Bila Bersama, Lagi Jadi menjadi filem pendek taruhan Astro sempena menyambut musim perayaan Aidilfitri pada tahun 2026. Sarat komedi, emosi dan mesej penyatuan yang cukup mendalam.
Sejak bergelar pelakon selepas masing-masing meninggalkan pencarian Hero Remaja 2020 dan Hero Remaja 2021, pelbagai jenis watak telahpun dijayakan Meerqeen dan Mierul Aiman.
Baik di layar perak mahupun di kaca televisyen, dua hero Malaya ini masih belum pernah gagal untuk menghayati watak yang digalas oleh mereka.
Cumanya jika disorot kembali, mereka belum pernah lagi digandingkan dalam satu projek yang sama.
Istimewa menerusi filem pendek raya berjudul Bila Bersama, Lagi Jadi yang dibawakan oleh Astro, Meerqeen dan Mierul Aiman akhirnya muncul dalam satu frame yang sama!
Bukan sekadar watak biasa dalam sebuah filem pendek raya tau. Sebaliknya, Meerqeen menjelmakan semula watak Samad (Adlin Aman Ramlie) sewaktu zaman remaja manakala Mierul pula adalah gambaran era remaja Razak (lakonan Faizal Hussein).
Bila Bersama, Lagi Jadi
Jujurnya, kemunculan Meerqeen dan Mierul Aiman dalam filem pendek ini boleh dikatakan sekejap berbanding beberapa watak lain seperti Samad dewasa, Razak dewasa, Ketua Kampung (Bell Ngasri), sekumpulan remaja kampung (ALPHA), Rokiah (Bella Dowanna) dan penduduk kampung lain lakonan Noryn Aziz, Azhan Rani, Sharifah Shahirah dan Auddra.
Bagaimanapun, ia tetap mengundang impak apabila mereka benar-benar menjiwai sudutan zaman silam Samad dan Razak dan memberi gambaran kepada punca perbalahan antara mereka berdua.
Samad dan Razak yang sekian lama bersahabat mulai renggang akibat – you guess it – kehadiran seorang perempuan yang sama dalam hati mereka.
Rokiah memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan Samad dan secara tidak langsung, melukakan hati Razak yang menyimpan perasaan cinta yang cukup mendalam buatnya.
Razak akhirnya membawa diri ke kota selama puluhan tahun sebelum kembali membuat kemunculan secara tiba-tiba di sesi townhall pertandingan menyiapkan pelita panjut.
Agak-agaknya, ego siapa yang akan tercalar di antara Samad dan Razak?
Siapa yang akan memenangi pertandingan pelita panjut raya ini dan apa pula idea yang akan terbit daripada kepala masing-masing demi bergelar juara?
Mesej Penyatuan Komuniti
Filem pendek berdurasi 15 minit ini mungkin diselitkan dengan elemen komedi.
Namun di sebalik hiburan Aidilfitri berkenaan, Bila Bersama, Lagi Jadi sebenarnya memberi fokus kepada nilai kebersamaan dan keharmonian yang menjadi teras kepada sambutan Aidilfitri yang sebenar.
Aidilfitri bukanlah mengenai siapa yang mengeluarkan jumlah wang paling banyak untuk menghiaskan rumah. Ia juga bukan diukur daripada persoalan siapakah yang membeli baju Raya paling banyak atau memberi duit raya paling tinggi nilainya.
Sebaliknya, nikmat Aidilfitri itu adalah mengenai muafakat antara sanak-saudara, jiran tetangga dan rakan-rakan yang ada sewaktu susah senang kita bersama.
Persis lampu panjut yang tidak boleh mengerlip indah jika hanya satu sahaja yang dinyalakan. Apabila dikumpul bersama ratusan pelita lain, suasana persekitaran di malam raya bertambah istimewa dan berbekas di memori semua.
Paling memberi kesan di hati penonton adalah apabila Samad dan Razak saling meluahkan rasa sedih yang dipendam mereka berdua selama ini.
Filem pendek ini bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan mesej mendalam tentang pentingnya memaafkan, merendahkan ego dan menghargai hubungan yang telah lama terjalin.
Apakah dua bekas sahabat karib ini boleh menjalin tali persahabatan semula? Jawapannya hanya boleh ditemui dalam Bila Bersama, Lagi Jadi yang sarat dengan nilai kemanusiaan dan keinsafan.
Klik pada pautan video penuh di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun ini sekali lagi Bazaarlokal menganjurkan bazar secara online, iaitu Bazaarlokal seperti yang telah mereka lakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Khabarnya, tahun ini ia bakal dianjurkan dalam skala yang lebih besar dengan penambahan vendor fesyen baharu dan juga ada makanan serta produk penjagaan kulit juga. Jadi untuk korang yang belum membeli persiapan raya terutamanya buat hijabis, Hijab stylist popular Didiyana Ehsan, ada berkongsi hijab berharga bawah RM100 di Bazaarlokal.
1. Basic Argania Scarves
Menggunakan material Matte Satin 100%, tudung ini sangat ringan, selesa dan sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula, tudung ini juga sangat sesuai untuk penampilan minimalis setiap hari. Tudung Argania Asas dengan harga MYR59.00 sahaja!
2. Shawl Malika
Arianna Rose by Lisa
Shawl yang tidak perlu diseterika sudah tentu menjadi pilihan utama si gadis. Shawl dari Malika ini menggunakan material seakan-akan jersi, menjadikan tudung kelihatan lebih kemas dan tersusun. Harga sehelai ialah RM89, tetapi beli 3 dengan harga RM250.
Ads
3. Kamoora Rose Satin Silk Shawl
Corak bunga yang sangat cantik dan ekslusif. Rose Satin Silk Shawl daripada Kamoora dibuat dengan menggunakan material sutera satin yang selesa dipakai, lembut, senang dibentuk. Dengan harga RM99, ini adalah satu Shawl yang wajib dimiliki!
4. Kamoora Floral Silk Shawl
Ads
Floral Silk Shawl daripada Kamoora diperbuat dari material satin silk yang selesa dipakai, lembut, mudah dibentuk dan diserikan lagi dengan design yang ekslusif dan cantik. Dengan jahitan baby seam, shawl ini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk penampilan Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini! Harga RM99.
5. Argania Printed Scarves
Argania Printed Scarves direka untuk setiap bentuk muka dan tona wajah yang sesuai untuk setiap individu. Selain itu, ia juga mengawal bau dan antibakteria; tudung yang sempurna untuk digayakan ketika hari raya nanti! Dapatkan sekarang dengan harga RM89 sahaja!
Senanglah sikit nak shopping dan tak perlu nak keluar rumah kan? Untuk maklumat lanjut korang juga boleh layari dan tonton live di Lazada setiap hari jam 12.30 tengahari dan 1.30 petang dari 13 April hingga 27 April. Banyak voucher! Sangat mudah, claim semua dia microsite Selangor Fashion Raya di Lazada.
Follow Bazaarlokal di Lazada, FB & IG untuk dapat notifikasi live! Selamat membeli-belah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang sedar selebriti dari Korea Selatan memang berbakat.
Tak kiralah sama ada berlakon, menyanyi, mengacara, modelling atau menjadi duta produk, semua mereka bolotlah! Namun, dalam diam ramai tak tahu, ada juga di kalangan mereka yang berbakat untuk berbahasa asing. Malah fasih pula tu!
Baru-baru ini, portal DC Inside dan My Celebs telah mengadakan satu polling bertajuk, “Selebriti Siapa Yang Tak Berasal Dari Luar Negeri Tapi Hebat Berbahasa Asing.”
Amboi, panjang benor nama polling-nya. Setelah menerima 6,765 penyertaan daripada netizen, hasil yang diterima amatlah mengejutkan kerana ahli grup Wanna One / NU’EST iaitu Hwang Min Hyun berada di posisi pertama dengan 31.7% undian (2,146 orang).
Hwang Min Hyun
Min Hyun memang popular sebagai selebriti yang fasih berbahasa Jepun ketika sibuk mempromosikan album NU’EST di Jepun dahulu.
Di tempat kedua pula ialah ketua kumpulan Bangtan Boys (BTS), RM dengan 23.3% undian (1,574 orang). RM fasih berbahasa Inggeris, itupun kerana dia suka menonton siri komedi F.R.I.E.N.D.S.
RM
Manakala, di tempat ketiga ialah pelakon, Kang Dong Won yang gigih cuba berbahasa Inggeris kerana ingin mencuba nasib sebagai pelakon di Hollywood. Dong Won juga dikabarkan akan berlakon dalam filem Hollywood pertamanya, Tsunami LA.
Kang Dong Won
Jadi, di mana kedudukan selebriti seperti Rain dan BOA yang dikatakan pandai berbahasa Inggeris? Jom tengok.
04
Sung Si-kyung
Bahasa Inggeris
Penyanyi
05
Seungri Big Bang
Bahasa Inggeris, Mandarin & Bahasa Jepun.
Penyanyi
06
Kim Young-chul
Bahasa Inggeris
Comedian
07
Ryu Jun Yeol
Bahasa Inggeris.
Pelakon
08
BoA
Bahasa Inggeris & Bahasa Jepun.
Penyanyi
09
Park Seo Joon
Bahasa Inggeris & Bahasa Sepanyol.
Pelakon
10
Cha Eun Woo (Astro)
Bahasa Inggeris.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skop Productions, dengan kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, mempersembahkan filem aksi terbaru mereka, Blood Brothers: Bara Naga.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 April 2025, membawa penonton menyelami dunia mafia yang jarang diterokai dalam filem tempatan.
Tayangan perdana filem ini telah berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya Isnin lepas, memberikan gambaran pertama tentang filem yang penuh ketegangan, drama, dan aksi mencabar.
Dengan arahan daripada dua pengarah terkenal, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang luar biasa.
Barisan pelakon yang membintangi Blood Brothers: Bara Naga termasuk Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, dan Syazwan Zulkifly. Setiap pelakon membawa lakonan yang penuh intensiti dan mampu mengikat perhatian penonton dari awal hingga akhir.
Filem ini berkisarkan perjalanan Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk bekerja di bawah Dato Zul (Wan Hanafi Su), ketua Mafia Naga. Ariff dilantik sebagai pengawal peribadi dalam syarikat keselamatan Silent Guard, sekaligus menjadi Blood Brother kepada Ghaz.
Namun, ketika sebuah pengkhianatan berlaku, Ariff dituduh sebagai pembelot dan diburu oleh Ghaz untuk dijatuhkan hukuman. Ariff yang terdesak untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, melarikan diri dan meminta bantuan daripada abang kandungnya, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Akankah Ariff berjaya membersihkan nama dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz?
Blood Brothers: Bara Naga akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 April 2025, namun bagi yang tidak sabar, tayangan awal sudah bermula sejak 8 April 2025 di 146 pawagam terpilih.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem penuh aksi ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!