Setelah lima hari kemelut politik melanda Malaysia apabila tiada parti mampu membentuk kerajaan persekutuan akibat tidak memiliki kerusi parlimen yang mencukupi.
Akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara jam 5 petang tadi, setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah bermesyuarat dengan Majlis Raja Raja.
IKLAN
Dilahirkan pada 10 Ogos 1947, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan anak jati Pulau Pinang. Berusia 75 tahun kini, beliau mula melibatkan diri dalam dunia politik pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh.
Merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak sekolah rendah. Anwar Ibrahim kemudiannya dipilih untuk memasuki sekolah asrama penuh berprestij, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan menamatkan pengajian di situ pada 1964.
Pernah dinobatkan sebagai antara Menteri Kewangan terbaik di Asia, tahukah anda Anwar sebenarnya merupakan seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya.
Beliau merupakan antara pengasas dan presiden kedua organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Organisasi tersebut masih lagi wujud sehingga hari ini.
Hasil perkahwinan di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail di kurniakan enam orang cahaya mata. Namun hanya anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar yang mengikut jejak langkahnya ke kancah dunia politik.
Impak Anwar Ibrahim kepada landskap politik Malaysia cukup besar. Perihal mengenainya menjadi ikutan ramai termasuklah agensi media luar negara. Tidak hairanlah dia suah banyak kalu menghiasi muka hadapan majalah luar negara seperti TIME.
Anwar Ibrahim merupakan individu pertama di Malaysia yang akan mengepalai negara ini sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan perpaduan. Ini bermakna kabinetnya bakal diisi oleh beberapa ahli parlimen dari blok pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama.
Sebuah filem mengenainya sedang dalam pembikinan. Filem ini merupakan hasil terbitan Bianglala Entertainment dan diarahkan oleh Viva Westi. Pelakon handalan Malaysia, Farid Kamil menggalas tugas memegang watak sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon Indonesia, Acha Septriasa pula memainkan watak Wan Azizah.
Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam mentadbir urus Malaysia ke arah kemampanan ekonomi yang kukuh dan juga membawa pendekatan memperkasakan masyarakat di Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang saling menghormati.
IKLAN
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kembali menyambung pengajian di Universiti Illinois Utara (NIU), Amerika Syarikat pada tahun 2019, DeFauw mengakui menamatkan pengajian di usia emas bukanlah hal yang mudah untuk dilunaskan.
DeFauw mendaftar semula di NIU pada Ogos 2019 dan mula mengikuti kursus dalam talian untuk bachelor’s degree in general studies with the university’s College of Liberal Arts and Sciences.
Bagaimanapun, tekad dan azam yang kuat untuk menyambung pengajian yang ditinggalkan pada tahun 1950-an menguatkan semangatkan untuk menggenggam segulung ijazah, walau sebelum ini dia ‘tercicir’ dalam pelajaran hampir empat tahun apabila memutuskan untuk berkahwin.
Kata nenek 17 cucu dan moyang 26 cicit itu, semuanya bermula semasa dia menyatakan hasratnya yang lama terpendam untuk meraih ijazah yang diidamnya selama ini.
Walaupun bukanlah mudah bagi menghabiskan pengajian pada usia sebegitu, namun usaha bersulamkan dorongan daripada keluarga dan kenalan terdekat, DeFauw berjaya menyarung jubah sama seperti graduan lain.
“Dengan dorongan semua orang. Rakan saya, keluarga saya dan guru saya, saya tidak boleh berputus asa.”
“Anda mungkin berasa seperti itu dan semua itu, tetapi bertahanlah di sana kerana penghujungnya akan tiba dan anda akan menang,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden NIU Dr. Lisa Freeman turut melayangkan kata pujian buat DeFauw dengan menyifatkan wanita itu sebagai ‘inspirasi’ kepada orang lain.
“Joyce DeFauw adalah inspirasi, dan pelopor untuk universiti ini. Dia telah menunjukkan dengan cemerlang bahawa memperoleh ijazah adalah perubahan hidup pada umur sebegitu dan tidak pernah terlambat untuk mengejar pengetahuan baharu,” tuturnya.
Pada majlis konvokesyen, bergaya dengan jubah dan mortar board serba hitam, ‘Super Senior 22′ itu berjalan dengan penuh gembira melintasi pentas.
+++Update terkini tdalam gaun tamat pengajian hitam dan topi hitam padan dihiasi dengan bintang emas dan “entang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Peluang untuk menunaikan ibadah Haji sentiasa disemat dalam hati setiap umat Islam. Digambarkan sebagai peluang sekali seumur hidup, sama ada kita dapat menjejakkan kaki ke sana pada usia muda mahupun tua bergantung kepada ketentuan Ilahi dan tentunya, usaha kita sendiri.
Bersempena ketibaan kumpulan terawal jemaah Malaysia yang telahpun tiba di tanah suci, penulis berkesempatan untuk berhubung dengan salah seorang jemaah muda yang kini telahpun berada di Madinah Al-Munawarah. Pemuda bernama Muhammad Fakhrul Syakirin Bin Noor Azam sedikit sebanyak telah berkongsi pengalaman awalnya bersama-sama jemaah lain yang kini setia menjadi teman menjalani ibadah serta melakukan rutin harian lain di sana.
Pengalaman menjejakkan kaki di Masjid Al-Nabawi buat kali pertama memberikan perasaan istimewa buat Syakirin.
Memasuki usia 26 tahun pada 2022, Syakirin rupa-rupanya pernah menerima jemputan untuk menunaikan Haji seawal usia 17 tahun. Begitupun disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Syakirin terpaksa melupakan sebentar impian tersebut walaupun peluang sedemikian tidak selalunya hadir kepada mana-mana individu.
“Ya, pada usia 17 tahun, saya telahpun mendapat tawaran menunaikan Haji tetapi perancangan itu tertangguh disebabkan perlu fokus kepada peperiksaan SPM.
“Sekali lagi, peluang tunaikan Haji hadir sewaktu saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. Saya menerima surat tawaran ketika berada di tahun terakhir belajar namun tawaran diterima pada saat-saat akhir sehinggakan saya tidak sempat untuk mengikuti kursus Haji.
“Sama jugalah dengan keluarga saya yang tidak mengetahui tawaran yang mereka terima dengan lebih awal. Setelah berbincang dengan keluarga, saya putuskan untuk sekali lagi menangguhnya memandangkan saya tidak sempat mengikuti kursus Haji. Malah saya juga belum melakukan persiapan mencukupi dari segi barang-barang yang perlu dibawa ke sana.
“Alhamdulillah, pada tahun 2020 nama saya ‘naik’ sekali lagi selepas saya selesai mengikuti kursus. Cuma, impian tersebut perlu ditangguh lagi atas faktor pandemik Covid-19.
“Kiranya, jemputan pada tahun 2022 ini adalah jemputan keempat untuk saya tunaikan ibadah Haji dan kesempatan ini tidak saya sia-siakan untuk menunaikannya. Tentunya, saya ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana saya menjadi di antara insan terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini,” ulasnya kepada penulis menerusi mesej pesanan dari tanah suci.
Pemandangan hadapan Masjid Al-Nabawi menjadi salah satu foto kiriman Syakirin dari tanah suci.
Umur Muda Bukan Satu Halangan
Saban tahun, semakin ramai anak muda yang mulai memilih untuk menjejakkan kaki ke tanah suci pada usia muda. Jika bukan peluang menunaikan Haji yang menjengah terlebih dahulu, maka peluang menunaikan Umrah akan dikejar mereka.
Jika dahulunya, rukun Islam kelima ini rata-rata dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia atas faktor kewangan yang sudahpun stabil, masa yang lebih terluang dan atas faktor keikhlasan hati untuk ke sana. Namun kini, ramai anak muda yang mulai terbuka hati untuk ke sana lebih awal memandangkan kudrat tenaga fizikal mereka yang masih mantap untuk mengerjakan ibadah di sana. Bukan setakat itu, kini pelbagai informasi mudah untuk mereka perolehi berkaitan ibadah Haji lalu membuatkan proses melengkapi diri dengan segala persediaan mental lebih pantas.
Buat Syakirin, umur adalah sekadar angka apabila bercakap mengenai ibadah Haji. Segala-galanya ibarat sudahpun ditentukan dengan lebih awal oleh Ilahi dan seruan yang diterima tidak mengira peringkat usia. Selagi sudah sudah mengikuti kursus dan memahami bagaimana melaksanakan ibadah, sesiapa saja akan bersedia untuk mengerjakannya.
“Mengapa saya memilih untuk tunaikan Haji pada usia semuda ini? Saya fikir, peluang hanya datang sekali saja dalam hidup dan kita tidak tahu bila kita akan ‘dijemput’ ke sini. Tanpa rasa teragak-agak, saya terus menerima peluang tersebut.
“Excited itu tentulah ada tetapi pada masa yang sama saya tidak nafikan timbul sedikit rasa nervous kerana ini adalah kali pertama saya berada di luar negara dan tidak biasa dengan persekitarannya. Alhamdulillah, selama saya di sini orangnya ramah malah baik budi pekertinya.
“Rakan-rakan sebilik saya seramai empat orang semasa ditempatkan di hotel Saja Al Madinah juga baik malah peramah, dua dewasa dan dua lagi lebih kurang sebaya usia belia seperti saya. Satu lagi hotel yang menempatkan jemaah Malaysia adalah di Hotel Mövenpick, Madinah.
“Setakat ini, jemaah Malaysia yang telah sempat saya temui semuanya berada dalam keadaan baik dan tidak sabar untuk menunaikan Haji. Jemaah muda juga agak ramai,” katanya.
Setakat minggu lalu, Syakirin masih berada di Madinah dan berkesempatan untuk melawat beberapa tempat bersejarah seperti Makam Nabi, Masjid Quba’ dan Bukit Uhud. Kesemua itu merupakan pengalaman yang amat berharga untuk dia dan rakan jemaah di sana.
“Di sini, saya dan rakan sebilik membantu satu sama lain bagi urusan ke masjid Nabawi, ke kafe, menziarahi makan Nabi Muhammad SAW.. semua dilakukan bersama-sama. Rasa nervous yang saya rasakan pada awalnya terus bertukar tenang, nyaman dan saya mudah menikmatinya. Kredit harus saya berikan kepada pihak Tabung Haji kerana mereka telah menyusun tentatif program dengan baik seperti lawatan ke tempat-tempat bersejarah, memberi peluang kami solat di Raudhah dan melawat perkuburan Baqi’ (tempat bersemadinya 10,000 keluarga dan sahabat Nabi Muhammad SAW). Kakitangan Tabung Haji juga akan stand by selama 24 jam sekiranya kami memerlukan bantuan dan nasihat mereka,” katanya.
Perubahan Kursus Haji
Biarpun tanah suci kini sudahpun mula dibuka kepada pengunjung luar untuk mengerjakan ibadah Umrah dan Haji, ketetapan prosedur operasi standard khabarnya masih dilaksanakan sebagai langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19.
Begitu juga dengan proses kursus Haji yang ditetapkan ke atas semua jemaah Malaysia sebelum bertolak ke sana. Kongsi Syakirin, prosesnya kini melibatkan sesi dalam talian dan juga sesi bersemuka.
“Apabila pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua pada tahun 2020, kursus Haji asas yang biasanya dilakukan secara face to face telah berubah menjadi sesi dalam talian. Tapi apabila semakin menghampiri detik ke sana, sebuah kursus Haji Planner telah diadakan secara bersemuka di Masjid Negeri (Shah Alam) bersama ramai jemaah dari Selangor yang lain. Saya juga sempat menyertai jemaah lain di sana pada waktu itu,” katanya yang tidak lama lagi akan bertolak ke kota Mekah pula. Penulis pasti pengalaman tersebut tidak akan dilupakan olehnya sampai bila-bila.
“Kepada keluarga saya di Malaysia terutamanya ibunda dan ayah saya, adik-beradik saya; saya harapkan agar mereka berada dalam keadaan sihat belaka. Saya juga ingin sampaikan salam saya kepada rakan-rakan sepejabat di Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri, rakan-rakan Food Panda Crew. Saya doakan agar kalian diberikan peluang untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah pada tahun hadapan. InsyaAllah,” simpul Syakirin.
Pada kesempatan ini, REMAJA turut mendoakan agar kebajikan dan kesihatan jemaah muda ini dipermudahkan di sana. Semoga Allah SWT mengurniakan Haji mabrur buatnya dan jemaah Malaysia yang lain di sana, InsyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Awal minggu ini, isu guru sekolah yang bersiaran secara langsung menerusi platform TikTok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas telah mencuri perhatian ramai pihak termasuklah unit Kementerian Pendidikan sendiri.
Begitupun, lain pula ceritanya di peringkat pendidikan tinggi apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengalu-alukan kerjasama bersama platform media sosial nombor satu itu, kelmarin.
Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan TikTok Pte. Ltd itu telahpun dimeterai di antara Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor dan Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek Yi Fong.
MoU tersebut difahamkan adalah demi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik menerusi platform media sosial.
Sebagai contoh di UiTM cawangan Sabah sendiri pada tahun lalu, ia telahpun memperkenalkan kandungan TikTok Guru Bah! yang berjaya mendapat sambutan. Lantas, UiTM memandang kerjasama ini sebagai usaha ke hadapan untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, proaktif dan kompetitif seiring dengan perubahan zaman.
Lebih-lebih lagi apabila kini, UiTM ingin memperkenalkan skop pendidikan jarak jauh (PJJ) dan terbuka selain pendidikan formal seperti sesi kuliah. Oleh itu, tidak salah lagi strategi bersama TikTok ini boleh mengembangkan lagi minat serta fahaman pelajar terhadap subjek yang diajar.
Kata Roziah sewaktu berucap, usaha ini juga diharap dapat mengubah perspektif umum mengenai penggunaan meida sosial dalam gedung pendidikan negara.
“Berdasarkan reputasi TikTok yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, kerjasama ini akan membuka banyak ruang. Ia selaras konsep Edukation 5.0 @ UiTM dalam menyediakan pendidikan lebih fleksibel dengan peralihan dan trend teknologi terkini.
Buat TikTok Malaysia pula, langkah ini adalah sesuatu yang baru untuk merek dalam memperkasakan aplikasi itu sebagai satu platform perkongsian ilmu; selaras dengan agenda pendidikan negara.
Siapa kata media sosial itu negatif semata. Jika kena dengan cara penggunaannya, banyak manfaat yang boleh kita semua perolehi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.