Isu makanan halal sering mendapat perhatian dari masyarakat. Ini kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pemakannya.
Di saat menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020, sensitiviti negara Jepun terhadap premis-premis yang akan dikunjungi orang Islam berkenaan makanan patut diberi pujian.
Mana tidaknya jika sebelum ini, mereka ada memperkenalkan Masjid Bergerak yang akan ditempatkan di beberapa destinasi yang boleh memuatkan 50 orang jemaah untuk mengerjakan pada satu – satu masa, kali ini mereka mulai sedar tentang permintaan makanan halal sepanjang kejohanan berprestij tersebut.
Ads
Menurut majalah rasmi kerajaan Jepun, “We Are Tomodachi”, negara itu sedar tentang perkembangan industri makanan halal sejak 2013 lagi dan pada waktu itu, hanya empat buah syarikat di sana yang dianugerahkan sijil penyediaan makanan halal.
Ads
Menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini, 180 restoran di kawasan berkenaan sudah memiliki sijil halal dan ini termasuklah restoran – restoran mewah yang menawarkan sajian tradisi Jepun.
Ads
Selain sushi dan ramen, antara makanan yang sering dicari atau popular dalam kalangan pelancong muslim terutamanya dari negara timur tengah adalah daging wagyu halal yang memang terkenal kerana kelembutan dan keenakannya.
Kemunculan pelakon jelita, Nelydia Senrose di majlis ijab kabul adiknya, Raysha Rizrose kepada Nabil Jeffri semalam telah mencuri tumpuan ramai dek imej berbaju kurung.
Sedari siang hari, pelakon filem Jebat itu sudahpun memuat naik beberapa hantaran bagi berkongsi momen-momen persediaan dia bersama adik-beradiknya termasuklah Uqasha bagi majlis Raysha dan Nabil itu.
Perasaan gembira, bangga dan sedih saling bercampur-baur memandangkan Raysha merupakan adik yang mereka sayangi dan pimpin menyertai industri seni menerusi pencarian Dewi Remaja 2014/2015.
Pada sebelah malamnya pula, Nelydia tampil dengan persalinan elegan yang cukup bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab.
Nelydia Senrose bersama Che Puan Syamim Farid di majlis akad nikad di antara Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri.
Memilih busana baju kurung kuning cair hasil rekaan Zaimi Zulkafli (yang juga bertanggungjawab menyiapkan persalinan pertunangan Raysha pada 22 Disember lalu), Nelydia disamakan sebilangan warganet dengan gaya wanita daripada kerabat diraja Melayu.
Daripada penggayaan hijab jenis bawal hinggalah ke hujung sepatu jenama Monolo Blahnik yang disarungkan olehnya, kejelitaan Nelydia memang tidak dapat disangkal.
Catat Zaimi Zulkafli dalam satu perkongsian di Instagram, beliau meraih inspirasi untuk baju kurung moden ini sewaktu bercuti di Gili Trawangan yang merupakan sebahagian daripada kepulauan ‘triplet’ Gili di Barat Laut Lombok, Indonesia.
Ia diilhamkan daripada rona langit senja ciptaan Ilahi yang molek disusun dengan lapisan awan keperangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop terkenal, BTS baru-baru ini mengumumkan kumpulan itu tidak akan menghantar album terbaru mereka yang berjudul ‘Arirang’, termasuk semua lagu di dalamnya, untuk dipertimbangkan dalam Anugerah Grammy 2027.
Difahamkan, keputusan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemerhati industri muzik antarabangsa, selain dilihat sebagai pendirian mereka terhadap perubahan kategori yang diperkenalkan oleh pihak penganjur anugerah berprestij itu.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story milik ketujuh-tujuh anggota, BTS memaklumkan bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak mengemukakan karya ke Grammy pada tahun ini.
Kenyataan yang sama dimuat naik oleh ahli BTS di Instagram Story
“Kami telah memutuskan untuk tidak menghantar karya kami ke Grammy pada tahun ini. Kami berharap muzik dapat didengari dan dihargai sebagai muzik itu sendiri, bukannya dibezakan berdasarkan wilayah atau bahasa,” tulisnya.
Pada masa yang sama, mereka turut merakamkan penghargaan kepada ARMY dan semua penyokong yang sentiasa berdiri di belakang perjalanan seni mereka.
Langkah yang diambil BTS itu hadir hanya beberapa minggu selepas Recording Academy mengumumkan pengenalan kategori baharu, Best Asian Pop Music Performance, yang akan dipertandingkan bermula pada edisi Grammy akan datang. Kategori tersebut diwujudkan bagi mengiktiraf karya pop Asia, termasuk K-Pop, J-Pop, C-Pop serta lagu yang menggunakan satu atau lebih bahasa Asia secara signifikan.
Walaupun pihak Grammy menjelaskan kategori itu diwujudkan bagi mengiktiraf pengaruh muzik Asia yang semakin berkembang di peringkat global, pengumuman tersebut mengundang perdebatan dalam kalangan peminat dan penggiat industri. Ada yang berpendapat kategori berasingan itu boleh mengehadkan peluang artis Asia untuk bersaing dalam kategori utama, sekaligus mewujudkan jurang baharu dalam sistem pencalonan.
Turut menjadi perhatian ialah syarat kelayakan kategori tersebut yang menetapkan karya dengan penggunaan bahasa Asia secara minimum, seperti sekadar perkataan atau frasa pendek, selain lagu yang keseluruhan liriknya menggunakan bahasa Inggeris, tidak layak dipertandingkan. Perkara itu mencetuskan spekulasi bahawa sebahagian besar lagu dalam album Arirang mungkin tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Lebih menarik, keputusan BTS itu dibuat ketika kumpulan tersebut sedang menikmati satu lagi fasa gemilang dalam kerjaya mereka. Album studio kelima mereka, Arirang, berjaya menduduki tangga teratas carta Billboard 200 dengan rekod jualan minggu pertama yang memberangsangkan, manakala single utama berjudul ‘Swim’, turut mencipta sejarah apabila debut di kedudukan No. 1 carta Billboard Hot 100.
Terdahulu, BTS pernah menerima tiga pencalonan berturut-turut dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance dari tahun 2021 hingga 2023. Bagaimanapun, kumpulan itu masih belum berjaya membawa pulang trofi Grammy meskipun terus mencatat pelbagai pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, HYBE dilaporkan mengesahkan bahawa keputusan BTS itu hanya melibatkan karya kumpulan berkenaan dan tidak menjejaskan penyertaan artis-artis lain di bawah naungan syarikat tersebut. Ini bermakna mana-mana artis HYBE yang memenuhi syarat pencalonan masih berpeluang mengemukakan karya masing-masing untuk dipertimbangkan pada Anugerah Grammy 2027.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti Korea popular, Son Ye Jin dan Hyun Bin akhirnya bakal bergelar ibu dan bapa apabila pelakon wanita itu sendiri mengumumkan berita gembira di laman instagramnya.
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah berita gembira..
Kehidupan baharu telah datang kepada kita..
Saya masih agak terpinga-pinga, tetapi saya merasakan ada perubahan pada tubuh badan. Walaupun saya bersyukur, saya juga berasa sangat berhati-hati, jadi saya belum memberitahu sesiapa pun di sekeliling saya.
Sebelum terlambat, saya ingin berkongsi berita gembira ini bersama peminat dan kenalan yang sudah lama menantikannya.
Kami akan menjaga kandungan ini dengan baik dan berharap anda semua juga akan melindungi apa yang berharga dalam kehidupan seharian dan hidup dalam keadaan yang sihat.
Sudah tentu berita ini menerima respon positif daripada semua peminat mereka yang mendoakan agar Son Ye Jin selamat melahirkan bayi pertama nanti.
Hyun Bin dan Son Ye Jin melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana situasi COVID-19 yang masih menular dan hanya foto perkahwinan dikongsi untuk tatapan peminat.
Tahniah Son Ye Jin dan Hyun Bin, tak sabar nak lihat baby mereka mesti comel!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!