Bintang K-pop benar-benar menguasai trend fesyen dunia!

 

Pengaruh kumpulan K-pop sensasi, Blackpink semakin berkembang pada tahun ini menerusi kempen-kempen fesyen serta jenama kecantikan. Siapa sangka, daripada sekadar menjadi artis hiburan K-pop, setiap ahli Blackpink telahpun dilamar sebagai wajah ataupun duta jenama besar dunia.

Pada hemat penulis, ini merupakan strategi yang bijak memandangkan setiap kali berlangsungnya pertunjukan fesyen di Eropah, merekalah punca utama acara tersebut trending di media sosial. Semuanya disebabkan pengaruh mereka.

Sebelum ini, jenama kecantikan popular M.A.C mengumumkan Lalisa Manobal ataupun Lisa Blackpink sebagai duta jenama mereka bermula Oktober tahun lalu.

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

Kata Lisa, dia merupakan peminat besar M.A.C selama ini. “Saya suka bagaimana M.A.C kini lebih daripada sekadar jenama solekan, ia membolehkan penggunanya seperti saya mengekspresikan diri sendiri. Ini membuatkan saya lebih yakin di atas pentas,” katanya.

*

Kini, seorang lagi ahli Blackpink yang dilamar oleh jenama terkenal iaitu Tiffany & Co sebagai dita barangan kemas mereka.

“Saya sangat teruja untuk akhirnya mengumumkan bahawa saya telah ‘menyertai’ famili Tiffany & Co dengan koleksi HardWear mereka. Saya berbangga dapat mewakili jenama barangan kemas ikonik ini. Ia ada impian yang menjadi kenyataan,” katanya menerusi hantaran di Instagram semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROSÉ (@roses_are_rosie)

Lebih menarik apabila kumpulan BTS hari ini telah dinamakan sebagai duta baharu untuk jenama terkenal, Louis Vuitton. Berita itu telah dimumkan oleh Pengarah Seni koleksi lelaki Louis Vuitton, Virgil Abloh pada hari ini.

“Saya tidak sabar untuk kolaborasi bersama BTS ini yang akan menggabungkan elemen mewah dan budaya kontemporari. Ia adalah fasa baharu dalam Louis Vuitton.”

Wow, mega betul penangan artis K-pop sekarang.

Selain Rosé dan BTS, ini merupakan beberapa lagi selebriti K-pop yang turut dilamar menjadi duta jenama fesyen terkenal di seluruh dunia. Jom lihat senarainya.

IKLAN

 

Lisa

CELINEMEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

Lisa

BVLGARIMEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

 

Jisoo

DIOR

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

Jennie

CHANEL

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

IKLAN

 

Kai

GUCCI

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

Baekhyun

BURBERRY

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

 

Sehun

ZEGNA

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

IKLAN

 

 

Suho

BOTTEGA VENETA

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

 

Chanyeol

PRADA

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

 

Jackson GOT7

CARTIER

MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton

 

*

Selain artis K-pop ini, pelakon K-Drama juga merupakan pilihan popular jenama antarabangsa.

Antara yang terpilih termasuklah Park Seo Joon (MONTBLANC), Yoo Ah In (BURBERRY), Song Hye-kyo (BOTTEGA VENETA), Jun Ji-hyun (Alexander McQueen) dan Park Min-young (TOD’s).

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI