Sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Hong Kong pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakonnya sering kali mendapat perhatian. Malah, jalan cerita dengan episod yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Kalau korang pecinta filem Hong Kong, mesti korang mengenali pelakon dan pelawak, Richard Ng.
Namun, satu berita sedih diterima apabila, Richard Ng dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat kegagalan jantung, lapor CNA.
Mendiang Richard dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit buah pinggang dan tahap pendengarannya semakin merosot. Pada 2019, dia mendedahkan bahawa hanya 10 peratus buah pinggangnya yang masih berfungsi dan terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari. Dia juga turut menjalani pembedahan pada jantungnya.
Ads
Menurut laporan Dim Sum Daily, kematian mendiang disahkan oleh ahli keluarganya selepas dimaklumkan oleh doktor. Mereka telah diminta hadir ke hospital bagi mengucapkan selamat tinggal.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng.
Tercalon Dua Kali Anugerah Filem Hong Kong
Untuk info, Richard Ng atau Richard Woo terkenal dalam industri televisyen tempatan suatu ketika dahulu. Namanya semakin dikenali ramai dalam siri komedi francais Lucky Stars.
Ads
Menurut media tempatan HK01 dan South China Morning Post (SCMP), figura itu popular dalam drama Hong Kong sewaktu era 1980-an dan 90-an.
Beliau pernah tercalon sebanyak dua kali dalam Anugerah Filem Hong Kong bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Winners and Sinners and Beyond the Sunset.
Antara nama-nama pelakon yang pernah bergandingan bersamanya termasuklah Jackie Chan, Michelle Yeoh, Andy Lau, dan Jet Li.
Richard juga merupakan seorang anak seni yang terpelajar apabila menyambung pelajaran di London, England dan kembali semula ke Hong Kong pada tahun 1997.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penantian yang berakhir dengan sebuah tangisan. Jika sebelum ini seluruh ahli keluarganya mengharapkan kepulangannya dengan selamat malah di fb milik adik-adiknya sering menulis “Long, Long di mana ya. Pulanglah dan lain lagi, ternyata takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Misteri kehilangan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40 tahun pada 8 Mei lalu menemui jawapan apabila pihak polis menemui mayatnya di sebuah kondo di Cyberjaya petang semalam. Malah kereta Honda City milik arwah turut ditemui di lokasi sama.
Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang yang dilaporkan hilang di parking letak kereta terjawap apabila dijumpa sudah meninggal dunia semalam
REMAJA menghubungi ahli keluarganya, Amka Arith yang juga adik ipar kepada arwah Siti Kharina dan beliau memaklumkan buat masa ini jenazah kakak iparnya masih berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
“Insya Allah, jika tiada aral melintang arwah kakak ipar akan dibawa balik ke kampung asal iaitu di Kg. Tengah Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas Asar,” katanya ketika ditemubual.
Dalam pada itu, Amka berkata, pihak polis datang ke rumah ahli keluarga ketika waktu berbuka dan memaklumkan ada penemuan mayat dipercayai kakak ipar dan meminta ahli keluarga untuk hadir membuat pengecaman.
“Kami berasa terlalu sedih dengan kejadian yang berlaku. Buat masa ini kami tidak dimaklumkan sama ada ianya perbuatan khianat atau sebagainya. Jika ada unsur-unsur itu, kita mengharapkan pelakunya ditangkap dan tindakan sewajarnya diambil,” katanya mengakui mereka sekeluarga sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa ini.
Dikebumikan di kampung
Dalam pada itu, Amka menjelaskan, sejak 2-3 tahun lalu kakak iparnya menetap di Kuarters Kakitangan Hospital Serdang sementara suami dan anak-anaknya pula di kampung iaitu di Sri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
“Ini kerana suami kakak ipar bekerja di Kuala Pilah dan anak-anak juga tinggal bersama. Bila hari cuti baru kakak akan balik ke kampung,” katanya memaklumkan kakak iparnya itu mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun selain anak sulungnya juga perempuan berusia 14 tahun.
SesungguhNya Allah amat menyayanginya dan mohon disedekahkan al-Fatihah untuk arwah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear 2019 telahpun bermula dengan kemunculan pelbagai jenama fesyen tempatan memperagakan koleksi terbaru mereka untuk tahun ini.
Ini juga adalah peluang bagi para fesyenista dan selebriti menampilkan gaya luar dari kebiasaan pada setiap hari. Namun bukan stail selebriti semalam yang mencuri tumpuan penulis tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Noor Neelofa menerusi akaun Twitter-nya.
Korang semua tahu Neelofa adalah nama wajib di KLFWRTW. Semua peminatnya dan pemerhati fesyen ingin melihat stail apakah yang akan digayakannya pada setiap tahun.
Namun menerusi kenyataan terbuka, Neelofa mengesahkan dia tidak dapat menghadiri acara tersebut pada tahun ini atas faktor kesihatan. Setelah pulang dari mengerjakan ibadah Haji, Neelofa telah dijangki dengan virus Influenza A dan dinasihatkan untuk berehat di rumah bagi tempoh seminggu.
“Saya memohon maaf kepada klien, partners dan sesiapa yang telah menetapkan temujanji dengan saya pada minggu ini. Saya terpaksa menolak kesemua jemputan (termasuklah ke acara KLFWRTW) kerana virus ini berjangkit.
“Doakan saya cepat sembuh pada minggu hadapan dan boleh bekerja semula,” pintanya.
Neelofa menggayakan Max Mara pada tahun lalu.
Nampaknya, kempunanlah kita untuk melihat kelibat Dewi Remaja 2009/2010 itu. Apapun, REMAJA doakan syafakallah Neelofa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.