Biasa kisah-kisah begini hanya dibaca di luar negeri tapi nampaknya ia berlaku di negara kita. Apa yang menyedihkan, pembuangan lemak di bahagian lengan itu dilakukan untuk kelihatan lebih cantik di majlis perkahwinannya namun ianya tidak kesampaian.
Hasrat seorang wanita untuk kelihatan cantik bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan proses sedut lemak di pusat kecantikan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, semalam.
Difahamkan mangsa berusia 23 tahun itu melakukan prosedur sedut lemak sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang juga warga Afrika Selatan pada tahun hadapan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly berkata, mangsa dikatakan berkunjung ke pusat kecantikan itu jam 2.30 petang semalam.
Ads
"Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak.
"Namun, pusat kecantikan yang dimiliki seorang wanita dan anak perempuannya itu tetap meneruskan prosedur sedut lemak berkenaan selepas dikatakan menerima desakan daripada mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.
Ads
Saiful Azly berkata, ketika mangsa menerima suntikan pada tangannya, dia mengalami masalah kesukaran bernafas selain muka dan badannya menjadi pucat sebelum pengsan. "Pihak pusat kecantikan itu kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.
"Susulan itu, kami menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan," katanya.
Ads
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita berkenaan.
"Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat," katanya.
Pastikan untuk kelihatan cantik, korang dapatkanlah nasihat dan tauliah dari doktor yang benar-benar pakar ya supaya tidak bertukar menjadi tragedy. Sumber :Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesir terkenal kerana banyak menyimpan artifak dan sejarah lama. Di negara itu juga, antara yang paling terkenal ialah Piramid Giza yang tersenarai antara keajaiban dunia dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia ke negara tersebut.
Minggu lepas, Mesir sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila pihak ahli kaji sejarah Mesir hujung minggu lalu mengumumkan penemuan mumia berusia 4300 tahun yang merupakan yang tertua pernah ditemukan di negara tersebut.
Mumia individu bernama Hekashepes ini digali keluar dari sebuah terowong sedalam 15 meter berhampiran Piramid Saqqara.
Apa yang menakjubkan, di saat peti keranda kuno itu dibuka, mumia di dalamnya tetap utuh keranda batu kapur di mana ia disimpan tidak pernah dibuka sejak pengebumian. Permukaan mumia juga dilitupi dengan daun emas. Tubuh mumia tersebut walau sudah berusia 4300 tahun.
Foto: Khaled Desouki/AFP/Getty Images Via The Guardian
Penyimpan rahsia Firaun
Tiga lagi makam purba turut ditemukan di kawasan yang sama dengan salah satunya mengandungi jasad Meri yang bertugas sebagai penyimpan rahsia Firaun.
Pengumunan yang dilakukan ini diharap akan dapat menarik semula kedatangan pelancong ke Mesir yang terjejas teruk akibat pandemik. Antara yang akan dilakukan tahun ini ialah pembukaan Grand Egyptian Museum yang bakal menjadi muzium terbesar dunia meletakkan ribuan artifak Mesir purbakala di bawah satu bumbung.
Kagum betul penulis dengan teknologi Mesir Purba yang mampu mengawet mumia hingga ribuan tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekerja dari rumah atau pejabat? Inilah rumusan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas selepas tiga kluster di tempat kerja di kesan di Lembah Klang.
Buat masa ini, kebanyakan pejabat mengusulkan bekerja dari rumah selepas kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini selepas berlaku peningkatan mendadak di Lembah Klang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pemberitahuan semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat khas berkenaan susulan tiga kluster baharu yang dilaporkan di Lembah Klang berpunca dari tempat kerja.
Sebarang keputusan berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja di pejabat atau rumah akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dibenarkan pergerakan pekerja untuk bekerja di pejabat atau sektor ekonomi namun kerajaan memohon majikan supaya membenarkan mereka ini boleh bekerja dari rumah.
"Tetapi sekarang sudah berlaku kes Covid-19 di tempat kerja, jadi saya akan bawa isu ini dalam mesyuarat khas MKN dipengerusi Perdana Menteri.
"Apa tindakan seterusnya bagi pekerja sama ada boleh terus bekerja di pejabat atau tidak akan diputuskan nanti dan kita serah pada perbincangan dalam mesyuarat itu nanti," katanya pada sidang media, hari ini.
Ismail Sabri berkata, dia mengharapkan sebelum sebarang keputusan dibuat majikan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.
"Ia bagi menjaga keselamatan pekerja di dalam syarikat terbabit," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ramai juga yang bertemu jodoh di media sosial. Bermula dengan hanya saja-saja ‘add friend’, siapa sangka perkenalan di media sosial boleh berakhir di jinjang pelamin.
Tapi, cara ini mungkin kurang berkesan bagi lelaki ini.
Foto Via indiatimes.com
Demi mencari calon isteri buat dirinya, seorang lelaki berusia 31 tahun di London sanggup menyewa iklan di stesen kereta api berharga RM10,000.
Menurut laporan Oddity Central, Jeevan Bhacu telah membayar sebanyak 2,000 pound (RM10,000) untuk menyewa dua papan iklan selama dua minggu.
Bukan hanya Jeevan Bhacu, sebelum ini seorang lagi lelaki di Britain turut mengunakan cara mengiklan diri untuk mencari jodoh.
Di dalam iklan itu, Jeevan Bhacu kelihatan sedang terbaring dengan memakai sut berwarna merah jambu sambil menunjuk ke arah ayat ‘Best Indian you’ll takeaway’ (Lelaki India terbaik anda akan ambil).
Antara kriteria yang diletakkan Bhacu ialah dia inginkan calon yang merendah diri, mementingkan keluarga, suka berjenaka dan tidak bersifat terlalu serius dengan kehidupan seharian.
Foto via Jeevan Bhachu
Sebelum mencuba cara menyewa papan iklan ini, Bhacu turut mencari jodoh menerusi aplikasi cari jodoh yang digunakan lelaki bujang. Namun usahanya itu tidak membuahkan hasil apabila tidak berjaya menemui wanita yang layak dikahwini.
Amazing...selepas iklankan diri, dia mendapat lebih 50 calon yang menghubunginya dalam tempoh beberapa hari.
Apabila ditanya mengapa dia memilih papan iklan di stesen kereta api, dia berkata kerana iklan itu lebih mendapat perhatian orang ramai yang kebanyakannya sedang menunggu kereta api tiba.
Pada awalnya, pihak pengangkutan awam London tidak menerima permintaan Bhacu untuk menyewa iklan tersebut kerana dikatakan melanggar syarat iklan makanan segera.
“Saya bukan mencari ratusan calon, tetapi hanya mencari seseorang yang istimewa,” katanya.
Wow, menarik bukan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : indiatimes.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!