Bagai mimpi jadi kenyataan, penyanyi dan pelakon sensasi, Kilafairy baru-baru ini meluahkan rasa teruja apabila bakal berkongsi pentas dengan ikon muzik Bollywood terkenal, Udit Narayan.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan (32) berkata, dia juga berbangga selepas dipilih oleh penganjur, VVST Digital Creation untuk berkongsi satu pentas bersama penyanyi legenda dalam Konsert ‘Udit Narayan In KL’ di Mega Star Arena, Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 28 Disember ini.
Disebabkan dirinya mempunyai kredibiliti sebagai penyanyi yang fasih menyanyikan lagu Bollywood, Kilafairy turut menyifatkan peluang keemasan yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Udit Narayan merupakan seorang figura sangat istimewa. Saya meminati beliau kerana peminat tegar Shah Rukh Khan. Kebanyakan lagu yang didendangkan pelakon terkenal Bollywood itu dalam filem menggunakan vokal Udit”
“Jadi apabila dilamar untuk terbabit dengan Konsert Udit Narayan In KL. Saya terkejut, tidak percaya, gemuruh dan takut bila dilamar kerana saya bakal berkongsi pentas dengan ikon Bollywood terkenal,” katanya.
“Saya juga bangga kerana ini pembabitan pertama dalam konsert Bollywood berskala besar, apatah lagi membabitkan Udit Narayan. Ia seperti bermimpi,” jelas Kilafairy.
Dalam pada itu, Kilafairy yang kini giat menjalani latihan vokal memberitahu akan membawakan sebuah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi Syamel.
Ads
“Saya akan menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet dua buah lagu dengan Syamel pada malam konsert itu,” tambahnya.
“Sekarang saya giat menjalani latihan vokal serta mendalami lenggok nyanyian Hindustan kerana penghayatan daripada segi lenggok Bollywood sangat berbeza dengan Melayu. Ia penting malah lagu Tamil dan Hindi juga punya lenggok berbeza,” jelasnya lagi.
Menaruh harapan agar konsert Udit Narayan In KL berjalan lancar, Kilafairy juga mendedahkan akan tampil dengan kostum bertemakan Bollywood.
Konsert Udit Narayan In KL Yang Bakal Berlangsung Pada 28 Disember 2024
Sementara itu, konsert Udit Narayan In KL akan menjadi saksi ikon legenda muzik Bollywood yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi dan memiliki lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang tiga dekad berkarier kembali ke Malaysia selepas 12 tahun.
Sehubungan itu, pembatalan konsert Udit Narayan di Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan penganjur konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur, iaitu VVST Digital Creation. Pihak penganjur juga memberi jaminan bahawa konsert Udit Narayan di Kuala Lumpur akan berlangsung seperti yang dijanjikan tanpa sebarang masalah.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 22 tahun saja, tidak semua remaja yang memiliki jumlah pengikut sehingga 18.7 juta orang di Instagram. Malah, tidak semua remaja pada usia itu yang mempunyai sumber pendapatan stabil dan hidup senang.
Tetapi itulah, bukan semua remaja bernama Lesty Kejora.
Bagi peminat dunia muzik dangsut, mereka akan mengenali pemilik nama penuh Lesti Andrayani ini sebagai juara D’Academi musim pertama.
Pada usia 15 tahun saja, dia telah mengenepikan pesert lain untuk mencipta karier dan industri seni negara sebarang itu. Namun, bagaimana Lesty mampu kekal dalam industri ini dan mencipta kekayaaan menakjubkan?
Lesty ini ibarat Jack of All Traits. Kesemua yang dicuba olehnya pasti akan bertukar ‘emas’. Dia masih meneruskan minat dalam aliran muzik dangdut biarpun telah berhijab mulai tahun lalu.
Selain itu, Lesty juga semakin giat menerima tawaran sebagai pengacara televisyen menerusi rancangan keagamaan.
Seperti kebanyakan selebriti remaja Indonesia lain, Lesty turut tidak terkecuali daripada mempunyai saluran YouTube sendiri yang diberi nama LESTI Channel dan jumlah subscribers-nya sudahpun mencecah lebih 4.5 juta orang!
Kemunculannya dengan imej berhijab diterima baik oleh rakyat Indonesia. Pelbagai jenama produk masih memilihnya sebagai duta mereka.
Lesty tidak berhenti setakat di situ saja apabila dia sendiri telah menceburi bidang perniagaan menerusi bisnes kosmetik, Purnama Beauty. Dengar cerita, jenama tersebut cukup diminati dan produk seperti blusher, lip cream dan cheek cream seringga laris terjual.
Gelaran Teman Wanita Rizky Billar
Umum mengetahui bahawa hati Lesty Kejora kini dimiliki oleh pelakon dan bintang YouTube kacak, Rizky Billar, 26.
Menerusi program bual bicara ‘One Man Show’, mereka berdua telah bertemu dan kini digelar sebagai di antara pasangan kekasih muda yang paling ‘hot’ di Indonesia.
Dengar cerita, mereka juga ingin mengikut jejak langkah rakan selebriti mereka iaitu Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah untuk bernikah, tidak lama lagi.
Kalaulah betul, tidak mustahil wedding pasangan ini akan bergelar wedding of the year.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap rumah anak bujang serabut dan tak ada taste!
Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira dari rumah landed sehinggalah ke rumah bertingkat, pasti ada sahaja yang berkongsi idea tentang cara menghias.
Dari hiasan minimalis sehinggalah ke modern style ataupun classic style, pelbagai idea menarik pasti korang dapat hanya dengan google sahaja.
Baru-baru ini ada seorang pembaca Remaja berkongsi perubahan rumah bujang beliau sebelum dan selepas didekorasi. Menariknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi hanya mengeluarkan bajet 1k lebih dengan menggunakan barang pakai semula di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.
Memang cantik kemas tersusun semuanya termasuk perabot dan peralatan rumah. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang.
So, jom kita lihat trik dekorasi budget dari lelaki ini.
Ruang Tamu sebelum transformasi.
Dapur sebelum transformasi.
Menurut pemuda ini, dia lebih gemar mencari banyak mencari perabot dan perkakasan secara online kerana harga yang lebih murah.
“ Rumah saya jenis flat 5 tingkat, dan hanya ada dua bilik saja.So untuk mendeco rumah ni saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM1000++ termasuk membeli perabot dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.,” katanya.
Pemuda ini sempat berkongsi beberapa barangan yang dibeli di Shoppe antaranya :
Pemuda ini sempat memberikan tip buat semua yang bujang diluar sana
” Tip saya, kena ada disiplin untuk dapatkan rumah yang cantik dan sentiasa kemas. Barang tak perlu mahal, asalkan tahu macam mana nak mencantikkan sesuatu dah cukup.
Paling penting, kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang”. Akhiri beliau
Betul tu tak perlu barang mahal nak kemas dan deco rumah, yang penting kena rajin! Tapi masalahnya rajin tu yang susah nak jumpa…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Berita duka pemergian Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan disahkan oleh isteri beliau, Norasidah Said kepada Astro Awani.
Allahyarham Napie yang juga jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik seniman Datuk M.Nasir meninggal dunia pada usia 51 tahun akibat strok.
“Sekitar jam 12 tengah malam tadi, suami saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan pada jam 3.54 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata Norasidah.
Selain Norasidah, Allahyarham Napie juga meninggalkan tiga cahaya mata.
Menurut Norasidah, jenazah suaminya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham Napie juga akan dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang bagi pengurusan kafan dan solat sekitar jam 9 pagi.
Kepada mana-mana kenalan Napie yang ingin memberi penghormatan akhir buat Allahyarham, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...