Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa terharu serta bangga apabila menerima pengiktirafan Ductus Exemplo Award daripada Oxford Centre for Leadership, United Kingdom pada 14 Disember lalu.
Bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-5 itu berkongsi khabar gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, yang nyata menyentuh hati ramai pengikut dan peminat.
Menurut Mila Jirin, pengiktirafan antarabangsa itu membawa makna yang cukup besar buat dirinya, lebih-lebih lagi kerana beliau tidak pernah berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti seperti yang diimpikan suatu ketika dahulu.
“Saya tak pernah masuk universiti. Itu ayat yang selalu saya simpan dalam hati. Bukan sebab malu, tapi sebab ia satu impian yang tak pernah sempat saya capai,” tulisnya.
Universiti Kehidupan Yang Membentuk Diri
Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 37, bagaimanapun percaya bahawa setiap individu mempunyai laluan pembelajaran yang berbeza. Walaupun tidak menjejakkan kaki ke menara gading, beliau menganggap perjalanan hidupnya sebagai sebuah ‘universiti kehidupan’ yang sarat dengan pelajaran bermakna.
Ads
“Hari ini, saya berdiri menerima Ductus Exemplo Award daripada Oxford Centre for Leadership, United Kingdom. Ironinya… saya sampai ke sini tanpa pernah menjejakkan kaki ke universiti,” kongsinya lagi.
Pelantun lagu Aku Lebih Tahu itu turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti bahawa usia, latar belakang dan masa lalu bukan penghalang untuk seseorang terus belajar dan mengejar impian.
Belajar Jatuh, Bangun Tanpa Sijil
Menurut Mila Jirin, perjalanan hidupnya penuh dengan cabaran dan kejatuhan yang membentuk dirinya hari ini.
Ads
“Di situlah saya belajar, jatuh tanpa ada siapa yang tangkap, bangun tanpa ada sijil untuk ditunjuk dan terus berjalan walaupun tak tahu hujungnya di mana,” luahnya jujur.
Bagi Mila, pengalaman hidup, kegagalan dan usaha berterusan adalah guru terbaik yang mengajar erti ketabahan, kepimpinan dan keberanian.
Sokongan Ibu Bapa & Suami Jadi Kekuatan
Paling menyentuh hati, Mila berkongsi detik bermakna apabila melihat kedua ibu bapanya berada di sisi pentas dengan wajah bersinar dan senyuman penuh bangga.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan suami tercinta yang sentiasa percaya dengan perjalanan hidup dan impiannya sejak awal.
Ads
“Hari ini, saya mula percaya kata-kata itu. Dan hari ini juga saya sedar sesuatu, pengalaman hidup ini bukan sekadar untuk disimpan sebagai cerita peribadi. Ia perlu dikongsikan,” tulisnya.
Ingin Bangkitkan Mereka Yang Pernah Hampir Berputus Asa
Mila Jirin turut menyatakan hasrat untuk berkongsi pengalaman sebenar yang dilaluinya bersama mereka yang sedang membina kehidupan dari bawah, terutamanya golongan yang pernah berasa tertinggal, lelah dan hampir berputus asa.
“Ini bukan pengumuman. Ini cuma permulaan. Tunggu saya. Kita akan belajar, berjalan dan bangkit bersama-sama. Alhamdulillah. Terima kasih Allah,” kongsinya menutup hantaran.
Kisah kejayaan Mila Jirin ini sekali lagi membuktikan bahawa perjalanan hidup tidak perlu sempurna untuk menjadi bermakna. Setiap pengalaman, sama ada pahit atau manis, mampu membentuk seorang insan yang memberi inspirasi dan kepimpinan kepada orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang membesar di Kuala Lumpur, Petrosains antara lokasi pilihan ibu bapa yang dijadikan sebagai tempat menimba ilmu pada musim cuti sekolah.
Kini, sudah 20 tahun Petrosains beroperasi dan telah banyak sumbangan mereka dalam bentuk pendidikan terhadap masyarakat, dan antaranya adalah dengan menganjurkan pameran keselamatan jalan raya yang dikenali sebagai PETRONAS StreetSmart.
Pameran ini diperkenalkan untuk memupuk kesedaran keselamatan jalan raya terutamanya kepada golongan muda.
Ha, jangan ingat kesedaran keselamatan jalan raya macam ni hanya untuk kanak-kanak saja, tapi ia juga sebenarnya sangat berguna kepada gologan dewasa.
Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh Petrosains untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, jadi dalam hal ini mereka memaparkan sains di sebalik keselamatan jalan raya yang melibatkan banyak konsep dan prinsip Fizik, yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa di jalan raya.
Pengunjung dapat merasai pengalaman di PETRONAS StreetSmart
Pameran ini bukan hanya paparan statik, tetapi ia menggabungkan teknologi tinggi. Mereka juga mempunyai pasukan fasilitator yang menjalankan aktiviti dan program untuk korang merasai pengalaman sendiri di sana.
Pameran PETRONAS StreetSmart ini kini berada di Tingkat Bawah (G), Central i-City Shah alam dari 1 Ogos sehingga 31 Disember. Paling best, masuk adalah percuma.
Jom datang beramai-ramai, sambil berhibur kita boleh belajar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berbakat besar, Syafiq Kyle mengakui sudah berjaya menakluk semula hati aktres jelita, Mimi Lana dan hanya menanti masa yang sesuai sahaja untuk meneruskan hubungan mereka kembali.
Kata pelakon filem popular Sherif: Narko Integriti itu, dia hanya menunggu pengesahan daripada pelakon filem The Experts mengenai perkara tersebut.
“Takluk itu sudah, tunggu masa yang sesuai nak diizinkan,” katanya dalam nada seloroh.
Syafiq memberi reaksi tersebut menerusi sebuah video di Instagram ketika menjadi artis jemputan di stesen radio Era FM.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan hasrat untuk melihat pasangan pelakon popular itu disatukan sehingga ke jinjang pelamin.
“Kalau tengok muka berseri-seri macam ini, selalunya memang dah menjadi,” antara komen peminat,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah masih ada harapan untuk mereka bersama. Semoga ada jodoh antara mereka dan diharapkan jodoh kedua-duanya berkekalan,” komen seorang lain.
Sekadar info, kedua bekas peserta Hero & Dewi Remaja itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun namun hasrat untuk berumah tangga putus di tengan jalan apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syafiq kyle & Mimi Lana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah seharian isu melempang pelakon Chris Rock secara live di anugerah Oscars hangat diperkatakan oleh penonton di seluruh dunia, hari ini Will Smith telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Chris.
Will yang memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Chris difahamkan enggan mengenakan dakwaan ke atas Will semalam atas tindakan keganasan fizikal yang dilakukan olehnya.
“Keganasan dalam semua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya sewaktu anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan. Jenaka yang dilakukan terhadap saya adalah sebahagian daripada pekerjaan ini, tetapi jenaka mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris (Rock). Saya bertindak secara melampau dan saya bersalah,” catat Will yang mengakui tiada alasan untuk bertindak secara ganas dalam dunia ini.
Malu dengan tindakannya yang mencerminkan dirinya, tindakan Will semalam juga membuatkan ramai peminatnya selama 30 tahun berkecimpung dalam industri lakonan keliru dengan diri Will yang mereka sangkakan sebagai seorang lelaki budiman.
Tambahnya, “Saya ingin memohon maaf kepada pihak Akademi, para penerbit acara, kesemua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga (produksi) King Richard. Saya menyesali tindakan saya yang telah merencatkan keadaan untuk kita semua. Saya masih dalam proses (memperbaiki diri),” catatnya.
Selepas kejadian menampar Chris Rock dan menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Will Smith dan keluarga tetap menghadiri acara parti Vanity Fair.
Sementara itu, pihak penganjur Anugerah Akademi berkata mereka bakal bersidang secara rasmi bagi membincangkan tindakan susulan ke atas Will Smith dan trofi kemenangannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.