Industri anime dunia kehilangan seorang figura besar apabila pengarah terkenal Jepun, Tsutomu Shibayama, dilaporkan meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Menurut pengesahan daripada studio miliknya, Ajiado, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 6 Mac 2026 selepas bertarung dengan kanser paru-paru.
Pengumuman Selepas Pengebumian Tertutup
Berita pemergian beliau hanya diumumkan pada 17 Mac (semalam) selepas satu upacara pengebumian tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Dalam masa sama, pihak keluarga memaklumkan satu majlis memperingati mendiang akan diadakan pada tarikh lain, namun butiran lanjut masih belum diumumkan.
Lebih Dua Dekad Bersama Doraemon
Nama Shibayama cukup sinonim dengan siri anime popular, Doraemon, apabila beliau mengarahkan filem francais tersebut selama lebih 20 tahun.
Ads
Beliau turut memegang peranan sebagai pengarah utama bagi versi televisyen anime berkenaan. Antara karya terakhirnya sebagai pengarah Doraemon ialah filem Doraemon the Movie: Nobita in the Wan-Nyan Spacetime Odyssey yang ditayangkan pada tahun 2004.
Sumbangan Besar Dalam Dunia Anime
Dilahirkan pada 9 Mac 1941, Shibayama merupakan pengasas bersama Ajiado pada tahun 1978 sebelum dilantik sebagai presiden dan CEO studio tersebut.
Selain Doraemon, beliau juga mengarahkan beberapa karya terkenal lain seperti Chibi Maruko-chan dan Nintama Rantaro. Malah, beliau turut mengarah versi asal tahun 1989 bagi Ranma 1/2.
Ads
Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya, beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Tokyo Anime Award Festival pada tahun 2018.
Tinggalkan Kenangan Buat Peminat
Pemergian beliau memberi kesan mendalam kepada peminat di seluruh dunia. Ramai berkongsi mesej penuh emosi serta mengucapkan terima kasih atas karya Doraemon yang menjadi sebahagian besar zaman kanak-kanak mereka.
Tidak kurang juga yang mengimbau kenangan menonton siri tersebut secara konsisten dan menyifatkan hasil karya Shibayama sebagai sumber kegembiraan serta memori indah yang kekal hingga kini.
Legasi Yang Terus Hidup
Walaupun telah pergi, Tsutomu Shibayama meninggalkan legasi yang cukup besar dalam industri anime.
Karya-karya beliau akan terus hidup dan disayangi oleh peminat dari pelbagai generasi di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan lelaki popular Korea Selatan, WINNER bakal kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi siri jelajah Asia mereka ‘OUR MOMENT Tour 2025’ pada November ini.
Berita ini disahkan oleh penganjur konsert, CQ Entertainment menerusi pengumuman rasmi di media sosial mereka pada 8 Julai lalu dan Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu destinasi konsert yang dinanti-nantikan peminat selepas kali terakhir WINNER menjejakkan kaki ke pentas Kuala Lumpur pada tahun 2020.
Jelajah ini hadir selepas kejayaan konsert tiga hari mereka yang berlangsung di Olympic Hall, Seoul pada awal Julai. Konsert yang dianjurkan oleh YG Entertainment itu telah mencetus spekulasi dalam kalangan peminat mengenai perancangan lebih besar oleh WINNER termasuk kemunculan semula mereka di pentas antarabangsa.
Untuk pengetahuan, Inner Circle (gelaran peminat WINNER), jelajah ‘OUR MOMENT’ akan membuka tirai di Macau pada 23 Ogos ini sebelum ke beberapa lokasi utama seperti Bangkok, Taipei, Jakarta, Hong Kong dan akhirnya Kuala Lumpur.
Ahli kumpulan yang terdiri daripada Kim Jin-woo, Lee Seung-hoon, Mino dan Kang Seung-yoon dijangka bakal menghidupkan semula nostalgia dengan persembahan bertenaga serta seleksi lagu-lagu hits mereka.
Buat masa ini, butiran lanjut mengenai lokasi, tarikh konsert serta penjualan tiket masih belum diumumkan. Para peminat disarankan untuk terus mengikuti akaun media sosial rasmi WINNER atau CQ Entertainment bagi maklumat terkini.
Jadi Inner Circle! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah WINNER di Kuala Lumpur. Pastikan korang bersedia untuk meraikan “OUR MOMENT” bersama-sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teh Hijau sememangnya sangat baik untuk kesihatan. Ada bermacam kebaikannya termasuk berupaya melindungi dari sel kanser selain menurunkan berat badan jika diambil secara konsisten.
Kalau teh hijau rasanya agak pahit tetapi bila mencuba Matcharena, minuman enak yang dicampur krim dengan sentuhan vanilla keluaran terbaru dari San Francisco Coffee, rasa lazatnya begitu sekali terasa.
Wakil media diberi peluang merasai teh hijau Matcharena ini dalam sesi “foof testing”. Dalam banyak-banyak teh hijau yang dicuba sebelum ini, Matcharena ini begitu berbeza. Whipped krim yang dicampur bersama memberikan rasa yang lembut dan lazat. Ia diadun begitu sempurna sehingga habis minuman disedut.
San Francisco Coffee yang sudah mempunyai 39 outlet dan rasa kopi mereka memang umphhh
Matcharena, rasa teh hijau yang lazat dari SF Coffee. Edisi terhad saja tau, sampai hujung April ini saja
Inilah perbezaan Matcharena, minuman edisi terhad yang hanya dapat dirasai di SF Coffee dalam tempoh sehingga hujung April ini sahaja. Bukan saja berfungsi sebagai minuman yang menyegarkan tetapi juga ideal untuk musim panas ini.
Kami juga berpeluang untuk merasai menu makanan yang agak lazat iaitu spagethi Bolognese, fettucine carbonara, aglio olio pepericino, honey mustard chicken wrap dan banyak lagi. Boleh dikatakan banyak menu-menu sedap di SF Coffee ini dan boleh dinikmati beramai-ramai bersama kawan-kawan.
Fettucine carbonara, sedap rasanya..
Sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan, try dulu makanan di sini, honey mustard chicken wrap tu memang best..
Dari mana nama Matcharena ini dapat ya? Menurut Nik Azwaa, ketua bahagian pemasaran SF Coffee, nama Matcahena ini adalah inspirasi daru lagi Sepanyol yang hits nyanyian Los Del Rio iaitu Macarena.
Kalau korang nak tahu mana nak cari menu dan air yang best ini, SF Coffee sudah pun mempunyai 39 buah cawangan di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pahang dengan rasa kopi yang begitu berbeza.
Harga bagi Matcharena Green Tea ini bagi saiz biasa, RM16 (16oz) dan RM17 untuk saiz besar (20oz) sehingga hujung April ini sahaja ya kerana ia adalah edisi terhad.
Kepada peminat tea hijau Matcharena, bermula dari 10 Mac hingga 31 Mac 2018, korang boleh memenangi baucar Beli 1 Percuma 1 dari SF Coffee apabila membuat versi Matcharena korang sendiri dalam tempoh 2-3 saat dan berkongsi di Facebook atau Instagram dengan hashtag #SFCoffeeMatcharena. Tak kisahlah korang nak menari bagaimaan pun tapi rentaknya mesti rentak seperti lagi Macarena ya.
Tapi kalau nak lebih pun boleh, cuma jawap saja kuiz dinyatakan di Instagram @majalahremaja dan boleh menangi 50 keping voucher beli 1 percuma 1 ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebanyakan pemimpin dunia menghormati beliau sebagai seorang yang serius ketika bekerja dan sentiasa bercakap dengan poin yang tegas dalam teks ucapan.
Namun siapa sangka, di sebalik persona luaran beliau selaku Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mempunyai tabiat normal seperti kita semua iaitu suka berswafoto bersama atau wefie!
Berbanding dengan akaun Instagram beliau (add him now!), PM dilihat lebih aktif di platform Twitter yang kini mempunyai 3,97 juta pengikut. Tetapi, itu tidak bermakna beliau membiarkan saja akaun Instagram-nya itu ‘bersawang’.
PM Najib merupakan antara pemimpin dunia yang gemar berswafoto apabila tiba masa sengang. Tidak kiralah semasa di dalam gym peribadinya di rumah, semasa bersama cucu beliau Adam Razak mahupun semasa dalam urusan kerja di luar negara, beliau akan memuat naik gambar baru.
Ketika menelek (atau scroll ke bawah) gambar PM Najib di Instagram, ternyata bulan Ogos adalah bulan paling aktif berswafoto buat beliau.
Maklum sajalah, Ogos tahun ini diwarnai oleh pelbagai acara yang berlaku secara berselang-seli. PM Najib merakamkan kenangan dengan atlet kebangsaan seperti raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan pasukan ragbi negara yang memenangi pingat emas. Comel pula tengok hehe.
Malah, dalam beberapa keping gambar, beliau sempat bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga tentunya bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Kadang-kadang deep juga PM kita ni.
Pemimpin Negara Pun Layan
Sepanjang waktu lawatan ke luar negara juga, PM Najib tidak ketinggalan untuk bergambar dengan kenalan pemimpin sesebuah negara. Antara yang ‘melayan’ aktiviti swafoto beliau termasuklah Perdana Menteri China Li Keqiang, Raja Arab Saudi Raja Salman dan juga Perdana Menteri India, Naredra Modi.
Setakat ini, beliau masih belum berkesempatan untuk berswafoto dengan Presiden kontroversi Amerika Syarikat, Donald Trump. Tetapi secara peribadi, penulis rasakan tak perlulah kot untuk bergambar mesra bersama. Takut kena kecam pulak.
Setakat hari ini saja, PM Najib sudah memuat naik 630 foto di akaun Instagram. Kami yakin pada tahun 2018, jumlah itu akan meningkat lebih satu kali ganda!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.