Baru-baru ini, BTS kembali mencuri perhatian dengan prestasi membanggakan apabila Guinness World Records secara rasmi menamakan mereka sebagai salah satu figura dalam senarai “ICONS”. Pengiktirafan ini difahamkan diberi kepada individu dan tokoh dunia yang berjaya memberi impak besar melalui pencapaian luar biasa dalam bidang masing-masing.
Lebih membanggakan, BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook itu menjadi satu-satunya kumpulan muzik serta artis dari Asia yang tersenarai bersama beberapa nama besar dunia hiburan seperti Taylor Swift, Drake, Beyoncé, Elton John, Paul McCartney dan juga MrBeast.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi, Guinness World Records memuji pengaruh besar BTS dalam industri muzik global serta peranan kumpulan itu dalam mengubah landskap budaya pop moden melalui karya-karya mereka.
Kredit foto: RollingstoneKredit foto: Guinness World Records
“Muzik mereka mungkin selembut Butter, tetapi rekod yang mereka pecahkan sememangnya luar biasa! Jika anda masih belum mengenali BTS, mungkin anda sedang hidup di bawah tempurung,” katanya.
Untuk info, sepanjang perjalanan karier mereka, BTS berjaya mencatat pelbagai rekod mengagumkan termasuk menjadi kumpulan dengan jumlah pengikut dan penstriman tertinggi di Spotify bagi kategori solo, duo atau kumpulan.
Mereka juga mencipta sejarah sebagai artis K-Pop pertama yang berjaya menduduki tangga nombor satu carta album di Amerika Syarikat, sekaligus membuka lebih banyak ruang untuk muzik Korea di pentas antarabangsa.
Selain popular dengan lagu-lagu hit seperti ‘Mic Drop’, ‘Fake Love’, ‘DNA’, ‘Dynamite’, ‘Permission to Dance’, dan banyak lagi, BTS turut dikenali kerana mesej yang dibawa dalam muzik mereka yang sering menyentuh isu seperti kesihatan mental, kesunyian, tekanan hidup dan perjalanan menjadi dewasa.
Ads
Pengiktirafan daripada Guinness World Records ini sekali lagi membuktikan pengaruh besar BTS dalam industri hiburan global serta peranan mereka dalam membuka peluang lebih luas kepada artis Asia di peringkat dunia.
Ads
Sebelum ini, BTS sering menegaskan bahawa individu yang terus berusaha tanpa mudah berputus asa akhirnya akan mencapai kejayaan, dan semangat tersebut terus menjadi sumber inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia.
Dalam perkembangan terkini, kumpulan bintang popular itu sedang sibuk dengan konsert jelajah dunia ‘ARIRANG’. BTS juga bakal kembali menghangatkan pentas di Kuala Lumpur selama dua hari pada Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara tersebut dikongsikan pengarah filem Abang Long Fadil 3 itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menjengah pada hantaran itu, Syafiq ada memuat naik beberapa keping foto putera pertamanya yang diberi nama Muhamad Nu’Aiman.
“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah… 3rd child, first boy. Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan ahli keluarga turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
“Syukur Alhamdulillah. Cucu kelapan dalam keluarga Haslam,” tulis ibu Syafiq, Datin Patimah Ismail dalam ruangan komen.
Sekadar informasi, Syafiq mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Aisyeah Zainal pada tanggal 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah dan Nuur Nusaybah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pastinya mata siapa saja akan terpukau melihat si cantik Daiyan Trisha ini.
Selain memiliki rupa paras yang cantik, figura ini juga memiliki estetik gaya yang tersendiri dan bijak berfesyen. Dari rambut sampai ke kaki, memang nampak ‘segak’ dalm usia 29 tahun.
Agaknya, macam mana Daiyan menjaga kulit wajahnya sehingga nampak natural beauty, tak perlu pun nak solek tebal.
Kongsi Tentang Penjagaan Rambut
Menerusi satu temu bual EH! sebelum ini, Daiyan pernah berkongsi soal kecantikan.
Bila disoal tentang penjagaan rambut, biasanya jika di rumah dan tidak bekerja, dia lebih senang membiarkan rambut kering sendiri. Penggunaan pengering rambut selalu sebenarnya tak bagus sebab boleh membuat rambut menjadi kering.
Dan macam biasa, alat solek yang sering ada di dalam beg tangan Daiyan ada dua item iaitu bedak kompak dan lip balm. Kedua-duanya wajib ada untuk cantik!
Cara Daiyan Trisha Bersihkan Solekan
Aktif dalam bidang lakonan, jadi wajah akan selalu dihias dengan mekap. Jadi untuk bersihkan kulit daripada solekan, biasanya dia akan menggunakan micellar water dalam dua ke tiga kali sebelum pencuci muka.
Jika solekan ada menggunakan produk yang kalis air (waterproof), Daiyan akan gunakan pencuci berasaskan minyak. Jika tidak dicuci betul-betul akan membuatkan mata tak selesa.
Tentang Jodoh
Pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu juga menyerahkan perihal jodoh atau siapa bakal imamnya nanti kepada Allah. Daiyan juga memaklumkan, buat masa sekarang, dia mahu lebih fokus kepada kehidupan dan kariernya sendiri tanpa diganggu perkara yang tidak penting.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keadaan penyanyi muda, Amad, yang secara tiba-tiba rebah sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan penonton program tersebut.
Mengulas mengenai kejadian itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, memaklumkan bahawa pihak produksi masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
“Kejadian yang berlaku pada Amad itu di luar jangkaan dan kami masih siasat dan tidak tahu puncanya.
“Yang jelas selepas habis konsert nampak dia sudah okay sikit dan mereka terus pulang. Saya sempat berjumpa dengan mereka sebentar,” katanya kepada Remaja sejurus selesai program TTMM yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menurut Raqim, hasil pemeriksaan kesihatan mendapati Amad berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.
“Kami sudah buat pemeriksaan dengan pihak perubatan, tekanan darah dan tiada masalah kesihatan. Itu yang disahkan oleh pihak perubatan sendiri.
“Cuma sebelum dia buat persembahan mungkin mengalami ketidakselesaan sebab sebelum ini dia memang tidak demam atau sakit. Mungkin perkara itu berlaku secara tiba-tiba sebelum persembahan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kemungkinan besar Amad berdepan ketidakselesaan melampau sebelum naik ke pentas sehingga menjejaskan keadaannya ketika itu.
Tiada Paksaan Dari Pihak Produksi
Raqim turut menjelaskan bahawa keputusan untuk Amad tetap meneruskan persembahan dibuat atas persetujuan antara pengurus dan penyanyi itu sendiri, tanpa sebarang tekanan daripada pihak produksi.
“Kami berbincang dengan pihak mereka sama ada mahu teruskan atau tidak. Kami juga menghormati keputusan mereka dan seperti yang dilihat kami juga terpaksa memberi iklan kerana mahu pastikan keadaannya.
“Kami sentiasa utamakan keselamatandan kesihatan namun semuanya terpulang pada mereka. Tapi dari segi persembahan seperti dilihat di atas pentas,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan peserta serta pengurus masing-masing sentiasa menjadi keutamaan sepanjang program TTMM berlangsung.
Terdahulu, Amad atau nama sebenarnya Ahmad Dayyan, tumbang sejurus sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale TTMM, sekali gus mengejutkan ramai pihak yang menyaksikan acara tersebut secara langsung pada malam Ahad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak pernah menjadikan latar belakang keluarga sebagai alasan untuk mengalah, seorang wanita kelahiran New Zealand, Nur Zahirah Khairudin, 25, membuktikan bahawa usaha dan pendidikan...