita daripada diganggu seorang lelaki mabuk di dalam kereta api pada tahun 2010, iaitu 14 tahun lalu.
Menurut laporan media Korea Selatan, Jihye (40) pada ketika itu baru sahaja selesai dari penggambaran untuk drama berjudul ‘Kim Soo Ro’ dan sedang menaiki kereta api Korea Train Express (KTX) untuk kembali ke Seoul.
Dia melihat seorang lelaki mabuk sedang mengganggu ketenteraman seorang wanita yang juga penumpang di platform kereta api KTX tersebut pantas bertindak menghampiri dan bertanya tentang apa yang sedang berlaku.
Wanita berkenaan memberitahu bahawa dia membantu lelaki itu menunjukkan arah jalan, walau bagaimanapun lelaki tersebut terus mengikutinya dan cuba mengacau sehingga ke stesen kereta api.
Dalam pada itu, Jihye langsung mendekati wanita itu dan naik ke kereta api bersama-sama untuk melindunginya. Namun, lelaki mabuk itu terus mengikuti mereka berdua dan memaksa wanita itu untuk memberikan nombor telefon.
Kredit: Soompi
Pelakon ‘Crash Landing On You’ dan ‘Adamas’ yang pada ketika itu tidak lagi dapat bertahan melihat lelaki mabuk yang terus mengganggu walaupun sudah diberikan amaran lisan kemudian terus menangkap lelaki itu secara fizikal dengan menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri, Hapkido.
Difahamkan, Jihye menggunakan teknik balingan ‘mechigi’ terhadap lelaki mabuk berkenaan untuk menangkapnya. Menurut laporan, pelakon wanita itu memiliki tali pinggang hitam Hapkido tahap ke-4.
Kredit: Asia Pacific Self DefenceHapkido Belt Ranking
Beliau juga mengaku bahawa ketika berada dalam keadaan tersebut dia merasa takut tetapi cekal mengumpul keberanian untuk menyelamatkan wanita daripada menjadi mangsa lelaki tersebut.
Sekadar info, Seo Jihye memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 dan terkenal menerusi filem seram ‘Voice’ pada tahun 2005. Dia juga turut membintangi K-Drama seperti 49 Days, Punch, Don’t Dare to Dream, Crash Landing on You, dan Red Balloon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati siapa yang tidak punah apabila kediaman yang mereka sayangi selama ini ranap dalam sekelip mata sahaja. Apatah lagi perkhabaran tersebut diketahuinya menerusi paparan berita di kaca televisyen.
Begitulah yang terjadi kepada pewaris empayar Hilton yang juga merupakan selebriti terkenal Amerika Syarikat, Paris Hilton apabila kediaman inapnya di Malibu, Los Angeles hangus terbakar akibat kebakaran, minggu ini.
Sebelum Dan Selepas Kebakaran
Kediaman mewah yang terletak di persisiran pantai itu merupakan salah satu daripada lebih 1000 bangunan yang dijilat api dalam kawasan seluas hampir 11,000 hektar dan terus merebak.
Kata Paris, kejadian tersebut hanya diketahui olehnya ketika beliau sedang menonton siaran berita di kediaman berasingan bersama keluarganya.
“Rumah (Malibu) ini adalah tempat kami membina kehidupan berkeluarga yang mempunyai banyak kenangan manis.
“Di situlah, Phoenix (anak lelakinya) melangkah untuk kali pertama pertamanya dan di mana kami impikan kehidupan serba tenang bersama London (anak perempuannya).
“Saya mendoakan kesemua keluarga yang terkesan akibat kebakaran ini. Kepada mereka yang kehilangan rumah, memori dan haiwan peliharan yang mereka cintai,” catatnya.
Paris turut menyatakan beliau kini menghubungi organisasi tertentu bagi memikirkan cara menyokong komuniti yang terjejas akibat kebakaran hutan ini, sambil menghargai keberanian dan dedikasi anggota bomba di Los Angeles yang mempertaruhkan nyawa bagi melindungi penduduk di sana.
Sebagai info, antara kediaman selebriti Hollywood lain yang turut musnah termasuklah kediaman Leighton Meestar dan Adam Brody, Anna Faris, Billy Crystal dan kediaman ‘childhood’ adik-beradik peragawati terkenal, Gigi dan Bella Hadid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Tokoh Perfileman Asia BIFF 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon perfileman Asia yang terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.