Jika di Lembah Klang, penduduknya sudah terbiasa dengan operasi pandu lalu di restroan A&W bagi layanan yang lebih mudah, pantas dan on-the-go.
Tapi buat penduduk di negeri lain, kemudahan itu kadangkala tidak ada di kawasan mereka dan segala tempahan makanan terpaksa dilakukan di kaunter. Semua itu ingin diubah secara perlahan-lahan oleh francais restoran A&W.
Baru-baru ini, ia telah meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W di cawangan Seremban yang diberikan nafas baharu demi keselesaan penduduk Seremban.
Pembukaan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun itu dirai secara meriah memandangkan cawangan itu telahpun wujud di sana sejak tahun 1978 lagi. Dengan pembaharuan dan penggunaan konsep retro ini, ia membuatkan pengunjung lebih berselera ketika berada di sana.
Cawangan yang berhadapan dengan Tasik Seremban ini juga dijangka akan menarik ramai remaja di kawasan itu untuk mengabadikan foto serta video di hadapannya. *Hhm lagu retro apa agakanya yang bersesuaian dengan content korang nanti ya?*
Ads
Tambah menarik adalah apabila A&W Seremban juga mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan jenama kopi terkenal, Jamaica Blue di cawangan tersebut. Sekaligus, ia menjadi cawangan pertama A&W tempatan yang digabungkan dengan jenama Jamaica Blue.
Hidangan kopi Jamaica Blue kini boleh didapati di A&W Seremban.
Pengunjung Pandu Lalu di sini akan ditawarkan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue oleh pasukan barista A&W. Kata Menteri Besarnya, pengenalan konsep baharu ini pastinya akan menambah daya tarik Seremban sebagai bandaraya peneraju di Malaysia yang menjadi pilihan pelbagai lagi syarikat untuk mencetuskan idea baharu pada masa akan datang.
“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya.
Ads
“Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka.
“Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan – terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal,” katanya sewaktu pelancaran tersebut.
Ads
Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula ini hanyalah permulaan sebelum francais itu memperkenalkan lebih banyak idea baharu di cawangan lain. Dengar cerita, A&W mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun mendukung tanggungjawab besar selaku Duli Yang Maha Muli (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah tidak pernah menjarakkan diri daripada rakyat jelata.
Sempena Hari Keputerasaan Yang di-Pertuan Agong pada hari ini, REMAJA masih mengingati bagaimana Tuanku pernah makan bersama di atas padang di Kuantan semasa bulan Ramadan, memasuki kawasan pedalaman bagi membantu mangsa banjir dan Baginda yang selalu singgah ke kedai makan tanpa memerlukan sebarang protokol.
Salah satu restoran yang sudah menjadi kegemaran Al-Sultan Abdulah ialah restoran Kari Kepala Ikan yang terletak di Kampung Pandan Kuala Lumpur.
Kongsi pengurus restoran tersebut kepada Sinar Harian, juadah kari kepala ikan merah di restoran ini sudah menjadi di antara juadah kegemaran Baginda.
“Selepas bersantap, Baginda turut membungkus makanan tersebut dan membawa pulang ke istana untuk Permaisuri sertaorang lain di Istana.
“Malah sehingga kini, masih ada pihak istana yang datang untuk membungkus makanan di restoran kami. Ini adalah satu kebanggaan buat saya,” katanya.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda pernah dilihat mencemar duli menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut pada tahun lalu. Menurut sumber terdekat, Baginda telah menolak tempat khas seperti bilik yang berhawa dingin oleh pihak restoran dan memilih untuk bersantap di meja biasa bersama orang ramai.
Tambah pengurusnya lagi, Baginda ialah seorang pemimpin yang peramah, pemurah dan tidak memilih. Selain selalu merendah diri dan mesra rakyat, Baginda tidak membuatkan orang ramai kekok merapati untuk berinteraksi dengannya.
Ini adalah lintasan pejalan kaki sebenarnya yang dijangka akan menjadi tarikan remaja dari seluruh Malaysia bagi dijadikan port OOTD terbaru.
Terletak berhadapan McDonald’s cawangan Bukit Bintang, salah satu lintasan pejalan kaki di sana telahpun bertukar imej menjadi lintasan ‘kentang goreng’ yang akan membawa pengunjung terus ke dalam restoran McDonald’s pertama di Malaysia itu.
Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar; Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Menariknya, lintasan yang kini dikenali sebagai McDonald’s French Fries itu kini menggambarkan ilustrasi kentang goreng sekaligus menjadi lokasi ikonik terbaru di Kuala Lumpur. Idea kreatif ini sekaligus menjadikan Bukit Bintang sebagai destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.
Buat Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Azmir Jaafar, this initiative is a long-time-coming project. Seiring dengan ulang tahun jenama itu yang telah bertapak di Malaysia selama 40 tahun, tarikan ini akan menghidangkan lebih banyak detik-detik kegembiraan di ibu negara.
Sedikit fakta menarik mengenai cawangan McDonald’s pertama di Malaysia ini; ia telah dirasmikan pada April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sejak itu, jenama itu telah berkembang pesat dan kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata Malaysia. McDonald’s menggaji lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia di restoran-restorannya di seluruh negara yang memberikan peluang kerjaya, latihan serta pembangunan.
Amacam, hujung minggu ini jom ke lintasan kentang goreng ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Foto : Ihsan McDonald’s Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih mesra disapa PMX baru-baru ini menyifatkan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang sebagai satu kenangan bermakna buat peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial milik beliau, PMX berkata aksi yang dipamerkan para pelumba dan pasukan sepanjang perlumbaan berlangsung berjaya menghadirkan debaran serta persaingan sengit kepada para peminat yang hadir menyaksikan saingan tersebut.
“Terima kasih kepada seluruh pelumba dan pasukan atas aksi hebat yang disajikan buat peminat dari seluruh dunia, sekaligus menjadikan perlumbaan di Sepang kali ini kenangan yang cukup bermakna,” katanya.
Dalam pada itu, PMX bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, turut berkesempatan menyampaikan trofi kepada pelumba dan pasukan yang mencatat kejayaan dalam perlumbaan berkenaan.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Max Verstappen, Kimi Antonelli dan Lewis Hamilton selain pasukan Red Bull Racing atas pencapaian yang diraih dalam saingan yang berlangsung penuh mencabar itu.
Selain itu, dengan kembalinya saingan berprestij tersebut ke Malaysia turut menandakan berakhirnya penantian peminat tempatan selepas sembilan tahun, sekaligus menghidupkan semula kemeriahan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang.
Terdahulu, Formula 1 mengesahkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain 2026 menerusi persetujuan yang dicapai bersama Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan kedua-dua negara, dengan perlumbaan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober.
Walaupun keadaan litar dibasahi hujan pada petang semalam, suasana di kawasan penonton kekal meriah, mencerminkan keterujaan peminat terhadap kepulangan Formula 1 ke Sepang dan menjadikan edisi kali ini antara detik penting dalam kalendar sukan permotoran negara.
Kredit foto: F1 & Bahrain GP
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!