Ini bukannya galeri muzium tiga dimensi tau..

Ini adalah lintasan pejalan kaki sebenarnya yang dijangka akan menjadi tarikan remaja dari seluruh Malaysia bagi dijadikan port OOTD terbaru.

Terletak berhadapan McDonald’s cawangan Bukit Bintang, salah satu lintasan pejalan kaki di sana telahpun bertukar imej menjadi lintasan ‘kentang goreng’ yang akan membawa pengunjung terus ke dalam restoran McDonald’s pertama di Malaysia itu.

Lintasan Pejalan Kaki ‘Kentang Goreng McD’ Di Bukit Bintang Jadi Spot OOTD Baru
Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar; Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Menariknya, lintasan yang kini dikenali sebagai McDonald’s French Fries itu kini menggambarkan ilustrasi kentang goreng sekaligus menjadi lokasi ikonik terbaru di Kuala Lumpur. Idea kreatif ini sekaligus menjadikan Bukit Bintang sebagai destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.

Buat Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Azmir Jaafar, this initiative is a long-time-coming project. Seiring dengan ulang tahun jenama itu yang telah bertapak di Malaysia selama 40 tahun, tarikan ini akan menghidangkan lebih banyak detik-detik kegembiraan di ibu negara.

IKLAN

Lintasan Pejalan Kaki ‘Kentang Goreng McD’ Di Bukit Bintang Jadi Spot OOTD BaruLintasan Pejalan Kaki ‘Kentang Goreng McD’ Di Bukit Bintang Jadi Spot OOTD Baru

ARTIKEL BERKAITAN : McDonald’s Bina Restoran Berbumbung Ala Tradisional Negeri Sembilan – REMAJA

Sedikit fakta menarik mengenai cawangan McDonald’s pertama di Malaysia ini; ia telah dirasmikan pada April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

IKLAN

Sejak itu, jenama itu telah berkembang pesat dan kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata Malaysia. McDonald’s menggaji lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia di restoran-restorannya di seluruh negara yang memberikan peluang kerjaya, latihan serta pembangunan.

Amacam, hujung minggu ini jom ke lintasan kentang goreng ini!

BACA LAGI : Rakyat Rusia Amat Mengidam McD, Burger Masuk Pasaran Gelap! – REMAJA

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Foto : Ihsan McDonald’s Malaysia

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI