Terbaru, dunia fesyen tempatan menerima suntikan baharu apabila jenama pakaian dari China, CABBEEN, berkolaborasi bersama label streetwear tempatan, 2AM menerusi sebuah pop-up eksklusif di The Starhill, Kuala Lumpur pada 4 Mac hingga 8 Mac lalu.
Lebih daripada sekadar ruang pameran, selama lima hari, ruang ikonik itu berubah menjadi sebuah area fesyen futuristik menampilkan gabungan ‘tailoring’ berkarakter, instalasi seni bina diinspirasikan daripada bentuk bagasi berskala besar serta inovasi kasut cetakan 3D yang mencuri perhatian.
Difahamkan, konsep ruang ini direka untuk membawa pengunjung menyelami imaginasi masa depan fesyen, di mana rekaan potongan klasik dipadukan dengan estetika urban yang berani serta sentuhan futuristik. Hasilnya, pop-up ini hidup seperti sebuah galeri fesyen interaktif yang hidup, meraikan pertembungan antara gaya, seni dan inovasi.
Inovasi kasut cetakan 3D jenama 2AM
Kolaborasi CABBEEN X 2AM ini juga penting bagi CABBEEN memperluaskan pengaruhnya ke pasaran antarabangsa. Sebagai salah satu jenama China yang semakin mendapat perhatian global, kehadiran mereka di Kuala Lumpur memperlihatkan keyakinan terhadap pasaran Malaysia, selain mengukuhkan imej jenama yang menggabungkan identiti budaya dengan pendekatan fesyen kontemporari.
Ads
Namun antara tarikan paling mencuri tumpuan sudah tentu koleksi kasut sneaker inovatif daripada 2AM yang menggunakan teknologi cetakan 3D generasi baharu, kasut-kasut ini menampilkan struktur jaringan bernafas 360 darjah yang ringan tetapi tahan lasak.
Antara koleksi kasut yang mencuri perhatian seperti Awake, Rocker, Evolve dan Hybrid memperlihatkan siluet dramatik dengan struktur yang unik, menjadikan setiap langkah seolah-olah satu pernyataan gaya.
Inovasi cetakan 3D ini juga memberikan kelebihan dari segi keselesaan serta pendekatan yang lebih mesra alam, sambil menonjolkan visi masa depan kasut yang semakin berasaskan teknologi.
Ads
Nadhir Nasar antara selebriti yang hadir memeriahkan pelancaran kolaborasi Cabbeen X 2AM
Bagi peminat fesyen urban, kerjasama CABBEEN X 2AM ini turut membuka peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana estetika global bersatu dengan inovasi rekaan dari Asia. Dengan konsep ruang yang menyeluruh dan koleksi eksklusif terhad, pengalaman ini memberi sekilas pandang ke arah masa depan fesyen yang fleksibel digayakan tanpa mengira jantina.
Sementara itu, acara pelancaran pop-up CABBEEN X 2AM ini juga diserikan dengan kehadiran figura terkenal seperti Nadhir Nasar, Zarif Ghazzi, pereka fesyen Hatta Dolmat, serta bekas finalis Dewi Remaja 2025, Camelia Natasya, selain ramai lagi tetamu jemputan dari dunia fesyen dan hiburan yang hadir untuk menyaksikan sendiri gabungan gaya dan inovasi yang dipersembahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlalu banyak produk-produk yang tidak berkualiti di jual di pasaran, lebih-lebih lagi ada yang berani overclaim dengan mengatakan bahawa produk mereka boleh membuatkan korang kurus, tak kurang juga yang menjanjikan dapat menghindar daripada pelbagai penyakit.
Tahukah korang yang sebenarnya kita semua boleh membuat aduan sekiranya terjumpa iklan promosi produk yang katanya produk kategori 'MAKANAN', tetapi membuat tuntutan untuk menurunkan berat badan atau untuk menguruskan?
Iklan-iklan penjualan produk untuk kurus biasanya adalah seperti yang berikut:
Minuman berperisa koko/coklat/oren/delima/DLL
Teh pelangsing (slimming tea)
Kopi pelangsing (slimming coffee)
Tablet kunyah (chewy tablet for slimming)
Gummy (slimming gummy)
Jika korang terjumpa dengan iklan produk seperti ini, apa yang korang boleh buat adalah dengan membuat aduan secara online di sistem pengurusan aduam awam KKM (https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do). Salin pautan iklan promosi produk kurus tersebut dan masukkan ke dalam aduan korang.
Ajukan aduan korang kepada bahagian bawah KKM, iaitu "Program Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan".
Semoga aduan korang boleh membantu pihak KKM mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat produk makanan yang membuat tuntutan seperti ini.
Selama bertahun-tahun lamanya, pertandingan ratu cantik Miss Universe telahpun menggunakan slogan ‘Confidently Beautiful’ atau Cantik Dengan Keyakinan sebagai moto utamanya.
Malah jika korang masih ingat, pada tahun 2015, juara Miss Universe pada edisi tersebut iaitu Pia Wurtzbach dari Filipina turut menyelitkan slogan berkenaan dalam jawapan akhirnya.
Antaranya, ia berbunyi, “Saya ingin menunjukkan kepada dunia, ataupun alam semesta, bahawasanya saya cantik dengan keyakinan menyeluruh dan hati yang suci. Terima kasih,” jawabnya.
Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach.
Lantas, apabila semalam Miss Universe mengumumkan bahawa organisasi itu akan menukar slogan berkenaan daripada ‘Confidently Beautiful’ kepada ‘Beautifully Confident’, ramai yang tertanya-tanya sebab di sebalik penukaran itu dan sekiranya ada perbezaan besar antara duanya.
Iyalah, dengar macam sama. Tukarkan kedudukan perkataan sahaja.
Menurut kenyataan Miss Universe, penukaran slogan ini merupakan satu bentuk evolusi organisasi itu dalam memperkasakan wanita kuat di seluruh dunia menerusi pertandingan yang mereka anjurkan. Lantas, fokus terhadap kecantikan kini telah dialihkan kepada ‘attitude’ dan keyakinan yang ada pada seseorang wanita.
Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu.
“Seorang duta Miss Universe ialah seseorang yang berfikiran luas, inovatif, berani dan dikuasai oleh kepercayaannya sambil terus komited untuk menghormati hak, perbezaan dan maruah insan lain. Duta-duta kami membina asas kemasyarakatan yang kuat di seluruh dunia lalu memupuk rasa kekitaan,” catat CEO terbaru organisasi Miss Universe, Amy Emmerich.
Perubahan slogan ini sekaligus menutup jilid lama Miss Universe yang dahulunya terkenal dengan melantik pemenang berdasarkan rupa paras semata-mata sekitar era 2000-an sewaktu ia dipimpin oleh Donald Trump.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebiasaannya air alkali dikaitkan dengan kadar pH yang tinggi. Banyak syarikat-syarikat penapis minuman mempromosikan minuman beralkali agak baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Perkongsian dari Faizzuddin Abd Razak di Sembang Science berkongsi maklumat mengenai air beralkali. Semua jenis air memang baik namun jika diambil secara berlebihan, ia akan mengganggu sistem penghadaman terutama perut yang bersifat asidik. Baca perkongsiannya.
KEKERAPAN MINUM AIR ALKALI TIDAK BAGUS?
Memang betul darah manusia pHnya (potential Hidrogen) ialah 7.35 hingga 7.45 sedikit alkali.
Tapi ingat berlebihan dalam pengambilan minum air alkali akan mengganggu sistem penghadaman terutama perut yang bersifat asidik.
Bila asid dalam perut berkurang sebab dineutralkan dengan air alkali maka mekanisma pertahanan asid hidroklorik nak menghadam dan membunuh bakteria yang berada di makanan berkurangkan membuatkan jangkitan di salur permakanan.
Masa yang sama, ia boleh menjadi penyebab kepada metabolik alkalosis (Boleh rujuk gambar tentang gejala dan tanda metabolik alkalosis)
Dos penentuan kepada keracunan
Metabolik alkalosis lebih kepada penyakit endokrin dan metabolic. Untuk pesakit buah pinggang mereka perlu berhati hati sebab itu mereka ada pengambilan darah untuk menentukan profil renal dan serum elektrolit
Selain itu boleh dideteksi siapa pengidap penyakit ini dengan menggunakan kaedah pengambilan darah “arterial blood gases “ memang terus ambil darah dari arteri bukannya vein memang memancut darah kalau tak di plaster kuat selepas prosedur.
Ini baru alkalosis belum lagi asidosis pun ada juga punca dan sebab tertentu.
Persaingan merebut gelaran pempengaruh terbaik menerusi All Star Influencers Award (ASIA) 2026 semakin hangat apabila lebih 120 peserta dari 20 negara tampil dengan kandungan...